Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Berbicara mengenai Hiburan dlm Islam.

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Berbicara mengenai Hiburan dlm Islam.



    Terdahulu acik mohon maaf jika topik nie dah seakan sama dgn topik2 yg pernah diutarakan disini. Cuma mungkin dpt kiter perjelaskan lagi mengenai konsep sebenar hiburan yg dibolehkan didlm Islam agar tak keliru & bingung lagi kiter mencari apakah Islam membenarkan umatnyer berhibur utk tujuan release tension & tujuan2 lain.

    Perlu jugak diingatkan disini bhw ungkapan "Hiburan" meliputi semua aspek, samada bernasyid, bermarhaban, berzikir, bernyanyi, bersantai dgn family & berhibur tenangkan hati dsb. Laksana lirik lagu Raihan - Mari Berhibur "Berhibur tiada salahnya jika hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.

    Mungkin dpt sahabat2 sekelian bersama2 berbincang & berusrah mengenai perkara ini. Wallahu a'lam bisshawab.

  • #2


    Mungkin ada jugak baiknyer kiter mintak saudara trew memberikan pandangan beliau mengenai muzik masakini. Acik maksudkan mengenai muzik nasyid yg telah bercampur baur dgn alat2 seperti gitar, piano, dan sebagainya. Boleh saudara trew jelaskan disini sementara menanti ketibaan saudara Tok Janggut kiter yg berkemungkinan sedang Bercuti2 Malaysia...

    Wallahu a'lam bisshawab.

    Comment


    • #3
      trew pernah terbaca lama dah, fatwa negara brunei mengharamkan muzik ni... tak tau la... nnt trew try cari lg...

      wassalam.

      Comment


      • #4
        Syeikh Ibn Baz berkata dlm Majmu' al-Fataawa, 3/423-424:

        "Ma'aazif merujuk kepada menyanyi dan peralatan muzik. Nabi SAW berpesan kepada kita, pada akhir zaman akan datang seseorang yg akan membenarkan semua ini seperti mana mereka membenarkan arak, zina dan sutera. Ini adalah satu petanda kenabian nabi SAW semua ini telah berlaku. Hadith ini menyatakan bahawa alat muzik adalah haram, dan mengutuk sesiapa yg menghalakannya, sama seperti mengutuk sesiapa yg berkata arak dan zina dibenarkan. Banyak ayat al-Quran dan hadith yg memberi amaran/larangan berkenaan nyanyian dan alat muzik. Sesiapa yg menyatakan bahawa Allah membenarkan nyanyian dan alat muzik adalah berbohong dan melakukan kemungkaran besar. Kami/kita memohon kepada Allah supaya dijauhkan daripada hasutan hawa nafsu dan syaitan. Lebih teruk lagi dan lebih berdosa lagi daripada sesiapa yg menyatakan muzik/alat muzik mustahabb (disarankan). Tidak diragukan lagi, ini membawa kepada perasaan tidak peduli kepada Allah dan agamaNya. Ini menderhaka kepada Allah dan berbohong tentang undang-undangNya.

        Apa yg disarankan (mustahabb) ialah, memukul daff (kompang) pada majlis perkahwinan. Perbuatan ini disaran kepada wanita sahaja dalam mengumumkan perkahwinan dan bg mengelakkan fitnah. Tidak ada salahnya wanita bernyanyi sesama wanita, disertakan dengan kompang selagi nyanyian tidak mengandungi perkataan yg menggalakkan kejahatan atau melalaikan manusia daripada melakukan tugas mereka. Ini dengan syarat sesama wanita sahaja dan tidak bercampur dengan lelaki. Dan juga tidak mengganggu jiran tertangga. Sesetengah orang menguatkan nyanyian dengan pembesar suara adalah kejahatan, kerana mengganggu Muslim yg lain, jiran tertangga dan orang lain. Tidak dibenarkan juga bagi wanita di majlis perkahwinan atau majlis lain, menggunakan sebarang alat muzik selain kompang, seperti oud (alat muzik arab yg bertali), biola, rebab (alat muzik arab yg bertali) dan lain-lain. Penggunaan alat muzik ini adalah kemungkaran, kebenaran kepada wanita untuk menggunakan alat muzik adalah kompang sahaja.

        Bagi orang lelaki pula, tidak dibenarkan mereka bermain apa-apa alat muzik sekali pun sama ada pada majlis perkahwinan atau majlis-majlis lain. Apa yg Allah tentukan bagi lelaki ialah berlatih menggunakan alatan perang seperti menggunakan pedang, lembing, menunggang kuda, kereta kebal, pesawat pejuang, meriam, machine gun, bom dan lain-lain lagi yg boleh membantu jihad demi Allah."

        sumber: http://www.muttaqun.com/music.html bukan pendapat trew, tp pendapat Syeikh Ibn Baz... harap maklum.

        perkataan bahasa arab hari ini: mustahabb = saran

        wassalam.
        Last edited by trew; 06-05-04, 01:05 PM.

