Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

    Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?


    BAB PERTAMA
    MENGIRIM PAHALA BACAAN KEPADA MAYAT


    BERTAHLIL merupakan satu perbuatan bacaan yang dilakukan untuk dikirimkan kepada seseorang yang meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini.
    Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah sedikit daripada ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu, kalimah La Ilaha Illa Allah atau Subhanaallah atau lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang meninggal dunia atau roh mayat di kalangan orang Islam.
    Terdapat seperkara yang belum diketahui oleh banyak di kalangan orang Islam sama ada yang benar-benar mengikut mazhab imam Syafie atau mereka yang hanya mengikut-ikut sahaja, adalah amalan bertahlil dan doa selamat yang kononnya
    dikirimkan untuk seseorang yang mati sebenarnya bertentangan dengan banyak pendapat di kalangan ulama-ulama yang bermazhab imam Syafie. Ini termasuklah imam Syafie sendiri yang tidak sependapat atau tidak setuju dengan amalan bertahlil dan doa selamat. Terdapat juga ulama-ulama yang berpendapat amalan tersebut boleh dilakukan, namun pandangan tersebut adalah
    sangat lemah dan amat bertentangan dengan ajaran al-Qur'an (pada surah an-Najm ayat 39 dan sunnah nabi serta para sahabatnya).

    Di bawah ini dibawakan sebahagian daripada pendapat ulama Safieyah berikutan masalah amalan tersebut. Pendapat-pendapat ini telah diambil dari kitab-kitab tafsir, kitab-kitab feqah dan kitab-kitab syarah hadith.
    1. Pendapat Imam Syafie rahimahullah.
    Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu,
    "Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."
    Serta dalam sebuah sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud, "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)
    Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab da mengatakan,
    "Adalah, membaca al-Qur'an dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut
    Jumhurul Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim"
    (as-Subuki, Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab: juz 10, hal; 426)
    Menggantikan sembahyang untuk si mati bermaksud menggantikan sembahyang yang telah ditinggalkan oleh si mati semasa hidupnya.
    2. Al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, berkata sebagai,
    "Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai
    kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya. Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri."
    (Al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)


    3. Imam Muzani, di dalam Hamisy al-Umm, juga berkata,
    "Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam telah memberitahu sebagaimana yang telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada orang lain."
    (Tepi al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)


