Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

memakan tapai hukumnya haram?

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • memakan tapai hukumnya haram?

    Tentu ramai diantara kita yang mengetahui tapai. Jika anda tidak tahu tapai, disini saya berikan sedikit maklumat tentang tapai.

    Tapai adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat dari nasi yang diperam bersama-sama ragi (yeast). Rasanya ok lah sedikit tapi mungkin tidak begitu di gemari oleh orang-orang muda pada masa ini. Tetapi saya tidak menyukainya.

    Dalam pemprosesan tapai yeast dan nasi akan diperam bersama-sama ,akibat daripada tindakan (between this two : enzim ataupun bakteria, saya kurang pasti) .Sebelum itu mari kita fahami apa yang terdapat didalam nasi. Nasi mengandungi carbohydrate. carbohydratre terkandung dalam golongan polysaccharide -polysaccharide bermaksud molekul-molekul yang terjadi akibat dari percantuman oleh molekul-molekul monosacchride (gula). Contoh-contoh monosacchride adalah seperti fructose dan sucrose. (Fakta: itulah sebabnya kenapa orang kencing manis tidak boleh memakan nasi, ketika di mulut,duodenum dan small intestine carbohydrate/starch akan dipecahkan menjadi monosacchride(gula) )

    Berbalik kepada cerita tapai.
    Akibat dariupada tindakan enzim atau bakteria (saya tidak pasti) carbohydrate yg terkandung di dalam nasi akan dipecahkan menjadi monosacchrides iatu simple sugar.
    Gula-gula ini akan digunakan oleh ragi (yeast) tadi sebagai sumber untuk respire.Dalam pemprosesan tapai, keadaan dimana oxygen tidak hadir adalah mustahak . maka dalam pemprosesan tapai, oxygen tidak hadir lalu ragi-ragi (yeast) ini akan respire secara anaerobically (process of respire which hapened when oxygen is absent). Oleh kerana oxygen tidak hadir maka the product yang terhasil adalah alcohol ,carbon dioxide dan tenaga.

    Persoalannya disini apakah hukumnya memakan tapai? Kenapa tapai tidak haram dimakan sedangkan tapai mengandungi alcohol! apakah kerana jumlah alcohol yang terhasil itu tidak banyak maka hukum haram menjadi makruh/dimaafkan?

    "Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud

    apakah ini terjadi kepada kita????

    Anda juga tahu ada kaum di Malaysia ini mengambil air tapai untuk dijadikan minuman. Kalau saya tak silap kaum Iban, mereka akan memerah tapai-tapai tadi dan meminum air-air tapai tadi untuk bersukaria dan mejadi mabuk. Maka ini bermakna tapai boleh memabukkan!. Kenapakah tapai tidak dikategorikan dalam makanan yang haram dimakan oleh orang Islam?

    "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

    by
    yusri_ever
    yusri_ever@hotmail.com
    yusri_ever@yahoo.com

    :mc:
    Last edited by yusri_ever; 26-11-04, 06:30 PM. Reason: salah taip ejaan

  • #2
    Re: memakan tapai hukumnya haram?




    suka jgk mkn tapai..

    Islam mengharamkn arak bkn sbb ia mengandungi alkohol..
    tp sbb ia memabukkn, mengkhayalkn dll..
    jadi yg haram bukan alkohol tu..
    dlm kes tapai ni, ia mengandungi alkohol..
    tp kita mkn tak ler memabukkn..
    jadi setahu sy bukan lah haram memakan tapai ni..
    wallahualam..

    perlu penjelasan yg lain..




    Comment


    • #3
      Re: memakan tapai hukumnya haram?



      Ini pendapat acik semata2, maaf jika bersalahan dgn yg lain. Pada acik, tapai nie makanan sebilangan kecil penduduk kat Malaysia nie... Paling byk terdapat di Sabah Sarawak. Kalau nak difatwakan haram pun mungkin jadi mcm fatwa kerajaan Arab Saudi laa nie... mengharamkan penggunaan telefon camera. Makna kata kat sini, pemakanannya masih boleh dielakkan sebab tak ramai yg memakannya... begitu juga cameraphone... penggunaannya masih boleh dielakkan sebab tak ramai yg menggunakannya... Jadi acik rasa hukumnya akan lebih kepada makruh sahaja mcm memakan bawang, lada hitam and so on.

      wallahu a'lam bisshawab.

      p/s: Mohon dibetulkan jika salah.
      Last edited by fosilmitra; 26-11-04, 09:06 AM.

      Comment


      • #4
        Re: memakan tapai hukumnya haram?

        Tak berani nak comment...Jangan mudah nak mengharam2 kan sesuatu..

        Leave it to the expert.. i.e. The Ulamak..

        Maybe boleh di bentang kan kepada Majlis fatwa..and let the expert decide..

        Comment


        • #5
          Re: memakan tapai hukumnya haram?

