Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

    assalamulaikum..

    saya ade kemusykilan ni.

    1. Ape hukumnya menyapu muka selepas memberi salam ketika solat? aku rujuk dalam buku fardu-ain, takde plak hukum menyapu muka ni. nak katakan hukumnya sunat, tak jumpa plak hadisnya.. hukum wajib? jauh sekali la. cuma aku tengok ni macam dah jadi trend la.. ramai plak orang yang buat ni. mcam dah jadi satu kebiasaan la, takut ada yang disalah erti je benda ni. heran betoi nih...

    2. Hukum menyapu muka selepas berdoa... maksudnya lepas je kita berdoa... lepas amin, kite sapu muka. kenapa? ada hadis tak pasal menyapu muka selapas berdoa ni ? kenapa kita kena sapu muka? rujuk dalam adab2 berdoa... takde plak?

    harap ada yang boleh tolong. aku tak tau la.... :apo:

  • #2
    Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa


    mi pon nak tau jugak...
    kita raup muka tu harus jer kan...

    Comment


    • #3
      Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

      Originally posted by boneka
      assalamulaikum..

      saya ade kemusykilan ni.

      1. Ape hukumnya menyapu muka selepas memberi salam ketika solat? aku rujuk dalam buku fardu-ain, takde plak hukum menyapu muka ni. nak katakan hukumnya sunat, tak jumpa plak hadisnya.. hukum wajib? jauh sekali la. cuma aku tengok ni macam dah jadi trend la.. ramai plak orang yang buat ni. mcam dah jadi satu kebiasaan la, takut ada yang disalah erti je benda ni. heran betoi nih...

      2. Hukum menyapu muka selepas berdoa... maksudnya lepas je kita berdoa... lepas amin, kite sapu muka. kenapa? ada hadis tak pasal menyapu muka selapas berdoa ni ? kenapa kita kena sapu muka? rujuk dalam adab2 berdoa... takde plak?

      harap ada yang boleh tolong. aku tak tau la....
      Wa'alaikummussalam wbt.

      Amalan ini adalah amalan yg mutawatir yakni dilakukan secara kolektif oleh umat Islam dan ia tidak lagi memerlukan sanad dan matan. Memang terdapat sanggahan yg keras dari aliran salafiya dan mencela kebid'ahan amalan ini, namun kita berpendapat isu khilaf ini selesai kerana ia sudah dipraktikkan secara meluas oleh umat Islam (Syaikh Abu Bakar Jabir aljazairy, Min Sunanil Hudaa)

      Sumber: BicaraMuslim.com

      p/s: Kalau kiter lopeh menadah tangan pastu takmo sapu muka... nampak mcm lopeh org kasi sesuatu kat tgn kiter, adeke pi jatuhkan pule... lebih kurang gitulah kot?... (Wallahu a'lam bisshawab)

      Comment


      • #4
        Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

        sapu muka selepas solat hanyalah satu amalan yang di lakukan oleh rasulullah ketika rasulullah solat kat atas tanah tak berlapik (mean tak letak kain atau pape). rasulullah sapu muka juz untuk membuang pasir2 yang terlekat pada muka baginda ketika baginda sujud. itu sahaja.

        Comment


        • #5
          Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

          Originally posted by fosilmitra
          Wa'alaikummussalam wbt.

          Amalan ini adalah amalan yg mutawatir yakni dilakukan secara kolektif oleh umat Islam dan ia tidak lagi memerlukan sanad dan matan. Memang terdapat sanggahan yg keras dari aliran salafiya dan mencela kebid'ahan amalan ini, namun kita berpendapat isu khilaf ini selesai kerana ia sudah dipraktikkan secara meluas oleh umat Islam (Syaikh Abu Bakar Jabir aljazairy, Min Sunanil Hudaa)

          Sumber: BicaraMuslim.com
          Agak2 dalam 20 tahun lagi kalau ramai2 umat Islam ambik khatib perempuan, atau tak pakai tudung atau pun solat subuh 4 raakaat maka jadilah ia perkara yang di'mutawatirkan' lah ye... emmm pelik gak cara ambik hukum nie.

          Wallahualam

          Tj

          Comment


          • #6
            Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

            Originally posted by Tok Janggut
            Agak2 dalam 20 tahun lagi kalau ramai2 umat Islam ambik khatib perempuan, atau tak pakai tudung atau pun solat subuh 4 raakaat maka jadilah ia perkara yang di'mutawatirkan' lah ye... emmm pelik gak cara ambik hukum nie.

            Wallahualam

            Tj


            Aik?... Saudara TJ... kalau pelik, apa pulak yg benarnyer nie?.. :apo:

            Risau jugak acik jika memberikan sesuatu info yg sebenarnyer bertentang dengan apa yang termaktub didalam al-qur'an dan as-sunnah nie... Mohon saudara TJ mengupas lebih lanjut, insyaallah...

            p/s: Jika ada masa terluang sekali dgn pertanyaan acik jugak ek...

