Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Tentang Mahar atau Maskawin

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Tentang Mahar atau Maskawin



    Kakcah nak tumpang tanya masalah tentang mahar atau mas kahwin. Negeri2 kat Malaysia ni maskawin berbeza-beza.... Dari Perlis hingga ke Sabah Sarawak ada rm80.00, ada rm100 ada rm22, masing-masing telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Cuma Pulau Pinang saja tak ada ketetapannya... sesuka hati nak letak, ada sampai rm seribu, 2 ribu terpulang pada pihak pengantin pompuan.

    Cuma nak tanya pada yang lebih arif.... Yang mana lebih afdhal bagi maskawin yang murah ke yang mahal.... boleh tak dapatkan hadith2 ttg maskawin yang paling baik.. Terima kasih.

  • #2
    Re: Tentang Mahar atau Maskawin

    Originally posted by kakcah


    Kakcah nak tumpang tanya masalah tentang mahar atau mas kahwin. Negeri2 kat Malaysia ni maskawin berbeza-beza.... Dari Perlis hingga ke Sabah Sarawak ada rm80.00, ada rm100 ada rm22, masing-masing telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Cuma Pulau Pinang saja tak ada ketetapannya... sesuka hati nak letak, ada sampai rm seribu, 2 ribu terpulang pada pihak pengantin pompuan.

    Cuma nak tanya pada yang lebih arif.... Yang mana lebih afdhal bagi maskawin yang murah ke yang mahal.... boleh tak dapatkan hadith2 ttg maskawin yang paling baik.. Terima kasih.
    Mengenai mahar nie kita kena bezakan dengan hantaran. Mahr adalah wajib sedangkan hantaran adalah adat orang melayu sahaja.

    Mahar atau mas kahwin nie tidak pernah ditetapkan nilainya oleh nabi. Ia berbeza mengikut masyarakat, temapat dan paling utamanya kemampuan. Tujuan mahar salah satunya ialah bagi menunjukkan bahawa si lelaki benar-benar serius hendak mengahwini perempuan tersebut dan bukannya satu kata main-main. Kedua ia bertujuan memberikan sedikit kemudahan pada pihak perempuan dalam majlis kenduri dan sebagainya.

    Mahr yang afdal bukannya terletak pada mahal atau murah mahr tersebut tetapi pada adilnya mahar tadi. Katakan seorang yang kaya raya, maka berikan mahar yang tinggi sedikit utk bakal isterinya dan sebaliknya. Pernah dalam satu hadis riwayat muslim, seorang sahabat hendak mengahwini seorang wanita tetapi dia tidak ada apa-apa pada dirinya untuk diberi. Nabi kemudian bertanya adakah dia menghafal surah-surah dalam al quran, dia mengatakan ya. Lalu nabi memerintahkan lelaki tadi mengajarkan al quran kepada wanita tadi sebagai mahrnya.

    Wallahualam
    TJ

    Comment


    • #3
      Re: Tentang Mahar atau Maskawin

      saya pernah dengar ttg mahar misil...iaitu kadar mahar mengikut @ berkadaran mahar saudara perempuan wanita tersebut....( cth kakak atau adik perempuan wanita tersebut)

      adalah wajar perkara ini dilakukan atau adakah lebih afdal mengikut kemampuan bakal suami jer?

      sebenarnya nilai mahar nih siapa yg tentukan..pihak pompuan...pihak lelaki atau atas persetujuan bersama?

      p/s; dalam situasi kat negeri saya......tiada hantaran hanya ada mas kawen.......tlh elaborate skit TJ......mekasih.....