          Kalau nak difatwakan haram pun mungkin jadi mcm fatwa kerajaan Arab Saudi laa nie... mengharamkan penggunaan telefon camera.
          sorry OT jap, camana pulak dengan pemakaian cameraphone kat Malaysia ? adakah akan diharamkan jugak ?

          Comment


          • #6
            Re: memakan tapai hukumnya haram?

            Originally posted by hanamichi



            suka jgk mkn tapai..

            Islam mengharamkn arak bkn sbb ia mengandungi alkohol..
            tp sbb ia memabukkn, mengkhayalkn dll..
            jadi yg haram bukan alkohol tu..
            dlm kes tapai ni, ia mengandungi alkohol..
            tp kita mkn tak ler memabukkn..
            jadi setahu sy bukan lah haram memakan tapai ni..
            wallahualam..

            perlu penjelasan yg lain..



            Pendapat saudara hanamichi nie seakan hampir sama dgn pendapat pakar rujuk agama acik... Tapai katanyer boleh menjadi mabuk (memabukkan) bila diperam (disimpan) terlalu lama... Sebab itu jika dimakan maka haramlah ia sebab memabukkan. Tapi jika tak disimpan atau diperamkan maka tak salah memakannya... acik harap saudara pembuka topik (yusri not KRU) nie tidak hanya pandai mengopy pastekan saja artikel2 sebegini tanpa ada hujah2 dari dlm dirinya sendiri... Sekian, wassalam.

            Comment


            • #7
              Re: memakan tapai hukumnya haram?

              Islam mengharamkn arak bkn sbb ia mengandungi alkohol..
              tp sbb ia memabukkn, mengkhayalkn dll..
              jadi yg haram bukan alkohol tu..
              dlm kes tapai ni, ia mengandungi alkohol..
              tp kita mkn tak ler memabukkn..
              So you want to say benda yang beralkohol yang tidak memabukkan itu tidak haram?.
              kalau macamtu kenapa kita di haramkan meminum arak?. sebab ia memabukkan? tapi adakah arak halal diminum sekiranya ia tidak memberi kesan mabuk kepada orang yang meminumnya.?

              Meminum arak dalam kuantiti yg sikit takkan memabukkan!adakah meminum arak dalam kuantiti sedikit tidak haram? tetapi saya masih percaya haram tetap haram.

              "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.


              Fosilmiltra----> Saya buka copy dan paste topik tentang tapai ni. Ini saya buat sendiri.

              Comment


              • #8
                Re: memakan tapai hukumnya haram?

                Originally posted by yusri_ever

                Fosilmiltra----> Saya buka copy dan paste topik tentang tapai ni. Ini saya buat sendiri.


                Acik mohon maaf jika tersalah sangka terhadap saudara... Jadi topik ini hasil tgn saudaralah yer... Syabas & hebat sungguh saudara... Namun begitu harap saudara dpt perjelaskan pula tentang persoalan ini...

                Tapai katanyer boleh menjadi mabuk (memabukkan) bila diperam (disimpan) terlalu lama... Sebab itu jika dimakan maka haramlah ia sebab memabukkan. Tapi jika tak disimpan atau diperamkan maka tak salah memakannya.
                Bagaimana pula tentang hukum arak haram?. Semua sepakat mengatakan haram kerana dalil hadis & Al-Qur'an. Tapi ada kelonggaran lagi bagi org yg mabuk sehingga hilang mabuknya, baharu boleh mengerjakan solat. Ini terpakai utk org beriman yg lemah atau muallaf shj. Bagi yg sudah tegak teguh...alhamdulillah haq dan bathil itu sudah dapat dipisahkan.

                Acik bukannyer apa... tapi kenyataan saudara ini:
                Anda juga tahu ada kaum di Malaysia ini mengambil air tapai untuk dijadikan minuman. Kalau saya tak silap kaum Iban, mereka akan memerah tapai-tapai tadi dan meminum air-air tapai tadi untuk bersukaria dan mejadi mabuk. Maka ini bermakna tapai boleh memabukkan!. Kenapakah tapai tidak dikategorikan dalam makanan yang haram dimakan oleh orang Islam?

                "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.
                Kenyataan saudara ini seakan keras mengatakan bahawa memakan tapai adalah haram. Mungkin suatu hari akan keluar fatwa mengatakan tapai itu haram, wallahu a'lam. Tapi kadar kemudharatannya tidaklah seteruk rokok yg mmg diakui tiada kebaikan langsung terhadapnya. Tapi tapai sekadar makanan yg enak dihidang begitu saja... (Kali nie sebab terkena idung acik balik... tue yg terasa panas lak punggung nie...)

                Wallahu a'lam bisshawab.

                p/s: Maaf jika tak sependapat... sekadar bertukar2 pandangan semata2.
                Last edited by fosilmitra; 26-11-04, 09:44 PM.

                Comment


                • #9
                  Re: memakan tapai hukumnya haram?

                  W'salam

                  Satu penjelasan yang baik tentang alkohol. Web 7, minta
                  maaf sbb fwdkan ke hizbinet. Mungkin ada netters lain yang
                  boleh komen.

