Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Tanda-tanda Gangguan Jin

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Tanda-tanda Gangguan Jin



    Topik ini adalah sambungan daripada topik Jom dengar rakaman dialog ustaz dgn jin, tetapi khusus untuk membincangkan tanda-tanda terdapatnya gangguan Jin.

    Yg di bawah ni saya dapat dari email, ada yg sama pernah diceritakan dlm seminar bahaya sihir..ada yg tak pernah dengar..

    Mari baca sama2 dan menapis yg mana yg betul..
    TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

    1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
    bersusah payah.
    2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
    3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
    ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
    4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
    5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
    anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
    6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
    7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
    8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
    9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
    10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
    11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
    tempat yang mengerikan.
    12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
    pendek atau sangat hitam.
    13. Bermimpi melihat hantu.

    TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

    1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua
    mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
    2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
    3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
    4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
    tidak sanggup mengubatinya.

    MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

    1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang
    yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
    2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu
    dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
    3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh
    seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
    4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti
    seseorang yang mengalami mimpi buruk.

    DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

    1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan
    kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
    2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air
    panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
    3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa
    sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak
    akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat
    marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang
    tinggi.

    SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

    Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan
    syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang
    dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan
    perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi
    dan banyak pula ulama'
    yang membicarakannya.

    Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan
    oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini
    menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara
    mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal
    manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh,
    ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang
    tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam
    kehidupan manusia yang bodoh.

    Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah
    merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu
    perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan
    bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan.
    Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu
    bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang
    diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

    Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak
    mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk
    dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka
    maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak
    mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari
    mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan
    menjadi tempat tinggal manusia.

    CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

    Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
    lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia
    dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
    udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
    api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
    Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah
    merupakan udara panas yang keluar dari api.

    Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
    otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang
    dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
    membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
    gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
    otaknya.
    Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara
    pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya
    bahawa mereka berada di otak manusia.

    PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

    1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
    istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
    dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
    2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :- o
    Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
    kosong.
    3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
    pagi, petang ataupun pada waktu makan.
    4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
    kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
    5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang
    syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat
    merangsang nafsu seseorang.
    6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
    dangan wanita yang bukan muhrimnya.
    7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
    kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan
    solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
    8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
    9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
    10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
    adalah senjata ampuh bagi syaitan.
    Pernahkah anda mempunyai tanda2 ini?

    Sejauh mana benarnya yg tanda2 ini sememangnya menandakan adanya gangguan Jin?

    Ada pengalaman cerita gangguan jin yg berkaitan, sila2lah kongsikan. Saya harap, tiada yg mereka2 cerita di sini. Hanya kisah benar yg saya mahukan.

  • #2
    Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

    Ada sorang kawan kakak aku ada masalah mungkin ada kaitan ngan jin (kot). Pegi hospital, dia didiagnos sebagai bipolar dan mania. Basically, she is on medication. Keluarga dia dulu2 ada saka, jadi kena pass on through generations to generations.

    ..kekadang kalo minah ni under pressure, dia akan went into maniac mode. So, takleh bagi pressure sgt.

    ..aku x percaya sgt jin2 ni semua.. Memang ada penyakit berpunca daripada jin. tapiaku tgk, orang kita bila penyakit pelik dan doktor takleh identify, terus kata jin.

    Comment


    • #3
      Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

      TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

      1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua
      mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
      2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
      3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
      4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
      tidak sanggup mengubatinya.
      umie pnh melaluinya
      mmg sakit kepala sgt2, rasa bpusing, tak maya
      -bila jumpa doktor cakap xda pa2 sakit

      lupa zikir, malas solat
      -emm tu mmg tak dinafikan
      mana taknya bdn umie dah dikawal oleh 5 ekor jin kafir


      rasa sakit
      -tpaksa diberi mandi oleh pakar prubatan tradisional
      mula2 tak caya benda2 cam ni....

      Comment


      • #4
        Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

        surah jin.............atau doa nabi sulaiman...............innahu min sulaiman wainnahu min sulaiman....

