Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Hafaz AlQuran cara Mudah...

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hafaz AlQuran cara Mudah...



    Berminat untuk join seminar hafaz Al Quran cara mudah....meh..meh

    http://www.huffaz.eniaga.biz

    Sesuai lah dgn kehadiran Ramadhan nanti.....

    Anda akan didedahkan dengan rahsia kaedah sistem Al-Huffaz yang telah diasaskan melalui pengalaman dan kajian lebih 10 tahun yang telah berjaya menghasilkan satu kaedah hafazan yang berkesan dan dapat dipraktikakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda.

    Selain dari itu anda juga akan didedahkan dengan rahsia membina motivasi luaran dan dalaman (internal & external motivation) berlandaskan hafazan ayat-ayat Al Quran

    Seminar ini sesuai untuk semua yang beragama islam samada yang mempunyai cita-cita untuk menghafaz Al Quran maupun tidak.

    Sepanjang seminar ini, anda akan didedahkan dengan:

    Rahsia kaedah Al Huffaz yang telah melahirkan 2 hafizah peringkat kebangsaan 4 tahun berturut-turut!

    Rahsia kaedah Al Huffaz yang melahirkan ramai professional lain yang hafaz banyak surah-surah Al Quran hanya dengan 5-10 minit sehari!

    Rahsia kaedah Al Huffaz yang menjadikan ayat-ayat yang anda baca dan hafaz sentiasa mantap dan kukuh di ingatan. Sehingga mampu anda baca bila-bila masa sahaja walaupun selepas baru dikejutkan dari tidur yang lena!

    Rahsia mendidik anak berumur 3 tahun menghafaz Al Quran!

    Rahsia yakin diri kepada pelajar dewasa bahawa anda semua boleh dan mampu menghafaz Al-Quran. Tak kira samada anda buta atau celik Al-Quran!

    Rahsia jalan menuju bahagia - menjadikan kehidupan & kerjaya anda lebih menyeronokan!

    Rahsia mengurus "stress" & meningkatkkan kreativiti

    Rahsia menggunakan memori dengan lebih effektif

    Kesempatan berkongsi pengalaman dengan Ustaz Shafie

    Dan banyak lagi tips-tips istimewa....

    Modul yang akan di bentangkan

    Sessi 1 - Al Quran Pembina Sahsiah dan Rohaniah Cerdas

    Sessi 2 - Kaedah Sistematik Membaca Dan Menghafaz Al Quran
    Sistem Al Huffaz


    Baik utk diri sendiri juga untuk anak2/bakal anak2
    Last edited by Humairah; 08-10-04, 04:55 PM.

  • #2
    Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...



    Erm alahai... alangkah beruntungnyer org yg mampu menghafal & menghafaz Al-Qur'an nie ek... Acik takat mampu surah 3 Qul jolah kot...

    TQ for this good infotainment Humairah...

    Comment


    • #3
      Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

      Hidupkan Generasi Al-Quran....satu-satunya harta pusaka peninggalan Rasulullah s.a.w. yg tak ternilai disamping hadis baginda s.a.w...." Bulan Ramadhan Bulan Al-Quran "....

      Comment


      • #4
        Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

        Untuk UIA punya....24/10/2004 ni...so jgn lepaskan peluang......RM100 utk sesutu yg amat bernilai......insyaAllah.....

        Comment


        • #5
          Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

          erm... menarik tuh memang menarik.. 28 juz lagi nak kejar... moga Allah bagi taufiq nak hafaz before grad... so joining this programme mungkin boleh membantu kot... insya Allah...

          Comment


          • #6
            Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

            Assalamualaikum,
            Memang takde rezeki saya nak ikuti kursus ini. Alang2 saya ada kat M'sia pd bln 9 lepas, so ingatkan sempatlah join kursus kat KB yg pd asalnya pihak yg menganjurkannya kata kursus kat KB pd bln 9. Tapi, akhirnya, tak jadik pulak, ditunda bln 11.

            Humm.. alahai. Bln 11 saya dah takde kat M'sia dahhhh..

            Wassalam.