                  Maas salam.



                  --- Web 7 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
                  > Assalamualaikum wbt,
                  >
                  > Betulkah achohol itu najis dan haram ? Pada hari ini
                  > banyak permasalahan
                  > istilah yang diterjemahkan dari perkataan Inggeris tidak
                  > menepati keadaan
                  > sebenar. Antara contoh-contoh istilah : alkohol vs arak,
                  > emas putih vs
                  > platinum, emas hitam vs petroleum, tengah hari vs waktu
                  > sebenar, tengah
                  > malam vs waktu sebenar, pagi.
                  >
                  > Menurut maksud hadis, sesuatu yang memabukkan adalah arak
                  > dan arak itu
                  > adalah haram.
                  >
                  > Dari segi kimia, alkohol adalah satu keluarga hidrokarbon
                  > dengan formula
                  > asas R-OH. R adalah rantai hidrokarbon dan kumpulan OH
                  > bertanggung jawab
                  > membawa sifat alkohol. Alkohol dinamakan dengan sambungan
                  > "nol" dihujung
                  > perkataan. Contoh :
                  > CH3-OH : Metanol
                  > CH3CH2 - OH : Etanol
                  > CH3(CH2)2-OH : Propanol
                  > CH3(CH2)3-OH : Butanol
                  > dan seterusnya.
                  >
                  > Sifat-sifat alkohol :
                  > - sangat mudah terbakar, kebolehan untuk terbakar
                  > bergantung kepada bilangan
                  > karbon dalam alkohol. Lebih banyak karbon maka lebih
                  > susah untuk terbakar.
                  > Metanol dan etanol terbakar dalam nyalaan api berwarna
                  > kebiruan.
                  > - sangat mudah meraup kerana takat didih yang rendah.
                  > Etanol (+/- 78oC). Ini
                  > juga bergantung kepada bilangan karbon.
                  > - kebolehan melarut dalam air dan pelarut organik. Ini
                  > juga bergantung
                  > kepada bilangan karbon.
                  > - takat beku rendah (< 0oC).
                  > - kebanyakkan beracun
                  >
                  > Alkohol boleh didapati dari pelbagai sumber, iaitu secara
                  > semula jadi, dari
                  > proses penapaian (fermentation), dari proses pereputan
                  > bahan organik, dari
                  > proses tindak balas petro-kimia dan dari arang batu.
                  > Kebanyakan alkohol asas
                  > dalam keluarga alkohol bersifat sebagai "RACUN" kecuali
                  > etanol. Sebagai
                  > contoh, etanol boleh dimakan dalam kuantiti kecil dan
                  > tidak memudaratkan,
                  > tetapi spirit (nama kimia metanol) dalam kuantiti kecil
                  > amat toksik jika
                  > dimakan. Keadaan ini sama bila kedua-dua alkohol ini
                  > bertukar menjadi asid
                  > karbosilik (R-COOH). Metanol akan menjadi asid metaniok
                  > (cuka getah) dan
                  > etanol akan menjadi asid etanoik (cuka makan). Rasanya
                  > tidak perlu
                  > dijelaskan bagaimana kesan toksik akibat cuka getah.
                  >
                  > Dari sini kita akan mendapati bahawa istilah alkohol
                  > adalah terlalu umum dan
                  > alkohol dari segi kimia tidak boleh disamakan dengan
                  > istilah alkohol yang
                  > dimaksudkan oleh orang-orang barat. Takan sama racun
                  > dengan arak, walau pun
                  > kedua-duanya tak boleh dimakan.
                  >
                  > Dalam industi pemakanan dan perubatan, alkohol (etanol)
                  > yang digunakan
                  > diperolehi dari proses penapaian. Misalnya : penapaian
                  > gula mentah + yis /
                  > ragi. Alkohol (etanol) dari proses lain seperti
                  > petrokimia, tidak digunakan
                  > kerana kemungkinan mengandungi unsur-unsur surih yang
                  > beracun seperti
                  > metanol, propanol dan lain-lain bahan organik dan tak
                  > organik (dalam unit
                  > ppm- bahagian per juta).
                  >
                  > Dalam makanan tradisi seperti roti, kuih paw, tapai dan
                  > sebagainya, ragi
                  > atau yis diperlukan sebagai salah satu bahan dalam
                  > resepi. Dalam roti,
                  > alkohol (etanol) meruap ketika roti dibakar. Walau
                  > bagaimana pun, kandungan
                  > alkohol (etanol) kekal dalam tapai (tapai ubi dan pulut).
                  > Adakah ini haram ?
                  > Adakah ini memabukkan ? Tapai dan air tapai tidak
                  > memabukkan kerana kuantiti
                  > alkohol (etanol) di dalamnya adalah kecil. Sila rujuk
                  > balik maksud hadis.
                  > Walau bagaimana pun, ada segolongan manusia dalam
                  > masyarakat kita ingin
                  > mengambil kesempatan dalam keadaan ini iaitu dengan
                  > meminum air tapai