      Comment


      • #4
        Re: Tentang Mahar atau Maskawin

        Mengikut Syariah berpandukan Sunnah Rasullallah dan Al-Quran,Mahar ini adalah hak mutlak wanita dan wajib ditunaikan kepadanya. Hak ini adalah wajib dimana jika tidak ditunaikan,wanita berhak melarang suaminya masuk ke kamar tidur. Andainya dia mati sebelum menunaikan hutang ini,akan di soal oleh Allah SWT di akhirat kelak.
        Hantaran ,ini adat. Patut dimansuhkan lama dah pasal dah lapuk dan ketinggalan zaman.
        Level mahar ini sepatutnya mengikut Syariah tidak mempunyai level minimum seperti diamalkan di Malaysia atau maximum. Seperti yang terjadi di zaman Khalifah Saidina Umar dimana pada zaman itu Khalifah hendak meletakan maximum level mahar. Seorang wanita mebantah dan berkata Rasullallah tidak pernah membenarkan pekara ini. Khalifah itu akur dan menarik balik pelannya. Bayangkan,seorang wanita biasa mampu menegur Khalifah berkaitan haknya sebagai wanita kerana dia memahami dan peka terhadap haknya sebagai wanita Islam. Hari ini di Negara Islam wannabe Malaysia? HEhehehehehe.
        Mahar adalah hak wanita dan HARAM untuk ibu bapa wanita tersebut untuk mengambil wang itu tanpa persetujuan dan HARAM untuk suaminya untuk meminta balik wang itu atau expect wang itu digunakan untuk pembelian perabot dll.
        Mengikut Dr Zahir dalam syarahannya,kenapa mahar yang diberikan kepada wanita Islam amat rendah,tetapi mampu mengadakan majlis walimatul urus atau perkahwinan yang grand? Soalan ramai orang Islam patut tanya.
        Islam mengangkat taraf wanita dengan memberikan mahar,who are we to question,modify,limit mahar?
        Islam has always been practical,cuma masalah orang2 Melayu sejak berzaman2 ni pandai2 ubah dah masukan elemen2 Jahiliyah sehingga menjadikan amalan2 Islamic yang betul menjadi irrelevant dan impractical.
        Langkah bendul la,maskawin la...all this rubbish belongs in the 18th century or zaman2 hang tuah dulu not 2006 when Islam is on the uprising.

        Period.

        Comment


        • #5
          Re: Tentang Mahar atau Maskawin

          yer...di klate and t'ganu (rasanyer la....) tak der hantaran....and maskawing pong tak ditetapkan....mase aku kawing dulu maskawing RM3000.....sumer blh kat aku la......yeaaaa! kalu kt negeri lain hantaran riban2 tu di guner utk kenduri tu la kan?

          kakak2 aku yg lain2 mas kawing sumer between RM3k-RM5k....

          Comment


          • #6
            Re: Tentang Mahar atau Maskawin

            Tu la nak tanya Hairanaz.....mmg isteri yg mintak ker byk tu.....or suami yg nak bg byk tu ker.....or leh discuss ikut mahar adik badik pompuan? Kalu buleh takmo la bebankan mana2 pihak kan?

            p/s; yg ptg nilai tu ikhlas dan atas kemampuan suami kan?

            Comment


            • #7
              Re: Tentang Mahar atau Maskawin

              Originally posted by Hairanaz
              yer...di klate and t'ganu (rasanyer la....) tak der hantaran....and maskawing pong tak ditetapkan....mase aku kawing dulu maskawing RM3000.....sumer blh kat aku la......yeaaaa! kalu kt negeri lain hantaran riban2 tu di guner utk kenduri tu la kan?

              kakak2 aku yg lain2 mas kawing sumer between RM3k-RM5k....

              kat trg ngan kelate ader hantaran.........tapi besanyer duit hantaran tuh disebut dalam akad..........so jadi la ianya mas kawen...........and besanyer adat kat msia nih, mak bapak yg tentu kan rega dier...............

              Comment


              • #8
                Re: Tentang Mahar atau Maskawin

                ooo...kalu ikut family kiter.....tu sumer ikut suker pihak lelaki lah nak bagi baper.....ikut keikhlasan dan kemampuan diaorang......tak penah lak my parents tetapkan baper......

                tp kita penah dgr gak......ada famil pompuan yg tetapkan......sbb plan dia....dia nak mas kawin anak dia jadik RM3k.....kalu ikut yg ditetapkan negeri cumer RM80 jerk.....

                Comment


                • #9
                  Re: Tentang Mahar atau Maskawin

                  negeri aku 22 setengah.. huhu murah banget..tp takpe lagi murah lagi senang nak uruskan duit tu supaya tak terguna oleh pihak lain.. lagi mahal, takut takut teragih kat org yg diharamkan menggunakan nye..tp rm22 hinggit tu nak wat ape erk.. nak beli ape?? huh...