    4. Imam al-Khazin di dalam tafsirnya mengatakan,
    "Dan yang masyhur di dalam mazhab Syafie adalah, bahawa bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat) adalah tidak dapat sampai kepada mayat yang dikirimkan" (Al-Khazin, al-Jamal : Juz 4, hal ; 236)
    5. Di dalam tafsir Jalalain telah disebutkan seperti berikut,
    "Maka seseorang tidak akan memperolehi pahala sedikit pun dari hasil usaha orang lain." (Tafsir Jalalain : juz 2, hal ; 197)
    6. Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Qur'anil Azim telah menafsirkan surah an-Najm ayat 39 sebagai,
    "Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain, begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri.
    Dan daripada surah an-najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan
    daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan (pengiriman tahlil atau doa selamat). Baginda juga tidak pernah memberikan bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut.
    Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan, tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Qur'an dan sunnah Rasul Sallallahu `alaihi wasallam dan tidak boleh dipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat ulama."
    Demikianlah beberapa pendapat ulama Safiyah yang menyentuh tentang amalan bertahlil dan pengiriman pahala bacaan kepada si mati. Namun begitu, ternyata pendapat-pendapat tersebut telah bersepakat dan mempunyai satu pandangan yang teguh iaitu mengirimkan pahala bacaan al-Qur'an kepada si mati adalah tidak akan sampai kepada si mati atau roh yang dikirimkan.
    Kini, jelaslah bahawa pengiriman pahala melalui amalan tersebut tidak akan sampai kepada si mati. Jadi, segala amalan yang dilakukan seperti itu merupakan satu amalan yang sia-sia atau membazir sedangkan Islam amat melarang umatnya supaya tidak membazir.
    Dasar hukum yang telah para ulama tersebut ambil adalah dari firman Allah SWT di dalam surah an-Najm ayat 39 dan melalui hadith nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang menerangkan bahawa apabila seseorang manusia itu mati, segala amalannya di dunia telah terputus kecuali tiga keadaan iaitu, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.
    Apabila sudah jelas tentang hukum mengamalkan tahlil dan doa selamat, kini timbul pula masalah lain iaitu di dalam bacaan tahlil sendiri ada menyebut,
    "Allahumma ausil tsawmaba ma wara'nahu ila ruhi fulan."
    Maksudnya, "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada roh si Fulan."
    Persoalan tersebut bolehlah dijawab, bahawa para ulama telah bersepakat, pengiriman pahala melalui bacaan tidak akan sampai kepada roh yang dikirimkan kerana ianya bertentangan dengan firman Allah di dalam surah an-Najm ayat 39.
    Jika difikirkan secara dalam, amalan bertahlil ini amat canggung di sisi Islam. Mana tidaknya, bertahlil atau mengirimkan pahala melalui bacaan kepada seseorang mayat merupakan satu perbuatan yang melanggar syariat Allah, tetapi kemudian dimohon pula agar tahlil tersebut diberikan pahala dan pahalanya pula dimohon agar disampaikan kepada si mati atau roh si Fulan.
    Tidakkah ianya satu perbuatan yang janggal?
    Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie/2
    BAB KEDUA
    DOA SELAMAT UNTUK KEMATIAN
    DOA selamat boleh digambarkan dengan berkumpul bersama-sama (keluarga dan masyarakat sekampung atau lain-lain) dengan dihidangkan makanan oleh keluarga yang mengalami kematian. Ianya dilakukan di rumah keluarga yang mengalami kematian pada hari kematian atau hari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus atau sebagainya.
    Sebenarnya, apabila diperiksa, dirungkai dan diperhatikan satu persatu di dalam kitab-kitab Syafi'yah sama ada pada kitab Fiqh, tafsir mahu pun syarah-syarah hadith, amalan doa selamat telah ditemui di situ bahawa ianya adalah amalan yang dilarang atau dengan kata lain ialah haram.
    Hal ini sebenarnya belum diketahui oleh ramai pengikut mazhab Syafie di kalangan kita sendiri. Jika ada yang tahu, tentu jumlahnya hanya segelintir sahaja. Oleh itu, mari kita ikuti bersama bagaimana pandangan ulama-ulama
    mazhab Syafie di dalam hal ini.
    1. Di dalam kitab Feqh I'anatut Talibin telah menyatakan,
    "Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang membanterasnya akan diberi pahala."
    (I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in :juz 2, hal 145)
    2. Imam Syafie sendiri tidak menyukai amalan berkumpul di rumah kematian sepertimana yang telah dikemukakan di dalam kitab al-Umm, "Aku tidak sukakan mat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat) meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan."
    (As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)
    3. Selanjutnya di dalam kitab I'anatut Talibin juga ada menyebut lagi, "Dan perkara yang sudah menjadi kebiasaan iaitu keluarga mayat menghidangkan makanan untuk para jemputan yang berkumpul, adalah satu perkara bid'ah yang tidak disukai agama (Islam). Hal ini samalah seperti berkumpul di rumah keluarga kematian itu sendiri kerana terdapat hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Jarir r.a yang berkata, "Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian yang menghidangkan makanan untuk
    jamuan para jemputan adalah sama dengan hukum niyahah (meratapi mayat) iaitu haram."
    (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)
    4. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga ada mengambil keterangan sahih di dalam kitab Bazzaziyah iaitu,
    "Dan ianya dibenci, menyelenggarakan makanan pada hari pertama (kematian), hari ketiga, sesudah seminggu dan juga memindahkan makanan ke tanah kubur secara bermusim-musim."
    (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)


    5. Di dalam kitab Fiqh Mughnil Muhtaj ada menyebutkan, "Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai
    berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah
    (meratapi mayat) iaitu haram."
    (Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)
    6. Di dalam kitab Fiqh Hasyiyatul Qalyubi ada menyatakan,
    "Syeikh ar-Ramli ada berkata, "Di antara bid'ah yang mungkarat (yang tidak dibenarkan agama), yang dibenci apabila diamalkan sebagaimana yang telah diterangkan di dalam kitab ar-Raudhah, iaitu apa-apa yang telah dilakukan oleh orang yang dinamakan "kifarah" dan hidangan makanan yang disediakan oleh tuan rumah kematian untuk jamuan orang yang berkumpul
    di rumahnya sama ada sebelum atau sesudah kematian, serta penyembelihan di tanah kubur."
    (Hasyiyatul Qalyubi, juz 1, hal 353)
    7. Di dalam kitab Fiqh karangan imam Nawawi iaitu kitab al-Majmu' syarah Muhazab, ada menyebutkan,
    "Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan."
    (an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)
    8. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga turut mengambil keterangan di dalam kitab al-Jamal syarah al-Minhaj yang berbunyi seperti berikut, "Dan di antara bid'ah mungkarat yang tidak disukai ialah sesuatu perkara yang sangat biasa diamalkan oleh individu iaitu majlis menyampaikan rasa duka cita (kenduri arwah), berkumpul dan membuat jamuan majlis untuk kematian pada hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram."
    (I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)


