Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

Page Title Module
Move Remove Collapse
This is a sticky topic.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

    Assalamualaikum

    Insya-Allah kita akan melihat serba sedikit kaedah melihat hadis. Diharap ia akan dapat dijadikan panduan dalam menyebarkan hadis. Ini kerana hukum menyebarkan hadis palsu ialah haram dan mengetahui ia palsu akan membawa dosa besar.

    Ketetapan hadis

    Ada beberapa perkara yang perlu diletakkan di hadapan bagi menilai kedudukan hadis yang didakwa atas nama Rasulullah s.a.w.

    Pertama, kandungan matan mesti diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ia selaras dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang lain serta prinsip-prinsip Islam.

    Kedua, jika kandungannya bercanggah maka ia harus diketepikan dan tidak mempunyai sebarang nilai.

    Ketiga, jika ia menepati atau termasuk di bawah prinsip-prinsip Islam maka para perawinya perlu dinilai untuk menentukan kesahihannya. Kaedah ini lebih dikenali sebagai Usul Dirayah dan Usul Riwayah.

    Tanda-tanda hadis maudhu (palsu) ialah:

    Pertama, bercanggah dengan ayat al-Quran. Maksud hadis mestilah sesuatu yang tidak bercanggah dengan al-quran dan maksudnya sama ada secara tersurat atau tersirat. Kerana adalah mustahil al quran itu bercanggah dengan hadis dan sebaliknya.

    Kedua, bercanggah dengan prinsip dalam Islam. Maksud hadis juga tidak boleh bercanggah dengan prinsip Islam. Umapanya hadis yang mengatakan bersalam sambil mengucapkan sesautu perkataan boleh membawa masuk syurga adalah bercanggah dengan prisnsip Islam yang memerlukan seseorang itu mempunyai akidah dan amal Islam utk syarat ke syurga.

    Ciri hadis maudhu` ketiga ialah menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana perbuatan yang tidak seberapa. Umpamanya mendapat 1000 pahala dan masyuk syurga hanya kerana menuang air kepada suami dll.

    wallahualam
    TJ

  • #2
    Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

    Originally posted by mnajem
    tak tau. sebab saya bukan ahli hadith. lagipun persoalan menghidup sunnah pahala sekian-sekian banyak bagi saya kurang menarik untuk dikaji kesahihannya. sorry la ye

    bak kata orang, hadith sahih yang ada pun tak terbuat, tak perlu nak sibuk-sibuk dengan hadith dhaif,maudhu'.


    Hmm... nie yg acik tak sedap dgr nie mnajem... ada lak yg kurang menariknyer dlm belajar agama nie ek?... .

    Tadi acik search pakcik google... jumpalah mende nie...

    JAIS

    kat situ ada dinyatakan lafaz niat solat ghaib nie... laa nie siapa pun tak tahu ianyer terkandung dlm hadis sahih ke idak?... sedangkan kojap laie kat opis acik nie akan bermula solat sunat ghaib bagi kembalinyer kerahmatullah seorg Timbalan Presiden kat sini...

    Wallahu a'lam bisshawab.

    Comment


    • #3
      Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

      setahu trew, lafaz niat dlm mana2 solat takde contoh dari nabi SAW...

      wassalam.

      Comment


      • #4
        Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

        assalamualaikum,

        boleh tak kasi contoh hadis2 maudhu yg famous

        Comment


        • #5
          Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

          Originally posted by slique
          assalamualaikum,

          boleh tak kasi contoh hadis2 maudhu yg famous
          w'salam
          Contoh Hadis-Hadis Palsu:

          "Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab"

          "Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri"

          "Mana-mana orang yang akan mati lalu dibacakan disisinya Surah Yassin nescaya Allah permudahkan ke atasnya. "

          "Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, tiang agama dan cahaya bagi langit dan bumi"

          "Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim a.s."

          Comment


          • #6
            Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

            Originally posted by pemusnah_dewa
            w'salam
            Contoh Hadis-Hadis Palsu:

            "Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab"

            "Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri"

            "Mana-mana orang yang akan mati lalu dibacakan disisinya Surah Yassin nescaya Allah permudahkan ke atasnya. "

            "Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, tiang agama dan cahaya bagi langit dan bumi"

            "Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim a.s."
            menuntutlah ilmu walau sampai kenegeri cina.

            ada banyak lagi dan kalau search archive ada yang saya tulis sebelum ini.

            wassalam
            Tj

            Comment


            • #7
              Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

              Originally posted by Tok Janggut
              menuntutlah ilmu walau sampai kenegeri cina.

              ada banyak lagi dan kalau search archive ada yang saya tulis sebelum ini.

              wassalam
              Tj


              Boleh juga ke sini Hadis palsu tapi masyur

              Ehsan BicaraMuslim.

              p/s: "Barangsiapa mengamalkan sunnah nabi SAW diakhir zaman pahalanya menyerupai seratus pahala orang mati syahid" - maudhu'?...

