Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

pesantren az-zaitun

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • pesantren az-zaitun

    Assalamualaikum wbt

    Ada sapa-sapa penah terdengar atau terlihat berkenaan dengan sebuah sekolah pondok moden di Indonesia, Pesantren Az-Zaitun di Jawa Barat?

    prasarana yang disediakan, memang mengkagumkan...

  • #2
    Salam:

    Boleh saya tahu bagaimana saudara/i dengar perkhabaran ini?

    Macam menarik shj. Mengkagumkan yang bagaimana tu?

    Comment


    • #3
      ada buku dia,ako terbaca, dari Islamic Counsel,Saudi Arabia nyer links.....

      setao ako,ada unsur2 moden la...pesantren moden....!

      Comment


      • #4
        ye ke.. best gak tue.. tak pernah jugak tue.. moden yg camana tue.. ada komputer ker>?? ada internet ker?? moden camana???

        Comment


        • #5
          assalamualaikum wbt

          ini beberapa fakta yang saya dapat berkenaan pasentren az-zaitun

          - dibangunkan pada 13 ogos 1996
          - di atas tanah seluas 1,200 hektar
          - dirasmikan pada 27 ogos 1999
          - memulakan pengajian pada 1 julai 1999

          - bilik kelas terbesar di dunia: 12m x 8m
          - terdapat pustaka mini di setiap kelas & bilik asrama

          - pelajar 5,300 orang
          - mempunyai 3 bangunan asrama

          kemudahan sukan:
          - 7 padang bolasepak
          - lebih drpd 12 gelanggang bola tampar & bola keranjang
          - stadium, grandstand dan trek olahraga yang lengkap

          dewan makan:
          - menyediakan makanan enam kali sehari
          - peralatan memasak daripada itali

          laundry:
          - mesin berjenama elextrolux
          - dari sweden

          kesihatan:
          - disediakan empat doktor umum, dua doktor gigi dan beberapa pakar lain
          - perkhidmatan 24 jam
          - juga kepada penduduk2 tiga desa sekitar pasentren, secara percuma

          masjid:
          - masjid al-hayat, menampung 6,000 jemaah sudah tidak mencukupi
          - masjid jame' rahmatan lil alamin sedang di bina, dijangka siap pada tahun 2003
          - masjid enam tingkat, boleh menampung sehingga 100,000 jemaah
          - akan menjadi masjid terbesar di asia-tenggara

          hotel:
          - wisma tamu al-islah
          - hotel bertaraf antarabangsa

          kemudahan lain:
          - perpustakaan
          - makmal bahasa (IT)
          - koperasi
          - kantin
          - bazaar

          terdapat juga:
          - kilang perabot
          - kilang besi
          untuk mendokong pembangunan, keperluan bangunan pembelajaran & asrama

          aktiviti ekonomi (pertanian):
          - sawah padi
          - jati emas
          - limau garut
          - sayuran
          - pohon tiin & zaitun

          aktiviti penternakan:
          - lembu susu
          - lembu daging
          - kambing
          - biri-biri
          - ikan
          - itik
          - rusa
          - kuda (untuk aktiviti ekuesterian)

          (dipetik drpd vcd 'selayang pandang, maahad al-zaytun, edisi iv, "menerobos millenium madani", februari 2002')

          Comment


          • #6
            hmmmm...tapi bukankah sekarang ni dilabelkan pesantren az-zaytun itu mengamalkan ajaran sesat?

            malaysia sendiri telah mengiktirafkan az-zaytun sebagai sesat...

            apa pendapat anda semua?

            Comment


            • #7
              heh, tu yg buat aku pelik tu
              atas dasar apa kerajaan malaysia melabel pesantren tu sebagai pengamal ajaran sesat?
              ajaran camna yg dikatakan tu?
              kalau ada apa2 sumber, boh la kat sini
              kita sama2 nilai

              Comment


              • #8
                aku ada terbaca jugak dlm harakah, rasa2nya 3x keluaran bersiri. agak menarik jugak. yuran masuk US2000 utk 6 tahun. bayar waktu masuk ja.
                korang adalah alamat website dia tak?

                Comment


                • #9
                  dlm paper ari tu kan dah heboh kjaan tak iktiraf lulusan pondok ni..

                  Comment


                  • #10
                    tuahayam,
                    saya miss baca paper ttg isu ini. boleh cerita sikit apa point kerajaan malaysia melabelkan az-zaytun begitu?

                    kalau tak silap saya kerajaan ada hantar team menyiasat ke sana...

                    pengajian pondok yang mewah, mempunyai pelbagai kemudahan canggih dan serba selesa, tapi kenapa apa yang sesatnya?
                    Last edited by nafi5i; 11-12-02, 06:32 PM.

