Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Hukuman bagi rogol dalam Islam?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hukuman bagi rogol dalam Islam?



    Apa hukuman bagi kesalahan merogol dalam Islam?

  • #2
    Re: Hukuman bagi rogol dalam Islam?

    Kiriman asal oleh gajahdudok


    Apa hukuman bagi kesalahan merogol dalam Islam?
    Wa'alaikumussalam wbt.

    Rogol samalah ertinya dgn zina dlm Islam dan hukumannya mengikut istilah undang2 yg telah ditetapkan oleh syara' yg wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah SWT iaitu dinamakan Hukum hudud.

    Allah SWT berfirman (terjemahannya) "Dan jgn sekali2 kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perkara yg amat keji & sejahat2 jalan. Zina dianggap sebagai sejahat2 jalan, kerana menurut kitab Tafsir Al-Qurtubi, jalan zina adalah jalan ke neraka jhnm...Nauzubillahiminzalik...

    Hukuman utk penjenayah zina atau perogol nie ialah sebagaimana firman Allah SWT dlm surah al-Nur ayat 2 yg berbunyi "Perempuan yg berzina & lelaki yg berzina, hendaklah kamu sebat tiap2 keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah & hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yg dikenakan itu oleh sekumpulan org2 yg beriman".

    Note: yg dimaksudkan dgn penzina dlm ayat ini adalah penzina yg belum berkahwin, utk mereka yg sabit perbuatan zinanya maka Allah SWT telah menetapkan seratus (100) rotan sebagai hukumannya. Manakala penzina yg telah berkahwin maka hukumannya yg telah dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah rejam dgn batu.
    Suatu persoalan mungkin timbul mengapa Islam membezakan hukuman ke atas penzina, antara yg belum berkahwin dgn yg telah berkahwin?.... Maka hal ini panjang ceriternyer... Minta saudara TH kiter tolong sambungkan & perbetulkan jika ada kesalahan acik di atas...

    Sekian, Wallahu a'lam bisshawab.
    Last edited by fosilmitra; 28-01-04, 11:02 PM.

    Comment


    • #3



      rogol samalah seperti zina tp zina yg dipaksa..wallahualam

      Comment


      • #4
        aku still dok perati ... masih blur lagi ... tolong detail lagi skit

        Comment


        • #5
          Sepatutnya itulah hukuman yang patut dikenakan oleh perogol yg ade di Malaysia sekarang...
          korang setuju tak...

          Comment


          • #6
            Tapi hukuman tu kena kat perogol tu je lah kan?

            Hukuman kat malaysia skarang ni... maksimum 20 tahun penjara, 24 sebatan! Memang cerdik manusia buat undang2 sendiri.

            Comment


            • #7
              Kiriman asal oleh gajahdudok
              Tapi hukuman tu kena kat perogol tu je lah kan?

              Hukuman kat malaysia skarang ni... maksimum 20 tahun penjara, 24 sebatan! Memang cerdik manusia buat undang2 sendiri.


              Undang2 manusia bersifat kasihan belas & tidak relevan mengikut zaman... sedangkan undang2 Islam sentiasa tegas & bersifat mencegah serta relevan & sesuai utk seluruhan zaman & umat... Maka sebab itu, undang2 manusia lebih kepada sifat logik akal manusia yg mmg kiter ketahui amatlah cetek & tidak mengetahui perkara ghaib...

              Acik pernah pergi kat suatu ceramah minggu lepas anjuran majlis agama islam negeri selangor ...... ada sorang minah ni tak pakai tudung, rupa macam mak datin ler, dia bangun tanya soalan...... "ustaz, bukankah perhiasan pada diri wanita itu adalah mahkota, bukankah rambut wanita itu merupakan mahkota wanita, sekiranya ianya mahkota, kita hendaklah bersyukur dengan mahkota itu, oleh itu kita harus menunjukkannya"....

