Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Binatang yg boleh dimakan

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Binatang yg boleh dimakan




    Aku nak tanya pada sesiapa terutamanya TJ, apakah haiwan yg haram dimakan oleh orang Islam??? Aku tau la mcm ****.. binatang yg tak disembelih secara islam... bangkai...dll... tolong beri penjelasannya & nas/hadis kalau ada...

    Sebagai contoh.. bolehkah orang islam makan biawak tetapi disembelih dahulu??? Tolong mintak penjelasan...

  • #2
    kalau tak silap aku..biawak tu haiwan 2 alam kan? jadi takley makan la..yg lelain..haiwan yg guna kuku utk makan (cam helang), yg makan darah (cam harimau), yg beracun lagi apa lagi aa..tak sempat nak pk heh..ada dulu blajar masa skolah

    kalo salah cecepat betulkan ha..
    Last edited by ViZieR; 29-01-04, 03:15 PM.

    Comment


    • #3


      Sebenarnya ada kiter belajar masa nak ambik SRP (cam acik nie dulu org terakhir ambik SRP, laa nie PMR pulak...) iaitu Haiwan2 yg dilarang makan dan dibenarkan makan... ada ayatnyer tue tapi acik pun dah lupo... isk isk isk... Larangan menghalalkan yg haram & mengharamkan yg halal ker waktu tue....

      Adapun binatang2 yg haram dimakan ialah binatang yg dua alam seperti kura2, binatang yg memakan dgn gunakan taring, binatang yg cari makan dgn menyambar.... dan... udahlah tue acik... kamu tue pelupo!... ...

      Tapi dlm hal makan biawak atau Dhab (kalau tak salah acik...) ianya dibenarkan sebab ada hadis mengatakan Nabi SAW senyap (diam) tak kata apa2 bila lihat org makan Dhab... sebab baginda kata makanan itu tiada ditempatnyer... Maka baginda tak larang pun memakannyer... Tapi mari kiter mintak saudara TJ melengkapkan pandangan acik...

      Sekian, wallahu a'lam.
      Last edited by fosilmitra; 29-01-04, 11:49 PM.

      Comment


      • #4
        Re: Binatang yg boleh dimakan

        Kiriman asal oleh cowboy



        Aku nak tanya pada sesiapa terutamanya TJ, apakah haiwan yg haram dimakan oleh orang Islam??? Aku tau la mcm ****.. binatang yg tak disembelih secara islam... bangkai...dll... tolong beri penjelasannya & nas/hadis kalau ada...

        Sebagai contoh.. bolehkah orang islam makan biawak tetapi disembelih dahulu??? Tolong mintak penjelasan...

        Binatang yang haram dan halal di makan

        Semua yang baik itu boleh dimakan:

        "Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

        "Telah diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging khinzir, binatang yang disembelih bukan karena Allah, yang (mati) karena dicekik, yang (mati) karena dipukul, yang (mati) karena jatuh dari atas, yang (mati) karena ditanduk, yang (mati) karena dimakan oleh binatang buas kecuali yang dapat kamu sembelih dan yang disembelih untuk berhala." (al-Maidah: 3)

        "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging **** dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)


        1. Bangkai (kecuali binatang laut yg tidak perlu disembelih)
        2. darah
        3. khinzir
        4. Disembelih bukan kerana Allah
        5. Tidak disembelih dgn sempurna (lihat dicekik, ditanduk, dimakan binatang buas (kecuali yg sempat disembelih)
        6. Binatng yang kotor-kotor (ini termasuk yang beracun dan memudaratkan) "Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor." (al-A'raf: 157)
        7. "Rasulullah melarang makan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku mencengkeram." (Riwayat Bukhari)


        Binatang dua alam

        Mengenai binatang dua alam tidak ada nas yang menegahnya utk di makan. Kecuali nas umum sekiranya binatang tersebut beracun dan kotor. Tetapi selain itu ia boleh dimakan. CUma msykt melayu tidak biasa memakan binatang2 ini (spt katak biawak dll) maka tidak mengapa utk tidak memakannya kerana rasullulah s.a.w sendiri tidak memakan dhab. Tetapi tidaklah boleh mengatakan ianya haram. Kerana seperti katak, msykt Islam di China memakannya.

        wallahualam
        TJ

        Ruj; Halal dan haram dalam ISlam Qaradawi

        Comment


        • #5
          Sebelum tu, klauth_2 tidak tahu dalil dari quran atau hadis ttg ini tetapi klauth_2 dptkan daripada seorang ustaz yg belajar dari sekolah pondok.. Dia ada sebut nama kitab yg dirujuk, kitab tersebut dikenali ramai, tetapi disebabkan klauth_2 bukan org yg dhobit.. jadi tak ingat nama kitab itu.... terpulanglah nak terima atau tidak

          Klauth_2 nak tambah sedikit.. ttg ikan tamban masin.. selalunya pengeluar tak buang isik perut dan terus buat ikan masin.. Jadi mengikut apa yg klauth_2 dpt, haram hukumnya memakan ikan tersebut tetapi hukum haram tersebut hanya jatuh jika saiz ikan tersebut lebih besar dari dua jari telunjuk dan hantu jika diluruskan. .. ini kerana perut ikan tersebut telah dikategorikan sbg bangkai

          jadi JIka saiz ikan tersebut lebih kecil dari ini (Ukuran dua jari telunjuk dan hantu) seperti ikan bilis.. maka tidak haram jika kita ikan tersebut walapun tak buang isik perut....