        Comment


        • #5


          Terima kasih atas penerangan saudara trew, namun acik pernah jugak melihat kenyataan yg mengatakan hal ini diharuskan seperti yg terkandung didlm link ini; Lihat Sini dlm isu semasa.
          Soalan : Dahulu saya ada diberitahu bahawa alat muzik seperti drum, gitar (alat muzik bertali), alat muzik tiupan (seruling dll) adalah haram. Hanya kompang dan seumpamanya dibenarkan. Kemudian saya pernah terbaca/terdengar bahawa itu hanyalah ijtihad ulama pada zaman silam utk menyekat pengaruh muzik barat pada zaman penjajahan Barat dahulu. Saya tidak pasti manakah yg benar. Zaman sekarang saya dapati muzik nasyid juga menggunakan pelbagai alat yg canggih seperti keyboard dan orkestra (Haddad Alwi). Artis Indonesia Rhoma Irama juga menggunkan alat muzik moden dalam lagu nasihatnya. Apakah benar bahawa alat muzik yg pelbagai dibolehkan dan hukum yg saya dengar dahulu hanyalah ijtihad lama yg sudah tidak relevan dgn zaman moden?.

          Jawapan : 1)Berdasarkan Fatwa Negeri Kedah bahawa Ahli Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa "Harus menggunakan alat-alat muzik samaada bersifat tradisi atau moden. Mendengar atau menghadiri majlis muzik dan mempelajarinya sekiranya tiada disertai dengan perkara-perkara haram.
          2) Tiada berlaku di tempat-tempat hiburan yang disertai dengan arak, judi, perempuan-perempuan penyanyi dan pelayan, tari menari dan lain-lain perkara kefasiqan selama tiada kelalaian dan kewajipan -kewajipan khusus , kewajipan agama seperti solat..
          Adakah ini menunjukkan berlaku khilafiah mengenai perkara ini?...

          Wallahu a'lam bisshawab.
          Last edited by fosilmitra; 06-05-04, 01:06 PM.

          Comment


          • #6
            Kat sekolah rendah lg dah belajar tiup rekoder......cikgu suh belajar..tak tau aper2 pun....(sebab tak tau takper kan)..pastu nanti kalu budak2 tu masuk sekolah (mean anak2 masa depanlah....cikgu dia suh belajar muzik dan kena beli rekoder....tamburin dan tah aper2 lg)..

            pastu cam nasyid skang ni..cam Allahu tu camner?

            p/s; salahkah kita mendengar muzik....bukan muzik yg dihayati tp kandungannya.....like Allahu.....menusuk kalbu.....begitu juga dgn mabuk cinta kumpulan debu tu....Senyum.... Nurul Iman....Ainul Mardiyah......Siti Khadijah......Asiah Ratu Syahadah......Sumayyah......Isteri Solehah..Damba Cinta Mu....Solehah....Munajat...Rindu....Fatamorgana..Pelita Hidup.....Hayya bilJihad (Brothers)...Selawat...Zikir Munajat...Selimut Putih...Dan juga banyak lg Nasyid Telaga biru...yg kalu dihayati cukup indah dan menusuk kalbu......menjd motivasi......membakar semangat jihad dlm diri........how?

            Comment


            • #7
              Kiriman asal oleh Humairah
              Kat sekolah rendah lg dah belajar tiup rekoder......cikgu suh belajar..tak tau aper2 pun....(sebab tak tau takper kan)..pastu nanti kalu budak2 tu masuk sekolah (mean anak2 masa depanlah....cikgu dia suh belajar muzik dan kena beli rekoder....tamburin dan tah aper2 lg)..

              pastu cam nasyid skang ni..cam Allahu tu camner?

              p/s; salahkah kita mendengar muzik....bukan muzik yg dihayati tp kandungannya.....like Allahu.....menusuk kalbu.....begitu juga dgn mabuk cinta kumpulan debu tu....Senyum.... Nurul Iman....Ainul Mardiyah......Siti Khadijah......Asiah Ratu Syahadah......Sumayyah......Isteri Solehah..Damba Cinta Mu....Solehah....Munajat...Rindu....Fatamorgana..Pelita Hidup.....Hayya bilJihad (Brothers)...Selawat...Zikir Munajat...Selimut Putih...Dan juga banyak lg Nasyid Telaga biru...yg kalu dihayati cukup indah dan menusuk kalbu......menjd motivasi......membakar semangat jihad dlm diri........how?


