Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

berkenaan petunjuk istikharah

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • berkenaan petunjuk istikharah

    Assalamualaikum...warga BDN. Saya kat sini ada kemusyikilan berkenaan tentang 2 petunjuk istikorah yang saya alami. minta warga BDN yang arif tentang hal ini memberikan pendapat. begini, saya telah menaruh hati kepada 2 orang jejaka si A dan si B. lagi pulak kedua-dua ni berkawan baik dengan saya tapi saya konfius dengan pilihan hati ini hinggalah saya tergerak hati menunaikan solat sunat istikorah selama 3kali berturut2 dan selepas dari itu saya bermimpi yang saya memberikan sejumlah wang kepada jejaka si A malangnya dia tidak mahu mengambil duit itu.kemudian saya memberikan wang tesebut kepada jejaka si B dan dia mengambil wang itu dengan gembiranya. selepas dari mimpi itu saya dapat menyimpulkan yang jejaka si B adalah calon yang sesuai dengan saya. Namun, saya terdengar dr org lain lain yg si B ni ada berkawan rapat dengan pompuan lain tapi masih tak konfom lagi keadaannya. so, saya rasa tak sedap hati dan buat sekali lagi istikharah selama 3 kali dan pada malam jumaat saya bermimpi yang jejaka si B ni datang ke rumah saya dan bersembang dengan lelaki tua kat umah saya tu dan siap kate yang saya mungkin tak minat dengan dia..untuk makluman ahli bdn saya dengan jejaka b seperti biasa. saya mmg suka sgt dgn dia tapi saya takkan tergamak untuk bagitau kat dia yg saya suka kat dia. lagi pun dia ni kira bujang terlajak. so setakat ni saya dgn dia macam biasa jer. nak tanyalah kalu apa yang petunjuk istikharah tu tunjukkan adakah ia benar2 berlaku di alam nyata.tolonglah saya keliru.minta penjelasan sedara sedari.tima kasih

  • #2
    Re: berkenaan petunjuk istikharah

    ws. teman hidup dicari ikut
    1. rupa
    2.harta
    3.agama

    pilih yg beragama..

    lelaki yg baik utk wanita yg baik.....

    cadangan ..istikharah sekali lagi..

    -tidak menyesal orang yg beristikarah
    -tidak rugi orang yg bermesyuarat
    -tidak terhina orang yg hidup sederhana

    Comment


    • #3
      Re: berkenaan petunjuk istikharah

      tertinggal satu lagi tu... rupa, harta, keturunan dan agama.

      wassalam.

      Comment


      • #4
        Re: berkenaan petunjuk istikharah

        cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje. cakap aje.

        Comment


        • #5
          Re: berkenaan petunjuk istikharah

          berhati2 bila beristikarah .. mimpi ini mainan syaitan .. mungkin mimpi itu benar dan mengandungi petunjuk .. mungkin juga mainan syaitan utk mengelirukan hati dan akal fikiran kita .. kita bukan rasul, nabi atau wali allah. kita hanya umat yg lemah mudah digoda dengan iblis syaitan .. istikarah adalah ikhtiar agar kita dijauhi perkara yg tidak baik dan tunjukan jalan yg terbaik oleh Allah SWT .. dan juga kadangkala istikarah nie tak semestinye petunjuknye mimpi .. petanda mungkin dan bentuk perbuatan, mungkin kata-kata, mungkin pemandangan, mungkin juga gerak hati dan macam2 lagi. ini akan membolehkan kita berfikir dengan rasional dan membuat pilihan terbaik.

          bak kata minix & trew, elok lah selidik dari segi aspek aspek tu dan bertanya pada mereka yg arif.
          Last edited by gogsard; 03-02-05, 08:55 PM.

