Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Tazkirah harian

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Tazkirah harian

    Assalamualaikum

    Jadikan ruang ini untuk paste, menulis atau menyumbang tazkirah harian. Biarpun ia hanya sepotong ayat atau sebaris puisi atau satu ceramah, asalkan ia bermanfaat. Komentar yang pendek dan atau yang tidak selari dengan maksud ruang ini akan dipadamkan.

    Jadikan ruang ini juga ruangan cetusan minda atau rintihan hati. Asalkan ia tidak menyalah syarak.

    Harap dapat diambil iktibar darinya dan diharap mendapat manfaat.

    wassalam
    TJ
    Last edited by Tok Janggut; 07-09-04, 09:08 PM.

  • #2
    Riya' dan Sum'ah

    Riya dan sum’ah

    "Barangsiapa yang beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Dan barangsiapa yang berbuat riya’, maka Allah akan menampakkan riya'nya"

    Tarjih hadis

    Hadis ini dikeluarkan dari jalan sahabat Jundub oleh Imam Bukhari dalam sahihnya, kitab al Riqaq, bab al Riya’ Wa Al Sum’ah no. hadis 6,499, halaman 11/335. Imam Muslim dalam sahihnya, Ibn Majah dalam sunannya dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya.

    Sebagaimana juga dikeluarkan dari jalan riwayat sahabat Abu Sa’id Al Khudri oleh Imam Tarmidzi dalam Jami’ (sunan)nya, Ibn Majah dalam Sunannya dan Imam Ahmad b Hanbal dalam Musnadnya (no 18.055)

    At Tirmidzi berkata: “Hadis ini juga diriwayatkan dari sahabat Jundub dan Abdullah b Amru. Hadis ini adalah Hasan sahih dari sisi ini”

    Dalam memberikan komentar mengenai kenyataan Imam Al Tirmidzi ini, Syaikh Abulrahman Al Mubarakfuri berkata: “Hadis Jundub ini telah dikeluarkan oleh Syaikhan (Al Bukhari dan Muslim). Sedangkan hadis Abdullah b Amru telah dikeluarkan oleh Al Thabarani secara marfu’ (sanadnya sampai kepada nabi) dengan lafaz yang sedikit penambahan.

    Al Mundzhiri, setelah menyampaikan hadis ini berkata dalam kitab Al Taghrib: Hadis ini diriwayatkan oleh At Thabarani dengan beberapa sanad periwayatan. Salah satunya sahih dan demikian juga Al Baihaqi”

    Makna hadis

    Makna hadis ini, barangsiapa yang beramal dengan suatu amal dengan niat agar orang lain mendengar perbuatan dan memujinya, maka Allah akan membalas dengan membiatnya terkenal. Pada hari kiamat kelak, niat amal tersebut akan dibongkar dan dibalas dihadapan makhluk. Dan barangsiapa yang melakukan suatu amal dengan niat agar manusia melihatnya di dunia, (riya’) maka Allah akan membalasnya dengan menampakkan riya’ dihadapan makhluk.

    Pengajaran hadis

    Beberapa pengajaran kita boleh dapati daripada hadis ini:

    Pertama: Makna Sum’ah dan Riya’ serta berbezaan antara keduanya.

    Secara bahasa riya’ berasal dari perkataan ru’yah bermakna penglihatan. Sehingga dalam bahasa arab hakikat riya’ ialah orang lain melihatnya tidak sesuai dengan hakikat yang sebenarnya. Sedangkan sum’ah datang dari perkataan tasmi’(memperdengarkan).

    Menurut pandangan syarak, ulama memaksudkan riya’ sebagai seorang hamba yang melaksanakan ibadah yang dapat mendekatkan diri dengan Allah, namun tidak menginginkan balasan dari Allah, bahkan menginginkan dunia.

    Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riya’ ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”

    Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”

    Adapun mengenai makna sum’ah dikalangan ulama terdapat perbezaan pendapat. Menurut ibn Hajar “Adapun sum’ah adalah sama dengan riya’ tetapi ia berhubung dengan indera pendengaran (telinga). Sedangkan riya’ melibatkan deria penglihatan”

    Al Izz b Abdussalam menyatakan”Sum’ah adalah dengan cara menyembunyikan amalannya kerana Allah, lalu menceritakan kepada manusia”

    Dari defisini ulama di atas, jelas bahawa terdpat perbezaan antara riya’ dan sum’ah. Menurut Ibn Hajar, perbezaannya adalah pada indera yang digunakan. Sehingga sum’ah itu tidak akan terjadi melainkan kepada perkara yang biasa terdengar seperti membaca al quran, zikir dan sebagainya secara nyaring mengharapkan agar orang lain mendegar lalu memuji perbuatan tersebut.

    Sedangkan menurut Al Izz b Abdussalam, sum’ah bersifat lebih umum daripada riya’. Ini kerana riya’ tidak mungkin terjadi amalan hati seperti rasa takut, cinta dan lain-lainnya. Ini membawa maksud riya’ hanya berlaku pada perbuatan zahir sahaja yang dapat didengar dan yang dapat dilihat. Sedangkan sum’ah termasuk amalan hati dan amalan anggota.

    Kedua: Penyebab Riya’ dan Sum’ah

    Al Musaibi menyebut bahawa yang menjadi penyebab riya’ adalah kerana “Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada yang dimiliki orang lain”

    Ini dapat disimpulkan bahawa puncanya ialah kerana ia amat suka dipuji dan takut dicela.

    Kaedah menubati penyakit riya’

    Pertama: Bermohon dan berlindung dengan Allah agar sentiasa melindungi kita dari penyakit riya’.

    Sabda Rasullulah s.a.w “Wahai sekalian manusia. Peliharalah diri dari kesyirikan ini kerana ia lebih samar dari langkah kaki semut” Mereka bertanya: “Wahai rasullulah s.a.w, bagaimanakah kami memelihara diri darinya padahal ia lebih samar dari kaki semut? Beliar menjawab (lalu membacakan doa):

    Ya Allah kami berlindung dari Mu dari perbuatan syirik yang kami ketahui. Dan kami mohon keampunan kepadaMu pada apa yang kami tidak ketahui”

    Kedua: Mengenal riya’ dan berusaha menghindarinya.

    Ketiga: Menyedari bahawa kesan akibat kepada riya’ ini adalah satu kecelaan di dunia dan di akhirat.

    Keempat: Menyembunyikan dan merahsiakan amal ibadah. Apa yang disembunyikan adalah amalan nawafil sahaja. Sedangkan yang fardhu akan dizahirkan dengan syarat aman dari riya’.

    Kesemua ini tidak akan dapat dilakukan tanpa ada mujahadah dan latihan yang berterusan dan bersungguh-sungguh.

    Wallahualam
    TJ

    Comment


    • #3


      Rasullullah menceritakan perihal akhir zaman

      Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini.

      Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

      Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir
      zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan.

      Betul tak? Benar Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.
      Benar atau tidak?
      Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang
      pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman. Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:

      Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini.

      Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

      Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

      Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati.Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad).

      Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

      Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan - Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.

      Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

      Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang
      Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam
      berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

      Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi. Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat
      bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat

      Wallahu a'lam bisshawab.

      p/s; Boleh sesiapa confirmkan kesahihan hadis & perawinyer?... TQ

      Comment


      • #4
        Semut

        Tadi aku terlihat seekor semut berjalan perlahan di atas meja menuju ke arah makanan yang terhidang. Aku kagum dan berfikir. Kalau semut ini sebegini kecil, pasti organ badannya lagi kecil. Jadi bagaimana mungkin wujudnya suatu yang amat kecil dan tidak begitu siknifikasi seperti semut tetapi mempunyai banyak pengajaran dan misteri kepada manusia. Subhanallah.

        TJ

        Comment


        • #5
          Subhanallah...