                  Comment


                  • #10
                    Re: Tentang Mahar atau Maskawin

                    RM22 je harga wanita itu? Aduh...ni la dia,tak paham konsep mahar. Dulu penah bawak benda ni discuss dengan representative JAIS,dia cakap benda ni standard yg agreed by ulama2 dan Sultan la apa la. Dia cakap ini hanya menjadi panduan. Yeah,smart move...panduan minimum habis. Logic is,if you can part RM30K on a grand wedding,why can't you be more compasionate and give the wife more. Just my 2cents cause I did it MY WAY! Nak buat benda baik,kena brutal,ignore makcik,pakcik,datuk,nenek etc. There's one hadis or firman,'Jikalau manusia itu mencari keberkatan manusia lebih dari keberkatan Allah,maka diakhirat Allah akan menyuruh manusia tadi meminta keberkatan manusia untuk menyelamatkannya dari hisab'.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Tentang Mahar atau Maskawin

                      So mahar tuh pihak suami la decide erk Gripen? So kalu pihak lelaki masuk minang suh dia la decide...gitu ker yg sewajarnya?

                      p/s; duit mahar tuh lak buleh guna buat apa? leh buat wakaf/sedekah/personal wife ker buat apa utk dimanfaatkan sbb dah hak mutlak isterikan? Tp kalu mmg isteri ikhlas nak sumbangkan utk mak ayah n family or husband dia...tak jd masalah kan?

                      tgk jugak hr ini waktu kawen hadiahkan barang perhiasan/berharga...itu pun leh consider mahar kan?

                      mahar tak semestinya disebut dlm akad kan ( utk lafaz pengantin lelaki)?
                      Last edited by Humairah; 17-04-06, 06:03 PM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Tentang Mahar atau Maskawin

                        Give her the respect due. The lady decides,provided she's is self-aware and capable of making decision.

                        Kalau isteri memang nak sumbangkan,tuh lain cita. Tapi kebiasaannya,parents awal2 dah amik or plan apa nak buat dengan duit tuh before consulting dengan tuan punya badan. Kalau macam di india,husband2 dia expect duit mahar ini belikannya kereta,perabot dll.
                        Heck,in India...wanita masuk masjid pun tak boleh,hanya beberapa masjid yang sudah mula membenarkan wanita Islam masuk ke masjid. Why,dont ask me...I was just an observer.
                        One day,each and everyone of us will be parents. So,its up to us to re-educate ourself in matters pertaining to munakhahat. Lets correct the sins of our fathers and not let it pass to the children.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Tentang Mahar atau Maskawin

                          Pada saya la....melamar seorang perempuan utk dijadikan isteri dgn rasa penuh rasa tanggungjawab tuh sendiri lebih mahal dr mahar itu sendiri........

                          kerana pikul tanggungjawab tu yg payah........how to lead/teach your wife n children

                          p/s; mahar tu hanya simbol penghormatan.......tp penghormatan yg sebenar adalah perlaksanaan amanah tu sendiri.......

                          Comment


                          • #14
                            Re: Tentang Mahar atau Maskawin

                            mcm pernah baca somewhere..
                            "perempuan yang baik adalah perempuan yang rendah maharnya"..
                            nanti cari semula baca kat mana..

                            mahar perempuan yang rendah bukannya bermaksud perempuan tu bernilai byk tu...

                            ...negeri saya pun mas kawin 22hinggit1/2

                            Comment


                            • #15
                              Re: Tentang Mahar atau Maskawin

                              Originally posted by maz
                              negeri aku 22 setengah.. huhu murah banget..tp takpe lagi murah lagi senang nak uruskan duit tu supaya tak terguna oleh pihak lain.. lagi mahal, takut takut teragih kat org yg diharamkan menggunakan nye..tp rm22 hinggit tu nak wat ape erk.. nak beli ape?? huh...

                              takut teragih? mas kawing tu hak mutlak isteri.......however she wants to spend the money it's up to her......sama ada dia nak bagi kat org atau tidak......ia tidak berdosa....bukan macam hantaran......sebab tu mas kawing kalu kita tgk...di beri kepada isteri ketika upacara pembatalan air sembahyang......dan bukan di beri kepada ibu bapa or org lain.....

                              supaya tak terguna oleh org lain? memang org lain tak leh guner pong.....unless pengantin perempuan tu ikhlas nak bagi tu tak per la.....

                              Comment

                              Working...
                              X