Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

    assalamualaikum wbt,
    saya ada kemuskhilan sedikit ni.
    semasa saya di alam persekolahan dulu, semasa tiba bab topik daging korban
    ustazah saya kata, haram memberi daging korban kepada orang bukan islam walaupun dia tinggal berjiran. kalau nak beri jugak, sila beli daging lain dan beri kepada org tu.

    tapi saya terbaca dalam mingguan malaysia semalam, pasal soal jawab agama bersama astora jabat. dia tulis harus hukumnya memberi daging korban kepada org bukan Islam. dia kata berdasarkan fatwa terbaru (maaf sudah lupa siapa yg dia kata keluarkan fatwa itu)..

    So saya disini cuba mencari kepastian la, sebab skrg saya sudah ragu2 kerana sepengetahuan saya yang rendah ilmu agama ni, haram hukumnya.

  • #2
    Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

    setau qis haram kiter bg daging korban pada non muslim... takpe nanti qis check ngan kengkawan past tue qis edit

    Comment


    • #3
      Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

      setakat ni ana tak jumpa dalil madzhab syafi'iy, cuma kalau ana baca
      kitab2 fiqih madzhab hanya menyebut pendapat yang asah di sisi madzhab
      syafi'iy ialah daging korban diharamkan kepada orang kafir...tapi tak
      ada alasannya.

      Samahah Syaikh Muhamad Salih alUthaimiin dalam majmu' fatawanya
      (2/663) menolak pendapat ni dan berpendapat boleh berpandukan dalil AQ
      iaitu surah 60: 8-9 (Allah tidak melarang kamu berbuat baik kpd orang
      yg tidak memerangi kamu)...maksud orang kafir yg dilarang ialah kafir
      harbi sahaja bukan kafir ahlu zimmah.

      adapun amalan salaf ialah tidak ada walimah qurban atau majlis makan
      daging kurban, yang ada ialah majlis walimah aqiqah. daging kurban
      kebiasaan salaf ialah pemberian dan sedeqah. AQ 22: 36

      sekian

      s2s

      wassalam.

      Comment


      • #4
        Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

        Originally posted by Ezza
        assalamualaikum wbt,
        saya ada kemuskhilan sedikit ni.
        semasa saya di alam persekolahan dulu, semasa tiba bab topik daging korban
        ustazah saya kata, haram memberi daging korban kepada orang bukan islam walaupun dia tinggal berjiran. kalau nak beri jugak, sila beli daging lain dan beri kepada org tu.

        tapi saya terbaca dalam mingguan malaysia semalam, pasal soal jawab agama bersama astora jabat. dia tulis harus hukumnya memberi daging korban kepada org bukan Islam. dia kata berdasarkan fatwa terbaru (maaf sudah lupa siapa yg dia kata keluarkan fatwa itu)..

        So saya disini cuba mencari kepastian la, sebab skrg saya sudah ragu2 kerana sepengetahuan saya yang rendah ilmu agama ni, haram hukumnya.

        salam ezza....

        saya rasa tak mahu sentuh pasal hukum kerna ramai lagi yg lebih arif tentang hukum...

        saya nak bagi input yg mungkin boleh meringankan apa yg ada di kepala....

        memula...... ibadah qurban ialah ibadah yg diperintah oleh Allah s.w.t kepada Nabi Allah Ibrahim (Baginda diperintah untuk menyembelih anak beliau iaitu Nabi Allah Ismail a.s)

        pastu.........pendek cerita, ibadah ini dilaksanakan pada setiap tahun di mana, sesiapa yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah tersebut maka bolehlah melakukannya dengan niat, tertib, aturcaranya....sekurang-kurangnya seseorang itu cubalah berusaha untuk melakukan ibadah tersebut sekali seumur hidup....

        kemudian...daging qurban tersebut akan diagih-agihkan kepada sesiapa yang berhak untuk menerima...terutamana golongan fakir miskin dsbnya.....

