Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Himpunan Doa...

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Himpunan Doa...

    Doa Penerang Hati
    Ya Allah, sinarilah hatiku dgn hidayahMu sebagaimana Engkau menyinari bumi dgn cahaya matahariMu. Wahai Tuhan yang membuka, wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, bukakanlah pintu hatiku dgn pembukaan yang hampir, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui.


    Doa Mohon Kejayaan
    Ya Allah, aku mohon kepada Engkau kejayaan dalam pengadilan dan tempat org2 syahid, penghidupan org2 yang bahagia dan mendapat kemenangan dalam menentang musuh.


    Doa Mohon Diberikan Manfaat Ilmu Yang Dimiliki
    Ya Allah, berilah manfaat kpdku dgn ilmu yang Engkau ajarkan kpdku dan ajarkanlah kepadaku apa sahaja yang dapat memberi manfaat kpd hidupku serta tambahkanlah ilmu dalam dadaku.


    Doa Memohon Ilham Yang Baik
    Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ilham petunjuk dan peliharalah diriku dari kejahatan.


    Doa Mohon Dihiasi Dengan Taqwa
    Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diriku dengan sifat halim (lembut) dan muliakanlah diriku dgn taqwa serta perindahkanlah diriku dengan kesihatan.


    Doa Supaya Dikasihi Ibi Bapa, Guru Dan Rakan
    Ya Allah, kurniakanlah kpdku kemuliaan dan jadikanlah aku orang yang beriman, orang yang dikasihi olehMu dan dikasihi oleh semua orang.


    Doa Mohon Keimanan Yang Teguh
    Ya Allah, aku pohon kepadaMu iman yang teguh, nikmat yang berkekalan dan ketenangan mata memandang, tidak ada penghujung wajah dengan Nabi Engkai Nabi Muhammad s.a.w dalam syurga yang tertinggi iaitu syurga yang kekal abadi.


    Doa Mohon Penjagaan Diri
    Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan Yang Memiliki Alam Semesta. Aku mohon belas kasihanMu Ya Allah, jgnlah Engkau membiarkan aku walaupun sekelip mata dan perbaikilah segala urusanku.


    Doa Mohon Dijauhkan Rasa Lemah Dan Malas
    Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada dukacita dan susah hati, daripadalemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu daripada ketakutan dan kebakhilan, daripada kesulitan yang ditimbulkan oleh hutang dan penindasan orang lain.




    p/s : sesapa ada doa2 lain yang baik sila2lah kongsi...moga usaha ini diberkati oleh Allah s.w.t....

  • #2
    Re: Himpunan Doa...


    Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh
    "Tuhanku, Kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertaqwa)"

    Zikir untuk mendapat anak
    "Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"

    Doa agar mendapat anak yg berakhlak mulia&tahu menghormati ibubapa
    "Wahai Tuhanku, berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerah Engkau, yg telah Engkau kurniakan kepada ku dan kepada kedua ibubapa ku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang Engkau sukai dan perbaikilah keturunanku; sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg menyerah diri"

    Doa untuk memperolehi isteri dan anak2 yg bertaqwa
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang2 yg bertaqwa"

    .... to be continue ....
    Last edited by norf; 04-03-05, 07:35 AM.

    Comment


    • #3
      Re: Himpunan Doa...

      bump...

      takde doa lain2 lagi utk kita share sama2 kat sini ? huhuhu...

      Comment


      • #4
        Re: HimpuDnan Doa...

        Doa Menenangkan Hati Yang Berdebar



        بِسْمِ اللهِ، اَللهُمَّ دَاِونِي بِدَوَائِكَ وَاشْفِـنِيْ بِشِفـَائِكَ
        وَأَغْنِنِيْ بِفَـضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك

        Dengan nama Allah , Wahai Allah, rawatilah daku dengan Rawatan-Mu, sembuhkanlah daku dengan Penawarmu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada padamu dari mengharapkan selain dari-Mu

        Comment

        Working...
        X