Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Tentang Zihar...

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Tentang Zihar...

    Satu persoalan dari seorg rakan... mohon saudara TJ atau sahabat2 yg arif perjelaskan... TQVM.

    Saya ade kemusykilan berkaitan topik ZIHAR, kalau ade ustaz/ustazah atau sape2 yg berilmu, boleh lah tolong bagi nasihat...

    Gini ceritanya;
    Saya baru beberapa bulan berumahtangga. Saya suka bergurau senda dan melawak dengan isteri (walaupon lawak bodo). Lawak bodo camne pon, isteri tetap gelak... tapi kalau dia tak gelak, saya akan paksa dia gelak...

    Ade satu hari tuh saya bernyanyi2 mengiringi iklan diTV,
    "... who's next your mother, who's next your mother... and then your father...". Sambil menyanyi tuh saya melakukan aksi2 menambah perisa, kemudian tah camne saya boleh tersebut, "... my mother.." sambil jari menunjuk kearah isteri.

    Serentak itu kami tersentak, dan teringatkan ttg ZIHAR .

    Soalannya, jatuh ZIHAR ke??
    Tolong lah jawab, atau FWD kat pada sesape yg bleh jawab...

  • #2
    Re: Tentang Zihar...

    Originally posted by fosilmitra

    Satu persoalan dari seorg rakan... mohon saudara TJ atau sahabat2 yg arif perjelaskan... TQVM.
    Jawapannya tidak. zihar tidak semudah itu. Kalau lah semudah itu zihar habislah ramai yg dah ziharkan isteri dia. Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung emak lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah2kannya dan juga mengimplikasikan zihar. tetapi gurauan dan sendaan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai niat tersebut tidak membawa kepada zihar seperti yg disebutkan tadi.

    wallahualam
    TJ
    Last edited by Tok Janggut; 25-05-05, 05:38 PM.

    Comment

    • #3
      Re: Tentang Zihar...

      Originally posted by Tok Janggut
      Jawapannya tidak. zihar tidak semudah itu. Kalau lah semudah itu zihar habislah ramai yg dah ziharkan isteri dia. Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung emak lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah2kannya dan juga mengimplikasikan zihar. tetapi gurauan dan sendaan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai niat tersebut tidak membawa kepada zihar seperti yg disebutkan tadi.

      wallahualam
      TJ

      Terima kasih atas jawapan daripada saudara TJ... Cuma nak tanya lagi skit... nie soalan dari acik sendiri... kenyataan yg ini:

      Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung emak lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah2kannya dan juga mengimplikasikan zihar
      Selain dari punggung pun dikira sama jugak ke atau mcmmana?...

      TQVM.

      Comment

      • #4
        Re: Tentang Zihar...

        bagus la, dekat2 nak kawin ni kena amik tau

        secara ringkas:
        RUKUN ZIHAR

        Suami
        Isteri
        Perkara yg diserupakan
        Lafaz zihar

        PERINCIAN

        Rukun Pertama : Tidak disertakan krn meyakini ianya jelas
        Rukun Kedua : Tidak disertakan krn menyakini kejelasannya
        Rukun Ketiga : (Perkara yug diserupakan)

        Utk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami :

        Syarat yg disepakati oleh jumhur ulama’ :-

        Anggota2 yg haram dilihat oleh sesama mahram. Cth punggung, perut, kemaluan disekitarnya dan yg seumpama dgnnya. Penyamaan dgn tangan, kepala, kaki, rambut, dll . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali & Maliki mensabitkan seluruh anggota samada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173)

        Pandangan yg rajih adalah pandangan jumhur.

        Mestilah anggota2 ini dr wanita yg diharamkan berkahwin dgn si lelaki samada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Spt Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dll yg berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

        Pandangan Imam Syafie dlm 'qawl qadim’ : Tidak jatuh zihar terhdp semua wanita kecuali ibu dan nenek shj… krn ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas utk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dgn mengatakan jatuh zihar krn wanita yg diharamakan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)

        Manakala yg tidak muabbad spt wanita asing, adik beradik perempuan bg isteri dll. Tidaklah penyerupaan dgn mrk dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500 ; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439 ; Ashal al-Madarik 2/169 ; Kifayatul akhyar 2/71)

        Ulama Maliki menambah bhw binatang juga termasuk dlm kategori yg tidak boleh disamakan. Krn asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dgn binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dgn rambut ibu dll. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)

        Syarat yg diperselisihkan :-
        * Mestilah diserupakan dgn anggota wanita.