              Engkome tau apa ustaz tu jawab.... " kalau macam tu bulu kat bawah tu pun mahkota perhiasan Allah bagi kat wanita.... kenapa tak tunjuk??!!" ....... habis org ramai gelak ..... acik pun tergolek2 kat situ menahan ketawa..... ompompuan tu diam tak terkata apa...... (Maaf jika termasuk unsur 18SX lak). Islam ni kalau cuba berlawan dengan logik..... wahyu lebih tinggi daripada logik, mana nak boleh tanding... Wallahu a'lam bisshawab.

              Comment


              • #8
                Re: Hukuman bagi rogol dalam Islam?

                Kiriman asal oleh gajahdudok


                Apa hukuman bagi kesalahan merogol dalam Islam?
                Masalah hukuman bagi rogol tidak terdapat dalam hukum hudud Islam.** Ia terletak dalam hukum takzir yakni terpulang kepada pemerintah. Terdapat 3 pendapat:

                1. ia dilihat sama seperti zina
                2. dilihat seperti zina paksa
                3. Selain dari di atas (ie mengikut budi bicara pemerintah).


                ** Bezakan di antara hudud dengan takzir
                wallahualam
                TJ

                Comment


                • #9
                  Re: Re: Hukuman bagi rogol dalam Islam?

                  Kiriman asal oleh Tok Janggut

                  ** Bezakan di antara hudud dengan takzir
                  wallahualam
                  TJ


                  Terdahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerna menegur sedikit kesilapan dlm kenyataan saya tersebut diatas. Maka sebab itu, mana2 kenyataan saya yg tiada disebutkan ianya dtgnya dari sahabat2 atau pakar2 rujuk saya, maka takkan terlepas dari kesilapan sebenarnya… Berkata Hukama: "Semulia2 manusia ialah org yg suka memperbaiki kesalahan dirinya sendiri & tunduk kpd kebenaran”…. Cewah!…. Namun demikian, jika pakar rujuk yg saya refer pun mahu ditegur jugak… maka itu mmg nak kenalah jawabnyer saudara TJ kiter nie…… (saya sekadar bergurau jelah dgn TJ…kekeke.)

                  Namun ada suatu persoalan dipemikiran saya sekarang nie, harap kenkawan dan saudara TJ dpt memberikan pandangan & penjelasan mengenai
                  1) bagaimanakah caranya seandainya seorg perogol tersebut adalah org bukan Islam, dia merogol org Islam, cammana takzir ini boleh dikuatkuasakan keatas pelaku jenayah nie?.
                  2)Selain itu, undang2 Tak’zir (ikut pemerintah) ini bolehkah dilaksanakan tanpa mengikut kaedah Islam sebenar seperti “mengasi” (potong saluran peranak lelaki), hukuman gantung dan hukuman dipenjarakan seumur hidup?...

                  Dibawah ini saya quotekan beberapa perkara mengenai hukuman Takzir mengikut buku yg pernah saya baca iaitu Manusia & Islam Jilid Dua (Panel Pengarang diketuai oleh Dr. Haron Din) sebagai sedikit ilmu pengetahuan...

                  Quote:
                  Perkataan Ta’zir dari segi bahasanya bererti mencegah atau menahan. Dari segi istilah perundangan Islam, Ta’zir bererti hukuman2 yg tidak ditetapkan qadar & bentuknya yg wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak Allah atau hak manusia dlm setiap kesalahan yg tidak dikenakan hukuman Hudud atau Kaffarah. Kesalahan2 yg dilakukan oleh manusia, apabila tidak termasuk ked lm Hudud seperti yg dipertakatan sebelum ini maka pada umumnya ia termasuk dlm kesalahan Ta’zir. Imam Al-Sayuti pernah menegaskan yg bermaksud” Sesiapa yg melakukan sesuatu maksiat yg tidak termasuk kedlm kesalahan Hudud & Kaffarah maka hendaklah dita’zirkan.

