Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Mimpi bertemu org yg dah meninggal

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Mimpi bertemu org yg dah meninggal

    Assalamualaikum wbt semua.....
    sesaper yg ada pandangan bernas, boleh ler reply.
    Just nak tanya, aku pernah mimpi bertemu seseorang yg dah meninggal just few months back.
    Ada 2 jenis, pertama aku tak nampak muka arwah, tapi aku rasa betul2 dia ada kat tepi aku time tu. Aku cuma kenal yg itu adalah dia & ada perasaan mesra kat arwah.
    Kedua, aku mimpi nampak muka arwah. Yg nih 2 3 kali, dan ada sekali tuh mimpi tu flashback balik peristiwa aku ngn dia.
    Kedua2 jenis mimpi nih aku dapat masa bulan posa dan aku treat macam mainan tidur ajer.
    Just nak tahu, ada apa2 pandangan dalam islam tentang perkara ni? Kalo ada useful links pun bleh jugak.
    Thanks-

  • #2
    menurut..ape yg kawan aku bagi tau.....benda ni...in case..tenno01..secara tak lansung mempunyai...hubungan ngan die....rapat ke...tak ke....dan si arwah itu sebenarnyer hendak meminta pertolongan dari saudare.....maksudnyer.....si arwah tersebut tidak mempunyai ilmu yg cukup untuk die bawak...ke alam...kubur..or seterusnyer.....dan banyak2lah berdoa kepada tuhan...dan sedekahkan ayat2 suci Alquran..kepadanye.....moga2
    perjalananyer....dipermudahkan.....

    Comment


    • #3
      ada org kata tgk keadaan arwah masa dlm mimpi tuh... kalau mukanya tenang @ happy .. kiranya dia OK di sana... tapi kalau dia dlm keadaan nampak tak happy... mungkin memerlukan bantuan... (bacaan ayat² suci al-Quran dsbnya)

      ada jugak yg kata kalau arwah tu berkata² maknanya bukan dia tapi syaitan menyerupai....

      ada jugak yg kata... sesudah seseorag itu meninggal dunia putus hubungan arwah ngan anak adam yg lain... yg tinggal hanyalah ilmu yg dimanfaatkan, harta yg dibelanjakan kepada jln yg benar & doa anak² yg solih...

      betulkan kalau nonie silap... rasanya pernah tanya soalan nie, tapi nonie pun dah lupa....

      Comment


      • #4
        aku pernah dengar gak.. biasanye.. kalau mimpi orang dah meninggal tu.. kebiasaannye.. mintak kita yg hidup ni.. sedekahkan apa yg patut la.. kiranye dia mintak tolong la.. tu kalau dia takde wat respons apa2 la.. just menampakkan diri jek

        pastu.. aku pernah dengar dari atok aku.. kalau kita mimpikan orang dah meninggal.. dan orang tu ajak kita sama2 ikut dia.. mungkin ada perkara buruk yg akan berlaku pada kita.. kata orang mungkin kita akan menyusul. tapi tu.. kata orang la.. aku tak berani nak kata lelebih.. maut kan di tangan tuhan.. cuma menyampaikan apa yg pernah aku dengar. beringatlah selalu..

        kalau ada yg boleh berikan hujah yg lebih meyakinkan.. berilah tunjuk ajar.. thanx..

        Comment


        • #5
          yg aku pernah dengar plak, kalo ade mimpi org yg dah meninggal maknanya diye mintak kite tolong byrkan hutang..

          Comment


          • #6
            isk byk hearsay nie.... org yg arif tolonglah jawab....

            Comment


            • #7
              Re: Mimpi bertemu org yg dah meninggal

              Kiriman asal oleh tenno01
              Assalamualaikum wbt semua.....
              sesaper yg ada pandangan bernas, boleh ler reply.
              Just nak tanya, aku pernah mimpi bertemu seseorang yg dah meninggal just few months back.
              Ada 2 jenis, pertama aku tak nampak muka arwah, tapi aku rasa betul2 dia ada kat tepi aku time tu. Aku cuma kenal yg itu adalah dia & ada perasaan mesra kat arwah.
              Kedua, aku mimpi nampak muka arwah. Yg nih 2 3 kali, dan ada sekali tuh mimpi tu flashback balik peristiwa aku ngn dia.
              Kedua2 jenis mimpi nih aku dapat masa bulan posa dan aku treat macam mainan tidur ajer.
              Just nak tahu, ada apa2 pandangan dalam islam tentang perkara ni? Kalo ada useful links pun bleh jugak.
              Thanks-
              Wallahualam

              Saya dah rujuk beberapa kitab tafsir mimpi berlandaskan alquran dan as sunnah dan tidak berjumpa dengan mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal dunia.

