Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Menolak Pelawaan Jin

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Menolak Pelawaan Jin

    PERTANYAAN:
    Sender's Name: XXXXXXXX
    Sender's Email: XXXXXXXX@miricouncil.gov.my
    Message: Saya mempunyai kawan jin sudah agak lama dan tidak dari mana
    datang nya jin2 dan tujuan makluk ini berkawan dengan saya. Tapi pernah
    berapa kali makluk ini menjelma dihadapan saya nenceritakan tujuan
    mereka berkawan dengan saya adalah disebabkan perjanjian nenek moyang saya
    dengan mereka pada masa dahulu.
    Masaalah nya sekarang, saya hendak menhilangkan terus makluk ini dari
    diri saya. Lagi pun saya tidak tahu dan tidak pecaya dengan kelebihan ya
    ada pada makluk ini. Walaupun saya pernah diajar oleh makluk ini cara2
    untuk menggunakan mereka dengan hanya menyuruhkan mereka melakukan apa
    saja yang saya ingin kan. Pernah saya mencuba tapi yang saya takuti ya
    lah boleh menyebebkan saya kepada sirik kepada Allah S.W.T. Kerana
    mengikut hukum, kita hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah S.W.T
    sahaja.
    Saya ingin meminta nasihat bagaimana hendak menhilangkan atau menyuruh
    makluk ini pulang ke tempat asal nya. Terima Kasih.

    JAWAPAN:
    Berdasarkan cerita tuan, maksudnya jin-jin itu datang dengan sendirinya (kerana tuan tidak pernah pun menjemput mereka melalui upacara tertentu) kerana pernah ada janji yang terikat antara nenek moyang tuan dengan mereka suatu ketika dulu. Melalui perjanjian ini, biasanya jin-jin ini akan terus bersama dengan salah seorang daripada keturunan nenek moyang tuan. Jin jenis ini dinamakan ‘saka’.
    Ada tidak ahli keluarga ataupun saudara mara tuan yang menghadapi masalah yang sama? Kadang-kadang ada jenis jin yang menjaga keseluruhan keturunan itu tanpa perlu berteman dengan individu tertentu. Jika tidak ada, maksudnya mereka mahu berdamping dengan tuan sahaja.