          Setiap manusia bila dilimpahi kenikmatan dan kesenangan... banyak yg menjadi alpa...tapi sekali dia didatangi ujian...barulah dia merintih mencari dan memohon kepada tuhannya.

          Manusia amat takut dan berdukacita bila diuji tp bila direnungi, ujian itu tanda kasih dan cinta Allah.

          Alangkah perit untuk merangkul cinta Ilahi...jalannya berliku namun manis dihujungnya. InsyaAllah...bersama2 kita telusuri perjalanan itu......

          Comment


          • #6
            Pernahkah kita bertanya...

            Bagaimanakah iman kita pada hari ini? Adakah ia naik? Atau adakah ia turun dan lemah? Apakah sebelum ini kita boleh bersolat sunat sebelum dan selepas yang fardhu, puasa khamis dan Isnin tapi kini kita tidak mampu walau untuk bangun subuh apatah lagi tahajjud malam?

            Bagaimana hendak memperbaikinya?

            Muhasabahlah diri kita sebelum kita di muhasabahkan di yaumul qiyamah, di mana hari tidak ada lagi penyesalan.

            TJ

            Comment


            • #7
              Kiriman asal oleh Humairah
              Subhanallah...

              Setiap manusia bila dilimpahi kenikmatan dan kesenangan... banyak yg menjadi alpa...tapi sekali dia didatangi ujian...barulah dia merintih mencari dan memohon kepada tuhannya.

              Manusia amat takut dan berdukacita bila diuji tp bila direnungi, ujian itu tanda kasih dan cinta Allah.

              Alangkah perit untuk merangkul cinta Ilahi...jalannya berliku namun manis dihujungnya. InsyaAllah...bersama2 kita telusuri perjalanan itu......

              Ya Allah, janganlah jadikan aku dikalangan orang yang ragu-ragu

              Comment


              • #8
                Re: Tazkirah harian



                UTAMAKAN MENIKAH
                Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz

                ---------------------------------
                Pertanyaan.

                Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Ada suatu
                kebiasaan yang sudah meyebar, yaitu adanya gadis
                remaja atau orang tuanya menolak orang yang
                melamarnya, dengan alasan masih hendak menyelesaikan
                studinya di SMU atau di Perguruan Tinggi, atau sampai
                karena untuk mengajar dalam beberapa tahun. Apa
                hukumnya ? Apa nasihat Syaikh bagi orang-orang yang
                melakukannya, bahkan ada wanita yang sudah mencapai
                usia 30 tahun atau lebih belum menikah ?

                Jawaban.

                Nasehat saya kepada semua pemuda dan pemudi agar
                segera menikah jika ada kemudahan, karena Nabi
                Shallallau 'alaihi wa sallam telah bersabda.

                "Artinya : Wahai sekalian pemuda, barangsiapa diantara
                kamu yang mempunyai kesanggupan, maka menikahlah,
                karena menikah itu lebih menundukkan pandangan mata
                dan lebih memelihara kesucian farji ; dan barangsiapa
                yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, karena
                puasa dapat menjadi perisai baginya" [Muttafaq 'Alaih]

                Sabda beliau juga.

                "Artinya : Apabila seseorang yang kamu ridhai agama
                dan akhlaknya datang kepadamu untuk melamar, maka
                kawinkanlah ia ( dengan putrimu), jika tidak niscaya
                akan terjadi fitnah dan kerusakan besar di muka bumi
                ini" [Diriwayatkan oleh At-Turmudzi, dengan sanad
                Hasan]

                Sabda beliau lagi.

                "Artinya : Kawinkanlah wanita-wanita yang penuh kasih
                sayang lagi subur (banyak anak), karena sesungguhnya
                aku akan menyaingi ummat-umat lain dengan jumlah
                kalian pada hari kiamat kelak"

                Menikah juga banyak mengandung maslahat yang
                sebagiannya telah disebutkan oleh Rasulullah
                Shallallahu 'alaihi wa sallam, seperti terpalingnya
                pandangan mata (dari pandangan yang tidak halal),
                menjaga kesucian kehormatan, memperbanyak jumlah ummat
                Islam serta selamat dari kerusakan besar dan akibat
                buruk yang membinasakan.