                  > sebanyak-banyaknya supaya mabuk. Bagaimana ? Di sini
                  > hukumnya tetap jelas,
                  > mereka meminum air tapai supaya mabuk atau dengan niat
                  > supaya mabuk, maka
                  > hukumnya tetap haram.
                  >
                  > Di sini masalah menentukan sama ada alkohol itu haram
                  > atau tidak, sepatutnya
                  > dipersoalkan dan diperbincangkan oleh majlis fatwa
                  > kebangsaan. Di manakah
                  > majlis fatwa kita ? Apakah fungsi dan peranan mereka ?
                  > Apakah kerja mereka
                  > hanya untuk mengharamkan pertubuhan-pertubuhan tertentu
                  > sahaja atau mendakwa
                  > orang ini sesat dan orang itu sesat ?
                  >
                  > Etanol dalam kuantiti kecil tidak memabukkan (tidak
                  > haram) tetapi dalam
                  > kuantiti yang besar ia boleh memudaratkan seperti
                  > ahli-ahli keluarganya yang
                  > lain (toksik) (jika dimakan). Adakah ini bertepatan
                  > dengan maksud hadis ?
                  > Maksud hadis "sesuatu yang memabukkan adalah arak dan
                  > arak itu adalah
                  > haram".
                  >
                  > Hukum bahawa alkohol itu haram sangat-sangat perlu
                  > dirombak semula. Kita
                  > tidak patut salahkan orang zaman dahulu jika mereka
                  > mengeluarkan fatwa
                  > alkohol itu haram. Ini kerana pada zaman mereka
                  > pengetahuan dalam ilmu kimia
                  > mereka amat terbatas sekali, begitu juga
                  > peralatan-peralatan untuk membuat
                  > analisa kualitatif juga tidak berkesan dan terbatas.
                  >
                  > Mereka di zaman dahulu menganggap bahawa suasa (campuran
                  > emas dan perak)
                  > adalah halal kerana mereka merujuk kepada tidak balas
                  > arak (haram) yang
                  > berubah menjadi cuka (halal). Mereka menganggap bahawa
                  > campuran emas dan
                  > perak menyebabkan ia berubah bentuk menjadi satu bahan
                  > yang baru. Pada hari
                  > ini kita telah mengkaji dan mendapati bahawa campuran
                  > perak dan emas tetap
                  > satu campuran logam (aloi). Campuran sesuatu bahan yang
                  > haram dan halal
                  > tetap menjadi haram. Macam kata pepatah "kerana nila
                  > setitik, rosak susu
                  > sebelanga".
                  >
                  > Kenapa kita pada hari ini walaupun sudah mempunyai banyak
                  > kemudahan dan ilmu
                  > pengetahuan sudah berkembang tetapi masih tetap
                  > berpandukan kepada
                  > hukum-hukum fekah dalam kitab-kitab lama. Sepatutnya
                  > majlis fatwa merombak
                  > semula fatwa berkenaan permasalahan bahan-bahan (bahan
                  > kimia, logam) kerana
                  > ilmu pengetahuan kita sudah mencapai pada tahap yang
                  > diperlukan. Kenapa
                  > perlu berfikiran statik ? Sepatutnya kita boleh berfikir
                  > secara dinamik
                  > dalam menangani masalah ini.
                  >
                  > Bagi pandangan saya, kenapa kita perlu terlampau nak
                  > terperinci jika sesuatu
                  > perintah atau hukum itu jelas. Kan dah jadi satu
                  > kekeliruan besar. Macam
                  > cerita sapi betina pada zaman Nabi Musa a.s, kaum bani
                  > Israil diperintahkan
                  > mendapatkan lembu betina. Kemudian mereka berbalah,
                  > macam-macam detail
                  > mereka tanya Nabi Musa. Last last, pekara yang mudah jadi
                  > sangat susah.
                  > Mereka kena cari lembu yang berwarna keemasan, tidak tua,
                  > tidak terlalu
                  > muda, dan tidak digunakan untuk bekerja. Hampir-hampir
                  > mereka tidak dapat
                  > melaksanakan perintah itu.
                  >
                  > Bila maksud hadis begitu jelas "sesuatu yang memabukkan
                  > adalah arak dan arak
                  > itu adalah haram". Kenapa kita perlu selidik apakah bahan
                  > yang terkandung di
                  > dalam arak, bahan manakah yang menyebabkan mabuk,
                  > bagaimana ia menyebabkan
                  > mabuk. Bila bertemu masalah lain, seperti tapai, kan dah
                  > jadi susah. Haram
                  > atau halal itu bergantung kepada niat kita juga.
                  > Kesimpulan yang saya dapat
                  > buat ialah alkohol dikatakan haram adalah disebabkan
                  > masalah istilah dan
                  > bukan disebabkan keadaan sebenar. Dalam keadaan sebenar
                  > alkohol adalah
                  > alkohol dan arak adalah arak, alkohol bukan arak dan arak
                  > bukan alkohol.
                  > Arak mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak mengandungi