            Comment


            • #7
              Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

              Assalamu'alaikum,

              Suatu ketika dulu aku sangat malu dengan diriku sendiri kerana tak tahu apapun tentang Al-Qur'an ni apatah lagi nak menghafalnya....
              Bertambah malunya aku apabila aku dapati sahabat karibku sendiri begitu fasihnya membaca Al-Qur'an dan mampu menghafal beberapa ayat Al-Qur'an sedangkan dia adalah non muslim.....
              Lantas aku bersungguh-sungguh berazam hendak mempelajari Al-Qur'an yang mulia ini. Aku nekad, apa nak jadi, jadilah. Aku bertungkus lumus belajar dan belajar, hafal dan terus menghafal....
              Akhirnya berkat taufik hidayah Allah swt, yang rupanya Kasih akan daku (yang dulunya aku tidak menyedarinya) kini aku berjaya menghafal surah Yassin seluruhnya, surah Al-Mulk dan surah As-Sajadah...
              Alhamdulullah..... Segala puji-pujian hanyalah untukMu wahai Tuhanku....



              Sekian. Wassalam.


              Aku di sini....
              Last edited by saiful merah; 09-10-04, 06:56 PM.

              Comment


              • #8
                Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

                lebih mudah menghafiz ayat baru dari mengekal ayat yg sudah dihafiz... satu perjalanan bersiar-2, yang dipandang dimata, terpaut kehati, yg diluput mata tak lekat dihati... tidak ada rahsia besar selain menundukkan pandangan didalam menghafiz, semoga berjaya, insyaAllah.

                Comment


                • #9
                  Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

                  Assalamu'alaikum,

                  Hanya satu jalan, kalau kita mencintai sesuatu, maka sesuatu yang di cintai itu akan melekat di hati. Kalau sesuatu itu di anggap tidak penting buat diri kita, maka sesuatu itu tidaklah akan menjadi ingatan kita atau kalau ada orang lain memaksa untuk di ingat-ingatkan, ia akan menjadi suatu yang sangat sukar meskipun ia sebenarnya sesuatu yang mudah...

                  Jadikanlah Al-Qur'an itu suatu yang kita cintai dan ayat2nya suatu kerinduan kiranya tidak di dengar barang sehari. Hati yang mencintai Al-Qur'an tidak akan senang duduk kalau ia tidak di baca atau diperdengarkan setiap hari.

                  Surat yang kita terima dari seorang kekasih yang sangat kita cintai di baca berkali-kali tanpa rasa jemu.... Al-Qur'an adalah surat dari Yang Maha Kasih akan diriku, alangkah gembiranya aku membacanya saban hari dan seharusnyalah aku tidak jemu-jemu membacanya biarpun seribu kali.... Sifat inilah yang wajib di semaikan dalam hati setiap muslim dan muslimat...

                  Kalaulah begini keadaan diriku dan dirimu, insyaallah, perkara menghafal tidaklah menjadi sesukar mana,,,,,

                  Sekian. Wassalam.



                  Aku di sini....
                  Last edited by saiful merah; 12-10-04, 12:31 PM.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

                    salam,slamat rye..nk tnye bila kursus Huffaz yg bru thun slepas rye ni..ade tak?

                    Comment


                    • #11
                      Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

                      copy n paste lagi dr emel kawan semalam.....

                      -----------------------------------------------------------------------------------

                      copy from : http://darwishndarwisya.blogspot.com/



                      Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya, cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang. Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya. Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita. InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali. Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan. Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL. Selalunya Darwisya dapat menghafal sehari dua selepas dia dapat membaca mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.



                      Untuk diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy. Mencari CD yang jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan kurang jelas. Maka, jika qari ini juga kegemaran pembaca, cara terbaik untuk mendapatkan bacaan yang jelas dan berkualiti adalah



                      1. Beli CD-R kosong (yang paling murah harga 70sen sekeping)

                      2. Pergi ke http://www.muslimtents.com/alafasy/

                      3. Pilih surah yang dikehendaki (free download yang dibenarkan). Setiap surah semasa kita download akan ada tercatit panjang masa surah tersebut. Jumlah masa dalam 1 CD-R adalah lebih kurang 70-80 minit sahaja.

