Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Hadis daif/palsu yang mungkin memeranjatkan anda.

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hadis daif/palsu yang mungkin memeranjatkan anda.

    Assalamualaikum

    hadis-hadis berkenaan puasa berikut mungkin biasa terdengar. Tapi tahukah kita statusnya?

    1. "Bulan ramadan itu permulannya bulan rahmat, pertengahannya bulan maghrifah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka"

    Hadis ini berstatus hadis mungkar. Diriwayatkan oleh Al U'qaili dalam Adh Dhu'afa (172), Ibnu Adi (1/165), Al Khatib dalam Al Muwadhadhih (2/77), Ad Dailami (1/1/10-11), Ibnu 'Asakir (8/506/1), dari jalan Sallam Bin Siwar dari Maslamah b Ash Shalt dari Az Zuhri dari Abu SAlamah dari Abu Hurairah secara marfu'.

    Al 'Uqaili berkata: "tidak ada asalnya dari Az Zuhri"

    Ibn Adi berkata: "Dan Sallam (bin Sulaiman b Siwar) menurutku adalah seorang mungkarul hadis. Dan Masalamah tidak dikenali."

    ibn Hatim berkata tentang Masalamah: "Dia itu martukul hadis" (Lihat Ad Dha'ifah, 4/70, no 1569)

    2. Bulan Ramadan itu tergantung di antara langit dan bumi dan tidak akan diangkat kepada Allah kecualidengan zakat fitrah"

    Hadis daif. Ibn Jauzi menyatakan ianya tidak sahih (Al 'llal Al Mutanahiyah (2/8/824). Di dalamnya terdapat Muhammad b Ubaid Al Bashari. Dia majhul (tidak dikenal).

    Wallahualam
    TJ

  • #2
    terima kasih TJ
    Last edited by Gamerz; 07-12-03, 08:49 PM.

    Comment


    • #3
      .......

      Hmmm... apa kata kalau sesiapa yg mahir dlm bab hadis daif atau palsu post kat sini. Sebenarnya byk gak hadis˛ yg camni yg tak tau hadis tu daif atau pun palsu.





      Comment


      • #4
        hadith ni sumber yang x terjamin...
        x cam al-quran...

        "sesungguhnya kamilah yang menutunkan al-quran dan kamilah yang memeliharanya"
        (al-hijr:9)

        yang terjamin pon org x ikut...

        banyak ceramah˛ menggunakan hidith˛ tue waktu bln ramadhan...

        itulah kelemahan kita...
        taqlid...

        mlm bulan ramadhan,
        kat rmk (rm kedah)
        ade ceramah yg menggunakan hadith˛ tu...
        ceramah tu buat kat masjid dkat rumah aku...

        hadith dhaif boleh diamalkan jika berkaitan dgn fadhail-a'mal...
        kelebihan amal(ibadah)...

        -betulkan apa yg salah, ingat apa yg dilupa, belajarlah apa yg x tahu dan bwatlah yg sepatutnya...

        Comment


        • #5
          Astaghfirullah, betulkah ini? Terlalu luas penyebarannya, malah bukan tahap dhaif tapi tahap hadis mungkar, so ianya lansung tidak boleh diikut walaupun dalam bab2 fadhail amal..

          Comment


          • #6
            Kiriman asal oleh Outlaw_t0rn
            hadith ni sumber yang x terjamin...
            x cam al-quran...

            "sesungguhnya kamilah yang menutunkan al-quran dan kamilah yang memeliharanya"
            (al-hijr:9)

            yang terjamin pon org x ikut...

            banyak ceramah˛ menggunakan hidith˛ tue waktu bln ramadhan...

            itulah kelemahan kita...
            taqlid...

            mlm bulan ramadhan,
            kat rmk (rm kedah)
            ade ceramah yg menggunakan hadith˛ tu...
            ceramah tu buat kat masjid dkat rumah aku...

            hadith dhaif boleh diamalkan jika berkaitan dgn fadhail-a'mal...
            kelebihan amal(ibadah)...

            -betulkan apa yg salah, ingat apa yg dilupa, belajarlah apa yg x tahu dan bwatlah yg sepatutnya...
            Salah sebenarnya kalau menganggap hadis sebagai sumber tidak terjamin. Ini kerana walaupun ayat di atas menyebut Al Quran, tetapi di dalam al quran juga kita di suruh menerima apa yang dihalalkan oleh nabi dan menjauhkan apa yang diharamkan. Maka dengan itu kata-kata nabi berbentuk hadis juga terpelihara. Ini merupakah perkara akidah kita. Menolak hadis boleh menjadi kafir.