    MENJAUHKAN JIN SAKA
    Jadi masalahnya sekarang adalah tuan hendak menghilangkan terus jin-jin ini daripada diri tuan. Ada beberapa cara, namun keberkesanannya bergantung juga kepada kedudukan kes yang berbeza-beza.
    1. Tuan berubat kepada mereka yang ada kemahiran dalam hal berkaitan iaitu para perawat yang diyakini soleh
    1. Tuan jadikan diri seorang yang soleh dengan meningkatkan ilmu, iman dan amal. Cara begini dapat membantutkan minat jin-jin yang tidak soleh. Namun begitu, jika jin-jin yang datang itu daripada jenis muslim yang soleh juga, kemungkinan mereka akan lebih terpikat lagi.
    1. Tuan boleh berunding dengan jin-jin tadi dan nyatakan ketidaksediaan untuk bersahabat dengan mereka dengan cara yang baik. Dalam sebahagian kes, ada jin-jin yang sedia bertolak ansur. Pernah seorang hamba Allah cuba diajak bersahabat oleh puteri jin dari kalangan bunian. Jin wanita ini memberi syarat agar mengibarkan sehelai kain (selensang) di tepi hutan dan menyeru namanya. Hamba Allah tadi tidak melakukannya dan dia bebas sampai sekarang tanpa gangguan. Masalahnya dalam kes tuan ini sudah wujud PERJANJIAN. Sefaham saya, jika ada perjanjian mereka sukar bertolak-ansur.
    1. Jika mereka ada memberi syarat-syarat tertentu ataupun bacaan-bacaan serta amalan-amalan tertentu, jangan diamalkan. Ada jenis jin yang minta kita buat kenduri setahun sekali (contohnya), sekiranya tidak dibuat maka ia akan mengganggu ahli keluarga. Cuba tidak buat sekali, tengok dulu sejauh mana kemudaratan yang mampu ia lakukan. Kalau mudarat, cepat-cepat berubat.
    1. Tuan tidak perlu minta bantuan mereka. Buat tidak tahu saja.
    1. Cuba cari kemungkinan ada barang-barang tertentu yang menjadi ‘tumpanagn’ mereka seperti perhiasan lama, keris warisan, cucuk sanggul, kain tiga warna, bekas-bekas tembaga, kalong, barang-barang kemas turun-temurun ataupun selainnya. Minta bantuan orang-orang yang ahli untuk membuang benda-benda ini.
    KELEBIHAN JIN
    Tuan mengatakan ‘tidak tahu’ akan kelebihan jin-jin itu. Biasanya ada beberapa jenis:
    1. Jenis yang mengawal keluarga
    2. Jenis yang mengawal rumah, harta dan tanah seperti hantu raya
    3. Jenis ahli silat
    4. Jenis ahli perubatan seperti bidan, pawang buaya, tabib tradisional
    5. Jenis belaan untuk mengenakan orang lain seperti pelesit, bajang, hantu raya
    MEYAKINI KELEBIHAN JIN
    Tuan juga tidak yakin dengan kelebihan-kelebihan makhluk ini. Sebenarnya makhluk-makhluk ini memang ada kelebihan tertentu mengikut bangsanya- sebagaimana yang Allah ciptakan. Ada yang jenis bodoh seperti haiwan dan ada yang jenis bijak seperti cendekiawan. Ada yang jenis lembik dan ada yang jenis gagah perkasa. Ada yang jenis lembab dan ada yang jenis pantas ke sana ke mari. Ada yang boleh menyamar, menjelmakan diri, pandai merawat menggunakan doa ataupun bahan-bahan daripada alam semulajadi, pandai bertempur, pandai membidan dan sebagainya.
    Ringkasnya mereka sama seperti manusia dan haiwan cuma mereka tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Samalah seperti kuman-kuman yang tidak dapat dilihat tetapi diyakini mampu membawa mudarat dengan izin Allah. Begitu juga dengan kesan radiasi nuklear, arus elektrik pada wayar yang terputus dan virus yang sedang berpindah dari satu telefon bimbit ke satu telefon bimbit. Semuanya tidak dilihat dengan mata tetapi diyakini kemudaratan yang mampu dibawanya dengan izin Allah. Jika anjing yang boleh dilihat dengan mata itu mampu menyakiti kita dengan cara menggigit, maka ada jenis jin yang tidak dapat dilihat itu juga boleh menyakiti kita dengan cara menggigit. Namun semuanya bergantung kepada izin Tuhan kerana Dialah punca segala gerak (*hakikat).
    Pernah ada seorang sahabat membunuh seekor ular tetapi kemudiannya sahabat itu juga mati menggelepar sebagaimana matinya si ular tadi. Rupa-rupanya ular itu ialah jin. Maksudnya ada jin-jin lain yang datang membalas dendam. Selepas kejadian itu Rasulullah menyuruh para sahabatnya mengusir sebanyak tiga kali sebelum membunuh mana-mana ular di Madinah.

    KURANG MAKLUMAT
    “Walaupun saya pernah diajar oleh makluk ini cara2 untuk menggunakan mereka dengan hanya menyuruhkan mereka melakukan apa saja yang saya ingin kan. Pernah saya mencuba tapi yang saya takuti yalah boleh menyebebkan saya kepada sirik kepada Allah S.W.T.”
    Bahagian ini agak umum pada saya. Sekiranya tidak keberatan, mungkin tuan boleh ceritakan ‘cara-cara’ tersebut dan ‘apa yang mereka mampu lakukan untuk kita’. Juga pengalaman tuan ‘cuba’ menggunakan mereka tempoh hari.

