Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Roti Gardenia...

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Roti Gardenia...

    Baru dpt email ni pagi tadik.. boleh kita bincangkan tak perkara ni.. selalu gk makan roti ..

    GARDENIA - Pengeluar Daging **** Terbesar di Australia

    Salam sejahtera kepada semua kaum Muslimin & Muslimat

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, warkah ini disalin dan dikirimkan kepada masyarakat kita untuk member perhatian kepada satu kegiatan yang menyalahi Hukum Syarak oleh sesebuah syarikat perniagaan.

    Amat terkejut dan terperanjat apabila membaca satu artikel oleh
    Goola Warden dalam The Edge Singapore bertarikh 12 Januari 2004 yang mendedahkan bahawa QAF Limited ataupun dikenalai sebagai GARDENIA adalah pengeluar DAGING **** terbesar di Australia dan Singapura. Perniagaan DAGING ****

    adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan GARDENIA.
    Sejak membaca risalah tesebut, fikiran saya tegangngu memikirkan bahawa saya telah menjadi mangsa perbuatan aniaya, tiodak jujur dan tamak syarikat GARDENIA. Dengan serta-merta, saya telah memberi amaran kepada keluarga, rakan dan taulan supaya tidak lagi membeli barangan keluaran GARDENIA.
    Jangan kita yang telah mengetahuinya terus menerus meletakkan dosa dibahu kita dan ahli masyarakat orang Muslim.
    Sebagai hamba Allah, adalah tanggungjawab saya untuk menyerlahkan situasi sebenar dan mengambil tindakan untuk menyaran kepada semua umat Islam supaya memberhentikan pembelian roti berjenama GARDENIA dengan serta merta
    dan masa hadapan. Syarikat ini secara langsung ataupun secara tidak langsung tidak menunjukkan rasa hormat dan keperhatinan kepada kaum masyarakat Islam.
    Saudara saudari sekalian, marilah kita berkongsi pengetahuan ini
    dengan rakan taulan Islam kita dan saya percara, sebagai umat Islam yang baik, saudara saudari akan mengambil tindakan yang sebenar untuk muslimat dan musliman yang belum berpeluang mengetahui hal yang sebenar.
    Semoga seluruh umat Islam bersatu tenaga dan kepercayaan untuk menghapuskan kesangsian yang terbukti benar untuk kebaikan semua umat Islam.

  • #2
    daging **** ke.....
    tak jelas mcm tu je .........
    halal ke tak roti yg di jual tu........
    cepat la cakap ....

    Comment


    • #3
      bakpe jadi lagu tu...kat atas
      daging khinzir atau **** tak leh taip la

      Comment


      • #4
        sahih ke citer ni..???
        dalam emel ni....kdg2 ragu2 gak kesahihannya....

        Comment


        • #5
          thanks for the info... but itu kat Singapore ngan Australia. Gardenia kat Malaysia ni dibuat kat kilang Malaysia. yg kita nak tentukan skarang ni, kat Malaysia pun diorang berniaga daging **** jugak ke? kalau kat Malaysia pun diorang berniaga daging ****, barula takyah beli roti dia sebab takut guna kilang yg sama (takkan JAKIM tak pantau kot).

          Comment


          • #6
            meaning kilang tu proses daging b a b i dan buat roti gak ke?
            aku tak tau la hal ni..tp harap betul ckp gajahdudok tu..

            Comment


            • #7
              aku pun baru dapat email nie...tp x sure kesahihannyer...aniwei..hope leh dpt kate putus...

              Comment


              • #8
                Kiriman asal oleh hyper'sDeary
                aku pun baru dapat email nie...tp x sure kesahihannyer...aniwei..hope leh dpt kate putus...


                Acik punya kata putus satu sahaja. Janganlah anda percaya selagi tiada black & white dari pihak JAKIM dan mereka2 yg sama waktu dengannyer. Harap Maklum.

                Comment


                • #9
                  la..
                  bole makan laa.... kilnag dia kat mesia... mana ada kene mengena dgn haram tu.. ada2 je...

                  Comment


                  • #10
                    Assalamualaikum

                    Bahan2nya halal? Ada bercampur dengan ramuan haram? Kalau tidak, maka halallah hukumnya. Mungkin dia org pengluar khinzir dan dalam masa yang sama mengeluarkan roti buku. Maca company sharp dari jepun. Asalnya menjual pensel (sebab tu namanya sharp) tetapi lepas tu keluarkan barang elektornik.

                    Dalam hal ini, harus membelinya dan ia halal selagi dijamin halal oleh pihak berwajib.

                    Wallahualam
                    TJ

                    Comment


                    • #11
                      sokong tok janggut...
                      fwd emel ni bukannya buleh caya sangat..

                      p/s-nasib baik aku suka makan roti canai je..

                      Comment


                      • #12
                        maksudnya
                        duit jual ehem tuh jadi modal buat roti ker?

                        Comment


                        • #13
                          Tak kisahlah dia nak jadikan duitnya menjadi modal menjual roti. Khinzir diharamkan utk dimakan dan ada ulama mengatakan perlu sama' sekiranya terpegang. Yang halal rotinya. Ia tetaplah halal. Ini kita assume betullah email tersebut. saya pun tak pasti kesahihan email tersebut.

                          Wallahualam
                          TJ

                          Comment


                          • #14


                            Kesahihan sesuatu artikel mengenai halal haram sesuatu produk tersebut sering menjadi perselisihan & perdebatan org ramai. Sebagai cth kiter lihat KFC, produk Yeo's, Buble Gum, dan sebagainya lagi yg mmg dah byk kali acik terima dlm email kendian dah byk kali delete tapi sebanyak itu jugaklah artikel tersebut tidak pernah putus diterima... Raser2nyer dah dekat puluhan tahun hal ini berlaku.

                            Saranan acik pada semua yg menerima email sedemikian agar jgn makan apa yg kamu forwardedkan kat org tersebut jika kamu yakin benda tue haram. Jika tidak, kamu forward kat org tapi kamu makan jugak makan hukumnyer dah jadi was2, maka perkara yg was2 jika dimakan akan jadi haram... Menjawablah kamu diakhirat kelak...

                            Wallahu a'lam bisshawab.

                            p/s: Maaflah, teremosi skit acik arini... harap takde yg terasa & melenting dgn saranan acik yg mungkin salah & mungkin jugak ada benarnyer ini.
                            Last edited by fosilmitra; 03-05-04, 11:39 PM.

                            Comment


                            • #15
                              tak tahu nak percaye ke tak,

                              Comment

                              Working...
                              X