                  > arak. Haram
                  > penggunaan alkohol adalah bergantung pada niat, jika niat
                  > adalah untuk
                  > memabukkan maka ia adalah haram, sebaliknya dalam
                  > pengunaan biasa ia adalah
                  > halal.
                  >
                  > Sepatutnya ustaz-ustaz dan ulama-ulama perlu bermuzakarah
                  > dengan ahli-ahli
                  > kimia, biokimia dan perubatan kerana masing-masing adalah
                  > pakar dalam bidang
                  > masing-masing. Adalah amat tidak wajar seorang ustaz
                  > hanya berpegang teguh
                  > pada hukum-hukum yang dipelajarinya sejak dari bangku
                  > sekolah tanpa
                  > menghiraukan perubahan zaman. Pekara ini wajib
                  > dimuzakarah dan didedahkan
                  > kepada pengetahuan umum. Umat Islam pada zaman dahulu
                  > berfikiran dinamik,
                  > sebaliknya ramai umat Islam pada hari ini berfikiran
                  > statik. Mereka takut
                  > akan perubahan atau tidak mahukan perubahan.
                  >
                  > Saya nak keluar tajuk sikit, saya pernah dengar satu
                  > permasalahan fekah yang
                  > dibincangkan dalam soal jawab agama di TV (sekitar tahun
                  > 1988-1989) yang
                  > dihoskan oleh ust. fadzil hanafi (sekarang YB). Ada
                  > seorang hamba Allah
                  > bertanyakan masalah kencing tak lawas iaitu air kecing
                  > keluar sedikit dalam
                  > masa-masa tertentu. Bagaimana si polan ini hendak
                  > bersolat. Apa yang
                  > dijawabnya oleh fadzil hanafi ? ada ke patut dia suruh
                  > orang itu ikat
                  > kemaluannya dengan tali supaya air kencing tak keluar
                  > dengan sendiri.
                  > Tahukah bahawa penyelesaian ini akan lebih memudaratkan
                  > kerana aliran darah
                  > yang terhenti atau gangguan aliran darah menyebabkan
                  > oksigen tidak dapat
                  > diedarkan kepada bahagian berkenaan. Jika keadaan
                  > berterusan, apa yang akan
                  > jadi ?
                  >
                  > Dalam industri makanan dan perubatan pada hari ini,
                  > pengunaan etanol dalam
                  > beberapa proses tertentu tidak boleh dipisahkan. Kalau
                  > tidak, tak jadi
                  > sesuatu produk. Dalam bidang perubatan pula, etanol
                  > digunakan sebagai
                  > antiseptik ketika mengambil sampel darah. Sapa pernah
                  > kena suntik ? Bahan
                  > yang terasa sejuk bila terkena kulit itu adalah etanol
                  > (99.9%). Boleh tak
                  > etanol digantikan dengan bahan lain seperti air, mineral
                  > water, air suling,
                  > H2O2, dettol, klorox, dan sebagainya ? Sila tanya doktor
                  > kenapa tak boleh...
                  >
                  > Jika dirujuk semula kepada maksud hadis itu "sesuatu yang
                  > memabukkan adalah
                  > arak dan arak itu adalah haram". Ada beberapa bahan yang
                  > boleh memabukkan
                  > atau seseorang itu rasa berkhayal, seperti rokok dan
                  > dadah. Kenapa hukum
                  > rokok masih dipertikai kerena perbezaan pendapat, ada
                  > yang kata haram dan
                  > ada yang kata makruh. Jika saya tidak silap, Syeikh
                  > Qardawi ada mengeluarkan
                  > fatwa bahawa rokok itu haram. Tetapi ini agak sukar untuk
                  > diterima oleh
                  > sebilangan besar dari masyarakat kita (baik PAS mahu pun
                  > UMNO).
                  >
                  > Sekarang saya nak sentuh mengenai emas putih. Ini adalah
                  > satu lagi istilah
                  > yang disalah ertikan. Ada yang berpendapat bahawa emas
                  > putih adalah emas dan
                  > haram untuk muslimin. Jika ia haram kerana nilainya, maka
                  > sudah tentu
                  > berlian juga haram kerana nilainya. Emas putih adalah
                  > Platinum (nama kimia
                  > dan fizik) dan ia adalah bahan yang berlainan dari emas
                  > sama ada dari segi
                  > unsur asli, sifat-sifak kimia dan fizikal. Ia dinamakan
                  > sebagai emas kerana
                  > nilainya yang amat berharga dan cantik. Nama kimia bagi
                  > emas adalah Aurum
                  > (Au) dan singkatan nama platinum (Pt). Walaupun harga
                  > emas putih lebih mahal
                  > dari emas biasa, kegunaan utama emas putih bukanlah
                  > sebagai perhiasan tetapi
                  > dalam industri kimia dan petro kimia. Platinum digunakan
                  > sebagai pemakin
                  > tindak balas dalam tindak balas ammonia kepada nitrogen
                  > dioksida yang
                  > digunakan dalam proses pembuatan asid nitrik. Sebahagian