    MASALAH SYIRIK
    Umumnya ‘meminta bantuan jin’ dihukum syirik. Namun bagi saya ia bukanlah ‘pasti’ 100% syirik. Contohnya orang yang dapat berinteraksi dengan bangsa jin ini (kita namakan Ustaz Abdullah) meminta bantuan mereka: “Mustafa (nama jin), kamu tolong pergi cari daun sekian-sekian aku nak buat ubat kepada pesakit ini.” Lalu si jin pun pergi mencari daun yang dimaksudkan di tengah-tengah hutan pada malam hari dengan kadar segera.
    Cuba banding dengan situasi ini. Kita telefon adik kita yang berada di belakang rumah, “Ariff, tolong ambil daun sekian-sekian di tepi telaga, abang nak buat ubat bagi Pak Kamal ni.”
    Apakah dengan meminta bantuan sebegitu dikira syirik? Padahal beza Mustafa dengan Ariff hanyalah Mustafa tidak boleh dilihat (tapi kadang-kadang ia boleh juga dilihat oleh Ustaz Abdullah ataupun orang lain) manakala Ariff boleh dilihat (walaupun ketika bertelefon itu Ariff juga tidak kita lihat).
    Apakah kerana jin sukar untuk dilihat dan dikira ‘ghaib’ maka meminta bantuan kepadanya terus dihukum syirik? Padahal Allah mencipta bangsa jin dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Jika kita tidak yakin kelebihan-kelebihan ini seperti ada sebahagian jin yang mampu menyamar ataupun bergerak pantas, maksudnya kita telah menafikan satu perkara daripada perkara-perkara ghaib yang Allah ciptakan. Apa pula hukumnya?
    Pada saya, hukum syirik ini jatuh apabila kita beriktikad bahawa yang berkuasa itu ialah si jin dan bukannya Allah. Seorang suami berkata kepada isterinya, “Leha, tolong goreng ikan.” Situasi harian begini juga boleh jatuh syirik sekiranya si suami beriktikad bahawa yang berkuasa menggoreng ikan dan menjadikan ikan itu bergoreng ialah isterinya dan bukan Allah.
    Begitu juga apabila kita berasa sakit kepala lalu kita telan aspirin. Jika kita yakin bahawa aspirin itu yang menghilangkan sakit kepala kita dan bukannya Allah, hal itu syirik kerana kita sudah menghukum ada ‘dua kuasa’ yang menjadikan Allah tidak Esa.
    Ada pihak menggunakan dalil-dalil tertentu untuk mengharamkan terus hubungan sesama hamba Allah iaitu jin dan manusia. Masalahnya, apa bukti yang mengatakan dalil-dalil itu mengharamkan 100% hubungan tersebut dan ia bukannya dalil-dalil yang umum?
    Kadang kala ada jin-jin yang datang dan menuntut ilmu agama kepada para ulama bangsa manusia. Apakah ini juga syirik?

    JIKA SAYA?
    Seandainya ada jin-jin yang berminat untuk bersahabat dengan saya sebagaimana dalam kes tuan, saya juga lebih cenderung untuk menolaknya, sama seperti tuan.

    PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
    Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
    26 MAC 2008

    http://myalexanderwathern.freephpnuk...rder=0&thold=0

  • #2
    Re: Menolak Pelawaan Jin

    menarik jugak kes jin ni..aku kalau ade kelebihan ni nak gak..tapi takut.eheheh

    Comment


    • #3
      Re: Menolak Pelawaan Jin

      kalo dah terime camane ek?kawn aku ade banyak jin nak dok ngan dia,
      ramai dia gi jumpe pengamal perubatan,ramai je yg nasihatkan dia 4 terima untuk kebaikan n jaga diri.jadi banyakle yg dah dia terima.
      ramai org yg sllau nampak dia dg 'seseorang'.tapi dia taktaupun ;'seseorang' tu ade dgn dia.
      ble ke?

      Comment


      • #4
        Re: Menolak Pelawaan Jin



        Lain kes, lain caranya kan.. Ada kes, jin mengaku muslim..dia nak kahwin dengan manusia lelaki, kalau lelaki ni lalai, jin ini akan tegur, oleh sebab kecantikan ahklak keluarga jin ini, lelaki itu pun setuju berkahwin.

        Ada pulak kes, jin tak pernah nak tunjuk muka atau nak berdialog, selalu 'mendatangi' manusia tu menagih 'santapan batin' secara paksa.

        Kedua-dua kes ini, berlaku hanya ketika manusia itu tidur. Macam mana dengan dua kes ini pulak, saudara tajdidsegar?