              Persoalan yg baik dari sedari Humairah... Tapi jgn seperti kura2 dlm perahu lagi cukuplah ek...

              Acik pun bukan nak mengatakan bhw hal ini dibolehkan (sebab kemungkinan pendapat diri sendiri pasti akan tersasar dari pendapat sebenar ulama' muktabar). Cuma jika sekiranyer kalau dlm kiter menaiki kenderaan seperti bas awam, teksi awam, kemudian diselitkan atau dipasangkan lagu... adakah perlu kiter memekakkan telinga sahaja?... Bagaimana Islam menyatakan perkara sebegini?... Boleh atau tidak?... Jika dilihat suara perempuan adalah aurat dlm keadaan tertentu seperti kenyataan TJ, maka jika sekiranyer kiter mengambil kata putus suara itu aurat maka bercakap dgn sesiapa didunia pun tak boleh agaknyer?

              p/s: Maaflah, acik mmg suka bertanya, sekadar utk menambahkan ilmu didada semata2...

              Comment


              • #8
                trew yakin dgn Syeikh Ibn Baz lg drpd fatwa negeri kedah. merujuk quote fosilmitra tu, takde sebarang dalil pun cuma dikatakan fatwa negeri kedah je. boleh la kiranya klik link yg trew baru letak kat atas tu utk dalil2 yg Syeikh Ibn Baz guna pakai...

                recorder sekolah rendah trew dulu tak tiup pun... letak mulut kat recorder tu, lps tu gerak2 jari kat lubang2 tu je, takut kena marah bkn sbb haram, tp sbb tak reti... time tu mana tau haram pun

                wassalam.

                Comment


                • #9
                  Pd ceq mendengar dan menghayati adalah dua perkara berbeza..cth cam sambut perayaan juga.......pergi ke sambutan perayaan di rumah jiran seperti majlis makan2 sebagai menghormati jiran yg tidak seagama adalah berbeza dgn turut sama menyambut dan menghayatinya juga...

                  seperti juga pernyataan aciq ttg dgr muzik dlm bas tu..takkan nak jln kaki kot.....jgn menghayati sahaja....

                  tp aper yg trew kasi tu terlalu keras bunyinya dam mcm mana pula dgn nasyid yg cukup bermakna tu....adakah niat tidak menghalalkan cara juga? sedangkan byk perubahan dan hijrah yg berlaku dlm diri ini atas asbab menghayati nasyid tersebut.....lebih2 lg "munajat" dan "air mata keinsafan"......

                  p/s; memang lah tidak dinafikan sebaik2 hiburan adalah dgn mengingati Allah dan menghayati Alquran tp pd tahap manakah kebanyakan insan2 dlm masyarakat kita hari ini?

                  Comment


                  • #10
                    Kiriman asal oleh trew
                    trew yakin dgn Syeikh Ibn Baz lg drpd fatwa negeri kedah. merujuk quote fosilmitra tu, takde sebarang dalil pun cuma dikatakan fatwa negeri kedah je. boleh la kiranya klik link yg trew baru letak kat atas tu utk dalil2 yg Syeikh Ibn Baz guna pakai...

                    recorder sekolah rendah trew dulu tak tiup pun... letak mulut kat recorder tu, lps tu gerak2 jari kat lubang2 tu je, takut kena marah bkn sbb haram, tp sbb tak reti... time tu mana tau haram pun

                    wassalam.


                    Mungkin yg tadi tak berapa jelas, namun saudara boleh kembali ke laman alahkam.net kebiasaan tempat rujukan saudara

                    Sejarah Muzik:
                    Muzik dalam bentuk falsafah dan ilmu muzik menurut kajian ilmiahnya berasal dari zaman Pythagoras (Yunani), tetapi yang mencipta note-note lagu ialah hasil dari sarjana Islam sendiri, yang paling awal iaitu Abu Yusof al-Kindi (meninggal 873M). Selepas itu mucullah Abu Nasr Muhammad al-Farabi (wafat 950 M) dan dia digelar sebagai tokoh muzik dunia dengan menghasilkan banyak tulisan agung dalam seni muzik. Di antaranya:

                    -Kitab alMuziqi alKabir (kitab Muzik Agung)
                    -Kitab alIlmu alMuziqi (kitab ilmu Muzik)
                    -Kitab alMadkhal fi Ta'alim alMuziqi (kitab pengantar ilmu Muzik)
                    -Kitab fi Ihsa' alIqa' (kitab keseimbangan Nada harmoni)
                    -Kalam Lahu fi alNaqrah Mudafa ila alIqa' (Seputar keseimbangan paluan gendang, biola dan keseimbangan Nada harmoni) dll.

