Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

IFC - di antara kebaikan dan keburukan

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • IFC - di antara kebaikan dan keburukan

    Assalamualaikum

    Inter Faith Comission (IFC) di wujudkan oleh beberapa badan bukan kerajaan termasuk Sister in Islam (sis) dan beberapa lagi pertubuhan rentetan dari peristiwa murtadnya Lina Joy dari Islam kepada kristianity. Sebelum ini kita dikejutkan dengan isu Aisyah dan hakikatnya menurut statistik tidak rasmi beribu lagi menunggu untuk menjadi murtad (walhal hakikatnya dengan niat demikian mereka telah pun murtad.

    Apakah isu yang diperjuangkan oleh IFC?

    IFC cuba melobi kerajaan agar memansuhkan artikel 11 perlembagaan persekutuan dan secara specificnya artikel 11 (4) yang menyatakan bahawa rakyat malaysia bebas beragama tetapi penyebaran agama lain boleh disekat sekiranya ia cuba dilakukan ke atas umat Islam. Walaupun tidak terdapat larangan secara khsuus di dalam undang-undang melarang orang Islam keluar Islam, tetapi perlembagaan yang menyebut bahawa orang melayu mesti beragama Islam mengindikasikan bahawa seseorang yang telah Islam itu tidak boleh keluar agama seperti mana seorang melayu tidak boleh mengubah hakikat dirinya melayu.

    Implikasi kepada perjuangan ini adalah:

    1. Umat Islam yang berusia 18 tahun ke atas bebas memilih agama masing-masing dan bebas untuk keluar agama.
    2. Tidak ada tindakan undang-undang ke atas orang murtad
    3. Agama lain bebas di sebarkan di mana-mana tanpa sekatan seperti di TV, radio akhbar dll.

    Perkara ini juga dilihat sebagai satu perkara yang membimbangkan.

    Namun, saya selalu melihat sesuatu perkara itu mempunyai dua wajah berbeza. IFC mempunyai kebaikan yang mungkin sebenarnya pada masa sekarang nampak menyenagkan orang bukan Islam tetapi dalam jangka masa panjang akan memeningkan org bukan Islam dan akan menguntungkan orang Islam.


    Kebaikannya:

    1. Berkurangannya malah menghapuskan terus bilangan orang munafik. Orang sebegini ramai dalam masyarakat melayu. Mereka Islam tetapi dalam hati dan perbuatan mereka telah lama menolak Islam. Mereka membenci dan menjadi duri dalam daging di dalam Islam. Mereka ini lah penyumbang besar kepada kerosakan Islam selama ini.

    2. Dengan berlakunya perkara yang pertama tadi maka yang tinggal adalah umat Islam yang benar-benar berpegang teguh dengan Islam. Islam dapat disebarkan dengan isinya yang sebenar oleh orang sebenar.

    3. Mengikut kajian rambang saya sepanjang 8 tahun berdakwah, 99 peratus orang yang murtad dari Islam adalah kerana kerosakan rumah tangga, maslah peribadi dan keluarga, kemiskinan dan juga kerana desakan atau dasar cinta. Hanya 1% dadalah di atas dasar HUJAH. malah hujah pun kerana mereka tidak mengetahui hujah Islam sebenar. Sementara yang masuk Islam dari agama lain adalah kerana mereka percaya kepada agama Islam dan hujahnya.

    4. Dari perkara 3, sekiranya artikel 11 (4) dimansuhkan, maka semakin kuatlah golongan pendakwah dan comparative religion di malaysia. Ini kerana sebelum ini golongan ini berdakwah secara senyap-senyap kerana menjaga "sensitiviti kaum dan agama" dan dengan terjadinya perkara ini maka hikmahnya, kita juga dapat berdakwah secara terbuka di dada akhbar, tv dan radio mendedahkan kebohongan dan penyelewengan agama lain dengan terbuka. Ini yang berlaku di UK sekarang ini. Malah debat terbuka di dewan terbuka dapat dilaksanakan dengan tanpa sebarnag larangan. Dengan hujah ini, keyakinan saya Islam akan dapat menyinar sebenar-benarnya.

