Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang


    Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος, "Pulau Atlas") adalah nama pulau lagenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani kuno Plato dalam dialognya Timaeus dan Critias.

    Menurut Plato, pulau Atlantis yabg terletak "melepasi tiang Hercules", merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar Europah barat dan Afrika. Tidak lama selepas gagal menakluk Athens, Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.

    Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direkanya bagi menyokong teori politiknya yang berdasarkan fakta sejarah. Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun 415–413 SM.

    Kemungkinan kewujupan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden. Gambaran Plato memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja Utopia, seperti Francis Bacon's "New Atlantis". Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada careka sains kepada buku komik dan filem wayang.


    Atlantis sebuah pulau bertamaddun wujud sebelum Cina dan Mesir. Wujudnya 9000 s.m sebelum Plato dilahirkan. Manusia-manusia di Atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana. Pulau Atlantis lenyap dari muka bumi. Bahagian bumi Atlantis terdampar di beberapa benua. Terdapat di kepulauan Bahamas





    Saintis masih kaji tempat tinggalan arkeologi ‘bandar sains’ berdasarkan kepada cerita Plato.

    SELEPAS terdiam sejenak, Plato memulakan ceritanya. Antara cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek sekitar abad ke-350 itu berbunyi lebih kurang begini:

    Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.

    Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!

    Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.

    Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.

    Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.

    Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.

    Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang.

    Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.

    Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan

    lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

    Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.

    Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

    Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.

    Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.

    Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.

    Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.

    Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.

    Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!

    Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!

    Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?

    Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!

    Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.

    Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

    Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.

    Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.





    Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.

    Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais.

    Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’.

    Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.

    Selain itu, terdapat umat Islam yang mengaitkan tenggelamnya Atlantis disebabkan peristiwa banjir besar Nabi Nuh AS.

    Sejak wujudnya cerita Plato itu, misteri Atlantis terus menerus dikaji dan difantasi. Teori yang pelik turut kedengaran seperti kota Atlantis kini masih wujud di dasar laut dengan penduduknya menjadi ikan duyung.

    Golongan skeptikal menamatkan misteri itu dengan babak yang mungkin seperti berikut - selepas selesai menceritakan mengenai kota Atlantis itu, Plato menghembuskan nafasnya dengan dada yang lapang. Dia berpuas hati dengan cerita hebatnya mengenai Atlantis.

    Kepuasan Plato menghasilkan karya termasyhur itu mungkin sama saja seperti dirasai Steven Spielberg selepas sutradara Amerika Syarikat itu selesai mengarahkan filem fiksyen terhebatnya iaitu ‘ET’.

    “Kalau begini, mungkin selepas ini kita boleh kaji dan cari lokasi ‘Middle Earth’ seperti di dalam filem ‘Lord of The Rings’ pula!” kata sinis seorang daripada kumpulan skeptikal itu.


    Sumber : sirloin skipper

  • #2
    Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

    apa benda yang nak dibincangkan pasal atlantis ni?

    Comment


    • #3
      Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

      just to say if the technology is wayyy..to futuristic..its soo hard to believe.

      but about the existent of the
      atlantis..there is nothing i can comment.

      Comment


      • #4
        Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

        anggap jelah salah satu keajaiban dunia yg menyatakan kebesaran Pencipta...

        Comment


        • #5
          Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

          Nabi Adam bukan penghuni bumi pertama

          islam tidak menolak perkembangan ilmu pengetahuan, bahkan mengakui penemuan dan dalil yang digunakan.
          ilmu antropologi menentukan bumi telah dihuni oleh bermacam2 jenis manusia sebelum Adam. berdasarkan penemuan tulang tengkorak pakar menyatakan umur tengkorak dan tulang telah berabad tahun.
          berdasarkan penyelidikan fosil org jawa, adalah fosil paling tua disusuli oleh org viking, solo, baaltadon, hilldabraj dan tunisia. melalui evolusi jenis manusia akhirnya smpai kpd fosil orang naendertal yg dikira sbg nenek moyang manusia berakal. jenis manusia tersebut hidup didunia kira2 tahun 130 ribu smpai tahun 8000 S.M. kemudian berkembang kpd beberapa bahagian dunia.
          Alquran telah mengisyaratkan ada makhluk yg telah hidup di dunia sblum manusia
          firman Allah yg bermaksud
          "dan (ingantlah) ketika TuhanMu berfirman kpd malaikat. "sesungguhnya Aku hendak seorang kalifah di bumi."
          al-Baqarah:2:20
          terdapat dua pendapat para pentaksir di dalam mentaksirkan Al Khalifah
          pertama
          bahawa dunia ini sudah ada bermacam jenis manusia yang sudah musnah akibat berperang. oleh itu para malaikat terkejut kehairanan ketika Allah akan menjadikan Nabi Adam dan keturunannya Khalifah di bumi. berdasarkan pengalaman, para malaikat berkeyakinan bahawa Nabi Adam akan menjadi seperti penghuni bumi sblumnya.

