Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Misteri disebalik "Ulik Mayang"

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Misteri disebalik "Ulik Mayang"

    Mengimbau kembali kenangan semasa perkemahan jemboree pengakap pada tahun 1997 di Bukit keluang, Besut, ada pelajar kena rasuk gara-gara membuat persembahan ulik mayang, semua pelajar pompuan histeria, dan meminta bantuan org kampung kawasan itu. (terpaksa menggunakan khidmat bomoh)


    Diikuti pula cerita dari wife saya yang balik dari kursus di Glory Beach Resort PD. Semasa acara penutupan kursus, setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan, ada yang membuat persembahan dikir barat, teater dan persembahan ulik mayang. Semasa persembahan ulik mayang tu, ada seorang perempuan yg memegang watak puteri berubah wajah, nampak pucat. wife saya cuba ambik gambar ngan digicam, tapi camera tu tak bleh nak tekan, lepas tu dalam camera kawan dia gambar tu kelihatan hitam pada bahagian muka dan nampak seperti hantu. Penyelaras kursus terpaksa menghentikan persembahan tersebut dan berpesan agar cerita ini tidak hebahkan. Seriau bulu roma aku masa dengar citer ni.



    apa kisah sebenar disebalik "Ulik Mayang" ..? ada sesiapa boleh jelaskan..?


    .

  • #2
    Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

    kalau ada gambar tu tepek kat sini lagi best






    kena tunggu mysayang jawab. kalau dia kena ulit apa akan jadi.

    Comment


    • #3
      Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

      Xde pe2 gmbr ke? Xde sape dpt amik gmbr time tu?

      Comment


      • #4
        Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

        kira ada unsur2 mcm kuda kepang la jugak ulik mayang ni...

        wassalam.

        Comment


        • #5
          Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

          semua aktiviti tuh buat kat pantai ke?

          Waktu aku perkhemahan silat sem 5 rasanya- buat kat Pantai Pasir Tengkorak Langkawi. tak buat pun ulik mayang tp mlm last buat barbque dikuti persembahan kebudayaan-tak kisah la nyanyian ke atau lakonan...takde pun yg buat ulik mayang - tp kul 2 pg angin dan ribut diikuti hujan sesikit- seorg student lelaki hilang.....student nih jenis pendiam dan boleh kategorikan handsome la.

          So semua dikerahkan bangun dan mencari dat guy....kitaorg pecah dua group....siap masing2 baca fatihah dan dak lelaki siap azan sume....guru pun guna la kepakarannya.....last2 jupe tergolek kat longkang tempat kitaorg basuh ayam dan bhn makanan barbque dlm kul 5 pg......kalau lambat sket jumpa may be mati

          ura2 yg aku dgr benda halus marah sbb kotorkan tempat mereka dan buat bising kawasan mereka - tp tak tau la kalau waktu praktis silat + guling2 masuk air mamat tuh ada terambil atau terpijak something kat situ......

          kalau kat terengganu-dulu2 mmg glamer la pesta pantai dan bersemah- ala2 konsep pemujaan benda halus la -panggil benda halus dan jamu mereka- either kat pantai atau kat busut. WA
          Last edited by Humairah; 14-11-08, 09:45 AM.

          Comment


          • #6
            Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

            yup kak maira..buat kat kawasan yg dekat ngan pantai..

            sebenarnya kisah ni dah dua bulan berlaku, tapi wife saya baru citer semalam. hentah kenapa dia bleh citer plak...potong stim betul time malam jumaat nak citer benda ni.

            Comment


            • #7
              Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

              Nak tgk la gambar tu...sila tempek kat sini ye

              Comment


              • #8
                Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

                dulu membe aku pnah citer pasal ulik mayang nie...tp dh lupa lak...

                tp ape yg aku dpt simpulkan...ulikmayang ne mcm kuda kepang gak....ade unsur2 pemujaan atau menurun.....biasa ulik mayang nie diadakan utk mengubati org yg sakit....

                Comment


                • #9
                  Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

                  nanti aku suruh dia mintak ngan member dia..

                  Comment


                  • #10
                    Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

                    wo0o0oo0

                    mase kecik2 dulu..
                    memang aku anggap ulik mayang ni berhantu...

                    ngahaha...

                    skang ni ia hanya mitos bg aku...

                    Comment


                    • #11
                      Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

                      lagu ulik mayang merupakan lagu feveret saya..

                      Comment


                      • #12
                        Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

                        adoi.. nak citer ulek mayang malam2 ni.. aku pun meremang bulu roma..!!

                        gini saja lah.. aku ringkas kan.!

                        mak aku pernah citer..!

                        aku sendiri pun pernah kena dan rasa..!

                        mak aku adalah penari dan pelakon teater dulu2.., zaman hujung 60an ke 70an.. , salah satu teater yg dia pernah bawak adalah ulek mayang..