    9. Selanjutnya, pengarang kitab tersebut juga ada mengambil lagi keterangan daripada kitab Tuhfatul Muhtaj syarah al-Minhaj yang berbunyi, "Sesuatu yang sangat dibiasakan oleh seseorang dengan menghidangkan makanan untuk mengundang orang ramai ke rumah keluarga kematian merupakan bid'ah yang dibenci sebab ada hadith yang telah diriwayatkan oleh Jarir yang berkata, "Kami (para sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam) menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga
    tersebut menghidangkan makanan untuk majlis itu adalah sama dengan hukum niyahah iaitu haram."
    (I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)
    10. Pengarang kitab tersebut mengambil lagi fatwa dari mufti mazhab Syafie, Ahmad Zaini bin Dahlan,
    "Dan tidak ada keraguan sedikit pun bahawa mencegah umat daripada perkara bid'ah mungkarat ini sama seperti halnya menghidupkan sunnah nabi Sallallahu `alaihi wasallam. Mematikan bid'ah seolah-olah membuka pintu kebaikan seluas-luasnya dan menutup pintu keburukan serapat-rapatnya kerana orang lebih suka memaksa-maksa diri mereka berbuat hal-hal yang akan membawa kepada sesuatu yang haram."
    (I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)
    11. Dan di dalam kitab Fiqh Ala Mazahibil Arba'ah menyatakan,
    "Dan di antara bid'ah yang dibenci agama ialah sesuatu yang dibuat oleh individu iaitu menyembelih haiwan-haiwan di tanah kubur tempat mayat di tanam dan menyediakan hidangan makanan yang diperuntukkan bagi mereka yang datang bertakziah."
    (Abdurrahman al-Jaza'iri, al-Fiqhu Ala Mazahibil Arba'ah, juz 1, hal 539)
    Demikianlah di antara pendapat-pendapat para ulama Syafi'iyah berkenaan doa selamat atau kenduri arwah. Mereka telah bersepakatbahawa amalan tersebut adalah bid'ah mungkarat atau bid'ah yang dibenci.
    Dasar hukum yang mereka ambil (mengikut kata sepakat atau ijma' para sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam) ialah haram hukumnya mengamalkan amalan tersebut.
    Bukankah lebih baik jika tuan rumah kematian menggantikan kenduri doa selamat untuk kematian atau lebih mudah disebut sebagai kenduri arwah kepada satu amalan bersedekah kepada ahli faqir dan miskin. Sebabnya ialah, jika kenduri tersebut diniatkan untuk bersedekah makanan kepada orang yang menjamu hidangannya, kebanyakan orang yang hadir di dalam jamuan tersebut tentunya di kalangan orang yang berkemampuan dan sudah tentu sedekah tersebut kurang bererti bagi mereka atau tidak bererti sama sekali.
    Tambahan pula, jika amalan tersebut diniatkan sebagai amalan bersedekah, maka akan terjadilah satu amalan yang mencampuradukkan antara yang hak dan yang batil kerana amalan tersebut melibatkan dalam dua hal iaitu, ia diniatkan sebagai bersedekah iaitu amalan yang disukai agama dan dalam masa yang sama, berkumpul di dalam satu majlis jamuan yang telah diadakan di rumah kematian pula adalah satu perkara yang amat dilarang oleh agama atau disebut haram. Mengirimkan pahala bacaan tahlil itu juga merupakan satu amalan yang sia-sia. Oleh itu, kedua-duanya sama sekali tidak boleh dilakukan kerana
    telah mencampuradukkan yang hak dan yang batil.
    Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
    Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...


    * ni fisha kopipes dari email....so....mmg haram ek buat tahlil ni?

  • #2
    Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

    Pada kebiasaannya, apabila ada kematian, majlis tahlil atau kenduri arwah akan diadakan oleh keluarga orang yang telah meninggal dunia. Keluarga tersebut menjemput orang-orang hadir yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke rumah si mati bagi membacakan ayat-ayat Al-Qur‘an seperti surah Yasin, bertahlil dan sebagainya untuk dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Selepas acara tersebut semua tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Apakah amalan sedemikian sesuai dengan kehendak hukum syarak?

    Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam sangat menggalakkan berbuat kebajikan seperti bersedakah, memberi makan dengan mengundang orang ke rumah dengan tujuan silaturahim, membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa beramai-ramai memohon rahmat bagi si mati dan sebagainya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya :

    Tafsirnya: “ Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya”.

    (Surah Al-Muzzammil: 20)

    Menurut Ibnu Hajar, adalah sunat bagi jiran si mati sekalipun bukan berasal dari negerinya atau bukan ahli keluarga si mati menyediakan makanan yang boleh mengenyangkan ahli keluarga si mati pada hari tersebut hingga ke malamnya. Begitu juga sunat bagi keluarga si mati yang jauh berbuat demikian kerana ahli si mati ketika itu diselubungi oleh kesedihan di atas kematian tersebut. (Hawasyi Al-Syarwani dan Ibnu Qasim (Al-Tuhfah) : 3/207)

    Jika dilihat kepada kebiasaan kenapa majlis kenduri arwah itu diadakan, ialah bertujuan untuk memohon rahmat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati dengan mengajak dan membawa orang ramai khususnya sanak saudara supaya berdoa untuk si mati supaya si mati mendapat rahmat daripada doa tersebut; selain itu ia mengeratkan lagi hubungan persaudaraan (silaturahim) di kalangan sanak saudara dan kerabat serta jiran. Maka dari sudut ini mengadakan majlis kenduri arwah itu adalah suatu perbuatan yang baik dan digalakkan oleh Islam.

    Walau bagaimanapun, supaya tujuan kenduri tersebut selaras dengan kehendak agama, janganlah ia dianggap bahawa ia dibuat sebagai suatu perkara hak bagi si mati yang mesti ditunaikan oleh keluarganya. Begitu juga jamuan itu jangan dianggap sebagai suatu perkara agama yang di syari‘atkan.

    Jelasnya, mengadakan kenduri arwah dan membuat jamuan itu jika tujuannya untuk membalas budi baik kepada orang dan jiran kepada si mati serta menghubungkan silaturahim tidaklah menjadi kesalahan dalam agama. Yang lebih elok dan sunat pula, apabila kaum kerabat dan jiran menghantar makanan kepada ahli si mati sebagai tanda simpati untuk meringankan beban mereka kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah yang sebenarnya wajar dilakukan oleh orang Islam dalam usaha meringankan bebanan keluarga si mati dan di antara cara menghiburkan mereka. Inilah juga perkara yang disuruh oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai kepada Baginda berita kematian Ja‘afar bin Abi Talib, Baginda bersabda :

    Maksudnya: “Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja‘afar yang telah meninggal, (kerana) telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk (disebabkan ditimpa kematian itu)”.

    (Hadis riwayat Ibnu Majah)

    Berdasarkan hadis di atas adalah jelas bahawa menyediakan makanan oleh jiran atau keluarga sama adatau yang jauh kepada ahli keluarga si mati adalah perbuatan yang terpuji kerana berbuat begitu menzahirkan perasaan simpati, kasih sayang, silaturahim dan mengambil perhatian terhadap keluarga si mati. Di samping itu juga dianggap sebagai meringankan beban dan menghiburkan keluarga yang ditimpa kesedihan.

    Di negara kita, timbul pula budaya baru dalam usaha meringankan beban dan menghiburkan keluarga yang ditimpa kematian itu. Namun caranya bukan dengan menghantarkan makanan, tetapi dalam bentuk yang lain iaitu memberikan sampul-sampul surat sambil menziarahi keluarga dan mayat. Sampul-sampul itu berisi wang yang berbeza-beza jumlahnya untuk diberikan kepada keluarga si mati, sebagai tanda simpati. Yang lebih menarik lagi, ianya bukanlah terhad dilakukan oleh kaum kerabat dan jiran-jiran sahaja, malahan juga rakan taulan dan siapa sahaja, dengan tidak mengira jauh ataupun dekat. Budaya seumpama ini sesuai dengan kehendak sunnah seperti di atas yang wajar kita amalkan dan kekalkan.