        Kiranya ditasybihkan dgn lelaki spt “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi & Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

        Bgmnpun Ulama’ Hanbali & Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DGN SYARAT MENYAMAKAN DGN SBRG ANGGOTA YG TIDAK HALAL DILIHAT SPT PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dll yg seerti. Kiranya menyamakan dgn kepala bapa, rambut, hidung dll, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170 ; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499 ). Semua mazhab mempunyai dalil masing2.

        Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pd bhg haram dilihat tadi, ia bergantung kpd niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

        Rukun Keempat : Sighah (Lafaz Zihar)

        Syarat lafaz utk utk sabit zihar adalah :-

        a. Perlu kpd niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas)

        Sighah Sorihah (terang, jelas) spt : “ Punggung Dinda benar2 seperti punggung bonda Kanda” .

        Lafaz spt di atas tidak perlu kpd niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

        Kinayah pula adalah lafz2 yg boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak spt :” Dinda ni seperti bondaku” . Lafaz spt ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dll. Maka ia bergantung kdp niat si suami.

        Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yg dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)

        b. Tidak disyaratkan utk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yg memberi pengertian semasa.

        Zihar jatuh dgn lafaz yg membawa pengertain semasa spt : “Punggung Dinda benar2 seperti punggung bonda Kanda”

        Juga jatuh kiranya diikat dgn waktu tertentu spt : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”

        Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan dtg spt : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dlm masa sebulan” .

        Semua lafaz tadi cukup utk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117 ; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )

        c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bhg yg diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )

        HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR

        Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :

        Haram menyetubuhi isterinya (yg diziharkan) kecuali stlh dibayar kifarat. Ini adlh pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adlh membebaskan sorg hamba, puasa atau memberikan sedeqah. Dalilnya adlh dr Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.

        Manakala istimta’ (bersedap2, berseronok2), sentuh dgn syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132 ; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270 ; Fath al-Jawad 2/187 ; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)

        Pandangan yg rajih adalah tidak dibenarkan dgn tahrim wasail , krn dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangn lebih selamat bg fatwa utk org awam. Kiranya sanagt yakin tidak akan tergelincir & tidak dpt menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

        Kesimpulan Jawapan Terhdp Soalan (Mengambil Pandangan yg Rajih)
        Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dgn ibu, nenek, anak dan semua wanita yg diharamkan suami berkahwin dgnnya secara kekal samada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.

        Penyamaan anggota tertentu shj yg menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yg haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dgn anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

        Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dgn mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dgn wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rups dsbgnya.

        Istimta’ dgn isteri yg telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dgn tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.

        JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DGN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BGMNPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DGN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walapun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yg lain yg agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhdp kejahilan. Menjadi kewajipan suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yg berkaitan dgn hubungan suami isteri.

        Wallahu a’lam.

        Ihsan dari:

        Al-Faqir Ila Allah,
        Zaharuddin Abd Rahman
        Jab. Fiqh & Usul Fiqh
        Jordan
        wassalam.
        Last edited by trew; 26-05-05, 11:53 AM.

        Comment

        • #5
          Re: Tentang Zihar...

          betul ler trew...kena tau benda2 mcm nie...mcm ila', talak pun tak blh buat main2....sebut cerai atau talak wlupun tanpa niat tetap jatuh...tp klu zihar nie klu ader niat baru lah jatuh zihar tu....rasanya ada yg tak tau pasal zihar nie....muamalat dlm rumahtangga kena tau apa yg blh dan apa yg diharamkan..baru lah bahagia rumahtangga....betul tak...

          Comment

          • #6
            Re: Tentang Zihar...

            nak tanya la..

            kalu suami tu kata ngan isteri "awak ni mcm mak saya la...suka membebel"

            xpun dia kata camni "eh..dari jauh saya nampak awak sebijik macam ayah saya td"

            adakah mcm ni dikira zihar..menyamakan pasangan dengan mak atau ayah..

            Comment

            • #7
              Re: Tentang Zihar...

              Originally posted by funky14
              nak tanya la..

              kalu suami tu kata ngan isteri "awak ni mcm mak saya la...suka membebel"

              xpun dia kata camni "eh..dari jauh saya nampak awak sebijik macam ayah saya td"

              adakah mcm ni dikira zihar..menyamakan pasangan dengan mak atau ayah..
              ulama' sepakat mestilah menyamakan dgn anggota badan, membebel tak dikira anggota badan...

              yg ada perselisihan adalah:

              *anggota badan wanita @ lelaki?