          Comment


          • #6
            Re: berkenaan petunjuk istikharah

            Originally posted by daila_019
            Assalamualaikum...warga BDN. Saya kat sini ada kemusyikilan berkenaan tentang 2 petunjuk istikorah yang saya alami. minta warga BDN yang arif tentang hal ini memberikan pendapat. begini, saya telah menaruh hati kepada 2 orang jejaka si A dan si B. lagi pulak kedua-dua ni berkawan baik dengan saya tapi saya konfius dengan pilihan hati ini hinggalah saya tergerak hati menunaikan solat sunat istikorah selama 3kali berturut2 dan selepas dari itu saya bermimpi yang saya memberikan sejumlah wang kepada jejaka si A malangnya dia tidak mahu mengambil duit itu.kemudian saya memberikan wang tesebut kepada jejaka si B dan dia mengambil wang itu dengan gembiranya. selepas dari mimpi itu saya dapat menyimpulkan yang jejaka si B adalah calon yang sesuai dengan saya. Namun, saya terdengar dr org lain lain yg si B ni ada berkawan rapat dengan pompuan lain tapi masih tak konfom lagi keadaannya. so, saya rasa tak sedap hati dan buat sekali lagi istikharah selama 3 kali dan pada malam jumaat saya bermimpi yang jejaka si B ni datang ke rumah saya dan bersembang dengan lelaki tua kat umah saya tu dan siap kate yang saya mungkin tak minat dengan dia..untuk makluman ahli bdn saya dengan jejaka b seperti biasa. saya mmg suka sgt dgn dia tapi saya takkan tergamak untuk bagitau kat dia yg saya suka kat dia. lagi pun dia ni kira bujang terlajak. so setakat ni saya dgn dia macam biasa jer. nak tanyalah kalu apa yang petunjuk istikharah tu tunjukkan adakah ia benar2 berlaku di alam nyata.tolonglah saya keliru.minta penjelasan sedara sedari.tima kasih


            Rasanyer tibalah masanyer bagi acik menceritakan serba sedikit mengenai apa yg pernah terjadi pada akak acik sendiri utk tujuan perbandingan dan juga sebagai nasihat yg berkaitan dgn permasalahan saudari ini.

            Namun demikian bukanlah pula acik berniat utk mengatakan bhw perbuatan membuat solat istikharah itu sebagai perbuatan sia2 belaka atau lebih tepat lagi bukanlah bermaksud acik minta kalian semua tidak mempercayai apa saja alamat yg diterima selepas melakukan solat istikharah selama beberapa hari berturut2... semuanyer atas kehendak Allah SWT... kiter hanya merancang tapi Tuhan yg menentukan.

            Hatta arakian, bermulalah sebuah kisah dimana seorg kakak yg duka nestapa kerana berada dlm dilema antara pilihan keluarga dgn pilihan sendiri... Akak acik mula2nyer telah diperkenalkan dgn seorg lelaki sebelum beliau bertemu dgn lelaki yg bakal menjadi tunangnyer nanti.

            Lelaki yg mula2 diperkenalkan, mmg sempurna segala sifatnyer... anak seorg prof Madya di UKM sana. Namun demikian, menurut firasat akak acik, mmglah tak sesuai sgt dgn dirinyer... dia tak bersikap humour dan kadangkala tue mcm menyakitkan hati katanyer. Ditambah selepas pertemuan itu dia (dan keluarga dia) langsung tak menghubungi akak acik nie.

            Lelaki yg kedua adalah seorg businessman.. mempunyai sebuah perniagaan yg baru saja ingin dimajukan dan cukup periang dan pandai mengambil hati akak acik nie... Tapi... ada sedikit kecacatan pada dirinyer (tak perlulah acik citekan dimana). Disebabkan itu hati akak acik nie berbelah bagi, nak memilih laki A (anak prof) atau laki B (businessman) ini?...

            Setelah melakukan solat istikharah selama beberapa hari (seperti yg diceritakan pada acik, adik kesayangannyer... hehehe) dia pun mendapat ilham menerusi istikharahnyer agar memilih jejaka B... Disamping itu dgn kedatangan ibu jejaka B ini menyarungkan cincin merisik yg benar2 sesuai memasuki jari akak acik nie (walaupun katanyer dia tak pernah pun memberitahu saiznya) maka menyebabkan akak acik bertambah yakin bhw jodohnyer adalah bersama laki B.

            Lelaki A yg mulanyer diam menyepi sekali muncul dgn memberitahu bhw keluarga dia akan dtg masuk meminang... Alangkah terkejutnyer akak acik ketika itu kerana diri dia telah pun dirisik oleh lelaki B. Nak taknak dia terpaksa menolak permohonan dari keluarga lelaki A tadi... Walaupun puas mak dan seluruh keluarga acik (mak dll) mahukan jodoh akak nie bersama laki A, namun akak tetap tegas dgn hati dan istikharah yg diperolehinyer...