        afdal (lebih baik) daging tersebut diberikan kepada golongan yg memerlukan dari agama sendiri (kerna ini adalah tuntutan agama)....kecuali dah tak der yg seagama keliling kita lagi.....

        bagi golongan lain tu..bolehlah minta kat kebajikan masyarakat.....

        dan cerita lainnya.....ada agama yang menganggap binatang qurban itu amat suci tetapi agama kita suruh qurban binatang itu pula....so???

        bagilah kepada yang 'berhak'...

        wasalam

        Comment


        • #5
          Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

          cikgu sekolah agama aku dulu ade cakap, hukumnyer haram bagi sesiapa yg mensedekahkan daging korban pada orang bukan muslim..... :mc:

          Comment


          • #6
            Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

            mmg larr....dahtu klau bg kt org india, diorg mana leh makan daging lembu!!

            Comment


            • #7
              Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

              yang aku tahu.. sepertiga mesti kepada fakir.. sepertiga kepada yang bekemampuan dan sepertiga bolehlah diguna sendiri.. mana egi lagi satu in sepuluh aku lupa lak nak tanya

              Comment


              • #8
                Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

                tu belum kira kaki rembat daging. peel tukang sembelih, tukang melapah...

                kat masjid sini raya lepas pala kobau kene kidnap. letak kat atas bakul motor pun leh ilang. heran

                Comment


                • #9
                  Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

                  Assalamualaikum wrhmth-wbrkth

                  Setahu yg saya belajar. ustazah saya kata haram bagi daging korban kepada non-muslim. kalau kita bg juga, di akhirat kelak akan dituntut oleh tuan empunya korban krn di sana nanti, binatang yg dikorbankan ini akan menjadi tunggangan melalui siratulmustaqim. bayangkan apabila dihimpunkan bahagian2 ini kelak, tiba2 didapati ada bahagian yg tidak cukup krn sikap kita yg sambil lewa dlm agihan2 daging tersebut. nampak cacatlah haiwan korbannya. pasti org yg berkorban berasa sedih kan... cuba letakkan kita ditempatnya.... pasti kita mahu apa yg kita lakukan sempurna segalanya....

                  p/s: kalau saya silap, betulkanlah. itu apa yg ustazah saya katakan.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

                    Apa pun jawapan pada masalah ini biarlah dijawab dengan quran dan disokong dengan hadis kalau ada.Takat jawapan ikut akal semua boleh jawab,tp nanti timbul berbagai2 jawapan.Hadis pun ada menyebut, bila ada masalah kembalilah pada al quran dan sunnah.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

                      Jawapan Tuan Hassan Tuan Lah:

                      Mula-mula kita kena baca ayat surah alMumtahinah:8-9

                      AQ 60: 8
                      "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kerana agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

                      AQ 60:9
                      "Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan kawanmu orang-orang yg memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu untuk mengusirmu.."

                      Ayat itu menjelaskan syarat-syarat yang umum bukan sahaja melibatkan daging korban, tapi baitul mal dan zakat.

                      Ayat ini menetapkan hubungan kita dengan orang bukan Islam ialah hubungan baik dan dakwah. Maka syarat utama ialah non-muslim yang tidak memerangi kita dan ada konspirasi mengusir kita dari tanahair kita..

                      Lagi satu:
                      Pembahagian daging korban itu difahami dari amalan salaf ialah dibahagi tiga. Sepertiga untuk fakirmiskin, sepertiga untuk dihadiah/pemberian dan sepertiga untuk diri dan keluarga. Maka non-muslim juga boleh masuk dalam kategori fuqara' dan pemberian untuk menjinakkan hati mereka.
                      bayangkan ade non-muslim yg miskin dok sebelah rumah kita, dalam sibuk2 kita dok bahagi daging qurban tu dia pun lalu la depan rumah kita lps tu tegur kita dgn mesra... kita pun balas teguran tu tapi kita tak offer pun kat dia daging yg kita tgh bahagi tu... rasa2nya dlm hati dia ada tak rasa tertarik nak memeluk Islam?