              Kiranya ditasybihkan dgn lelaki spt “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi & Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

              Bgmnpun Ulama’ Hanbali & Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DGN SYARAT MENYAMAKAN DGN SBRG ANGGOTA YG TIDAK HALAL DILIHAT SPT PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dll yg seerti. Kiranya menyamakan dgn kepala bapa, rambut, hidung dll, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170 ; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499 ). Semua mazhab mempunyai dalil masing2.

              Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pd bhg haram dilihat tadi, ia bergantung kpd niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

              wassalam.

              Comment

              • #8
                Re: Tentang Zihar...

                Syukran saudara trew atas penerangan istimewa ini... Mudah-mudahan telah cukup ilmu saudara utk bergelar bapa nanti... ehemm... dah ke belum?...

                Comment

                • #9
                  Re: Tentang Zihar...

                  ........benarkah Zihar ini ialah budaya masyarakat Arab jahilliyyah untuk menceraikan isteri-isteri mereka sebelum kedatangan Islam. Dengan menyamakan anggota tubuh isteri mereka dengan ibu dsb. beerti bahawa mereka mempunyai niat untuk bercerai. Setelah kedatangan Islam aturan untuk bercerai telah pun jelas tapi orang2 Arab masih ada yang mengamalkan zihar untuk bercerai (kerana kebiasaan/budaya etc) sehinggalah turunya ayat tentang zihar. Persoalannya masyarakat melayu tidak pernah mengamalkan budaya zihar. Yang ada cuma mungkin kata-kata gurauan dalam rumahtangga yang tidak sengaja atau sengaja tapi pastilah niat utamanya bukan untuk bercerai seperti budaya Arab. Jadi adakah makanya dengan sekadar menyamakan mana-mana aspek seorang isteri dengan Ibu dsb patut dianggap zihar?................................

                  Comment

                  • #10
                    Re: Tentang Zihar...

                    Originally posted by Lorong

                    Waduh2... Acik terpaksa meredah lautan dan menyusuri hutan utk memahamkan akan apa yg hendak kamu persoalkan disini wahai saudara lorong... Hebat sungguh kamu dlm berfalsampah nie...

                    Acik kira jawapan dari saudara TJ sudah jelas :

                    Jawapannya tidak. zihar tidak semudah itu. Kalau lah semudah itu zihar habislah ramai yg dah ziharkan isteri dia. Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung emak lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah2kannya dan juga mengimplikasikan zihar. tetapi gurauan dan sendaan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai niat tersebut tidak membawa kepada zihar seperti yg disebutkan tadi.

                    wallahualam
                    TJ
                    Bukanlah semudah itu bagi kiter nak menyatakan zihar ini... Hmm... acik pun was2 gak nie... adakah jawapan yg acik berikan ini memuaskan hati saudara lorong? Sila nyatakan.... Sekian, wallahu a'lam bisshawab.

                    p/s: Tak berapa jelas tentang soalan sebenarnyer...
                    Last edited by fosilmitra; 02-06-05, 04:54 PM.

                    Comment

                    • #11
                      Re: Tentang Zihar...

                      'uruf orang Arab dengan Melayu lain.

                      contoh 'uruf:

                      "Saya bersumpah tidak akan makan daging"

                      dalam 'uruf orang Melayu,daging biasanya merujuk kepada daging lembu,kerbau,kambing.
                      jadi daging ikan tidak termasuk.

                      jadi saya yang jahil ini berpendapat,sekiranya menyamakan isteri dengan ibu e.g:

                      "Awak ni pandai menjahit macam mak saya"
                      atau
                      "Masakan awak sedap macam mak saya"

                      belum layak dikira zihar.

                      Comment

                      • #12
                        Re: Tentang Zihar...

                        Adakah jatuh zihar kalau suami kate camni "tangan ayang kasarla..cam tangan mak abang"

                        Comment

                        • #13
                          Re: Tentang Zihar...

                          Originally posted by dolah View Post
                          Adakah jatuh zihar kalau suami kate camni "tangan ayang kasarla..cam tangan mak abang"
                          Tak jatuh zihar... menyamakan dengan tujuan itu bukan utk tujuan zihar

                          wallahualam
                          tj

                          Comment

                          • #14
                            Re: Tentang Zihar...

                            Subhanallah..halus betul Islam ni....

                            boleh jelaskan ttg hikmah diharamkan zihar...

                            supaya lebih faham...

                            jzkk.

                            Comment

                            Working...
                            X