            Tiba masa ditetapkan maka bertunanglah dia dgn laki B tadi... namun disebabkan masalah kesibukan yg dialami oleh laki B (maklumlah busniesman) disamping baru nak setup sebuah perniagaan kat luar negera maka akak acik rasa diri dia terabai. Disebabkan itu timbul perselisihan faham dan secara tak sengaja akak acik telah mengungkit akan kecacatan tunangnyer ini...

            Mungkin disebabkan itu beliau rasa kecik hati & dimalukan (kemungkinan sahaja) dan terus memutuskan hubungan dgn kakak acik nie tadi... Sahlah mereka telah putus tunang selepas itu... Sedih sungguh acik dgr cite dia... maafkan acik akak, jika menceritakan ianyer disini sekadar utk pengajaran bersama...

            Kesimpulan:
            Jangan terlalu yakin sesuatu yg diilhamkan oleh solat istikharah ini adalah kepastian didlm pemilihan jodoh kiter... Kiter manalah tahu petunjuk itu dtgnyer bagaimanakan?... Mungkin menerusi mimpi... mungkin menerusi naluri hati dsb. So, nasihat acik pada saudari... berfikir sendirilah dgn hati yg waras. Semoga saudari mendapat rahmat dari Allah SWT didlm mendapatkan jodoh yg sesuai.

            Wallahu a'lam bisshawab.

            p/s: Maaflah panjang bonar bercerita... sebuah Kisah Benar.
            Last edited by fosilmitra; 03-02-05, 11:31 PM.

            Comment


            • #7
              Re: berkenaan petunjuk istikharah

              Assalamualaikum.

              bila kita solat istikharah, kita memohon kepada Allah untuk memberi ilham kepada kita apakah pilihan yang terbaik, dan apabila yakin, kita memilih mengikut apa yang Allah ilhamkan.

              actually.. endingnya tak penting. Macam kes yg acik cerita kat atas, Steel rasa pilihan jejaka B mengajar something kepada kakak acik, yg tidak dapat kakak acik pelajari apabila memilih lelaki A. Bukankah itu satu yang baik, walaupun kita sebagai manusia mungkin tak nampak dengan jelas kerana kita memandang dari sudut yang berlainan?

              Allah tentukan setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmahnya... even yang nampak paling teruk pada kita pun, tetap mempunyai hikmahnya tersendiri. Yang mana satu yang kita nak pilih? Redha dengan pilihan Allah atau tidak redha?

              Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan siapakah yang lebih baik?



              Wallahu a'lam.

              Comment


              • #8
                Re: berkenaan petunjuk istikharah



                Acik bersetuju dgn kenyataan saudara steelburn tersebut... Bak firman Allah:
                "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 ...

                Kiter tidak mengetahui adakah pilihan yg diperolehi hasil dari petunjuk solat istikharah itu benar2 akan menepati ciri2 yg kiter inginkan... segalanyer terletak ditgn (tapi jgn ingat Tuhan ada tgn lak) Tuhan... kalau dpt yg tak cukup syarat sebagai org tapi hati bahgia maka itu dah kire ok dah tue... Bak kata org, tak dpt yg alim, dpt yg nama halim pun jadilah... tak bersyukur langsung dia kpd Allah!!!

                Wallahu a'lam bisshawab.
                Last edited by fosilmitra; 04-02-05, 08:30 AM.

                Comment


                • #9
                  Re: berkenaan petunjuk istikharah

                  Saya pun nak share pengalaman jugak ah.....

                  Cam akak sebilik nih...dah kawen la....bila dia buat solat istikharah...dia mmg bermimpi.....ada seseorang tanya dia...awak nih isteri si H ni ker? iaitu menyebut nama suaminya...dgn itu dia YAKIN bahawa itu adalah petunjuk dari Allah. So mmg dia teruskan niat berkahwin dgn suaminya sekarang.

                  Cam Humairah lak setiap kali suka kat seseorang mmg saya akan buat istikharah luh....saya minta ketetapan hati dan petunjuk. Saya selalu doakan andai orang tuh jodoh Humairah baik untuk dunia dan akhirat Humairah......mudahkan untuk humairah kenal dia dan dia kenal Humairah dan satukan kami dalam perkahwinan.......kadang2 mmg sedih nak lupakan orang yg kita suka tuh tp kita mampu berfikir dgn rasional sbb kita mintak Allah tunjuk betul2 demi untuk mendapat keredhaannya.

                  Rasanya petunjuk tuh tak semestinya dari mimpi semata2 tp boleh jd segala jenis petunjuk yg buatkan kita yakin dgn keputusan kita dan redha dgn setiap ketentuan Allah itu.