                    Al-Farabi juga telah mencipta alat muzik antaranya rabab dan qanun. Selepas itu muzik dikembangkan lagi oleh Ibn Sina (pakar perubatan) dan ini boleh dilihat di dalam karya Ibn Sina spt asy-Syifa' dan anNajat.

                    Guru Muzik Islam selepas itu ialah Abu al-Faraj Isfahani (dia mencipta lebih dari 100 irama lagu). Selepas itu musik dikembangkan lagi oleh Ibn Rusyd, Ibn Bajjah, dll. Seperti juga falsafah dan tasawwuf, ilmu muzik tidak berjalan dgn aman dalam sejarah Islam. Ia menerima tentangan yg hebat. Hingga muncullah al-Ghazali menjinakkan aliran falsafah, tasawwuf dan musik dan mempertemukan dua aliran yg membenci musik-tasawwuf-falsafah dan golongan yg memujanya. Hasil dari tulisan al-Ghazali dalam al-Ihya' Ulumiddin menyebabkan tasawwur (pandangan umum) masyarakat kembali tenang dgn perkembangan tasawuf, falsafah dan muzik. (Ruj: Abbas Mahmud, alFarabi, Darul Kutub alArabiyah, 1944; Dr Omar Amin Hussin, Filsafah Islam, Bulan Bintang Jakarta 1975)

                    Hukum bermain alat muzik?
                    Seni musik dan nyanyian menurut hukum asalnya adalah HARUS kerana ia adalah fitrah manusia yg sukakan keindahan dan hiburan. Keharusan seni musik dan suara bertukar menjadi makruh, atau haram jika berubah perkara-perkara berikut:

                    a. isi, senikata, lirik, dan motif yg tidak bertentangan dgn adab dan susila Islam
                    b. Cara penyampaian, apakah ia menyuburkan syahwat dan ciri-ciri seksualiti dan yg diharamkan
                    c. Suasana (iklim) semasa ia disampaikan
                    d. Sederhana (tidak berlebihan dan melampaui) dalam menyintai seni muzik dan seni suara
                    e. Uruf pendengar adalah sebaik-baik hakim.


                    Pendapat Qardhawi ini sebenarnya juga pendapat fuqaha' yg lebih awal, antaranya Hujjatul Islam dan Imam alGhazali ra dalam kitab asSima' min Ihya': juga Fatawa Syaikhul al-Azhar Mahmood Syaltut ( alFatawa Syaltut, cet 1960, Cairo) yg merumuskan:

                    a. Seni musik dan seni suara adalah sama hukumnya dgn memenuhi keperluan pancaindera yg lain seperti makanan yg lazat dan pemandangan yg indah

                    b. Islam menetapkan kesederhanaan dalam semua termasuk menghayati seni musik dan seni suara

                    c. Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni musik dan seni suara bila ada tujuan yg sesuai dan menasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yg tidak Islamik

                    d. Seni Musik dan suara semuanya tertakluk dibawah kelulusan Ilahi yg bersifat umum yg diisytiharkan dalam surah al_A'raf: 32.

                    Itulah gambaran umum musik dan seni suara secara umum.

                    Alat muzik bertali (gitar dsb) dan yang ditiup(seruling dsb) adalah tidak boleh? Betulkah begitu...? Jika ya, apa dalilnya?

                    Mengikut pentarjih (penganalisa dalil dan madzhab) al-Qardhawi, nas-nas hadis yg mengatakan haram peralatan musik tertentu spt seruling atau bertali itu adalah tidak sahih atau ada kecacatannya. Ini juga berdasarkan pendapat al-Ghazali dalam kitab asSima' min Ihya' Ulumiddin. Peralatan musik adalah semata-mata alat, misalnya gelas adalah alat jika digunakan untuk meminum khamar atau susu. Kereta adalah alat boleh digunakan untuk merompak atau kenderaan utk pergi kerja saban hari. Maka begitulah alat-alat muzik boleh diguna untuk kejahatan atau kebaikan.

                    Antara hadis-hadis yg ada kecacatan ialah:
                    #1: HR Bukhari dari Abu Malik ra," Akan ada segolongan dari umatku yg akan menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik."
                    status Hadis: walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Pengkritik hadis yg berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
                    Kalimah mu'adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai bermaksud alat musik.
                    #2: HR Imam Hadis yg berempat,"setiap permainan yg dilakukan oleh seorang muslim itu adalah kebatilan kecuali sendagurai suami-isteri, melatih kuda dan memanah."
                    alHafeedz alIraqi: statusnya Mudhtarib juga
                    #3: Dari Aisyah ra,"Sesungguhnya Allah mengharamkan biduanita (hamba perempuan), menjual-belinya, menghargai dan mengajarinya."
                    Ibn Hazm (alMuhalla) hadis dha'eef
                    #4: HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah
                    dari Nafi' bahawa Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi saw menutup telinganya jika terdengar tiupan seruling pengembara (gembala).