            Comment


            • #7
              Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa


              mi pon nak tahu jugak...

              Comment


              • #8
                Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

                a'a.... bagus la kalau ada penerangan yg jelas mengenai topik ni...

                Comment


                • #9
                  Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

                  waktu solat jumaat lepas, aku tengok ramai yang menyapu muka ni, masa lepas solat & masa lepas berdoa.

                  aku harap kalau ianya salah.. harap boleh diperbetulkan la.

                  skali lagi.. aku tak tahu. aku perlukan pendapat korang.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

                    ni ada satu pandangan dari http://members.tripod.com/ahkam_2/so...aljawab176.htm

                    Menyapu muka selepas memberi salam
                    Nama penuh: Asrul Husni bin Hussain
                    E-email: asrulhusni@yahoo.com

                    Soalan: Assalammualaikum, persoalan saya adalah menyentuh dengan hukum menyapu muka selepas memberi salam, adakah ianya suatu sunnah?
                    Harap dapat ustaz jelaskan yg mana satu yg lebih hampir kpd sunnah melaui dalil2 yg sahih.........
                    sekian wassalammualaikum..........



                    --------------------------------------------------------------------------------

                    Jawab
                    Alhamdulillah, inilah jawapannya:
                    Soal: Persoalan saya adalah menyentuh dengan hukum menyapu muka selepas memberi salam, adakah ianya suatu sunnah?
                    Jawab: Berikut ini kami kemukakan beberapa hadis mengenainya;
                    1. Dari Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak
                    tangan kanannya kemudian baginda berkata: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku dari kedukaan dan kesedihan. (HR al-Thabrani)

                    Komentar:
                    Menurut Albani, hadis ini terlalu dha'if.

                    -------------
                    2. Dari Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya.... al-Hadis. (HR Abu Nu'im)

                    Komentar:
                    Menurut Albani, hadis di atas maudhu' (palsu).

                    -------------
                    Hadis di atas tidak boleh diamalkan.

                    Sekian. Wassalam.
                    zain y.s
                    Penang

                    Comment


                    • #11
                      Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa



                      Jadi kesimpulannyer saudari Lavendar?... Boleh atau tak boleh atau tak mengapa kalau kiter buat jugak?...

                      Kadangkala kiter nie suka bangat mengikut org kebanyakkan didlm sesuatu perkara tersebut... Semcm yg penah diberitahu oleh saudara TJ secara berdepan dgn acik (sewaktu berjumpa dgn beliau dulu) dimana mengenai niat membaca usalli sunnatan... semuanyer ini tidak perlu sebenarnyer...

                      Soalan
                      Kami banyak mendengar ramai di kalangan manusia melafazkan niat sebaik sahaja memulakan sembahyang, bagaimana hukumnya? Adakah ia mempunyai sebarang asal yakni dalil di dalam hukum syara`?

                      JAWAB:
                      Tiada apa-apa asal dalil bagi melafazkan niat ketika memulakan sembahyang mengikut hukum syara` yang murni, dan ia juga tidak didapatinya, dihafal atau didengar dan Nabi (s) dan juga para sahabat (r). Sesungguhnya tempat niat itu adalah di dalam hati. Ini berdasarkan hadith Nabi (s): 'Sesungguhnya (sahnya) segala amal itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya segala sesuatu itu berpulang kepada apa-apa yang diniatkan.' [Al-Bukhari, Muslim] hadith Amirul Mukminin Umar bin Khattab (r).
                      Oleh sebab itu dimana silapnyer kiter?... Ini semua berpunca dari perbuatan melakukan sesuatu perkara itu tanpa mengetahui ilmu sebenar mengenainya... Mungkin itulah silapnyer kiter semua termasuk diri acik jugak...

                      Wallahu a'lam bisshawab.

                      p/s: Byk lagi jahilnyer acik nie...

                      Comment


                      • #12
                        Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

                        jawapan tuntas drpd forumers semua byk memberi info utk mi...
                        thanxs...

                        Comment


                        • #13
                          Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa



                          Ini sumber dari BicaraSufi.com pula mengenai persoalan diatas. Cuma musykil skit pasal nie... Harap saudara TJ dapat memberikan buah fikiran beliau secepat mungkin mengenai permasalahan ini. Terima kasih.

                          Petikan daripada kitab Mustika Hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
                          Jilid ke-2, terbitan JAKIM, edisi Jawi mukasorat 187-188 , manakala edisi Rumi mukasorat 185 – 186. ……

                          Membaca zikir dan berdoa sesudah memberi salam.