          kedua
          Allah menamakan Khalifah krn sbg pemegang amanah Allah dalam melaksanakan hukum antara para mukalaf di dunia. ia adalah pengelola dan penguasa semua makhluk Allah. dgn demikian kita mengetahui bahawa Al-quran berjalan kearah dan beriringan dgn ketentuan ilmu penegtahuan bhwa ada jenis manusia di Bumi sblum Nabi Adam

          rujukan: kisah nabi dlm al-Quran karya Dr afif abdul fathah thobbaroh

          jadi atlantis mungkin wujud dan telah dimusnahkan oleh Allah kerana mereka kufur kpd Allah dgn kemajuan yg mereka kecapi spti kaum Ad yg menolak ajaran nabi Hud.

          Comment


          • #6
            Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

            Tak semua ilmu dan rahsia alam ini yg kita manusia ketahui melainkan sekadar yg Allah benarkan kita mengetahui.

            Comment


            • #7
              Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

              boring plak pnjang2 sgt kisah ni..jgn marah r..

              Comment


              • #8
                Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

                ha ah sblm nabi Adam mmg dah ada makhluk lain..kalo x cane nk cari mkn
                wujudnya makhluk lain termasuklah jenis2 manusia sblm Adam adalah utk memberi kaum Adam peluang mengkaji dan berfikir tentang kekuasaan Allah
                bukannya diorg lahir2 dunia ni kosong je..xtau nk watpe

                Comment


                • #9
                  Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

                  menarik btul kisah atlantis nie...hmm....macam2 dengar pasal nie..

                  Comment


                  • #10
                    Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

                    ada riwayat menyebut..
                    kota atlantis nie..
                    muncul di dalam satu benua yang teramat besar.
                    selain benua ini...ada satu lagi benua yang luasnya hampir menyamai keluasan benua..yang di dalamnya ada kota atlantis itu.

                    kedua-dua benua ini...
                    merupakan satu-satunya pelantar gergasi yang terdapat di atas permukaan bumi pada waktu itu.

                    benua yang mengandungi kota atlantis itu diberi nama benua lemuria.
                    manakala benua yang satu lagi..tidak dikenalpasti identitinya.

                    warga penghuni kedua-dua benua ini..
                    saling berperang antara satu sama lain.

                    menurut riwayat ini juga...
                    kecanggihan dan kehebatan teknologi mereka pada waktu itu jauh lebih gah dari apa yang kita miliki sekarang.
                    yang menjadi punca kemusnahan kedua-dua benua ini ialah..
                    PERANG NUKLEAR!!!
                    akibatnya...
                    benua yang tidak bernama itu tenggelam di dasar laut sehingga kini tidak dapat dikesan lokasi tepatnya.
                    manakala benua lemuria menjadi kepingan-kepingan daratan kecil...
                    membentuk pelantar sunda..daratan eropah dan beberapa gugusan pulau kecil yang lain.

                    berdasarkan sumber dari pelbagai pihak..
                    ada menuturkan...
                    kemungkinan besar...
                    lokasi kota antlatis adalah...
                    sekitar nusantara.

                    saya sendiri pernah diberitahu...
                    ada satu kawasan...
                    jajaran antara pulau redang dan pulau perhentian...
                    berhampiran pulau lang tengah...
                    para nelayan memang tidak berani masuk ke kawasan tersebut.
                    puncanya...
                    sepanjang garis lurus dari pulau redang ke pulau perhentian..
                    melewati pulau lang tengah..
                    terdapat ombak pelik yang muncul sepanjang masa.
                    apabila dikaji oleh pihak sains maritim...
                    memang wujud barisan batuan konkrit bawah permukaan laut..
                    memanjang dari pulau redang ke pulau perhentian.
                    dan terdapat medan magnetik sepanjang kawasan tersebut.

                    batuan konkrit yang memanjang itu...
                    turut didapati bersambung ke pinggir bukit kluang di besut.

                    menurut sejarawan terengganu...
                    satu ketika dulu...
                    bukit kluang besut merupakan pengkalan tentera laut sebuah kerajaan hebat bernama kerajaan moluyu..
                    waris kepada empayar lemuria.

                    saya hanya sekadar berkongsi info sahaja.

                    Comment


                    • #11
                      Re: info mengenai ATLANTIS: kota yg hilang

                      hermmm...amat menarik kisah ini....good info..

                      Comment

                      Working...
                      X