                Semoga Allah memberi taufiqNya kepada segenap kaum
                Muslimin menuju kemaslahatan urusan agama dan dunia
                mereka, sesungguhnya Dia Maha Mendengar Lagi Maha
                Dekat.

                [Fatwa Syaikh Bin Baz di dalam Majalah Al-Da'wah,
                edisi 117]

                [Disalin dari. Kitab Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi
                Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad
                Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, hal
                417-418 Darul Haq, sumber http://www.almanhaj.or.id]

                Comment


                • #9
                  Re: Tazkirah harian

                  NELAYAN MUKMIN DAN NELAYAN KAFIR

                  Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.
                  Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.
                  Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."
                  Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."

                  MORAL & IKTIBAR
                  o Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka
                  o Dunia adalah syurga orang kafir
                  o Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat
                  o Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga
                  o Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka
                  o Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya
                  o Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang
                  o Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorang bukan bermakna Allah meredhainya
                  o Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati
                  o Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia
                  o Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya. Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan sebenarnya

                  Artikel dari: http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?id=349642

                  p/s: melafaz kata "redha" tidak sesukar menghias hati dgn rasa redha.....

                  Comment


                  • #10
                    Marah...



                    14/12/2003 Ahad

                    Air takde kat Serdang. Kesian kat Hj Jamaluddin, air takde buat kenduri kawin sambut menantu. Nasib baik tangki surau tu byk air, backup masa catuan air hari tu. Takpe lah tu, cabaran. Merewang le kejap. Dpt le sket habuan utk penanggah. Namun bukan itu tujuan utama. Yg penting, ukhwah antara jemaah surau, merapatkan jurang perbezaan usia yg agak ketara.

                    Sememangnya itulah perancangan Allah. Ada tujuan air takde. Balik rumah, masuk bilik, keropok mentah bertabur atas lantai. Ni sah kucing kecik tu punyer kerja. Memandangkan aku takde kat rumah sepanjang hari, so berani la dia buat kerja. Letak dlm beg boleh pulak dia pi ambik seret atas lantai. Memang pantang aku, pepenat beli Friskies bagi dia makan, alih2 buat kerja dalam bilik. Dah la tu mahal lak tu. Aku cukup marah. Pastu kucing tu bila nampak aku terus dia keluar, mengiau nak Friskies. Terus aku pukul kepala dia tu (stail biasa didik kucing), terus dia menyorok kat bilik depan tu, bawah katil member aku.

                    Takpelah, boleh lagi tahan sabar tu. So aku letaklah sket Friskies tu kat tempat makan dia tu selalu. Kemas sikit, letak 'berkat' menanggah tadi kat dalam bilik, pastu pergi fakulti, mandi. Apa nasib badan duduk kat top floor. Kalau ade air pun tu pun kecik, tak larat air tu naik ke atas. Lepas mandi, solat Asar kat fakulti, balik rumah dekat pukul 7 baru sampai.

                    Masuk rumah tgk kucing kecik tu dok menjilat jari dia depan bilik aku. Aku syak ni mesti buat kerja lagi nih. Masuk la kat bilik. Tgk dia pi bedal ayam lak, 'berkat' menanggah siang tadi. Kali ini aku memang bengang tahap naga. Apsal laa aku pi letak kat bawah tadi. Terus aku keluar bilik, ambik kucing tu, pukul. Sampai mengiau kesakitan dia aku bedal. Tp takde lah sampai tahap dera. Tapi agak kuat jugaklah aku pukul dia tu. Yela, dah geram sesgt.

