Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Cincin dan lelaki

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Cincin dan lelaki



    Saya bukakan perbincangan agak santai di BMM. Selamat berdiskusi.

    Sumber daripada e-Hadith, Jakim: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=485

    Larangan lelaki memakai hiasan sutera dan emas
    Hadith :
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah memakai sutera dan emas."
    (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

    Huraian
    1. Emas dan sutera adalah perhiasan yang dipakaikan kepada penghuni syurga di hari akhirat kelak. Oleh itu Islam telah mengharamkannya kepada lelaki daripada memakainya ketika di dunia. Lain pula halnya bagi wanita di mana mereka diharuskan (halal) berbuat demikian.
    2. Memakai cincin perak pula hukumnya halal terhadap kaum lelaki bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin perak.
    3. Tetapi dalam pemakaian kain sutera terdapat keringinan (rukhshah) iaitu apabila ada suatu keperluan yang berhubung dengan masalah kesihatan, sebagaimana Rasulullah pernah mengizinkan Abdur-Rahman bin 'Auf dan az-Zubair bin Awwam untuk memakai sutera kerana masalah sulit di badannya.
    4. Antara hikmah Islam melarang penggunaan emas dan sutera tersebut adalah untuk menghindari dua hal yang merugikan iaitu pemborosan dan sikap bermewah-mewahan. Tambahan pula adalah amat tidak manis (tidak sesuai) bagi lelaki berhias sebagaimana wanita berhias apalagi Islam melarang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
    Saya tak jumpa pulak hadith cara memakainya. Di jari mana..kiri atau kanan. Kalau kawan2 ada jumpa hadith sahih tentangnya, harap dapat kongsikan.

    Nak tanya beberapa soalan:
    1. Kenapa anda memakai cincin?
    2. Berapa banyak koleksi cincin anda dan berapa RM anda habiskan untuk cincin?
    3. Sejak bila anda memakai cincin?
    4. Anda memakai cincin di jari mana, kiri atau kanan?

  • #2
    Re: Cincin dan lelaki

    Drp saidina anas r.a dia berkata : “sesungguhnya cincin baginda nabi s.a.w itu dibuat daripada perak dan batunya berwarna habasyi” ~ hadith diriwayatkan oleh al-imam abu daud rh {sila rujuk ‘aunul ma’abud syarh sunan al-imam abu daud ( rh ) , oleh : al-imam al-muhaddist abu taiyyib muhd syamsul haq al-‘azim abadi ( rh ) , jilid ke-11 , ms 213 .terbitan : darul fikr, beirut 1995}

    dan antara yg berkaitan:
    syaikh abu abdul rahman nasiruddin alalbania (adabul zifaf) mengumpul sejumlah hadis yg menunjukkan kebencian baginda terhadap logam emas:

    1. Hr muslim dari ibn abbas ra, nabi saw melihat seorang lelaki memakai cincin emas. Baginda mencabut cincin itu dan membuangkannya seraya bersabda," apakah salah seorang kamu sudi meletakkan bara api di tangannya?"

    2. Hr ahmad dari abdullah bin amr ra, nabi melihat seorang sahabat memakai cincin emas, lantas baginda berpaling darinya, kemudian dia menukarnya dgn cincin besi. Nabi kemudian bersabda," ini (cincin besi) lebih teruk lagi, ia perhiasan ahli neraka!" sahabat itu menukar pula dgn cincin dari perak, dan nabi membiarkannya. (albani: sanadnya kuat)

    3. Hr ahmad dari abdullah ibn amr ra, "barangsiapa di antara umatku yg memakai perhiasan emas, lalu ia mati sedang ia masih memakainya, pasti allah akan haramkan emas di syurga atasnya." (albani: hadis marfu', tapi sanadnya sahih)

    imam syaraf annawawi (syarah sahih muslim, 14/32; almajmu', 4/331) haramnya emas ini merupakan ijma'.

    Wassalam.
    Last edited by trew; 28-07-06, 08:58 AM.

    Comment


    • #3
      Re: Cincin dan lelaki

      Originally posted by trew
      Drp saidina anas r.a dia berkata : “sesungguhnya cincin baginda nabi s.a.w itu dibuat daripada perak dan batunya berwarna habasyi” ~ hadith diriwayatkan oleh al-imam abu daud rh {sila rujuk ‘aunul ma’abud syarh sunan al-imam abu daud ( rh ) , oleh : al-imam al-muhaddist abu taiyyib muhd syamsul haq al-‘azim abadi ( rh ) , jilid ke-11 , ms 213 .terbitan : darul fikr, beirut 1995}
      Maaf, warna habasyi tu camne ye? Coklat ke?

      Comment


      • #4
        Re: Cincin dan lelaki

        Lelaki pakai cincin besi pon tak boleh??

        Comment


        • #5
          Re: Cincin dan lelaki

          Originally posted by el-lail
          Maaf, warna habasyi tu camne ye? Coklat ke?
          warna hitam...

          wassalam.

          Comment


          • #6
            Re: Cincin dan lelaki

            Owh..terima kasih. Ini pula tentang pengharaman emas putih bagi lelaki:

            keputusan jawatankuasa perunding hukum syarak (fatwa) negeri selangor: hukum lelaki memakai emas putih
            1. mesyuarat telah sebulat suara mengesahkan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram.
            2. mengikut salinan jadual kategori nama emas putih yang telah dirujuk kepada “the compels meatel smith 1982” -hal 141- jelas menunjukkan emas putih terhasil daripada 2 unsur atau lebih logam iaitu emas kuning bercampur tembaga, nikel dan zink.
            3. hujah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan sesuatu logam yang lain adalah lebih tinggi daripada logam berkenaan sehinggakan kadar emas itu melebihi daripada 50% dan adakalanya mencecah sehingga 75%.
            sumber: jabatan mufti selangor p/s - apesal word huruf besar jadi huruf kecik semua? admin ada config something ke? tak best la camni..