                  Kalau tgk citer kes kakak acik tuh.....petunjuk tidak sampai terus selepas buat istikharah tp mungkin lama selepas itu.....bukan kah penerimaan/kemakbulan doa kpd Allah itu ada dalam tiga bentuk....ada yg Allah makbulkan terus.....ada yg Allah tanguhkan dulu buat seketika dan ada yg Allah tak tunaikan tp Allah gantikan kat sana kelak. Jd dalam ketetapan petunjuk istikharah nih kadang2 perlu kesabaran jugak kot. Antara usaha batin/rohani nih...usaha fizikal juga harus selari.........supaya tak jd Qodariah atau jabariah...lg pun kita nih peringkat org awam jer.

                  Sekadar pendapat....WA

                  Comment


                  • #10
                    Re: berkenaan petunjuk istikharah

                    solat istiqarah bukan sahaja utk mencari jodoh. boleh dilakukan jika kita dipersimpangan utk memilih urusan atau perkara terbaik.

                    agak2 konfius nak beli keta baru, banyak sangat pilihan .. boleh buat istiqarah. dengan syarat, niat mestilah betul.

                    Comment


                    • #11
                      Re: berkenaan petunjuk istikharah



                      Acik setuju dgn pendapat sahabat kiter nie saudara gogsard… Kebanyakkan org kiter dok kaitkan solat istikharah nie dgn nak cari jodoh jer semata2… Perkara lain depa tak pulak buat… Walhal istikharah itu bukan saja ditujukan kepada mereka2 yang kesulitan memilih jodoh, tapi juga kesulitan-kesulitan yang lain. Misalnya, seorang pelajar SPM yang baru lulus dan diterima di dua perguruan tinggi yang sama-sama bermutu dan sama-sama memiliki prospek yang baik, maka dianjurkan kepadanya untuk beristikharah.

                      Sebenarnyer istikharah nie dilakukan utk tujuan kiter dah tak pasti jalan mana yg paling baik.. Jika secara akal atau menurut ketentuan syar'i tidak imbang, maka tidak perlu istikharah. Cukup dipilih yang terbaik saja. Misalnya seorang gadis menerima dua lelaki yang sama-sama mencintainya. Yang satu kaya, soleh cuma rupa jer takde (bukan takde muka ek), sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaqnya, tak kaya… miskin tapi rupa ensem giler… maka pilihan itu harus dijatuhkan kepada yang pertama, tanpa harus melalui istikharah. Hal itu dilakukan karena sudah sangat jelas kebaikannya.

                      Wallahu a’lam bisshawab.

                      Comment


                      • #12
                        Re: berkenaan petunjuk istikharah

                        Originally posted by gogsard
                        solat istiqarah bukan sahaja utk mencari jodoh. boleh dilakukan jika kita dipersimpangan utk memilih urusan atau perkara terbaik.

                        agak2 konfius nak beli keta baru, banyak sangat pilihan .. boleh buat istiqarah. dengan syarat, niat mestilah betul.
                        Yup...i agree......cam waktu nak pilih course lu......waktu nak pilih tempat kijer.....kalau tak buat istikharah pun kita just memohon petunjuk dari Allah.....cth cam berdoa...ya Allah aku mohon petunjuk yg baik....andai ia baik...permudahkanlah...dan lorongkanlah hati.......

                        p/s; teringat catatan akak housemate

                        setiap hari aku melakukan dosa maka aku harus solat taubat
                        setiap hari aku perlu buat keputusan maka aku harus solat istikharah
                        setiap hari aku berhajat maka aku perlu solat hajat....

                        sepatutnya camtu sebagai tanda kita berserah pd Allah....tp gitu ah.....jarang yg betul2 buat kerana fikir keputusan yg kita buat tu yg terbaik......lepas tuh bila apa2 berlaku rasa tuhan tak adil pd dia tp sejauh mana dia memohon petunjuk tuhan dan tawakal serta redha dgn setiap kesudahan dr keputusan yg dibuat???????????

                        just remind myself....

                        Comment


                        • #13
                          Re: berkenaan petunjuk istikharah

                          Assalamualaikum...