        Comment


        • #5
          Re: Tanda-tanda Gangguan Jin



          Tanda2 yg pernah saya alami dan selalu alami smpai skrg:
          TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
          3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
          ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup. (kena tindih, biasanya bila kat kampung & pernah gak bila tersangat-sangat letih)
          6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
          Ntah..ada yg kata bukan gangguan..ada yg kata macam gangguan. Bila gi darussyifa, lepas bacaan ruqyah dan scan, tak jumpa pape..perawat tu kata maybe gangguan dari luar, kdg2 dia dtg..bkn berada dlm badan.

          Comment


          • #6
            Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

            Originally posted by el-lail
            kdg2 dia dtg..bkn berada dlm badan.
            nape dia dtg?
            tarikan pd diri ko atau tarikan pd tpt tggl ko?

            eh ..byk tanya lak aku ni

            amal rugyah pon dia dtg lg ? ..
            mmg apa ade pd ko ..sgt2 menarik bg jin2 ni

            Comment


            • #7
              Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

              Originally posted by asura
              nape dia dtg?
              tarikan pd diri ko atau tarikan pd tpt tggl ko?

              eh ..byk tanya lak aku ni

              amal rugyah pon dia dtg lg ? ..
              mmg apa ade pd ko ..sgt2 menarik bg jin2 ni
              Eh..apo yg menarik kat saya ni lah..

              Tattau lah...pernah tdo dgn tinggalkan laptop main mp3 ruqyah, tp rasa gak dia dtg. Pernah shari tu, dia dtg 2-3kali..bila saya azan, bdn makin sakit mcm dia marah. Pstu dia hilang, pstu dtg lagi..azan lagi, dia hilang..dtg lagi pstu..Ntah la..saya dah lali rasanya.

              Masa jumpa perawat, dia baca ruqyah sambil buat mcm scan badan, tak silap saya ayat 21, Surah Al-Hasyr (Lau anzalna..). Perawat tu tnya, kalau ada rasa mcm kebas atau rasa mcm karen kat mana2 gtau.. Tarrassapapeponn..

              Comment


              • #8
                Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

                dah kena baru percaya dan kongsi pengalaman.........macamtu gaklah dengan mistik yang lain..................selagi x mengalami dan x lihat memang sukar dibuktikan dengan kata-kata............jangan hilang keyakinan.....saudara kena letakkan diri saudara diluar dan jangan didalam sampai dia menguasai..........."lau anzalna".......kalau dah sebati dengan diri saudara banyak kegunaan lain.........begitu juga "inna fatahna"......dan ayat-ayat quran yang lain......jika saudara mampu memahami dan mendalami x mustahilllll...........kelebihan dan keberkatan akan ada dalam diri....saudara...............amalkan apa yang patut.

                Comment


                • #9
                  Re: Tanda-tanda Gangguan Jin



                  Sekadar kongsikan.. MP3 ceramah bertajuk Ciri-ciri Seseorang Yang Terkena Ilmu Sihir, oleh Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar

                  Jom sama2 kita dengarkan...

                  Comment


                  • #10
                    Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

                    Selalu baca Quran dan perhatikan dan rasakan kalau kalau ada tindak balas dalaman. Dengarkan CD atau MP3 bacaan alQuran surah surah Yasin, As-Soffat, Ad-Dhukan dan Al-Jin, cara mendengar mesti tumpu perhatian pada bacaan sambil pejam mata (baik kalau guna headphone) jangan biarkan tumpuan dipaksa kearah lain dan jangan tidur.

                    Tanda tanda:

                    Mata terasa pedih dengan tiba tiba.
                    Rasa seram yang tiba tiba datang dan bulu roma berdiri
                    Rasa sakit dalam bahagian kepala dan turun kebahagian tengkuk.
                    Mata berkedip sendiri dengan laju masa pejam.
                    Tiba tiba rasa mengantuk yang amat sangat.
                    Ada urat urat bahagian kaki tangan yang bergerak sendiri
                    Rasa sakit dalam badan yang beralih alih tempat
                    Rasa ngilu atau gatal pada jari tangan atau kaki
                    Salah satu jari jari bergerak sendiri
                    Dan lain lain tanda tanda....