                  > dari kegunaan asid
                  > nitrik adalah dalam pembuatan baja kimia. Perlukah
                  > muslimin bermegah-megah
                  > dengan perhiasan ?
                  >
                  > Begitu juga keadaan emas hitam. Petroleum dikenali
                  > sebagai emas hitam kerana
                  > nilainya dan hitam adalah kerana warna yang hitam. Adakah
                  > petroleum itu EMAS
                  > ? Adakah petroleum itu haram ? Kalau haram maka semua
                  > produk petro kimia
                  > seperti cat, pelarut, sabun detergent dan sebagainya pun
                  > haram juga ?
                  >
                  > Sekarang ni ada satu istilah yang pelik jika kita
                  > fikirkan dengan teliti.
                  > Orang putih kata pukul 12pm adalah tengah hari, 12 am
                  > adalah tengah malam
                  > dan selepas 12am adalah pagi. Pendapat mereka diterima
                  > bulat-bulat tanpa
                  > pertikaian. Mungkin benar 12pm itu tengah hari jika kita
                  > berada di GMT 0.
                  > Tapi kita di Malaysia, di benua Asia, adakah ini benar ?
                  > Waktu tengah hari
                  > yang sebenar/tepat adalah 2-3 minit sebelum Zohor
                  > (selepas pukul 1 petang).
                  > Walau bagaimana pun ia sudah menjadi istilah, maka
                  > biarkan sahaja tak perlu
                  > menyusahkan diri nak pertikaikan.
                  >
                  > Satu lagi permasalahan orang-orang kristian, mereka
                  > mensimbolikan hari
                  > krismas dengan santa clause dan musim salji. Keadaan ini
                  > benar bagi benua di
                  > sebelah kutub utara tetapi bagaimana dengan benua di
                  > kutub selatan seperti
                  > Australia. Sepatutnya Autralia meraikan hari krismas
                  > dalam bulan Jun
                  > dan bukan Disember, supaya salji dan santa clause dapat
                  > turun ke bumi.
                  > Kah, kah, kah.... Kan orang dah kata, kristian ni
                  > terbatas pada suatu zaman
                  > dan tempat.
                  >
                  > Oleh kerana kita mensempitkan definasi alkohol. Masalah
                  > pada hari ini
                  > bertambah komplek. Guieness iaitu sebuah kilang arak di
                  > Malaysia
                  > mengeluarkan satu minuman malt (kononnya berkhasiat)
                  > tanpa alkohol. Oleh
                  > kerana "tanpa alkohol" maka ia bebas dijual dikedai-kedai
                  > mamak beragama
                  > Islam. Adakah Guiness Malt ini halal kerana ia tidak
                  > mengandungi alkohol ?
                  > aaa, uuu, aa, uuu, aa, uuu, aa, aaa .... Tak tahu la
                  > kalau Pusat Islam hamid
                  > a/l Osman boleh mengeluarkan label halal pada Guiness
                  > Malt, tentu kecoh
                  > dibuatnya.
                  >
                  > Minta maaf kerana saya terpaksa memperpanjangkan
                  > perbincangan halal dan
                  > haram ini. Masalah ini sangat serius dan peluang
                  > perbincangan jarang saya
                  > perolehi. Kita sering menyebut masalah halal dan haram
                  > dalam masalah yang
                  > besar-besar tetapi dalam urusan pemakanan kita
                  > sehari-hari, kita cuai
                  > sedangkan ia tidak berkait dengan sesiapa pun. Masalah
                  > telur ayam yang tidak
                  > dibasuh pernah dibincangkan. Walau bagaimana pun ada yang
                  > membuat andaian
                  > silap di mana kita tidak perlu sibuk ayam makan apa. Kita
                  > bukan nak sibuk
                  > ayam makan apa, yang kita bincangkan adalah telur ayam.
                  > Di manakah telur
                  > ayam keluar ? dari mulutnya kah ? atau dari kepaknya kah
                  > ? atau magic show ?
                  > Semua orang tau, telur keluar dari mana. Bila telur
                  > keluar, di manakah ia
                  > jatuh ? Telur itu akan jatuh ke dalam reban dan mungkin
                  > jatuh atas taik ayam
                  > itu sendiri. Kita tahu taik ayam itu najis, tapi bila
                  > beli telur ayam...
                  > kita terus pecahkan dan masak. Jangan nak kata, bila
                  > kenduri... telur yang
                  > dibeli terus direbus begitu sahaja. Mudah sungguh. Kenapa
                  > tidak dibasuhkan
                  > dahulu telur sebelum digunakan. Bukankah membasuh telur
                  > sebelum digunakan
                  > adalah lebih baik dan lebih suci. Sebab itulah kalau beli
                  > roti canai atau
                  > roti telur kena hati-hati banyak, cek telor itu dalam
                  > tray kertas atau sudah
                  > dibasuh. Bagi makanan lain seperti biskut, roti, kek yang
                  > mengandungi telor
                  > dan dibuat oleh bukan Islam dan "hand made", kita kena
                  > elakkan dari membeli
                  > produk-produk ini.