                          ….. perkara pertama yang disunatkan melakukan sesudah memberi salam ialah menyapu kepala dengan tangan kanan sambil membaca:
                          اللهم اذهب عني الهم والحزن بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم
                          Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku, kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.”
                          Ini menurut hadith riwayat Tabarani. (Disebutkan dalam huraian Nail al-Autar, 2:321)

                          Menurut hadith riwayat ibn al-Sunni dari Anas radiyallahu ‘anhu lafaz doa itu seperti berikut:
                          أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
                          Maksudnya: “Aku naik saksi (menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tihan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Ya Tuhanku, hapuslah daripadaku, kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.”
                          Amalan ini dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebaik-baik sahaja selesai mengerjakan dengan memberi salam.

                          Menurut hadith yang pertama (riwayat Tabarani), Baginda, “Menyapu kepalanya” dengan tangan kananya sambil membaca doa yang pertama itu.
                          Menurut hadith yang kedua (riwayat Ibn Sunni), baginda “Menyapu dahinya” dengan tangan kanannya sambil membaca doa yang kedua.

                          Kita boleh memilih salah satunya, iaitu: “Menyapu kepala” sambil membaca doa yang pertama, atau “Menyapu dahi” sambil membaca doa kedua, kerana kedua-dua cara itu pernah dilakukan oleh Baginda.

                          Sekian petikan daripada kitab Mustika Hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Terbitan JAKIM, Jilid Kedua.

                          Adapun sepertimana yang tersebut pula dalam kitab Bughayatul Murtasyidin fi talkhishi fatawa ba’dil aimmati minal ulama’il muta’akhirrin, himpunan Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Hussin bin Umar al Masyhur Ba’alawi, Mufti Hadralmaut [hal:49] sebagai berikut:

                          “Telah diriwayatkan oleh Ibnu Munshur, bahawasanya Nabi saw adalah beliau apabila telah menyudahi solatnya, menyapulah ia akan dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian dilalukannya diatas wajahnya, sehingga menyampaikannya atas janggutnya yang mulia, seraya diucapkannya :
                          بسم الله الذي لا إله إلا هوعالم الغيب والشهادةالرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن والغم . اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت اعوذبك من شرما افترفت واعوذبك من جهد بلاء الدنيا وعذاب الاخرة

                          Sekian petikan daripada kitab Bughayatul Murtasyidin fi talkhishi fatawa ba’dil aimmati minal ulama’il muta’akhirrin.

                          Manakala sepertimana yang terdapat dalam kitab al-Adzkar oleh Imam Nawawi, cetakan Dar Fikr, halaman 72 lebih kurang lagu nii …

                          Dan diriwayatkan dalam kitab Ibn Sunni, dari Anas radiyallahu ’anhu katanya: Apabila Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah selesai daripada solatnya, ia sapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian ia membaca:
                          أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
                          *dicatatkan pada nota kaki bahawa isnadnya dhoif
                          Sekian petikan dari dari al-adzkar oleh Imam al-Nawawi.
                          Wallahu a'lam bisshawab.

                          p/s: Bisa pusing kepala gue...
                          Last edited by fosilmitra; 21-03-05, 09:16 AM.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

                            pandangan yang tak seberapa dari aku....

                            setau aku, perbuatan "menyapu muka" selepas salam dalam solat (bukan selepas doa) ni tak termasuk dalam rukun solat kan? aku memang tak buat pun.... drpd pemerhatian aku, mmg ramai yang buat perbuatan macam ni... jangan anggap ianya salah satu rukun solat dahla....

                            kalau salah tolong betulkan.....

                            Comment


                            • #15
                              Re: Menyapu Muka selepas memberi salam @ lepas doa

                              memang tak termasuk dalam rukun solat pun.
                              bila bagi salam pertama.. dah kira habis dah solat. apa2 yang dibuat selepas tu dah di luar solat.

                              steel kengkadang sapu muka dan kengkadang tidak. sapu muka bukan sebab itu sebahagian daripada solat. sekadar selepas baca doa pendek barang satu ayat lantas menyapu muka.

                              kengkadang kalau kita peratikan... byk lagi problem dalam amalan ibadat yang menimbulkan keraguan. sebab: amalan masyarakat. contoh: tadah tangan time doa khutbah... then aminkan ramai-ramai. kuat pulak tu. bukan ke time khutbah tak boleh bersuara.. kalau tak.. luputlah pahala Jumaat?

                              sapu muka at least ada jugak hadis walaupun dhaif. amacam ngan yang dalam khutbah Jumaat seperti yang steel cakap tu?

                              Any comment?
                              Last edited by steelburn; 21-03-05, 11:54 AM.

                              Comment

                              Working...
                              X