                    Comment


                    • #11
                      aku pun tak ingat pasal apa dia kata pondok tu buat ajaran sesat...

                      Tapi yg pasti dulu heboh tentang mende ni kat paper..

                      Comment


                      • #12
                        ni link dia.. korang boleh baca kat sini..

                        http://www.utusan.com.my/utusan/arch...4.htm&arc=hive

                        Pesantren tempat pengajian 150 pelajar kita disiasat
                        Oleh:ZULKIFLEE BAKAR dan ROHANA MAN
                        KUALA LUMPUR 19 April - Sebuah pondok pengajian agama di Indonesia, Pesantren Al-Zaytun yang terletak di Indramayu, Jawa Barat yang turut menempatkan kira-kira 150 pelajar Malaysia kini sedang disiasat oleh Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu kerana dipercayai terlibat dalam ajaran sesat.

                        Antara kesesatan yang didakwa dilakukan ialah pimpinan pondok berkenaan menganggap orang lain di luar gerakan mereka adalah kafir, termasuk ayah dan ibu kandung sendiri.

                        Sementara ayah kandung yang tidak menyertai gerakan itu tidak layak menjadi wali nikah anak mereka.

                        Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan di sini dilaporkan sedang mengawasi perkara tersebut sebelum memutuskan tindakan lanjut yang boleh diambil.

                        Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Swastanya, Datuk Hassan Hashim mengesahkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu lalu.

                        Sehubungan itu, kementerian telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat ke sebuah agensi yang bertanggungjawab mengurus kemasukan pelajar Malaysia ke pesantren Al-Zaytun.

                        ``Kita ada menghantar pegawai ke agensi yang terletak di Shah Alam, Selangor itu untuk mendapatkan maklumat semalam,'' katanya kepada Utusan ketika dihubungi di sini hari ini.

                        Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, laporan itu apabila siap kelak akan diserahkan kepada Musa.


                        Siasatan ke atas pondok pengajian berkenaan dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas Forum Ulama Umat (FUU) Bandung pada 16 Februari lalu mengeluarkan fatwa rasmi bahawa pondok berkenaan menyebarkan ajaran sesat.

                        Malah pondok itu juga menurut siasatan yang dijalankan oleh pihak Indonesia menunjukkan terdapat amalan `menebus dosa' dilakukan di situ.

                        Amalan tersebut dilakukan oleh ahli-ahli yang bergabung dengan pesantren berkenaan dengan cara membayar wang dengan kadar yang bergantung kepada besar dosa yang dilakukan.

                        Sementara itu, seorang pendakwah bebas di Malaysia mendakwa antara ajaran sesat yang disebarkan di situ ialah umat Islam yang berada di luar kawasan pesantren Al-Zaytun tidak wajib mendirikan solat.

                        Berikutan fatwa dan aduan yang dibuat oleh bekas pelajar pondok itu, pihak berkuasa Indonesia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai Majlis Ulama Indonesia (MUI), Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia dan Institut Sains Indonesia bagi menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh pondok pengajian tersebut.

                        Jawatankuasa itu juga dianggotai pihak polis yang bertanggungjawab menjalankan siasatan daripada segi jenayah.

                        Menteri Hal Ehwal Agama Said Agil Munawar semalam berkata, kajian sedang dijalankan bagi menentukan sama ada sekolah itu menyebarkan ajaran salah.

                        Beliau memberi amaran bahawa jika terbukti pondok pengajian itu menjalankan amalan bertentangan dengan Islam, pihaknya tidak akan teragak-agak menutupnya.

                        `'Kalau memang ada penyimpangan dalam masalah agama, kita akan tutup,'' katanya seperti dilaporkan akhbar Republika dalam talian hari ini.

                        Menurut Said Agil, setakat ini terdapat bukti-bukti menunjukkan berlaku penyelewengan ajaran Islam oleh pondok itu dan semua ini memerlukan penjelasan pimpinan pusat pengajian itu. Ketika ini, kira-kira 6,000 pelajar belajar di situ. Ia memiliki bangunan indah serta moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Di pekarangan pondok itu terdapat sebuah hotel kelas sederhana untuk menampung keperluan pelawat dan ibu bapa yang menziarahi para pelajar.

                        Comment


                        • #14
                          Kenapa ada yang kata pesantren tu bagus?
                          --> http://www.utusan.com.my/utusan/arch...2.htm&arc=hive

                          Dan yang lain pulak kata macam2? Konflik betul la...

                          Comment


                          • #15
                            Biasalah.. mesti ada dalang disebaliknya..

                            Hanya Allah yang tau kebenarannya..

                            Comment

                            Working...
                            X