              Bagi saya kita tidak akan boleh lagi berjumpa dengan roh arwah sama ada secara nyata atau dalam mimpi kecuali dalam keadaan yang amat terbatas. Contohnya dia seorang nabi atau bermimpi berjumpa dengan nabi.

              Ini kerana setelah dicabut nyawa anak adam, ia akan disoal di dalam kubur. Kalau ada bermimpi sekalipun, tidak bermakna itu adalah roh si mati. Boleh jadi mainan akal yg asyik memikirkan si mati atau pun syaitan yang cuba bermain-main dengan mimpi kita.

              Saya sendiri pernah bermimpi berjumpa dengan arwah datuk saya beberapa hari setelah dia meninggal dunia. Ini kerana sewaktu dia meninggal dunia saya rasa terkilan tidak dapat menjaganya pada malam yang sepatutnya saya menjaganya. Dia berkata sesuatu kepada saya di dalam mimpi tersebut.

              Bagi saya mimpi saya ini tidak ada sandara dalam agama dan hanya mainan tidur. Wallahualam. Sedikit dari ilmu cetek saya.

              TJ

              Comment


              • #8


                Di dalam Jami' As-sahih Imam Bukhari, beliau telah memperuntukkan satu tajuk khusus mengenai mimpi di bawah tajuk 'Kitab At-Ta'bir. Beliau telah mengemukakan 99 hadith mengenainya. Antaranya ialah:
                Hadith dari Abi Qatadah:
                "Mimpi yang baik adalah dari Allah, manakala mimpi yg bukan2 pula drpd syaitan. Sesiapa di kalangan kamu bermimpi melihat sesuatu yg dibencinya, hendaklah ia ludah ke sebelah kirinya sambil memohon perlindungan Allah, nescaya syaitan tidak dapat memudaratkannya."

                Hadith dari Abu Said Al-Khudri:
                "Apabila salah seorang drpd kamu bermimpi dgn mimpi yg disukainya, ia dari Allah kerana itu hendaklah ia memuji Allah dan sunat memberitahu kpd org lain. Sebaliknya apabila seseorang itu bermimpi dgn mimpi yg dibencinya, ia dari syaitan. Hendaklah ia berlindung dari ALlah dari kejahatan dan tidak menceritakannya kpd org lain. Mimpi itu tidak dapat memudaratkannya."

                Disebabkan pihak yg bermimpi di atas adalah org kebanyakan/org awam, maka penerangan saya menjuruskan mimpi org awam, dan bukan mimpi nubuwwah.

                Mimpi hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita-berita amaran
                Pertama: Mimpi yg baik hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita2 amaran bagi memantapkan lagi hati org mukmin dan menguatkan lagi semangat mereka. Ia bukanlah satu dadah yg boleh diambil olh sesetengah
                mereka yg bersifat negatif utk dijadikan sumber pergantungan yg rapuh, melarikan diri dari realiti, enggan berjihad, dan enggan berdepan dgn kezaliman dan kegelapan.

                Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak pernah melihat mimpi lebih dari berita-berita yg menggembirakan, setelah itu mereka terus menggerakkan strategi dan jihad melalui jalan yg telah dirancang, tanpa sedikitpun merasa lemah, berat apatah lagi utk mencuaikan sunnah-sunnah Allah.