        Comment


        • #5
          Re: Menolak Pelawaan Jin

          Originally posted by tajdidsegar View Post
          berapa kali makluk ini menjelma dihadapan saya nenceritakan tujuan mereka berkawan dengan saya adalah disebabkan perjanjian nenek moyang saya dengan mereka pada masa dahulu
          Ini dah dalam kategori saka, yg bagusnya saka nie mintak izin untuk berdamping yg mana biasanya mereka main masuk ajer mana2 waris diaorg suka

          menarik jugak kes jin ni..aku kalau ade kelebihan ni nak gak..tapi takut.eheheh
          yg nie engko jgn risau, pasti ada kelebihan yg diberikan...
          yelah, mesti dia akan jaga engko dan penuhi segala kehendak engko sehingga akhir hayat supaya dia berteman dineraka kelak

          kalo dah terime camane ek?kawn aku ade banyak jin nak dok ngan dia,
          ramai dia gi jumpe pengamal perubatan,ramai je yg nasihatkan dia 4 terima untuk kebaikan n jaga diri.jadi banyakle yg dah dia terima.
          ramai org yg sllau nampak dia dg 'seseorang'.tapi dia taktaupun ;'seseorang' tu ade dgn dia.
          ble ke?
          banyak buruk dr baik untuk jangkamasa panjang, terutama di alam perkahwinan atau sewaktu akhir hayat

          Comment


          • #6
            Re: Menolak Pelawaan Jin

            nak bt apa berkawan ngn jin..??
            cari bala nama nye tu...
            mmg la dia bleh tolong kita
            tp nnt ble kita nk mati
            dia ni la yg nyusahkan kita
            nk mati..
            bkn kita je,family ngn doktor pn jd susah.
            yelah,x bergerak tp bernafas..
            kan susah kan org tu..

            Comment


            • #7
              Re: Menolak Pelawaan Jin

              dalam bebyk kawan yg ade...JIN gak jadi pujaan hati..


              sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.....

              Comment


              • #8
                Re: Menolak Pelawaan Jin

                Originally posted by se7en View Post
                dalam bebyk kawan yg ade...JIN gak jadi pujaan hati..


                sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.....
                aku dok terfikir sapa la manusia yg jahat tu.

                lepas tu aku cari dia nak kawan dgn dia.

                Comment


                • #9
                  Re: Menolak Pelawaan Jin

                  Soal syirik ini amat jelas tetapi adat dulu kala masyarakat nusantara banyak 'membela'. Bergantung untuk melakukan sesuatu seperti jaga kawasan,jaga diri,jaga keluarga,jaga apa2 saja yang diarahkan oleh tuannya. So,kena jadi bodyguard dan pak guard. Bila makhluk halus ini diperturunkan turun temurun melalui akad warisan dan perjanjian, maka jadi 'saka'. Faedahnya hanya sedikit tetapi yang nak ditanggung sehingga ke anak cucu,cicit.......Yang kata pelawaan jin ni bila tuannya dah mati. Maka yang biasa bertuan akan cari pewaris macam citer waris jari hantu tur...Memang itu kisah benar berlaku. Kebiasaan dalam mencari waris memilih anak yang ganjil dalam kedudukan keluarga (1,3,5,7,9....) Bila pelawaan tak diterima, tur yang boleh jadi 1 keluarga diganggu macam2.

                  Memang banyak kategori makhluk halus ini yang kita selalu sebut jin,syaitan,iblis,hantu,bunian..... tetapi masih banyak lagi dalam golongan hantu yang kita tak tahu. Kebiasaan golongan hantu ini banyak menjadi sahabat dalam masyarakat kita.Mm....

                  Comment


                  • #10
                    Re: Menolak Pelawaan Jin

                    bukan hantu=jin or syaitan??