              Comment


              • #8
                Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu



                Sahabat2ku, tolong saya varify hadith boleh? Jumaat lepas dlm khutbah, khatib ada menceritakan satu hadith. Saya sempat salin isinya, tapi tak dapat sape perawi dan sanad2nya.

                Ini hadithnya:

                Allah telah memerintahkan Iblis mengadap Rasulullah s.a.w untuk menjawab soalan-soalan baginda. Lalu iblis turun ke bumi bertemu baginda dengan berwajahkan manusia. Setelah iblis menyatakan siapa dirinya yang sebenar, baginda memberikan dua soalan iaitu, berapa ramai musuh-musuh Iblis dan berapa ramai sahabat-sahabatnya, lalu Iblis menjawab

                Musuh-musuh Iblis ada 15, iaitu;

                1.Rasulullah s.a.w. sendiri.
                2.Pemerintah yang adil
                3.Orang kaya yang tawadduk
                4.Peniaga yang jujur dan amanah
                5.Orang yang berilmu, menggunakan ilmunya untuk kebaikan
                6.Orang yang suka memberi nasihat
                7.Orang yang lembut hatinya, pengasih penyayng
                8.Orang yang bertaubat sebenar-benar taubat
                9.Orang yang menjauhi yang haram
                10.Orang yang sentiasa dalam wuduk
                11.Orang yang berterusan/istiqomah membaca al-Quran
                12.Orang yang banyak bersedekah
                13.Orang yang mengerjakan solat dengan khusyuk
                14.Orang yang bangun solat di tengah malam di waktu orang lain tidur
                15.Orang yang berakhlak mulia.

                Manakala sahabat-Sahabat Iblis pula ada 10 iaitu;
                1.Pemerintah yang zalim
                2.Orang kaya yang tamak haloba, beramal hanya kerana nama
                3.Peniaga yang tidak jujur
                4.Peminum arak
                5.Orang yang suka mengumpat
                6.Orang yang berzina
                7.Orang yang memakan harta anak yatim.
                8.Orang yang meringan-ringankan sembahyang
                9.Orang yang enggan berzakat
                10.Orang yang takut mati, panjang cita-citanya.
                Minta jasa baik tuan2 yg arif.. Terima kasih.

                Comment


                • #9
                  Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

                  erm~ nagas jadi takut lak... sbb skang ni byk hadis2 yg kita dgr dr para ulama n org yg lebih mengetahui... malahan mereka org yg terhormat.. namun.. terdapat juga hadis2 palsu yg mereka guna... entahlah~ agaknya mcm manalah nak membimbing kembali kpd hadis yg asli...

                  boleh x sesaper bg cdgn... buku hadis apa yg bagus dan lengkap .. nagas teringin nak beli n jadikan panduan... agar x tersilap langkah dlm memilih hadis n mengikut hadis palsu nie...

                  Comment


                  • #10
                    Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu



                    Ada baiknya topik ini dipin dalam BMM ni untuk rujukan semua. Semua hadith palsu yang kita jumpa, kita compile dan letak dalam topik ni. Apa kata survey?

                    Erm..boleh tak sesapa listkan jugak hadith-hadith amaran nabi kepada pendusta atas namanya? Kitab ada kat rumah la, tak dapat nak kongsi kat sini sekarang.

                    Comment


                    • #11
                      Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

                      Originally posted by pemusnah_dewa View Post
                      w'salam
                      Contoh Hadis-Hadis Palsu:

                      "Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri"

                      "Mana-mana orang yang akan mati lalu dibacakan disisinya Surah Yassin nescaya Allah permudahkan ke atasnya. "

                      "Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, tiang agama dan cahaya bagi langit dan bumi"

                      "
                      yg ini memang selalu dengar
                      palsu rupanye


                      .

                      Comment


                      • #12
                        Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

                        hadith fadhilat tarawikh tu menarik gak kalu nak letak. heh heh. palsu ke dhaif ke,tapi hadith tu dihentam keras.

                        Comment


                        • #13
                          Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu



                          Nie link koleksi hadith maudu atau amat doif untuk rujukan semua: http://www.darulkautsar.com/penghadi...hadispalsu.htm

                          Semoga bermanfaat.

                          Comment


                          • #14
                            Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

                            Awas! banyak pendusta dalam agama. Banyak yang kena fitnah sejak dari zaman nabi sehinggalah sekarang ini tentang agama Islam.

                            Comment


                            • #15
                              Re: mempelajari kaedah mengenal hadis palsu

                              Kena belajar bab mustalahah hadis mmm....pakcik tak tahu la......Lagi banyak tahu, lagi banyak rasa tak tahu aaar...

                              Comment

                              Working...
                              X