                      4. Untuk memindahkan download ke CD-R, pilih 'audio data' (for car and other general radio)

                      5. Dah siap..



                      Sebelum menidurkan anak, CD tersebut akan dipasang dengan perlahan di radio dan tekan mode 'repeat'. Ia akan 'mengaji' untuk anak kita sehingga dia terlena dan diteruskan hingga esok pagi. Pastikan volume perlahan(kalau kuat anak tak boleh tidur pula). Kita boleh pilih samada untuk diulang repeat satu surah sahaja atau atau diulang bacaan satu CD tersebut.



                      Untuk di dalam kereta, saya letakkan CD surah yang telah dihafalnya supaya dia tidak lupa apa yang dihafalnya sebelum ini. Ini memastikan hafalan yang lepas terus kekal. Jika bila-bila masa saya membawa anak berjalan, ayat yang terhafal terdahulu yang akan saya pasang untuk mereka sepanjang perjalanan. Siaran radio atau CD lain hanya akan saya buka jika saya berseorangan memandu.



                      Mencorak anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah, dari kita sebagai ibu dan bapa. Ia bukan bermula di sekolah atau tadika.



                      Memang ada tadika mahal dan tadika sederhana bayarannya tetapi semuanya sama iaitu mengajar kanak-kanak dalam bilangan ramai dan dalam masa yang serentak! Sedangkan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan. Tiada guru yang boleh menandingi seorang ibu yang mengajar anaknya satu persatu dengan sabar hinggalah anak tersebut faham.



                      Bagi saya, adalah salah untuk melihat wang semata-mata boleh membeli pendidikan dan menjamin anak tersebut menjadi seorang yang terdidik dan berjaya. Kita ambil kisah daripada Imam Shafie. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 2 tahun. Ibunya adalah seorang yang gigih dalam mendidik anaknya. Tiada tadika murah, sederhana atau mahal bagi ibu Imam Shafie, Hanya kegigihan beliau untuk mendidik anaknya hingga anaknya dapat menghafaz quran pada umurnya 7 tahun. Kemudian Imam Shafie berguru dengan beberapa ulama terkenal hinggalah beliau menjadi orang yang dikenali dengan kebijaksanaan ilmunya sehingga Mufti Mekah mengizinkan beliau memberi fatwa ketika masih berusia 15 tahun!



                      Saya bersyukur kerana diberi Allah rezeki dan petunjuk untuk menghantar anak saya ke tadika Arab. Namun saya tetap tekankan kejayaan anak tetap bermula dari rumah. Darwisya ke tadika atau tidak, dan tadika tersebut arab atau bukan arab, dia tetap akan mengaji dan menghafal di rumah.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

                        permulaan dengar surah lazim yg biasa didengar dan tak terlalu panjang ..mudah utk penghafalan..

                        Comment


                        • #13
                          Re: Hafaz AlQuran cara Mudah...

                          Mula semak hadis2 sahih surah-surah yang dibaca oleh Raulullah saw dalam solat, cuba hafal mana yang boleh ikut dulu untuk baca dalam solat. Misalnya surah-surah al-buruj, al-ghasiah, al-lail, al-a'laa, surah al-hujurat, al-insan, al-jumuah, qaf (taklah panjang sangat dalam 3 muka surat mushaf).

                          Cuba dengar bacaan Sheik Ahmad Al 'Ajmi (imam dari Jeddah) - aku tertarik dengan lagu dia:
                          http://www.youtube.com/watch?v=tmcklI5OCqQ

                          Ini ada satu risalah percuma boleh download cara mudah praktis menghafal Quran, mungkin boleh membantu:
                          http://www.mediafire.com/?rwi02mmzdyq

                          ---------- Post added at 07:49 PM ---------- Previous post was at 07:40 PM ----------

                          maklumat surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah saw dalam solat:

                          http://soalsolatumum.blogspot.com/20...ullah-saw.html

                          Comment

                          Working...
                          X