                    AWAS kalau jenis yang merasuk jangan dengar sendirian mesti ditemani.

                    Terus mendengar alQuran itu sampai kesemua tanda dan rasa tersebut hilang sendiri. Jangan lalai dan jangan tidur mesti tumpu perhatian dan JANGAN TAKUT DENGAN DIA...
                    Last edited by kupia; 13-01-07, 01:29 PM.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

                      Originally posted by umikniey
                      umie pnh melaluinya
                      mmg sakit kepala sgt2, rasa bpusing, tak maya
                      -bila jumpa doktor cakap xda pa2 sakit

                      lupa zikir, malas solat
                      -emm tu mmg tak dinafikan
                      mana taknya bdn umie dah dikawal oleh 5 ekor jin kafir


                      rasa sakit
                      -tpaksa diberi mandi oleh pakar prubatan tradisional
                      mula2 tak caya benda2 cam ni....
                      dah sembuh ke??

                      Comment


                      • #12
                        Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

                        Originally posted by el-lail


                        Sekadar kongsikan.. MP3 ceramah bertajuk Ciri-ciri Seseorang Yang Terkena Ilmu Sihir, oleh Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar

                        Jom sama2 kita dengarkan...


                        Nie nota daripada ceramah di atas:

                        Pengenalan
                        - sihir itu wujud, ahli falsafah sesat shj yg tak percaya wujudnya sihir
                        - sihir wujud sepanjang zaman
                        - ada sihir yg masuk dlm tubuh dan ada yg dari luar sahaja
                        - sihir boleh kena kpd tumbuhan dan haiwan: membawa mati
                        - boleh dikenali dengan tanda luaran dan dalaman
                        - ain: pandangan mata - paling pantas, tiada tanda, tak dpt dikesan doktor
                        - sihir yg kuat boleh ubah manusia jadi binatang

                        Golongan terkena sihir:
                        - jarang-jarang: nabi, auliya'
                        - sering: org yg lemah iman, terlalu takut dgn selain Allah
                        - tidak kena sihir: Allah lindungi

                        Tanda luaran:
                        - diri sendiri tak nampak beza perubahan, org lain nampak
                        - lakukan sesuatu yg tak logik
                        - sering pening, sakit kepala, atau sakit melarat
                        - terlalu suka/sayang/benci secara tiba2
                        - membenci keterlaluan, contoh butir kata didengar jadi lain
                        - sihir hasad: dibenci oleh ramai org, biasanya diekori utusan
                        - sihir penghalau: ada saja halangan, contoh tak jadi kahwin
                        - rasa org tak suka
                        - dibacakan ruqyah, tak dapat kesan

                        Sihir masuk dalam badan:
                        - contoh: santau - berada dalam badan
                        - saka: merosakkan zuriat, anak cucu rosak ahklak / keluarga pecah belah
                        - tak makan, tapi jadi gemuk: sihir utk jadikan org tak suka
                        - kurus wlupn makan banyak
                        - tak mahu beribadat, suka maksiat

                        Tanda sihir dalam rumah:
                        - bau kemenyan
                        - bau busuk: sihir pembenci
                        - bau wangi: sihir pengasih, mungkin ada org luar meminati ahli keluarga
                        - bunyi atas bumbung, macam org tarik kerusi, guli jatuh
                        - alat elektrik rosak
                        - nampak kelibat, rasa mcm ada org perhati
                        - makanan cepat basi
                        - rasa takut di rumah
                        - kesan2 dlm rumah: contoh byk ulat, darah di dalam rumah yg tak diketahui punca datangnya

                        Comment


                        • #13
                          Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

                          EMMM pagar je rumah................baca ayat qursi buat penjuru

                          Comment


                          • #14
                            Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

                            El-lail,

                            bole scan jarak jauh ke??

                            Comment


                            • #15
                              Re: Tanda-tanda Gangguan Jin

                              Originally posted by fms
                              El-lail,

                              bole scan jarak jauh ke??


                              Tak tau..tak studi la psl scan2 nih.. Perawat tu scan saya dari dekat.

                              Comment

                              Working...
                              X