                    Fatwa Kedah pernah mengharamkan permainanan alat muzik bertali. Tetapi fatwa itu telah ditarik-balik. Fatwa terkini dari Fatwa Kedah adalah harus dan haram sekiranya dicampuri dengan maksiat atau melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah dan menunaikan kewajipan-Nya.

                    Bagaimana pula hukumnya dengan alat-alat muzik lain yang bunyinya lebih kurang sama dengan kedua-dua jenis alat muzik tersebut seperti keyboard yang bagaimana kita tahu boleh mengeluarkan bunyi yang berbagai jenis termasuklah kedua-dua alat muzik tersebut?
                    Dr alImam Prof Yusof alQardhawi berpendapat hadis-hadis yg berkaitan haramnya alat musik tertentu kesemuanya tidak terlepas dari kecacatan. Ini kerana isu musik mula dibahaskan di zaman sahabat dan tabi'in. Maka hukum alat musik (baik dari alat atau penghasilan komputer) itu HARUS dan keharusannya bergantung kepada penggunaannya. Kecualilah alat musik itu menjadi lambang kefasikan dan dinisbahkan kpd agama tertentu menurut pandangan uruf (budaya setempat). Qaradawi, Mujtama' Islami allazi nansyuduhuu.

                    Ustaz saya ada mengatakan tidak boleh berdasarkan hadis (yg tidak dinyatakan dgn jelas) bahawa akan ada suatu hari nanti sesuatu yang pd hakikatnya tidak boleh, tetappi telah ditukar namanya sehingga telah dianggap boleh oleh masyarakat pd waktu itu...Tetapi, setahu saya.... hadis tersebut adalah merujuk kepada "khamr" (saya tidak ingat matan dan sanadnya) ? Jadi, bgmana pendapat pihak aL-Ahkam?

                    3. Saya juga ada mendengar ramai orang mengatakan bahawa bersiul itu tidak boleh... betul ke? jadi apa hukum sebenar? dalilnya?

                    Kedua soalan di atas akan di jawab oleh Sheikh Pendekar kita insya Allah

                    Bagaimana pula dengan yg mendengar?
                    Seperti diterangkan di atas, tidak ada nas yg khusus menyebutnya. Ini semua terpulang kepada uruf dan syarat-syarat yg ditetapkan oleh al-Ghazali ra dan al-Qardhawi yg kita sebutkan sebelum ini. Hukum asal muzik ialah harus dan kita tidak mempermudahkan keharusannya dan ia tidak boleh diambil berlebihan sekadar yg sesuai dgn fitrah dan menepati suasana yg menasabah (tidak ada unsur haram) dan isinya tidak menyalahi adabul Islam. Lihat alQardhawi, Fatawa Mu'asirat Jld 7
                    Baki soalan:
                    Ustaz saya ada mengatakan tidak boleh berdasarkan hadis (yg tidak dinyatakan dgn jelas) bahawa akan ada suatu hari nanti sesuatu yang pd hakikatnya tidak boleh, tetappi telah ditukar namanya sehingga telah dianggap boleh oleh masyarakat pd waktu itu...Tetapi, setahu saya.... hadis tersebut adalah merujuk kepada "khamr" (saya tidak ingat matan dan sanadnya) ? Jadi, bgmana pendapat pihak aL-Ahkam?

                    3. Saya juga ada mendengar ramai orang mengatakan bahawa bersiul itu tidak boleh... betul ke? jadi apa hukum sebenar? dalilnya?
                    --------
                    Jawab:
                    1. Hadis yg dimaksudkan ialah:
                    HR Ahmad dan Abu Daud dari Abu Malik alAnsy'ari ra," sebahagian dari umatku akan ada yg meminum khamar dan (akan) menamainya dengan bukan namanya (khamar)."