            Comment


            • #7
              Re: Cincin dan lelaki

              mcmana kalau cincin suasa?
              boleh tak?

              el-lail
              ye ke?

              baru bcadang nak beli.......

              so, cincin perak je yg boleh...eh?
              Last edited by tudung biru; 28-07-06, 10:26 AM.

              Comment


              • #8
                Re: Cincin dan lelaki

                Originally posted by tudung biru
                mcmana kalau cincin suasa?
                boleh tak?
                Termasuk dlm perbincangan mufti tu rasanya. Cuba click url tu. Suasa pun ada dlm jadual kajian diorg, tapi peratus kandungan emas ialah 22% sahaja. Apa pun, bagi saya..kalau tengok sifat warnanya dah macam emas betul, kalau lelaki tu pakai akan ada yg menyangkanya emas. Boleh menimbulkan fitnah. Maka sebaiknya elakkan lah suasa. Cincin perak pun dah cantik, kan?
                Last edited by el-lail; 28-07-06, 10:25 AM.

                Comment


                • #9
                  Re: Cincin dan lelaki

                  Originally posted by wee
                  Lelaki pakai cincin besi pon tak boleh??

                  ntah la... hadith no. 2 kat atas tu point out lebih teruk daripada pakai cincin emas kan? kalau ada jumpa yg bertentangan atau syarah hadith ni yg bg pengecualian leh la kongsi kat sini...

                  wassalam.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Cincin dan lelaki

                    thks el-lail bukak topik ni
                    kak f1R xtahu plak suasa tak boleh
                    oklah..try cari cincin perak...

                    Comment


                    • #11
                      Re: Cincin dan lelaki

                      pakai cincin perak kat jari manis... dgr cter xleh pakai kat ibu jari, jari hantu n jari telunjuk... dah lper apa kisah nabi... tp klu salah perbetulkanlah... meh kita sama2 cari....

                      Comment


                      • #12
                        Re: Cincin dan lelaki

                        Originally posted by Nagas
                        pakai cincin perak kat jari manis... dgr cter xleh pakai kat ibu jari, jari hantu n jari telunjuk... dah lper apa kisah nabi... tp klu salah perbetulkanlah... meh kita sama2 cari....
                        Saya buka topik ni pun sebab nak tahu kalau2 ada kawan2 ada jumpa nas pasal pakai cincin jari mana n sebelah kanan atau kiri. Macam pernah terbaca, tapi tak tahu kat mana.

                        Saya tengok foreigner student kat UPM ni, yg dari belah2 timur tengah ada yg pakai kat jari kelingking sebelah kanan.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Cincin dan lelaki

                          Fatwa cara memakai cincin dari ensaiklopedia fekah kuwait

                          tempat cincin : ulama' tidak berselisih faham mengenai memakai cincin kepada perempuan; kerana mereka dari segi aspek ini hak perhiasannya, kepadanya (wanita) mereka boleh meletakkan dijari tangan atau atau dijari kaki , dimana mereka mahukan. Tetapi ulama' berselisih faham tempat letaknya cincin kaum lelaki, ada beberapa sarjana mazhab tidak mendapat persetujuan mengenainya : beberapa pengikut hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan. Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga sarjana (ulama') menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri; kerana terdapat riwayat yg berbeza mengenai hadis rasulullah saw dan berkata beberapa mereka itu : sesungguhnya di tangan kanan dari kalangan manusia tidaklah menandakan apa-apa; kerana pentafsiran kanan dari rasulullah saw membatalkannya.

                          imam malik r.h. Memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata abu bakar bin al-arbi didalam syarah muwatta' : sah dari : {rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}. Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari rasulullah saw dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memuji pemakaian disebelah kiri. Berkata imam shafiee : kepada lelaki, pemakaian cincin 'silver' di jari kecil sebelah kanan adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri, kedua-duanya adalah sah dari nabi saw, tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

                          berkata sebahagian : kiri adalah lebih afdal. Dari sunan abi daud yg berisnad sahih, bahawa ibn umar r.a. Bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad hassan dari ibnu abbas r.a bahawa memakai cincin di sebelah kanannya. Dari syafiee mengatakan bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang berikutan dari hadis yg didatang dari ali r.a. {rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya}.

                          kata hanbali : memakai cincin di kiri jari kecil adalah lebih baik memakai di sebelah jari kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa ahmad bin hanbal, riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan., berkata daar al-qatni yg menerimanya : mengingatkan bahawa rasulullah saw memakai cincin di sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan memburukkan tangan yg memakainya. Bahawa hanbali benci (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari manis, dan jika ia jari kecil (anak jari) maka adalah lebih baik kerana menurut nas.

                          tamat lah maklumat ensaiklopedia fekah, dan sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai disebelah kiri atau kanan, dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin.

                          wassalam.
                          Last edited by trew; 28-07-06, 02:36 PM.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Cincin dan lelaki


                            hoh? cincin besi tak boleh?
                            adehhh...
                            apesal bila tanya org suma kata utk lelaki bleh pakai cincin suasa/steel...
                            aku dah beli laa semlm...

                            Comment


                            • #15
                              Re: Cincin dan lelaki

                              sapa kata cincin tu tanda dah kawen? musykil aku....

                              Comment

                              Working...
                              X