                          Setahu saya (x byk yg saya tahu), Rasulullah SAW, anjurkan supaya kita beristikarah dalam semua perkara. Dan dalam hal berkahwin pulak, takkanlah Allah tak bagi petunjuk pada kita selepas daripada istikarah. Inikan usaha untuk sempurnakan separuh daripada agamakan? Takkanlah Allah tak membantu hambaNya ketika hambaNya meminta tolong (istikharah). Pada saya, saya x berapa setuju kalau kita kata mimpi ini sebahagian drpd mainan syaitan (selepas istikharah). Wallahu'alam.

                          Dalam kesempatan ni, saya nak bertanya , camna lak mimpi yang kita dapat tanpa istikharah. Mimpi ni camni, kita bermimpi makan bersama seorang wanita, dlm satu dulang, dan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Mimpi tu pulak datang tanpa istikharah dan lupa dah sama mimpi siang ke malam. Boleh sapa2 takwil kan ke?

                          wasallam.

                          Comment


                          • #14
                            Re: berkenaan petunjuk istikharah

                            Originally posted by bayan_tangguh
                            Assalamualaikum...

                            Setahu saya (x byk yg saya tahu), Rasulullah SAW, anjurkan supaya kita beristikarah dalam semua perkara. Dan dalam hal berkahwin pulak, takkanlah Allah tak bagi petunjuk pada kita selepas daripada istikarah. Inikan usaha untuk sempurnakan separuh daripada agamakan? Takkanlah Allah tak membantu hambaNya ketika hambaNya meminta tolong (istikharah). Pada saya, saya x berapa setuju kalau kita kata mimpi ini sebahagian drpd mainan syaitan (selepas istikharah). Wallahu'alam.

                            Dalam kesempatan ni, saya nak bertanya , camna lak mimpi yang kita dapat tanpa istikharah. Mimpi ni camni, kita bermimpi makan bersama seorang wanita, dlm satu dulang, dan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Mimpi tu pulak datang tanpa istikharah dan lupa dah sama mimpi siang ke malam. Boleh sapa2 takwil kan ke?

                            wasallam.


                            Aii.. nak wat bayan pun boleh tangguh2kan lagi saudara?..

                            Acik berpendapat perkara paling afdal, lopeh mimpikan sesuatu selepas solat istikharah beberapa hari maka kiter anggapkan saja ianyer sebagai petunjuk dari Illahi... Pasal mimpi saudara tersebut... hmm... kena tanya ahli nujum Pak Belalang rasernyer...

                            Kito solat jumaat dulukkkk

                            p/s: Selamat dtg ke BMM.. jgn mare ek...

                            Comment


                            • #15
                              Re: berkenaan petunjuk istikharah

                              Originally posted by bayan_tangguh
                              Assalamualaikum...

                              Setahu saya (x byk yg saya tahu), Rasulullah SAW, anjurkan supaya kita beristikarah dalam semua perkara. Dan dalam hal berkahwin pulak, takkanlah Allah tak bagi petunjuk pada kita selepas daripada istikarah. Inikan usaha untuk sempurnakan separuh daripada agamakan? Takkanlah Allah tak membantu hambaNya ketika hambaNya meminta tolong (istikharah).
                              sedikit tambahan ...

                              bantu atau uji hamba adalah hak Allah, bukan utk kita tentukan bila Allah perlu bantu kita atau tidak, sebaliknya kita kena lihat sejauh mana hubungan kita pada Allah, adakah bila dah tersepit, dah ragu2 pastu dan2 je nak Allah bagi petunjuk? walhal sebelum2 tuh apa yg kita dah buat dalam menjaga hubungan kita dgn Allah, itu belum masuk hubungan dgn manusia pulak yg belum tentu kita senang2 nak minta maaf dsb.

                              Dan kita perlu ingat bila hubungan dgn Allah tak dijaga, maka hati akan makin jauh dari nurNya dan lebih tenggelam dalam kegelapan.. so macam mana nak boleh dapat petunjukkan dgn baru 3 malam je minta sedangkan bertahun2 kita buat dosa dan jadi tunggangan syaitan? then again hidayah pada manusia itu hak Allah utk beri.. kita hanya boleh usaha dan berharap agar Allah makbulkan bukannya menetapkan Allah perlu bantu kita..

                              so dari skrg lah start2 dekatkan diri kepada Allah, sebab kita insan yg lemah dan dosa makin hari makin bertimbun.. sesama kita perbaik hubungan kita dgn Allah terlebih dahulu sebelum kita nak mengharapkan sesuatu darinya insyaAllah...

                              WA

                              Comment

                              Working...
                              X