    Sebahagian orang mengadakan kenduri arwah ini sehingga empat puluh hari. Amalan sedemikian nampaknya tidak bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh Mujahid apabila seseorang itu mati maka langit dan bumi akan menangis di atas kematiannya selama empat puluh pagi, kerana bumi dan langit kehilangan seorang hamba Allah yang sentiasa mengimarahkan bumi dengan ruku‘ dan sujud. Manakala langit pula kehilangan ucapan tasbih dan takbir. Menurut Ali dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa apabila seorang mukmin meninggal dia ditangisi oleh tempat ibadatnya di bumi dan tempat naik amalnya yang baik di langit. (Al-Qurtubi: 16/130)

    Islam sangat menggalakkan orang hidup terutama kepada anak-anak dan keluarga terdekat yang lain supaya sentiasa membaca Al-Qur‘an, doa dan zikir dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang telah meninggal. Pada hakikatnya pembacaan Al-Qur‘an, bertahlil dan seumpamanya itu tidak hanya terhad atau terikat dengan tujuh hari, empat puluh hari atau disebut sebagai makan haul, bahkan bacaan-bacaan tersebut sepatutnya sentiasa diamalkan sepanjang masa supaya ibu bapa dan keluarga yang telah meninggal itu mendapat rahmat, ketenangan dan kebahagiaan sebagaimana yang dinanti-nantikan oleh mereka. Hal ini telah digambarkan dalam sebuah hadis:

    Maksudnya: “Umpama orang mati itu dalam kuburnya seperti orang karam yang berpaut dengan apa sahaja, dia menanti doa daripada anak, atau bapa atau saudara atau kerabat, dan sesungguhnya doa itu masuk ke dalam kubur si mati (iaitu) doa daripada orang yang hidup yang berupa cahaya seperti gunung besarnya”.

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga menyatakan bahawa tiap-tiap seorang hamba Allah mempunyai dua pintu di langit, sebuah pintu tempat amalnya naik dan sebuah lagi tempat rezekinya turun; maka apabila seseorang mukmin itu mati, ternyata kehilangannya oleh kedua pintu itu, lalu menangisinya. Perkara ini telah diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu, sebagaimana Baginda bersabda:

    Maksudnya: “Orang mukmin itu mempunyai dua pintu, satu pintu bagi amal kebajikannya naik ke langit dan satu pintu tempat turun rezekinya daripada langit. Maka apabila seseorang itu mati kedua-dua pintu itu menangis. Oleh kerana itu Allah Ta‘ala berfirman: “Mereka itu (Firaun dan orang-orang yang tidak melakukan amal kebaikan di muka bumi ini, ketika dibinasakan) tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”

    (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

    Comment


    • #3
      Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

      byk ek pandangan....tu la kdg2 buat fisha keliru....btw, thanks a lot shah....

      Comment


      • #4
        Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

        hehehe....isu jenazah dan kematian ni...dah lama menjadi masalah dalam masyarakat kita....
        orang yang ada kematian tu la yang semakin terbeban sebab nak siapkan makanan untuk orang yg datang tahlil...itu baru sekali...
        belum lagi ikut konsep orang melayu....3 hari berturut-turut la...
        hari ke-40 la....hari ke-100 la....macam2 pelik2.....

        Comment


        • #5
          Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

          byk dipengaruhi unsur2 hindu tu..

          Comment


          • #6
            Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

            jd x salah la tahlil, doa dan zikir bertujuan menghadiah kan pahala atau berkat pd simati?

            Comment


            • #7
              Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

              Tak salah pun.................

              Comment


              • #8
                Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

                Originally posted by asura
                jd x salah la tahlil, doa dan zikir bertujuan menghadiah kan pahala atau berkat pd simati?
                Setengah Ulama' menghukumnya bid'ah. Terpulang lah, cuma Nabi s.a.w dan Para Sahabat r.a. tak pernah buat.

                Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Menghasihani (Surah Ali 'imran: 31)

                Comment


                • #9
                  Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

                  Dulu kan dah bincang.........hal nie.........rujuk semula forum...........

                  Comment


                  • #10
                    Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

                    Originally posted by shah
                    Dulu kan dah bincang.........hal nie.........rujuk semula forum...........
                    leh kasi link balik ? thanks
                    aku guna carian tada jmper ..ntah ..ke aku yg x pasan :membaca:

                    aku ade baca dlm artikel di laman lain x lame dulu dia kate x salah.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie..kita ikut siapa?

                      nah.....simpan bebaik...he..he..he....

                      http://www.bincang.net/forum/showthr...t=71709&page=3

                      Comment

                      Working...
                      X