                    Hadis ini tiada kaitan dgn musik.
                    2. Hukum bersiul:
                    SS Mufti Wilayah, Dato' Hashim Yahaya, Masail Fiqhiyah, 2 Ogos 1998 menetapkan bersiul itu HARUS.
                    Dalil: AQ: 8: 35 (Dan tidaklah solat mereka pada sisi BaituLLah itu melainkan bersiul dan bertepuk tangan.) terjemah
                    Imam alQurthubi menjelaskan amalan bertepuk tangan dan bersiul ini merupakan amalan jahiliyah kerana dilakukan dalam ibadah. Jika dilakukan di luar ibadah atau di luar mesjid, maka tidak ada larangannya.
                    Bertepuk tangan dan bersiul juga dilarang jika ada tujuan menyindir dan mengejek. Dalil: AQ:alHujurat: 11
                    Maka jika tepuk tangan untuk memberi semangat tidaklah mengapa, begitu juga bersiul, kalau utk kita saja dan tidak mengganggu orang lain, maka ia harus. Malah orang zaman dulu spt gembala kambing menggunakan siulan utk menghiburkan dirinya dan memanggil ternakannya. WA
                    Wallahu a'lam bisshawab.
                    Last edited by fosilmitra; 06-05-04, 01:24 PM.

                    Comment


                    • #11
                      Kiriman asal oleh fosilmitra


                      Mungkin yg tadi tak berapa jelas, namun saudara boleh kembali ke laman alahkam.net kebiasaan tempat rujukan saudara



                      Wallahu a'lam bisshawab.
                      so dah jd khilaf la benda ni... TJ diperlukan

                      tak semua trew amik kat al-ahkam, jd takliq buta kat al-ahkam pulak nnt...

                      wassalam.

                      Comment


                      • #12


                        Acik pun tak mengatakan bhw acik berpegang kpd apa yg ada pada alahkam.net tersebut, mungkin boleh jadi mereka tersilap didlm berpandangan. Itu sebabnyer acik bertanya pada saudara trew. Maaflah sebab nampak mcm acik sengaja nak mengenakan saudara sahaja dgn meminta pendapat kemudian memberikan pandangan yg menolak pendapat saudara. Sebenarnyer acik ada soang pakar rujuk agama mengenai hal ini. Dan beliaulah yg memberitahu mengenai hal ini yg sering acik perselisihkan.

                        Dan seandainya saudara berkelapangan melawatlah web site :
                        www.islamonline.net <or> www.islamicinstitute.ca . Sebenarnyer acik tgh sibuk, maka sebab itu tak berkesempatan nak mengulas sendiri pendapat acik mengenai hal ini. Mana yg baik itu dtgnyer dari Allah SWT & yg jahil itu sememangnya dari kelemahan acik sendiri.

                        Sekian, wallahu a'lam bisshawab.

                        Among the entertainments, which may comfort the soul, please the heart, and refresh the ear is singing. Islam permits singing under the condition that it is not in any way obscene or harmful to Islamic morals. There is no harm in its being accompanied by music, which is not exciting.

                        In order to create an atmosphere of joy and happiness, singing is recommended on festive occasions such as the days of 'Eid, weddings and wedding feasts, births, 'aqiqat (the celebration of the birth of a baby by the slaughter of sheep), and on the return of a traveler.

                        'Aishah narrated that when a woman was married to an Ansari man, the Prophet (peace be on him) said, " 'Aishah, did they have any entertainment? The Ansar are fond of entertainment.'' (Reported by al-Bukhari.)

                        Ibn 'Abbas said, " 'Aishah gave a girl relative of hers in marriage to a man of the Ansar. The Prophet (peace be on him) came and asked, 'Did you send a singer along with her?' 'No,' said 'Aishah. The Messenger of Allah (peace be on him) then said, The Ansar are a people who love poetry. You should have sent along someone who would sing, 'Here we come, to you we come, greet us as we greet you.' " (Reported by Ibn Majah.)

                        'Aishah narrated that during the days of Mina, on the day of 'Eid al-Adha, two girls were with her, singing and playing on a hand drum. The Prophet (peace be on him) was present, listening to them with his head under a shawl. Abu Bakr then entered and scolded the girls. The Prophet (peace be on him), uncovering his face, told him, "Let them be, Abu Bakr. These are the days of 'Eid." (Reported by al-Bukhari and Muslim.)

                        In his book, Ihya ulum al-deen, (In the quarter on "Habits", in the book Listening to Singing.), Imam al-Ghazzali mentions the ahadith about the singing girls, the Abyssinians playing with spears in the Prophet's Mosque, the Prophet's encouraging them by saying, "Carry on, O Bani Arfidah," his asking his wife, 'Aishah, "Would you like to watch?" and standing there with her until she herself became tired and went away, and 'Aishah's playing with dolls with her friends. He then says:

                        Al-Bukhari and Muslim in the two Sahihs report all these ahadith, and they clearly prove that singing and playing are not haram. From them we may deduce the following:

                        First: The permissibility of playing; the Abyssinians were in the habit of dancing and playing.

                        Second: Doing this in the mosque.

                        Third: The Prophet's saying, 'Carry on, O Bani Arfidah,' was a command and a request that they should play; then how can their play be considered haram?