                  >
                  > Oleh kerana kita ini suka isu yang besar-besar, saya akan
                  > bentangkan isu
                  > yang paling besar tetapi orang langsung tak kisah dan tak
                  > boleh nak buat
                  > apa-apa. Saya dah bentangkan isu ini pada awal tahun lalu
                  > (1999) tetapi tak
                  > ada respone. Satu sumber makanan umat Islam yang tenat
                  > adalah sumber air
                  > minuman itu sendiri. Tidak banyak loji pembersihan air
                  > yang memperolehi
                  > sumber air yang betul-betul semula jadi. Saya pernah
                  > tanya rakan saya yang
                  > mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah mengenai air
                  > sungai yang kotor
                  > dalam kuantiti yang banyak, laju sahaja dia menjawab "air
                  > suci dan boleh
                  > menyucikan". Betul-betul hafal nota. Air sungai yang saya
                  > maksudkan adalah
                  > air-air longkang dari kawasan perumahan, ladang, pekan
                  > yang mengalir ke
                  > dalam sungai, air sungai ini kemudian dipamkan untuk
                  > diproses untuk
                  > dijadikan air minuman. Air sungai dalam keadaan semula
                  > jadi iaitu tidak
                  > mengandungi bau, warna dan rasa, sudah semestinya suci
                  > dan menyucikan.
                  > Tetapi pada hari ini, banyak sungai yang telah tercemar
                  > sama ada disebabkan
                  > sistem kumbahan yang tidak sempurna, sisa industri, sisa
                  > ladang, dan sisa
                  > ladang penternakan ****. Ada beberapa kawasan tadahan air
                  > yang boleh
                  > dikatakan tercemar iaitu Loji Sg. Langat, Loji Sg.
                  > Semenyih, Loji Pasir
                  > Salak (untuk penduduk Sepang), Loji Sg. Linggi dan
                  > lain-lain. Ada juga loji
                  > yang mendapat air semula jadi antaranya : Loji PA Bukit
                  > Nenas (untuk
                  > penduduk Pusat Bandar KL), Loji PA Sg. Rangkap (untuk
                  > MD.Gombak), Loji Sg
                  > Batu (untuk penduduk Ulu Yam) dan lain-lain.
                  >
                  > Jika kita beranggapan air sungai dalam keadaan apa pun
                  > tetap suci, kita
                  > perlu lihat air kumbahan dari Loji Pembersihan Air
                  > Kumbahan Indah Water. Air
                  > kumbahan yang diproses sangat banyak dan boleh jadi air
                  > sungai, air ini
                  > jernih tetapi mungkin berbau sedikit. Adakah ini suci dan
                  > menyucikan. Jika
                  > ia suci, saya nak proses air itu untuk dijadikan air
                  > minuman kepada mereka
                  > yang menganggap air itu suci. Jika mereka sanggup telan,
                  > air kencing yang
                  > disulingkan (proses penulinan air) pun boleh dikitar
                  > semula untuk kegunaan
                  > mereka. Sebab itulah saya kata, ramai ustaz seumpama ini
                  > berfikiran statik,
                  > mereka hafal bulat-bulat tetapi mereka gagal
                  > menterjemahkan ilmu mereka ke
                  > dalam kehidupan harian di zaman ini. Mereka gagal memikul
                  > amanah yang
                  > diberikan kepada mereka. Minta maaf, saya terpaksa kata
                  > juga.
                  >
                  > Bagaimana benda yang haram atau najis boleh mempengaruhi
                  > diri kita ? Maksud
                  > hadis "dalam tubuh kita ada segumpal darah jika baik maka
                  > baiklah diri kita,
                  > sebaliknya jika buruk maka buruklah diri kita, apa yang
                  > dimaksudkan darah
                  > itu ialah hati". Maksud hadis lagi "Makanan membentuk
                  > hati". Jadi tidak
                  > hairanlah jika Syaidina Abu Bakar sanggup memuntahkan apa
                  > yang telah
                  > dimakannya bila ia mengetahui makanan itu mengandungi
                  > barang yang haram.
                  >
                  > His, pening kepala kalau memikirkan masalah umat Islam
                  > kini. Macam mana kita
                  > nak tolong umat Islam supaya mereka mendapat sumber
                  > makanan yang halal,
                  > sedangkan mereka sendiri tak kisah langsung halal dan
                  > haram. Entahlah, ...
                  >
                  >
                  > Wallahualam
                  >
                  > X- chemist
                  > barang yang haram.
                  >
                  > His, pening kepala kalau memikirkan masalah umat Islam
                  > kini. Macam mana kita
                  > nak tolong umat Islam supaya mereka mendapat sumber
                  > makanan yang halal,
                  > sedangkan mereka sendiri tak kisah langsung halal dan
                  > haram. Entahlah, ...
                  >
                  >
                  > Wallahualam
                  >
                  > X- chemist[/quote]