                    Bila dah camtu, aku lepaskan kucing tu, terus menyorok dlm bilik depan, bawah katil. Marah aku belum hilang lagi sebenarnya. Kalau ikutkan nafsu ammarah aku ni, mau aje aku campak kucing tu. Namun sifat sayang kucing tu masih ada dlm diri aku ni. Ye laa, papa meow.. hehe..

                    Lepas kemas balik tu, aku pi la surau solat Maghrib jap, pastu Isayk. Balik rumah rasa tak kena. Mesti kucing tu buat hal lagi. Firasat aku betul. Check dlm bilik, ayam dah tinggal sikit. Bertambah bengang lagi aku. Aku cari kucing tu takde, menyorok kat dlm bilik. Yelaa, dah tau buat salah, menyorok la dia kat bilik depan. Pastu aku baring le kejap. Tup-tup, terdengar something kat tingkap depan. Ni sah ade kucing dok memanjat tingkap ni. Keluar la tgk.

                    Tgk2 kucing kecik tu dok memanjat tingkap. Memang pe'el dia suka melepak kat tingkat tu. Aku ambik terus aku picit, pukul kepala dia. This time agak kuat, sampai menjerit kesakitan dia dibuatnya. Aku lepaskan, terus dia masuk bilik depan tu macam biasa. Kekadang terasa menyesal. Namun, memang itu cara aku didik kucing. Cara family aku. Sampai semua kucing kat rumah mak tu reti bahasa. Tau bila tuannya marah. Kalau selalu dimanjakan, naik minyak dia. Maklumlah, binatang, tak berakal. Nasib baik laa tak injured kucing tu. Hmmm...

                    Bengang aku tu masih belum hilang sampai aku baring. Bila marah ni kena baring, baru sejuk sikit. Kalau ade peti sejuk kat rumah tu boleh le aku pi masuk dlm tu kalau tak hilang gak marah tu. Kalau sampai tahap tu ghak memang bangang tak memassal la aku ni.

                    Kekadang terfikir gak aku. Aku hisab diri balik, aku renung kembali. Hari tu memang penuh dugaan bagi aku. Bab pukul kucing tu satu hal la. Tp bila difikirkan kenapa takde air ari tu, baru aku temui jawapannya. Bayangkanlah kalau kucing yg buat mcm tu pun aku marah tahap T-Rex, bagi Friskies, mahal lak tu, sbb sayang, terus aku pukul, tak dpt tahan sabar, mcm mana agaknya Allah boleh menahan kemurkaan-Nya terhadap hamba2-Nya yg 'asii, manusia2 yg kufur walaupun diberi pelbagai nikmat yg melimpah-ruah. Allahuakbar... Terkedu sekejap aku. Tanpa aku sedar mata aku bergenang, teringat perbuatan aku tu, dosa aku selama ini.

                    Hmmm.. Walau setinggi mana pun ilmu seseorang tu, kalau dah marah ni, kekadang terlepas jugak. Namun, bagaimana Allah boleh menahan kemurkaan-Nya terhadap hamba2-Nya yg 'asii, manusia yg kufur, walau dah byk nikmat yg dikurniakan-Nya, manusia masih tak nak bersyukur...

                    Ya Rahman Ya Rahim... terima kasih kerana sudi bercakap dengan aku...

                    Comment


                    • #11
                      Re: Tazkirah harian

                      Makan gaji membawa kepada keruntuhan
                      Makan gaji membawa kepada penyakit sosial
                      Makan gaji menjadikan anda lemah dan hina
                      Makan gaji ........

                      Comment


                      • #12
                        Re: Tazkirah harian



                        Bila kita muhasabah atau koreksi diri semula...terlalu banyak sifat mazmumah dalam diri...lalu kita pun mencari sebabnya...first yg terlintas mesti mak ayah...pastu adik beradik...pastu ahli keluarga yg lain...pastu cikgu2...pastu kawan2 ( sama belajar atau sekerja)....dan seterusnya jiran, masyarakat dan persekitaran...mmg tak dinafikan mmg semua unsur itu akan membentuk diri...baik akhlak mahupun keimanan kita...tp jarang kita ingin merenung lebih dalam lagi...kitalah punca mengapa sifat mazmumah itu begitu banyak bertakhta disanubari dan peribadi kita.....kerana kita lebih suka tgk orang lain sebelum tengok "diri kita" yg sebenar...kita lebih suka tengok apa yg orang ada dan banding dgn apa yg kita tiada.....tp adakah kita suka banding apa yg kita ada tp orang lain tak ada?

