Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Pesanan Nabi Untuk Umat di Akhir Zaman

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Pesanan Nabi Untuk Umat di Akhir Zaman

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"


    Penerangan Hadis:

    Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah s.a.w kepada umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan seperti zaman yang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini, iaitu :

    Pertama : Hendaklah ia melazimi taqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan dan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

    Kedua : Mentaati pemerintah yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah-sunnah khulafa Al-Rasyidin kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Jika pemerintah itu merendah-rendah martabat al-Quran dan al-Hadith i.e menolak hukum Allah, hendaklah menjauhi pemerintah ini dan hendaklah digantikan dengan yang bertaqwa.

    Ketiga : Perpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para khulafa Al-Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala.

    Keempat : Menjauhi pekara-pekara "bidaah dolalah," iaitu apa juga fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tiada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asas atau dalil, maka tiadalah pekara-pekara yang baharu itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak (bukan bidaah dolalah) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bidaah hasanah).

    wallahu a'alam.
    Riwayat: Abu Daud dan Tarmizi

    sumber
    http://www.e-ulama.org/Hadis/Default.asp?mode=0&ID=55

  • #2
    Re: Pesanan Nabi Untuk Umat di Akhir Zaman

    Tanya yg kedua: Pemimpin perlu x ditengok mcm mane diye sendiri bimbing keluarga diye sendiri? Ade kaitan x antara care diye bimbing keluarga diye dgn org bawahan diye....

    Comment

    Working...
    X