            Untuk memelihara hadis, Allah turunkan ulama2 hadis yang bukan sahaja mengumpulkan hadis2 sahih malah hadis-hadis daif. Sebab tu kalau kita lihat senarai hadis2 nie boleh di dapat di dalam buku ad dha'ifah seperti yg ditulis di atas.

            Wallahualam
            TJ

            Comment


            • #7
              aku rasa hadis yang pertama tu ba nyak kali RTM siar masa bulan puasa dulu.. kalu tak silap aku le..

              Comment


              • #8
                laa memang lah biaser aku dengar kat ceramah bulan puasa dulu

                Comment


                • #9
                  Bagoz tuhhhh kalo sesape ade tau hadith yang daif yang selalu dipakai dalam masyarakat kiter nih post laa bebanyak kat siniiiii

                  Comment


                  • #10
                    maksud saye...
                    tidak semua hadith tue boleh diterimapakai...
                    bukankah taraf hadith hanya 3:
                    sahih, hasan, dhaif...

                    Comment


                    • #11
                      dan tidaklah (muhammad) bercakap mengikut nafsunya kecuali apa yang diwahyukan kepadanya. (an-najm:3-4)

                      dan taatlah kepada Allah, rasul dan pemimpin di kalangan kamu. (al-baqarah)

                      Comment


                      • #12
                        Kiriman asal oleh Outlaw_t0rn
                        maksud saye...
                        tidak semua hadith tue boleh diterimapakai...
                        bukankah taraf hadith hanya 3:
                        sahih, hasan, dhaif...
                        Betul. Tidak semua hadis itu boleh diterima. kerana itu saya pernah postingkan di sini kaedah nak menyampaikan hadis. Hadis yg kita tak tahu statusnya, gantung dulu.

                        Pengklasan hadis berdasarkan beberapa kriteria. Kalau jumlah perawinya terbahagi kepada mutawatir dan ahad. Ahad (atau aahad dengan alif yang panjang) ada yang sahih hasan dan daif. Hadis aahad pun terbahagi kepada 3 - Aziz, ghari dan mahsyur. ketiga-tiga ini mungkin sahih dan mungkin daif. Bergantung kpd pengkajian rawinya.

                        Ini serba sedikit

                        wallahualam
                        Tj

                        Comment


                        • #13
                          Himpunan hadis-hadis daif

                          http://www.bincang.net/forum/showthr...threadid=36263

                          TJ

                          Comment


                          • #14
                            Hadis palsu jugak...

                            Assalamu'alaikum wbt...

                            Sekadar renungan utk kita mengambil iktibar sejenak tentang adanya hadis2 palsu yg dikatakan begitu banyak sekarang ini.

                            Sebenarnya terkejut jugak saya bila mengetahui dari seorg rakan bahawa banyak hadith mengenai Syaaban dan Rejab yang selama ini kita anggap betul, tapi sebenarnya adalah palsu. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ibnu Qayyim malah Ketua Ulama' fatwa dunia Syeikh Yusof Al-Qardhawi. Mudah2an kepada sesiapa yg terbaca atau terkasi akan hadis ini iaitu "Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", Maka segeralah menarik balik kata2 atau ayat2 tersebut dengan lafaz istighfar.

                            Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

                            Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

                            Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99)

                            Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi agen menyebarkan hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

                            Sebenarnya hadith sahih mengenai kebaikan malam nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu. Hadith yang boleh dipegang dalam masalah nisfu Sy`aaban ialah:

                            "Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh).

                            Hadith ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca Yasin, solat-solat tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban:

                            "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi' tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka." (Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

                            Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ianya ternyata bercanggaha dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

                            Justeru itu hadith-hadith palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen. Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan. Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama. Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-Sunnah yang pasti kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadith. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadith al-Azhar):

                            "Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah." (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-`Arabi, Kaherah)>

                            Wallahu a’lam bishshawab.

                            Comment


                            • #15
                              So apakah himpunan hadis yg boleh kita jdkan rujukan?
                              Apa pula dimaksudkan dgn hadis Qudsi, boleh tak sesaper yg tahu buku/kitab yg sesuai utk dijadikan rujukan supaya bila kita mendengar ceramah bolehlah kita kembali merujuk kpd Hadis yg dinyatakan.....dan kita tahu status hadis tu hasan, dhoif atau sebagainya.....
                              Bukankah rujukan utama kita Alquran dan Sunnah...so dgn adanya kitab2 segbegini di rumah maka tidaklah kita menjadi org yg terlalu taklid kpd penceramah/guru yg kekadang ramai kurang diyakini statusnya kini....

                              Harap ada yg boleh menolong....

                              Comment

                              Working...
                              X