                        " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri "

                        p/s; Yang akan dihisab kelak adalah "aku"....

                        Comment


                        • #13
                          Re: Tazkirah harian

                          Sesat, Kurang dan Hina....

                          sebahagian hukama' berkata:

                          Barangsiapa yg berpegang teguh pada akalnya, nescaya dia akan sesat, barangsiapa yg mencari kecukupan dari hartanya, maka die akan selalu kekurangan, barangsiapa yg mencari kemuliaan melalui makhluk, nescaye dia akan dihina...


                          maksud die...barangsiapa yg hanya berpegang teguh pada akalnya tanpa berpegang teguh dengan kitab yg diturunkan ALLAH (Quran), maka ia tidak menemui hakikat kebenaran....

                          Barangsiape yg mencari kecukupan melalui harta yg diperolehinya, maka selamanyalah die x akan menemukan kepuasan. Dlm keterangan yg lain pula dikatakan, bahawa barangsiape yg x memerlukan ALLAH, nescaya ALLAH akan membuatnya x pernah rase cukup. Begitu juga, sesiape yg hanye bergantung dirinya kpd sesama makhluk, maka die akan menjadi hina di hadapan ALLAH...

                          dari buku
                          TINGKATAN MA'RIFAT
                          m/s 86
                          Last edited by mie_5580; 09-09-04, 06:10 PM.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Tazkirah harian

                            The Pen and the Sword by Ash Shura

                            Said the Pen to the Sword.... "I am mightier than you, I can make you think and act the way I want you to. My words are convincing. I can make you change your life, I have the power. It's within the words that I write."

                            Replied the Sword to the Pen...."What you say may be true. But I can kill you. Cut you into a thousand pieces. I can strike fear into your heart. And keep you awake all night. I can take over your country. Your words are no match for my might."

                            Then the Pen spoke one last time..."You may hurt the body. But you cannot harm the mind. You may take my life, this is true. But my words will never fade.They will outlast you forever. And your glittering edges will become dull. And it is my words and not your deeds that the World Will Remember".

                            Comment


                            • #15
                              Re: Tazkirah harian

                              Pernah sekali imam Ahmad bin Hanbal yang dikenali sebagai amat sukar mengalirkan air mata sewaktu disiksa di dalam penjara didatangi oleh anak muridnya. Anak muridnya berkata:

                              "Wahai Abu Abdullah, apakah pendapat kamu tentang syair yang mengandungi sebutan syurga dan neraka?"

                              Beliau bertanya "Bagaimana syair tersebut?"

                              Lalu muridnya menjawab dengan membacakan syair tersebut:

                              "Ketika berkata Tuhan kepadaku, tidak malukah maksiatmu terhadapKu? (kau) menyembunyikan dosa dari makhlukKu, tetapi dengan penuh dosa noda mengadapKu (dalam solat dan dihari qiyamat)?"

                              Lalu Imam Ahmad berkata kepada anak muridnya. "Ulangi sekali lagi"

                              Berkata muridnya - "Aku mengulangi syair itu sekali lagi lalu aku melihat ia (imam Ahmad) bangun dan berlari memasuki rumahnya seraya menutp pintu rumahnya. Ketika itu aku mendengar suara tangisannya dari dalam sambil beliau mengulang-ulang syair tersebut (dalam keadaan teresak2 kerana menangis).

                              Dari kitab: Talbiisu Iblis Ibn Jauzi pg 128

                              Comment

                              Working...
                              X