          Klauth_2 pohom maaf jika tersilap..

          Comment


          • #6
            Assalamualaikum ..

            disembelih bukan kerana Allah ..
            boleh sesiapa jelaskan yerk maksud tu , `Man kurang jelas ..
            dengan apa dikatakan disembelih bukan kerana Allah ..

            Comment


            • #7
              ..........baru aku tahu haiwan dua alam yang tak memudaratkan halal dimakan, bukan apa dulu teringat dikampung ada family yang tangkap katak untuk dijual sebagai makanan kepada org siam habis satu kampung tuduh dia mencari rezeki yang haram (tangkap katak dan jual)........................................

              Comment


              • #8


                Amatlah benar sebagaimana yg diperkatakan oleh saudara TJ kiter tue... sebab kalau baca bab halal dan haram dalam buku syeikh yusof qardhawi ada disebutkan pasal halal makan singa laut...... tapi itu utk binatang dua alam yg tinggal di laut...

                Wallahu a'lam bisshawab.

                Comment


                • #9
                  errr anaconda bole makan ke??

                  Comment


                  • #10
                    Kiriman asal oleh bulus geng
                    errr anaconda bole makan ke??
                    "Rasulullah melarang makan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku mencengkeram." (Riwayat Bukhari)

                    disembelih bukan kerana Allah ..
                    boleh sesiapa jelaskan yerk maksud tu , `Man kurang jelas ..
                    dengan apa dikatakan disembelih bukan kerana Allah ..
                    Maksudnya yang tidak disembelihdgn menyebut nama Allah. Sebab tu antara syarat sah sembelihan ialah org Islam. Kalau org bukan Islam walaupun sebut nama Allah tapi dia tak percayakan Allah. Maksud lain ialah yg disembelih utk tokong/berhala etc. Walau disembelih oleh org Islam tetap haram di makan kerana ia tidak menyebut nama ALlah.

                    wallahualam
                    TJ

                    Comment


                    • #11
                      tuhlaaa yang musykil anaconda ader taring ke ?? ade gigi tapi tak tau laaa taring ke tak lagipon saje je tanye kalo org kasik buat laok paling mahal didunia kasik pon taknak

                      Comment


                      • #12


                        Kekadang terpikiaq jugak mcm bulusgeng tue... nak pekena sekali seumur hidup pun takpelah sumer makanan2 halal tapi semacam jer ruphanyer nie... Kang org kato kempunan pulak kang... .

                        Wallahu a'lam bisshawab.

                        * Kempunan hanyalah kata2 org tua semata2...

                        Comment


                        • #13
                          Terima kasih TJ. Aku mengutarakan masalah nie pasal ramai dikalangan kita sekarang tidak jelas tentang halal/haram makanan nie... terutamanya binatang 2 alam...

                          Kiriman asal oleh Tok Janggut
                          "Rasulullah melarang makan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku mencengkeram." (Riwayat Bukhari)
                          Bolehkah TJ bagi contoh binatang buas yg bertaring??? adakah kucing dianggap binatang buas yg bertaring???

                          Comment


                          • #14
                            Kiriman asal oleh cowboy
                            Terima kasih TJ. Aku mengutarakan masalah nie pasal ramai dikalangan kita sekarang tidak jelas tentang halal/haram makanan nie... terutamanya binatang 2 alam...



                            Bolehkah TJ bagi contoh binatang buas yg bertaring??? adakah kucing dianggap binatang buas yg bertaring???
                            Binatang buas yg bertaring termasuklah kucing, anjing, harimau, ular, buaya dll. Ini yang jelas. Yang tidak jelas kita perlukan fatwa ulama. Contohnya kangaroo menurut ulama australia harus utk dimakan.

                            Wallahualam
                            TJ

                            Comment


                            • #15
                              TJ

                              Bolehkah TJ terangkan bagaimana cara2 penyembelihan mengikut Islam... apakah rukunnya & tertibnya... utk pengetahuan warga bin.net.
                              Sebagai contoh.. binatang yg panjang lehernya seperti burung unta... di bahagian leher manakah yg patut disembelih... TQ.

                              Comment

                              Working...
                              X