                Kedua: Mimpi tidak boleh diambil kira sbg hujjah syarak dan tidak boleh dijadikan hujjah bagi menunjukkan harusnya melakukan atau meninggalkan sesuatu. Begitu juga ia tidak boleh diambilkira bagi menunjukkan sesuatu tegahan atau perkara sunnat. Ini adalah kerana bbrp sbb yakni:

                * Syarak telah menetapkan dalil-dalil yg menjadi sumber hukum hanyalah Al-kitab, as-sunnah, ijmak dan qiyas yg sah.
                * Sumber mimpi adalah berbagai2; ada yg datang dari Tuhan yg Maha Pemurah, ada yg datang dari nafsu, dan ada yg datang dari bisikan syaitan. Maka, krn tidak dapat membezakan mimpi yg manakah datang dari Allah, dari nafsu atau bisikan syaitan, tidak boleh mimpi dijadikan sbg hujjah syarak. Sebagaimana yg disabdakan olh baginda S.A.W: "Mimpi ada 3 jenis: mimpi datang dari ALlah, mimpi kesedihan yg datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi."
                * Org yg tidur bukanlah ahli utk menanggung sesuatu beban. Ia tidak terjamin dapat mencatatkan apa yg ada dlm mimpi, kerana itu hukum taklif diangkat darinya.
                * Kebanyakan mimpi berlaku di sebalik zahirnya. Ia biasanya merupakan lambang-lambang dan isyarat2 yg tidak mampu diselami kecuali segelintir manusia shj spt Nabi Yusuf A.S. Siapa dari kalangan manusia biasa yg mampu menta'birkan mimpi raja mesir yg melihat lembu kurus menelan lembu gemuk dan tangkai2 gandum sebagaimana yg dlakukan oleh Yusuf A.S

                Persoalan mimpi oleh Imam As-Syatibi di dlm kitab Al-I'tisam
                Selemah-lemah hujjah golongan ahli bid'ah ialah hujjah yg menyandarkan amalan-amalan mereka kpd mimpi. Mereka menerima dan menolak sesuatu berasaskan mimpi. Mereka menegaskan mereka bertemu dgn orang salih. Ia
                berkata kpd kami: "Tinggalkan ini, amalkan yg ini." Perkara ini banyak berlaku kpd kelompok yg suka mengikuti resam sufi. Kadang2 sesetengah mrk mendakwa: "aku bermimpi bertemu dgn Rasulullah S.A.W: baginda bersabda kpdku begini2, baginda memerintahka kpdku begini2, lalu beramal ia beramal dgn apa
                yg dimimpinya itu tanpa melihat kdp batas2 yg telah ditetapkan oleh syarak. Org seumpama ini jelas tersalah langkah kerana mimpi selain drpd nabi S.A.W tidak mensabitkan sebarang hukum2 syariat. Jika hukum2 syariat mengharuskan,
                bolehlah ia mengamalkannya. Jika tidak, wajib ditinggalkan dan berpaling darinya. Faedah mimpi hanyalah menunjukkan berita2 yg menggembirakan sahaja atau amaran secara khusus. Sebaliknya, faedah hukum hakam tidak begitu
                sebagaimana yg dinukilkan olh Al-Kinani. Katanya: Aku bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W, lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, sila doakan kpd Allah supaya tidak mematikan hati aku. Sabda baginda (di dlm mimpi tersebut):
                "Ucapkanlah setiap hari sebanyak 40 kali kalimah -Ya hayyu ya qayyum la ila ha illa anta-." Ini adalah satu ucapan yg baik dan tidak diragui kesahihannya. Keberkesanan zikir menghidupkan hati yg mati adalah benar di sisi syarak.


                Bagaimana mengetahui samada mimpi itu berita menggembirakan/amaran atau mimpi nafsu dan syaitan?
                Garis panduan ini telah ditunjukkan olh Al-Allamah Ibn Qayyim. Ujar beliau: " Kebenaran mimpi bergantung kpd sejauh manakah benarnya org yg bermimpi itu sendiri. Org yg paling benar mimpinya ialah org yg paling benar percakapannya."

                Al-Qardhawi menambahkan kenyataan Ibn Qayyim: "Hendaklah ia sentiasa bersifat benar, memakan makanan halal, menjaga segala suruhan dan larangan, tidur dlm keadaan suci sambil mengadap kiblat dan dlm berkeadaan zikir kpd Allah sehingga lena."

                Comment


                • #9
                  A`kum ...

                  Pasal bertemu dgn roh nih pulak saya pernah terdengar mengenai orang yang boleh memanggil roh si mati lepas itu meresap ke badan org lain sebagai perantaraan ... siap kalo sign / tulisan tangan memang sebijik real ... jadi adakah itu setan atau saya jugak pernah dengar mengenai makhluk bernama qarin ke karin ke tak sure sgt yang mana dia mcm duplicate dari roh manusia .. ade sesape tau tak pasal makhluk nih /betol ke????