                    Comment


                    • #11
                      Re: Menolak Pelawaan Jin

                      Originally posted by PenditaGila View Post

                      Memang banyak kategori makhluk halus ini yang kita selalu sebut jin,syaitan,iblis,hantu,bunian..... tetapi masih banyak lagi dalam golongan hantu yang kita tak tahu. Kebiasaan golongan hantu ini banyak menjadi sahabat dalam masyarakat kita.Mm....
                      Sesiapa yang berminat dengan jenis-jenis hantu, bolehlah melawat ke blog saya http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/ . Pada muka depan blog tu, ada tertulis besar warna hijau "TULISAN-TULISAN BERSIRI' hasil nukilan saya sendiri. Salah satu tulsian bersiri itu adalah bertajuk 'SIRI BERCAKAP TENTANG JIN'. Setakat ini ada 7 siri. Klik saja pada nombor-nombor tu.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Menolak Pelawaan Jin

                        Originally posted by kampung_girl View Post
                        kalo dah terime camane ek?kawn aku ade banyak jin nak dok ngan dia,
                        ramai dia gi jumpe pengamal perubatan,ramai je yg nasihatkan dia 4 terima untuk kebaikan n jaga diri.jadi banyakle yg dah dia terima.
                        ramai org yg sllau nampak dia dg 'seseorang'.tapi dia taktaupun ;'seseorang' tu ade dgn dia.
                        ble ke?
                        Biasanya, kalau kita pergi minta nasihat tabib yang ada jin jugak, dia akan nasihat supaya kita terima saja. Saya suka sarankan agar dia minta nasihat perawat Darus Syifa bawah Dr Haron Din. Mereka ni memang tak guna jin, cuba dengar pandangan mereka pulak.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Menolak Pelawaan Jin

                          Originally posted by el-lail View Post


                          Lain kes, lain caranya kan.. Ada kes, jin mengaku muslim..dia nak kahwin dengan manusia lelaki, kalau lelaki ni lalai, jin ini akan tegur, oleh sebab kecantikan ahklak keluarga jin ini, lelaki itu pun setuju berkahwin.

                          Ada pulak kes, jin tak pernah nak tunjuk muka atau nak berdialog, selalu 'mendatangi' manusia tu menagih 'santapan batin' secara paksa.

                          Kedua-dua kes ini, berlaku hanya ketika manusia itu tidur. Macam mana dengan dua kes ini pulak, saudara tajdidsegar?
                          Kes pertama, jika berlaku kepada saya, saya akan menolaknya. Eloklah jin kahwin sama jin, manusia sama manusia. Tentang hukum, saya tak ada ilmu. Harus ke haram ke.... perkahwinan manusia dengan jin ni, kena tanya para ulamalah.

                          Dalam kes kedua, manusia itu mesti berubat kerana dia sedang dizalimi oleh makhluk Tuhan yang lain (jin tu le). Malah jika ada kemampuan memang kena melawan balik dengan cara-cara yang sesuai.

                          Wallahualam.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Menolak Pelawaan Jin

                            adakah sama situasi berikut:

                            - abu meminta tlg ahmad (jirannya) untuk menjaga rumahnya.
                            - abu meminta tlg jin (sahabatnya) untuk menjaga rumahnya.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Menolak Pelawaan Jin



                              Originally posted by tajdidsegar View Post
                              Kes pertama, jika berlaku kepada saya, saya akan menolaknya. Eloklah jin kahwin sama jin, manusia sama manusia. Tentang hukum, saya tak ada ilmu. Harus ke haram ke.... perkahwinan manusia dengan jin ni, kena tanya para ulamalah.

                              Dalam kes kedua, manusia itu mesti berubat kerana dia sedang dizalimi oleh makhluk Tuhan yang lain (jin tu le). Malah jika ada kemampuan memang kena melawan balik dengan cara-cara yang sesuai.

                              Wallahualam.
                              Kita doakan je mangsa-mangsa ini dapat clearkan dengan baik dan betul-betul clear.

                              Originally posted by k1dz View Post
                              adakah sama situasi berikut:

                              - abu meminta tlg ahmad (jirannya) untuk menjaga rumahnya.
                              - abu meminta tlg jin (sahabatnya) untuk menjaga rumahnya.
                              Tak sama tu..sebab kita dilarang meminta tolong dengan jin:

                              Maksud ayat 6 suroh Aj-Jin:
                              Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

                              والله أعلم بالصواب

                              Comment

                              Working...
                              X