                  Ta’zir suatu jenis hukuman yg belum ditentukan bentuk & kadarnya. Hanya, ia diserahkan kpd budi bicara hakim atau qadi utk membuat keputusan berdasarkan pertimbangannya. Dlm pada itu qadi atau hakim tidaklah boleh dgn sewenang2nya menjatuhkan hukuman, tanpa memberi perhitungan yg wajar ke atas kesalahan yg dilakukan. Dlm sejarah kehakiman Islam cth2 Ta’zir yg telah dijatuhkan sebelum ini boleh dijadikan panduan supaya tidak terlalu melampaui kebiasaan & tidak pula terlalu ringan hingga tidak dicapai maksud hukuman itu. Semuanya itu boleh dijadikan panduan hukuman Ta’zir.

                  Jenis2 kesalahan yg termasuk dlm bidang kuasa hukuman Ta’zir amat luas & banyak cabangnya. Padanya seperti yg dikatakan oleh Imam Al- Sayuti tadi, bahawa tiap2 maksiat yg tidak termasuk ked lm hukuman Hudud & Kaffarah, maka termasuk ked lm bidang kuasa Ta’zir. Kesalahan2 Ta’zir adalah seperti kesalahan meninggal kewajipan2 agama atau melanggar larangan2 Allah & Rasulnya dlm semua aspek yg boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahn2 dibawah aspek yg boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan2 dibawah fasal melanggar hukum agama Islam.

                  Penetapan hukuman Ta’zir adalah termasuk dlm bidang kuasa pemerintah, atau lebih tegas kuasa mahkamah. Bagi tujuan mengawal supaya bidang kuasa Ta’zir itu tidak disalahgunakan maka ulama2 perundangan Islam telah bersetuju menetapkan garis panduan yg perlu dijaga oleh hakim atau Qadi dlm menjatuhkan hukuman. Antara garis panduan itu :

                  1) Tujuan utama diadakan bidang kuasa Ta’zir adalah utk menjaga kepentingan ramai. Oleh yg demikian hukuman Ta’zir yg dikenakan ke atas seorg pesalah itu hendaklah mencerminkan kepentingan ramai, bukannya kepentingan perseorgan, kumpulan atau wanita dan lelaki semata2.
                  2) Hukuman Ta’zir hendaklah ditimbangkan dari segi kesannya yg baik utk menolong org yg bersalah, juga masyarakat supaya terhindar dari melakukan keslaahan itu demi mewujudkan keselesaan utk semua manusia.
                  3) Perlu dipelihara & diwujudkan pertimbangan antara keslaahan yg dilakukan dgn hukuman yg dijatuhkan. Pertimbangan ini perlu dihormati utk memelihara ketengan & kepercayaan manusia terhadap wajarnya hukuman Ta’zir itu dipergunakan sebaik2nya.
                  4) Keadilan dlm hukuman Ta’zir amat perlu. Sekiranya sesuatu kesalahan itu dilakukan oleh beberapa org, maka hukuman ke atas mereka semua hendaklah sama. Jika mereka sama2 melakukan keslahan itu, jgn pula kerana ada dikalangan org yg berpengaruh maka hukuman ke atasnya diringankan.
                  5) Hukuman Ta’zir hendaklah jgn melebihi hukuman Hudud.
                  6) Dgn garis panduan itu hakim2 yg diberikan kuasa Ta’zir (dimahkamah Syariah) dpt membuat keputusannya.

                  Kesimpulan:
                  Tidak ada satu pun kesalahan yg tidak diperuntukkan hukumannya dlm Islam. Apa sahaja keslahaan yg dapat disabitkan telah a\da hukuman yg tidak boleh diragukan sama sekali.

                  Wallahu a’lam bisshawab.

                  Comment


                  • #10
                    ws up semua
                    setau aku hukuman dlm islam adlh mendidik n mengajar
                    bukan mendera cam yg kerajaan kite buat tu
                    nampak sgt cam mendera giler
                    baik mati jer.........
                    chauz

                    Comment

                    Working...
                    X