                        Fourth: The Prophet (peace be on him) prevented Abu Bakr and 'Umar from interrupting and scolding the players and singers. He told Abu Bakr that 'Eid was a joyous occasion and that singing was a means of enjoyment.

                        Fifth: On both occasions he stayed for a long time with 'Aishah, letting her watch the show of the Abyssinians and listening with her to the singing of the girls. This proves that it is far better to be good-humored in pleasing women and children with games than to express such disapproval of such amusements out of a sense of harsh piety and asceticism.

                        Sixth: The Prophet (peace be on him) himself encouraged 'Aishah by asking her, "Would you like to watch?" (Reported by al-Bukhari and Muslim.)

                        Seventh: The permissibility of singing and playing on the drum...

                        and what follows, to the end of al-Ghazzali's discussion on singing.

                        It is reported that many Companions of the Prophet (may Allah be pleased with them) as well as second-generation Muslim scholars used to listen to singing and did not see anything wrong with it. As for the ahadith, which have been reported against singing, they are all weak and have been shown by researchers to be unsound. The jurist Abu Bakr al-'Arabi says, "No sound hadith is available concerning the prohibition of singing," while Ibn Hazm says, "All that is reported on this subject is false and fabricated "

                        However, since singing is in many cases associated with drinking parties and nightclubs, many scholars have declared it to be haram or at least makruh. They state that singing constitutes that kind of idle talk which is mentioned in the ayah, And among the people is the one who buys idle talk (at the expense of his soul) in order to lead (people) astray from the path of Allah without knowledge, holding it in mockery; for such there will be a humiliating punishment. (31:6)

                        Says Ibn Hazm: This verse condemns a particular behavior, that of doing something to mock the path of Allah. Anyone who does this is an unbeliever; if he even should buy a copy of the Qur'an, doing so in order to make it the object of his mockery and thereby leading people astray, he would be an unbeliever. It is this type of behavior, which is condemned by Allah and not the idle talk in which one may indulge for mere relaxation, without intending to lead people astray from the path of Allah.

                        Ibn Hazm also refutes the argument of those who say that since singing is not of "the truth" it must be of "error," referring to the verse, "And what is beyond the truth except error?" (10:32). He comments, The Messenger of Allah (peace be on him) said, 'Deeds will be judged according to intentions, and everyone will get what he intended.' (Reported by al-Bukhari and Muslim.) Accordingly, the one who listens to singing with the intention of using it in support of a sin is a sinner, and this holds true of anything other than singing (as well), while one who listens to singing with the intention of refreshing his soul in order to gain strength to do his duty toward Allah Ta'ala and to do good deeds, is a good and obedient servant of Allah, and his action is of the truth. And he who listens to singing intending neither obedience nor disobedience is doing something neutral and harmless, which is similar to going to the park and walking around, standing by a window and looking at the sky, wearing blue or green cloths, and so on.

                        However, there are some limitations to be observed in the matter of singing:

                        1. The subject matter of songs should not be against the teachings of Islam. For example, if the song is in praise of wine, and it invites people to drink, singing or listening to it is haram.

                        2. Although the subject matter itself may not be against the Islamic teachings, the manner of singing may render it haram; this would be the case, for example, if suggestive sexual movement accompanied the singing.

                        3. Islam fights against excess and extravagance in anything, even in worship; how, then, can it tolerate excessive involvement with entertainment? Too much time should not be wasted in such activities; after all, what is time but life itself? One cannot dispute the fact that spending time in permissible activities consumes time, which ought to be resaved for carrying out religious obligations and doing good deeds. It is aptly said, "There is no excess except at the expense of a neglected duty."

                        4. Each individual is the best judge of himself. If a certain type of singing arouses one's passions, leads him towards sin, excites the animal instincts, and dulls spirituality, he must avoid it, thus closing the door to temptations.

                        5. There is unanimous agreement that if singing is done in conjunction with haram activities—for example, at a drinking party, or if it is mixed with obscenity and sin—it is haram. The Prophet (peace be on him) warned of a severe punishment for people who sing or listen to singing in such a situation when he said, Some people of my Ummah will drink wine, calling it by another name, while they listen to singers accompanied by musical instruments. Allah will cause the earth to swallow them and will turn some of them into monkeys and swine. (Reported by Ibn Majah.)
                        This does not mean that they will be physically transformed into the bodies and outward form of monkeys and swine but rather in heart and soul, carrying the heart of a monkey and the soul of a pig in their human bodies.