                  Comment


                  • #10
                    Kiriman asal oleh bulus geng
                    A`kum ...

                    Pasal bertemu dgn roh nih pulak saya pernah terdengar mengenai orang yang boleh memanggil roh si mati lepas itu meresap ke badan org lain sebagai perantaraan ... siap kalo sign / tulisan tangan memang sebijik real ... jadi adakah itu setan atau saya jugak pernah dengar mengenai makhluk bernama qarin ke karin ke tak sure sgt yang mana dia mcm duplicate dari roh manusia .. ade sesape tau tak pasal makhluk nih /betol ke????
                    waalaikumsalam

                    Itu adalah syaitan yang cuba mempermainkan. Kita kena ingat umur syaitan/jin lebih lama berbanding manusia dan teknologi mereka pun lebih advance berbanding kita. Kalau kita dah boleh buat mesin yang boleh meniru suara, apa ajalah bagi mereka nak cipta sesuatu yg boleh tiru tulisan.

                    Roh tak boleh bangkit lagi. Yg bangkit tu adalah syaitan yang cuba nak menyesatkan kita.

                    Sebab tu cerita2 dalam VCD yg saya tengok byk di pasaran kini 99%nya didasrkan kepada salah faham ttg alam roh/hantu.

                    wallahualam
                    TJ

                    Comment


                    • #11
                      Memang benar sungguh apa yg disebutkan oleh Tok Janggut tersebut... Semakin hari semakin banyak pilem2 yg didtgkan oleh pihak barat ke negara kita... Yg peliknyer pihak FINAS (Lembaga Penapis Filem Malaysia) tak pulak peka mengenai soal2 macamni... malah mereka buat2 pekak pulak... alahai... apo nak buek...

                      Comment


                      • #12
                        salam..

                        bapak aku sakit kuat kebelakangan ni..
                        dia slalu ngadu dia mimpi jumpa orang² yang dah meninggal dunia macam arwah ayah sedara aku, datuk aku dll, macam mengajak dia pegi some place..
                        memang takde makna apa² ek?

                        Comment


                        • #13
                          salam..

                          bapak aku sakit kuat kebelakangan ni..
                          dia slalu ngadu dia mimpi jumpa orang² yang dah meninggal dunia macam arwah ayah sedara aku, datuk aku dll, macam mengajak dia pegi some place..
                          memang takde makna apa² ek?
                          Memang takder apa2..kerana mimpi ini hanyalah mainan tido. Orang yang menjadikan mimpi ini sebagi panduan hanyalah mereka yang mengikut aliran sufi.

                          Comment


                          • #14


                            Apa itu qarin?

                            Setiap manusia disertai syaitan yang selalu menggodanya. Allah berfirman: "Yang menyertai dia (qarin) berkata (pula): "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tapi dialah (manusia) yang berada dalam kesesatan yang jauh". (Surah Qaf: ayat 27).

                            Aisyah R.A meriwayatkan: Rasulullah S.A.W keluar dari rumah di malam hari, aku cemburu kerananya. Tak lama ia kembali dan menyaksikan tingkahku, lalu ia berkata: "Apakah kamu telah didatangi syaitanmu?" Lalu Tanya Aisyah: "Apakah syaitan bersamaku?" Jawab Baginda S.A.W, "Ya, bahkan setiap manusia"
                            Aisyah Bertanya lagi: "Termasuk engkau juga?" Jawab baginda S.A.W"Betul, tetapi Allah menolongku hingga aku selamat dari godaannya". (Hadith Riwayat Ahmad)

                            Dari Uthman bin Abi Syaibah dan Ishak bin Ibrahim telah mewartakan kepada kami. Ishak berkata, telah mengkhabarkan kepada kami dan Uthman mewartakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Salim bin Abi Al-Ja’ad dari bapanya dari Abullah bin Mas’ud berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak seorang pun di antara kalian melainkan sudah ditawkil atasnya teman (qarin) dari golongan jin.” Mereka (para sahabat R.A) serentak bertanya: “Anda sendiri bagaimana ya Rasulullah”, Beliau menjawab: “Akan halku sendiri terkecuali, kerana Allah telah menolongku untuk menghadapinya, maka aku telah selamat, kerana ia tidak menyuruhku, melainkan untuk kebaikan. ” Dan dalam hadith versi Sufyan: “ Sungguh telah diwakilkan kepadanya satu qarin dari kalangan Jin dan satu qarin lagi dari Malaikat. ” (Hadith Sahih Muslim)