    Apakah saya tidak takut umat Islam akan murtad semuanya?

    Saya percaya satu perkara. Agama lain di jaga oleh paderi dan pengikutnya. Islam di jaga oleh Allah swt. Kita hanyalah tools untuk melihat siapa yang berusaha siapa yang diam. siapa yang bekerja siapa yang tidak. Islam tidak akan padam di dunia ini sehinggalah berlakunya kiamat.

    Saya juga yakin pada hujah Islam. Saya yakin pada pegangan saya dan saya tidak takut menyuarakan perkara ini.

    KEsimpulan bagi sya, kalau artikel 11 TIDAK dihapuskan, bagus, kita jadi mcam biasa. Kalau di hapuskan pun BAGUS kerana sekarang sekatan ke atas dakwah Islam telah diangkat.

    Oh by the way, artikel 11 disamping mempertahankan Islam, juga sebenarnya menyekat dakwah Islam

    wallahualam
    TJ
    Last edited by Tok Janggut; 04-08-06, 02:48 PM.

  • #2
    Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

    MInta jasa baik Tok Janggut jawap persoalan saya yangdipersoalkan disini
    http://bincang.net/forum/showthread.php?t=71311&page=2

    Comment


    • #3
      Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

      pandangan tok janggut memang bagus. saye tak mampu nak komen pape. namun mampukah orang Islam lain berfikir macam tanggapan Tok Janggut? tak semudah itukan... Orang murtad hukum nyer bunuh tak leh nak biar camtu jer. Itulah satu sahaja penyelesaian nyer. Maafkan saye, saya jahil lagi pasal agama ni tapi alangkah indah nye kalau Hudud dilaksanakan...
      Last edited by sp3d2; 04-08-06, 03:02 PM.

      Comment


      • #4
        Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

        Tok Janggut macam cuba melihat positively perkara ini dari sudut sejarah Penjanjian Hudaibiyah..
        walaupun begitu keadaan semasa Zaman Nabi s.a.w., akidah Umat Islam sangat kuat berbanding dengan masa kini. Baru ajak kahwin dah boleh lebur..

        Cuma dalam hal Murtad, saya malas nak bersuara. Sebab menang atau kalah, dia tetap murtad pun.. kita cuma menghalang dari segi undang-undang sahaja, akidah dah lama lebur dah..

        Kalau ikut Fatwa al-Qaradhawi dan Ibn Taymiyyah rhm lebih memeranjatkan he.. he..

        sp3d2, hukum bunuh terhadap si Murtad ada khilaf..
        Last edited by pemusnah_dewa; 04-08-06, 03:10 PM.

        Comment


        • #5
          Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

          terbaca artikel dekat saifulislam.com.. cerita2 dia dari bumi turki..
          dia kata kat turki, ada 2 golongan islam.... samada orang Islam yg benar2 Islam, atau just islam pada nama..
          kesan langsung dari penjajahan attaturk..

          lama2... malaysia nih jadik lagu tu kot...?

          Comment


          • #6
            Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan



            Saya nampak lagi kebaikannya.. Seperti yg sedia maklum, NGO-NGO Islam telah bersatu di bawah PEMBELA. Walaupun pada awalnya, mereka bersatu untuk tujuan menentang IFC, tapi bila dah bersatu, banyak perkara kita boleh minta diorg buat. Antaranya, bersatu utk mengembalikan umat Islam kepada Islam yg sebenar.

            Kalau takde isu pasal IFC, lina joy etc tu..entah bila kita nak bersatu. Kat internet ni pun saya tengok portal Islam berbahasa Melayu semakin bercambah. Memang atas misi dakwah, tapikan ada baiknya jika ustaz2 yg wujudkan portal tu bersatu. Risau pulak kalau ada munafikun yg buat portal Islam, tapi dlm tu sebenarnya cuba menyesatkan. Huhuu..