                        Islam is not against happiness and pleasure. Good, clean, wholesome, and healthy entertainment is not only allowed but also encouraged in Islam. Singing, chanting and reciting poetry are all-acceptable in Islam as long as the songs or poems have good meanings and they do not make people forget their religious and social obligations. There is nothing wrong in listening to songs, but one must be very careful in selecting the songs. Do not listen to songs that praise sinful deeds or excite people to commit sin or to indulge in immoral behavior. Do not listen to the songs that turn you away from the path of Allah. Do not get addicted to songs that you keep on listening to them day and night. Unfortunately there are a lot of songs now a day that lead to sin and shameful deeds and they are very addictive. It is for this reason many conscientious Muslims forbid listening to songs.

                        We cannot forbid all songs and poetry. Good songs and poetry have been in Islamic culture since the time of the Prophet -peace be upon him. The Prophet -peace be upon him- himself listened to good poetry and encouraged Hassan bin Thabit, who was known as "the Poet of the Prophet" to say the poetry in the praise of Allah and in the honor of His Religion and His Messenger.

                        When a woman was married to an Ansari (a man of Madinah) the Prophet said to his wife 'Aishah, "Did they have any entertainment? The Ansar are fond of entertainment." (Al-Bukhari) Ibn 'Abbas -may Allah be pleased with him- reported that when 'Aishah gave one of her female relatives in marriage to a man from the Ansar, the Prophet -peace be upon him- asked her, "Did you send a singer along with her?" "No", said 'Aishah. The Prophet -peace be upon him-then said, "The Ansar are a people who love poetry. You should have sent along someone who would sing, 'Here we come, to you we come, greet us as we greet you.'" (The Prophet even gave the words of a local song.) On the day of Eid, two girls came to the Prophet's house and they along with his wife 'Aishah played hand drum and sang a song. When Abu Bakr -may Allah be pleased with him- wanted to stop them, the Prophet -peace be upon him- said, "Leave them, Abu Bakr. These are the days of Eid" (Bukhari and Muslim).

                        Concerning the music the opinions differ. There are some Muslim scholars who have the opinion that all music is haram in Islam. They say that the Qur'an has forbidden "laghw and lahw" (idle things and things that distract, see Al-Mu'minun 32:3; Luqman 31:6). They say that music is part of the laghw and lahw that Allah has forbidden. They also quote some Ahadith, which prohibit music, or claim that, the Prophet -peace be upon him- said that he came in order to destroy to instruments of music.

                        But there are some other scholars and jurists who do not agree that all music is necessarily laghw and lahw. They say that reading some books could be also idle and distracting thing, while some music is soothing and relaxing and it does not mislead the people from the path of Allah. Imam Ibn Hazm was of the opinion that all those Ahadith that say that music was forbidden and prohibited were fabricated (mawdu') and unacceptable. Imam Shawkani in his famous Nail al-Awtar (vol. 8 pp. 260-271) has mentioned that some Sahabah, the Companions of the Prophet, used to listen to music. He even wrote a book with the title, "Ibtal Da'wa Al-Ijma' 'ala Tahrim Mutlaq al-Sama'" (The Refutation of the Alleged Claim of Consensus on the Absolute Prohibition of Music and Songs).

                        While it is not right to say that all music is prohibited in Islam, it is important to use great discretion in the case of music. A lot of music that is available in the markets now days are very dangerous and harmful. Muslim youth should be extremely careful. There are, however, some Muslim groups in different countries who are developing songs that are very good enjoyable, entertaining, and have good positive message.

                        Comment


                        • #13
                          emmm... tak jumpe lg la keterangan yg membolehkan lelaki nyanyi... kebykkan wanita je, dgn menggunakan kompang je... mcm yg trew post sblm ni... mungkin Syeikh Ibn Baz tersilap bab menyanyi kena sesama wanita je tu, sbb nabi pun tgk sama, abu bakar pun ada jugak...

                          wallahu a'lam.

                          wassalam.

                          Comment


                          • #14
                            Kiriman asal oleh trew
                            emmm... tak jumpe lg la keterangan yg membolehkan lelaki nyanyi... kebykkan wanita je, dgn menggunakan kompang je... mcm yg trew post sblm ni... mungkin Syeikh Ibn Baz tersilap bab menyanyi kena sesama wanita je tu, sbb nabi pun tgk sama, abu bakar pun ada jugak...

                            wallahu a'lam.

                            wassalam.
                            lerr ingatkan wanita yg takleh nyanyi, lelaki boleh...
                            ape-ape pun boleh tak bagi hadith2 yg berkenaan dgn nyanyian dan alat muzik nih? takkan nak tengok fatwa jer? kita kena berpandukan source utama (Al-Quran dan Hadith) dulu, pastu barulah kita tengok pendapat ulama'

                            Comment


                            • #15
                              Ade dgr jugak pasal suara wanita tuh aurat dan sebagainya .....

                              Comment

                              Working...
                              X