                            Hadith di atas mengisyaratkan bahwa dalam hidup ini memang tidak seorangpun di antara kita yang bebas dari teman yang memuji/memberikan kebaikan dan musuh yang mencela/mencelakakan, baik dari kalangan jin maupun dari golongan manusia. Pada hal hikmahnya jin dan manusia diciptakan Allah agar mereka mentauhidkan, menyembah dan bertakwa kepadaNya. Namun di antara manusia dan jin itu banyak yang berperilaku buruk kepada sesama sendiri, sehingga kalau orang lain senang, ia susah. Sebaliknya kalau orang lain mendapat kebaikan, ia merasa tidak selesa. Dengan kata lain ia senantiasa berperilaku hasad dan bermusuhan.

                            Iblis dan syaitan adalah musuh tradisi manusia sejak manusia pertama (Adam dan keluarganya) iatu ketika di syurga dan di bumi ini. Kita sebagai anak cucunya tidak lepas dari tipu daya agar kita terjerumus ke jalan hidup yang sesat dan dimurkai Allah dan menyimpang dari jalan lurus. Tapi orang mukmin sejati ditemani Malaikat.

                            Menurut Qadhi ‘Iyad, umat Islam telah ijmak atas ma’sumnya Nabi S.A.W dari syaitan di dalam tubuh, dalam hati dan di dalam lidahnya. Dan hadith ini mengisyaratkan agar orang berhati-hati terhadap bahaya fitnah, was-was dan tipudaya teman jahat (qarin), maka ia mengajarkan kepada kita bahawa ia selalu bersama kita, agar kita terpelihara dari padanya sesusai kemampuan.

                            Dalam hubungan ini Allah telah memperi_ngat_kan, “Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya (Qarin). (Surah Az-Zukhruf : Ayat 36) Berpaling dari mengingat Allah ialah ia tidak takut satwah (larangan) dan tidak takut pada hukumanNya. Teman jahat yang selalu menyertai itu disebut syaitan yang selalu menggoda dan menyesatkan.

                            Dengan demikian jelaslah bahwa qarin adalah syaitan yang berasal dari jin. Sementara hakikat jin itu adalah makhluk halus yang sebahagiannya beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W seperti yang tertera dalam Surah Al-Jin ayat 1, “Katakanlah (Hai Muhammad) bahawa sekelompok jin telah mendengar_kan (bacaan Al-Qur`an), lantaran mereka berkata, Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Qur`an itu sangat menarik, maka berimanIah kami kepadanya dan kami tidak memperse_kutukan Tuhan kami dengan suatu apapun”. Sebahagian mereka, seperti halnya dengan manusia, banyak yang kafir. Di dalam Surah AI-Hijr ayat 26-27, tersebut, “Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah kering (yang berasal) dan lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas” .

                            Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat, “Sujudlah/hormatlah kalian kepada Adam, maka hormatlah mereka (kepada Adam) kecuali iblis, dia adalah dari (golongan) jin yang fasik dari perintah Tuhannya”. Maka bukanlah iblis ayah jin, tetapi sebaliknya bahwa jin itulah ayah iblis; atau yang jelas; iblis itu dari (golongan) jin. Dari itu kita diperintah Allah agar mengadu serta berlindung kepada-Nya dari bisikan-bisikan setan Khannas baik dari golongan jin maupun dari jenis manusia.

                            Comment


                            • #15
                              a`kum
                              maksodnyerr kan en zayed.... qarin nih mcm setan ditugaskan utk goda manusia A shj tak buat keje lain dah atau misalanye katekan satu manusia satu qarin (setan) kalo ade 40 billion manusia boleh dikatekan ade 40 billion qarin gitu ..... kan???

                              sebab kalo camni memang tak heran kenape org buat upacara memanggil roh .. seolah olah mcm roh itu turon padahal qarin(setan).....

                              Comment

                              Working...
                              X