                      mcm mana pulak kalau mualaf yg parent dia masih non-muslim dan miskin? takkan dia tergamak taknak bagi daging korban kat parent dia?

                      wassalam.
                      Last edited by trew; 17-01-06, 05:18 AM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

                        Originally posted by ASNA4
                        Assalamualaikum wrhmth-wbrkth

                        Setahu yg saya belajar. ustazah saya kata haram bagi daging korban kepada non-muslim. kalau kita bg juga, di akhirat kelak akan dituntut oleh tuan empunya korban krn di sana nanti, binatang yg dikorbankan ini akan menjadi tunggangan melalui siratulmustaqim. bayangkan apabila dihimpunkan bahagian2 ini kelak, tiba2 didapati ada bahagian yg tidak cukup krn sikap kita yg sambil lewa dlm agihan2 daging tersebut. nampak cacatlah haiwan korbannya. pasti org yg berkorban berasa sedih kan... cuba letakkan kita ditempatnya.... pasti kita mahu apa yg kita lakukan sempurna segalanya....

                        p/s: kalau saya silap, betulkanlah. itu apa yg ustazah saya katakan.
                        Hadis2 fadhilat haiwan korban menjadi tonggangan di mahsyar. Hadis begitu didha'efkan oleh alMuhaddith alAlbani (Silsilah Ahadiths adDha'ifah/102) dan menurut Ibn Arabi alQadhi dalam syarah atTermidzi, tiada ada satu hadis pun mengenai fadhail Qurban yg sahih.

                        wassalam.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

                          Originally posted by trew
                          Hadis2 fadhilat haiwan korban menjadi tonggangan di mahsyar. Hadis begitu didha'efkan oleh alMuhaddith alAlbani (Silsilah Ahadiths adDha'ifah/102) dan menurut Ibn Arabi alQadhi dalam syarah atTermidzi, tiada ada satu hadis pun mengenai fadhail Qurban yg sahih.

                          wassalam.
                          Seperti yang disebut bahawa pendapat asah dalam pendapat syafii ialah tidak dibenarkan memberikan daging korban kepada orang bukan Islam. Tetapi again tidak ada alasan dalam hal ini. Yang lain telah dijelaskan oleh trew...

                          wallahualam
                          TJ

                          Comment


                          • #14
                            Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

                            tambahan:

                            Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau :

                            ولا بأس بإعطاء الكافر منها لفقره أو قرابته أو جواره أو تأليف قلبه، لقوله صلي الله عليه وسلم في حديث أسماء بنت أبي بكر الصديق المتفق عليه: " صِلي أمك"، ومن المعلوم أن أم أسماء كانت من كفار قريش الوثنيين،

                            "Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman." [sumber: http://www.islamweb.net/php/php_arab...Option=FatwaId ]

                            wassalam.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Hukum Memberi Daging Korban kepada NON MUSLIM

                              salam semua.....

                              begitulah indahnya Islam.....

                              ia boleh jadi se 'simple' yg kita tak pernah tergambarkan dan ia boleh jadi se 'detail' yg kita inginkan.....asalkan kekal batas halal & haram...

                              utamakanlah yang utama......put priority first

                              ingat sifat utama Rasulullah......? (ni simple ni....) Siddiq, Amanah, Tabligh & Fatonah....

                              ...so bila dah takda lansung org islam lagi yg berada disekeliling anda utk diberikan daging korban tu...maka lalu si kafir yang baik......rasa nak bagi..maka bagilah....ia jadi hadiahlah....

                              ...tapi kita kena ingat ini adalah satu ibadah suci yer....

                              ingat Ar-Rahman Ar-Rahhim?..... Maha Pemurah Maha Penyayang.....

                              Allah Maha Pemurah pada setiap makhlukNYA (tak kira islam ke kafir ke, beriman ke tidak ke)....tapi Allah Maha Penyayang kepada hambaNYA yang beriman.....

                              ...tetiba rasa nak bagi kat kafir tu....pemberian itu akan jadi 'hadiah' & bukan sedekah.....

                              wallah hu aklam....

                              Comment

                              Working...
                              X