                  Comment


                  • #10
                    Re: memakan tapai hukumnya haram?

                    Assalamualaikum,

                    Masalah ni mudah sahaja kalau kita faham.

                    Begini. Arak haram kerana memabukkan. Di dalamnya terdapat bahan kimia dari kumpulan Alkohol. Dan Alkohol ini terjadi dari hasil pemeraman dengan tujuan untuk membuat arak. Faham?.... tujuan pemeraman untuk menghasilkan alkohol pada kadar yang banyak dengan tujuan untuk memabukkan. Bukannya tak sengaja...tetapi sengaja.

                    Okeh... air tapai... juga sama. Diperam, selama yang mungkin dengan tujuan untuk menghasilkan minuman yang memabukkan. Faham? Jadi penghasilan alkohol di dalam arak dan air tapai tujuannya adalah untuk memabukkan.

                    Dan seperti yang korang sedia maklum...alkohol ni nama general. Ada etanol, metanol....propanol.... tapi masyarakat keliru.

                    Kita ke tapai. Kalau ko buat tapai, dan ko peram supaya nak kan alkoholnyer sebnayak mungkin dengan tujuan memabukkan.... apa hukumnya?...mudah bukan.

                    Tetapi tapai yang korang makan itu, alkohol yang terhasil adalah dari tindak balas kimia yang tujuannya bukan untuk menghasilkan makanan yang memabukkan. Tapai boleh dimakan bukan sahaja kerana kandungan kimia alkoholnyer sedikit...tetapi juga tujuannya.

                    Ini bukan pendapat aku, tapi fatwa mengenai proses penghasilan sebatian alkohol dalam makanan yang tujuaannya untuk memabukkan dan proses semulajadi. Alkohol dalam tapai adalah proses semulajadi, dalam kuantiti yang sedikit, dan bukan untuk tujuan memabukkan.

                    Cuba korang pegang air masak dan bayangkan air masak itu adalah arak!. Apa hukumnya?...tetap haram....walaupun fizikalnya hanyalah air masak...tiada alkohol...tetapi bila niat arak...haramlah ajdinya. Tetapi jangan ada yang putar belit pulak...pegang arak...bayangkan air masak...terus jadik halal. itu salah..kerana bila secara fizikal ia sudah haram...tetap haram. Melainkan...darurat...air tak ada...dan memang nyawa dekat hidung, makan dibolehkan minum arak cukup sekadar untuk bertahan sebelum jumpa air.

                    Wassalam.....

                    Comment


                    • #11
                      Re: memakan tapai hukumnya haram?

                      tapi yg pasti tapai yg kita makan tak memabukkan.....


                      p/s-aku nak makan ikan masin dan bayangkan ikan siakap masak 3 rasa....

                      Comment


                      • #12
                        Re: memakan tapai hukumnya haram?

                        p/s-aku nak makan ikan masin dan bayangkan ikan siakap masak 3 rasa....
                        ....warghahaha...besh...tapi jgn ada plak yg duk kat waqaf...duk bersembang...pastu claim dah niat solat...tee hee hee (gurauan semata)

                        Comment


                        • #13
                          Re: memakan tapai hukumnya haram?

                          sodapnye tapai.. favourite.. nyummi nyummi.. tapi takleh makan sebab gastrik .. saya pegang.. makan tapai makruh.. boleh gitu?? same goes to tuak.. kalau tak salah.

                          Comment


                          • #14
                            Re: memakan tapai hukumnya haram?

                            alcohol ada banyak jenis la.. saya bukan nya ahli kimia, tapi apa yg saya tahu alcohol yg terjadi dalam proses penapaian tapai nie bukanlah jenis yg memabukkan. dan tak semua jenis alkohol tu memabukkan, ader alkohol yg kalau awak minum, bukannya jadi mabuk tapi boleh menyebabkan kematian, so saya rasa takder isu nak kata tapai tu haram.

                            Comment


                            • #15
                              Re: memakan tapai hukumnya haram?




                              So you want to say benda yang beralkohol yang tidak memabukkan itu tidak haram?.
                              yer.. cam tapai ni lah.. aku maksudkn tapai beras/pulut/ubi yg kita makan (ini yg kita bincangkan kan?), bknnya yg kaum Iban minum utk tujuan memabukkan tu..

                              kalau macamtu kenapa kita di haramkan meminum arak?. sebab ia memabukkan?
                              yer.. dan mgkin byk sbb lagi yg tak diketahui.. Allah Maha Mengetahui..

                              tapi adakah arak halal diminum sekiranya ia tidak memberi kesan mabuk kepada orang yang meminumnya.?
                              arak tetap haram walaupun setitik..



                              Last edited by hanamichi; 01-12-04, 05:22 PM.

                              Comment

                              Working...
                              X