                        dia jadi puteri tujuh.., memang kata dia.. masa berlakon tu.. semangat puteri tu.. semua yg berlakon jadi puteri tu dapat rasa.! memang tarian puteri tu.. datangnya asli dari gerak tari .. walau pun mula2 di rehearsal.., tapi bila di persembahkan.. ada langkah2.. datangnya secara spontan masa persembahan tu..!

                        aku sendiri pernah berlakon pementasan ulek mayang ni 2 kali.., sekali jadi pawang.. sekali jadi orang yg kena semah oleh pawang..!

                        masa jadi pawang tu.. memang tiba2.. jadi menyelap.. , jadi macam tak nak berhenti sepuh mayang pinang tu..!

                        isshk.. aku mengingatkan.. jadi meremang bulu romaa aku.

                        kebetulan masa jadi pawang tu.., memang di iringi gendang2 silat rebana dgn gong.. .. itu aje alat muziknya.. dah jadi ralit..


                        ULIT MAYANG

                        Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.
                        Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.
                        Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.

                        Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.

                        Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.


                        Mayang pinang digunakan oleh ketua pemujanya dalam keadaan bersila di tengah-tengah bulatan sambil menyanyi lagu antara lain senikatanya berbunyi:

                        Umbuk mayang diumbuk
                        Umbuk dengan jala jemala
                        Sambut dayang kusambut
                        Sambut dengan puteri ngesa

                        Puteri ngesa berkain serong
                        Puteri ngesa berbaju hijau
                        Puteri ngesa bersubang gading
                        Puteri ngesa bersanggol sendeng
                        ( rangkap pertama di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh )


                        Mayang yang digunakan diasap kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa untuk membangkit semangat dan asal mayang. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi ( ketua pemuja ) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa.

                        ada jugak satu lagi versi lagu ulit mayang ni...


                        Ulek mayang ku ulek
                        Ulek dengan jala jemala
                        Ulek mayang diulek
                        Ulek dengan tuannya puteri
                        Ulek mayang diulek
                        Ulek dengan jala jemala
                        Ulek mayang diulek
                        Ulek dengan puterinya dua

                        Puteri dua berbaju serong
                        Puteri dua bersanggol sendeng
                        Puteri dua bersubang gading
                        Puteri dua berselendang kuning
                        Umbok mayang diumbok
                        Umbok dengan jala jemala
                        Nok ulek mayang diulek
                        Ulek dengan puterinya empat

                        Puteri empat berbaju serong
                        Puteri empat bersanggol sendeng
                        Puteri empat bersubang gading
                        Puteri empat berselendang kuning
                        Umbok mayang diumbok
                        Umbok dengan jala jemala
                        Nok ulek mayang diulek
                        Ulek dengan puterinya enam

                        Puteri enam berbaju serong
                        Puteri enam bersanggol sendeng
                        Puteri enam bersubang gading
                        Puteri enam berselendang kuning
                        Umbok mayang diumbok
                        Umbok dengan jala jemala
                        Nok ulek mayang diulek
                        Ulek dengan puterinya tujuh

                        Puteri tujuh berbaju serong
                        Puteri tujuh bersanggol sendeng
                        Puteri tujuh bersubang gading
                        Puteri tujuh berselendang kuning
                        Umbok mayang diumbok
                        Umbok dengan jala jemala
                        Nok ulek mayang diulek
                        Ulek dengan tuannya puteri

                        Tuan puteri berbaju serong
                        Tuan puteri bersanggol sendeng
                        Tuan puteri bersubang gading
                        Tuan puteri berselendang kuning
                        Umbok mayang diumbok
                        Umbok dengan jala jemala
                        Nok ulek mayang diulek
                        Ulek dengan tuannya puteri

                        Ku tahu asal usul mu
                        Yang laut balik ke laut
                        Yang darat balik ke darat
                        Nasi berwarna hamba sembahkan
                        Umbok mayang ku umbok
                        Umbok dengan jala jemala
                        Pulih mayang ku pulih
                        Pulih balik sedia kala

                        tak caya?

                        bila2 korang camping tepi laut ramai2.. cuba laa buat..! tgk sapa yg terjun kelaut..

                        Comment


                        • #13
                          Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

                          ulik mayang diulik ulik dengan puterinya lima...

                          versi ella baru roxxx...erghhhh

                          Comment


                          • #14
                            Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

                            Time skolah wa slalu nyanyi lagu ulik mayang versi nih..

                            Putri satu berak di batu..
                            Putri dua berak di gua..
                            Putri tiga berak di tangga
                            Putri empat berak melompat
                            Puti lima berak belima
                            Putri enam berak tertanam
                            Putri tujuh berak terjatuh
                            Putri lapan berak di papan
                            Putri sembilan berak di jamban
                            Putri sepuluh berak berpeluh

                            Comment


                            • #15
                              Re: Misteri disebalik "Ulik Mayang"

                              eh takpe ke nyanyi versi tuhh..kang 'puteri2' tu marahhh..haa

                              Comment

                              Working...
                              X