            Comment


            • #7
              Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

              Originally posted by wee
              terbaca artikel dekat saifulislam.com.. cerita2 dia dari bumi turki..
              dia kata kat turki, ada 2 golongan islam.... samada orang Islam yg benar2 Islam, atau just islam pada nama..
              kesan langsung dari penjajahan attaturk..

              lama2... malaysia nih jadik lagu tu kot...?
              Kat Malaysia memang dah lama camni. Ada kawan saya interview ngan company non-muslim, boss tu tanya satu soalan: You ni Melayu sembahyang punya ka Melayu tak sembahyang punya?

              Comment


              • #8
                Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

                hmm.. cuma kat mesia, masih ada lagi orang yg rasa hairan, kalau orang islam tu tak sembayang/buat maksiat dsb...

                perbezaan itu tak begitu ketara...bak kata tj, masih sembunyi2...
                mungkin ade eloknye artikel 11 tu dihapuskan...

                Comment


                • #9
                  Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

                  Tok Janggut,

                  Dari satu aspek mungkin bagus jika halangan dakwah dapat diangkat bila terhapusnya article 11.

                  Tapi IFC juga menuntut supaya mereka yang dibawah 18 tahun tidak boleh diajar agama Islam. Bila lepas sahaja 18 tahun mereka boleh pilih agama apa yang mereka suka.

                  Persoalan:
                  Kalau kita ajar juga apa mereka buat? Ambil tindakan undang2?

                  Saya hanya nampak peperangan akan menjadi secara mendadak.

                  Comment


                  • #10
                    Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

                    ws up semua
                    bg aku la...semua ini makin x btul
                    krn m'sia mengamalkn undang2 barat,demokrasi
                    bukan undang2 ALLAH seperti yg spttnya
                    oleh itu ia umpama menegak kan tali yg basah
                    bende2 yg ngarut ini akn terhapus klu kite
                    tegakkan apa yg dikehendaki oleh ALLAH
                    itu saja...ingat la sapa kah diri kite,dimana kan kite n kemanakah kite akan pergi selepas idup ini
                    challo

                    Comment


                    • #11
                      Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

                      persoalannya are we ready to accept the inevitable challenge once Article 11 dimansuhkan? Do we have enough pendakwah & org2 yg berilmu untuk counter apa yg akan disebarkan oleh mubaligh Christian & NGO2 yg kononnya Islam (contoh SiS) tapi hakikatnya merosakkan Islam. Dont forget a number of our Cabinet Ministers (including some Muslims are sympathetic to these NGO songsang (tak payah cakap sapa as we are all gonna be in trouble but you know what I mean).

                      Bukannya I tak confident dgn Islam but we do need to plan the "war" carefully as this will be fought in the open & no holds barred once Article 11 is yilek

                      Comment


                      • #12
                        Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

                        Originally posted by el-lail
                        Risau pulak kalau ada munafikun yg buat portal Islam, tapi dlm tu sebenarnya cuba menyesatkan. Huhuu..
                        SISTER IN ISLAM adalah contoh nyata portal cam gitu ..

                        Comment


                        • #13
                          Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

                          Originally posted by el-lail


                          Saya nampak lagi kebaikannya.. Seperti yg sedia maklum, NGO-NGO Islam telah bersatu di bawah PEMBELA. Walaupun pada awalnya, mereka bersatu untuk tujuan menentang IFC, tapi bila dah bersatu, banyak perkara kita boleh minta diorg buat. Antaranya, bersatu utk mengembalikan umat Islam kepada Islam yg sebenar. .
                          lepas dah bersatu seperti biasa berpecah balik.

                          macam sekarang Hizbullah (Syiah) dengan Hamas (Sunni) bersatu menentang Zoinis.

                          history repeats itself.

                          Comment


                          • #14
                            Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

                            Originally posted by mnajem
                            lepas dah bersatu seperti biasa berpecah balik.

                            macam sekarang Hizbullah (Syiah) dengan Hamas (Sunni) bersatu menentang Zoinis.

                            history repeats itself.
                            Bila difikir ancaman besar oleh kafirun, insyaAllah kita kekal bersatu. Kita doakan je lah.

                            Comment


                            • #15
                              Re: IFC - di antara kebaikan dan keburukan

                              hari2 doa... supaya diberi kekuatan kpd umat islam utk menentang musuh2 islam... Amin...

                              Comment

                              Working...
                              X