Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...



    Cam dah lama dah bilik bincang semasa nie kegelapan dari sinar pencerahan topik baru... jadi acik cuba bukakan satu kisah mengenai taufan sandy..

    NEW YORK 29 Okt.- Laporan mengenai kejadian Taufan Sandy yang bakal melanda Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan harga minyak mentah Asia hari ini apabila dilaporkan menjunam ekoran tindakan pengeluar minyak mentah di Negara tersebut mengurangkan pengeluaran berikutan permintaan terhadap tenaga dijangka terjejas.

    Menurut sumber, kontrak Hadapan New York bagi minyak mentah 'light sweet' bagi penghantaran Disember ini menurun sebanyak 32 sen kepada AS$85.96 setong diikuti Kontrak Brent North Sea untuk penghantaran pada bulan yang sama turut jatuh sebanyak 51 sen kepada AS$109.04.

    Ianya juga bakal menjejaskan jumlah permintaan bahan api bagi minyak mentah dunia.

    "Pengeluar minyak mentah dijangka menurunkan kapasiti pengeluaran dan mengambil sikap berhati-hati terhadap pasaran semasa," kata Ketua kanan Firma Perundingan Tenaga, Purvin and Gertz di Singapura.

    Taufan Sandy pada musim kali ini bakal berhadapan bencana ribut terbesar di AS kesan keadaan tiupan angin kencang dan banjir yang dahsyat.

    “Ianya dijangka bakal mencipta sejarah bencana alam lebih teruk malah mengatasi rekod terbesar taufan Irene sebelum ini yang menyebabkan kerosakan bernilai lebih US$15 bilion apabila ia berlaku pada bulan Ogos tahun lalu.

    Menurut sumber Kajian Meteologi Amerika Syarikat, taufan itu juga akan memberi kesan besar terutama kepada bandar-bandar utama negara ini termasuk di Boston, New York, Washington, Baltimore dan Philadelphia, yang mempunyai penduduk padat.

    Malah terdapat beberapa buah negeri termasuk New York, New Jersey dan Connecticut telah mengisytihar keadaan darurat.

    Selain itu, beberapa syarikat penerbangan telah mengumumkan penagguhan dan pembatalan penerbangan mereka dari dan ke pantai timur.

    Selepas meragut 66 nyawa di Caribbean, Taufan Sandy kini bergerak ke timur AS dengan 10 negeri sudah mengisytiharkan darurat termasuk ibu negara, Washington.

    Lapangan terbang, kegiatan perniagaan, sekolah serta tempat pelacongan bersejarah, Statue of Liberty ditutup semula selepas kebanyakan warga Amerika bergegas ke pasar raya bagi mendapatkan bekalan air, roti dan bateri.
    Kadangkala manusia boleh dapaty mengagak bila berlakunya sesuatu peristiwa itu kpd mereka.. namun hanya Tuhan yang mampu menyelamatkan mereka semua dari kemusnahan...

    Mudah-mudahan kita sentiasa mengambil iktibar dan pengajaran...

  • #2
    Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

    New york lengang tu

    sos paper kosmo pagi ni

    Comment


    • #3
      Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...



      Suatu kebetulan atau tidak, wallahu a'lam... tapi selepas penghinaan yg mereka berikan kpd Rasulullah baru˛ ini maka Allah dtgkan musibah kepada mereka sebagai pengajaran bagi org˛ yg mahu berfikir...

      Comment


      • #4
        Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

        takde laa teruk mana pun..aku dok kt control center ni.. dok tgk semua skrin depan aku dan berita semasa dari US tentang taufan ni.. kini telah berkurangan tenaga nya.. menjadi ribut saja..



        http://www.cbsnews.com/8301-201_162-...ll-big-threat/

        salah satu news site yg aku dok monitor..
        Last edited by morpheuzneo; 30-10-12, 10:41 AM.

        Comment


        • #5
          Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

          nk masuk ujung2 thn ni, terasa kerisauan sbb kenangan tsunami .. bila berlaku bencana kt negara org, kita di sini kena la beringat..

          mendung x beerti ujann.. (pss.. jgn minyak kt sini pun naik gak, udah ler)

          Comment


          • #6
            Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

            Originally posted by morpheuzneo View Post
            takde laa teruk mana pun..aku dok kt control center ni.. dok tgk semua skrin depan aku dan berita semasa dari US tentang taufan ni.. kini telah berkurangan tenaga nya.. menjadi ribut saja..



            http://www.cbsnews.com/8301-201_162-...ll-big-threat/


            salah satu news site yg aku dok monitor..
            nanti suruh boboiboy kuasa taufan bagi kuat balik...besa ni amereka....

            Comment


            • #7
              Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

              yg 2 hari lepas amaran tsunami kuar kt hawaii tu ape citer ehhh...malas plak nk google...

              Comment


              • #8
                Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

                tgk status member kat BBM yg stay sana, mmg dasyat la, giler seram warna langit kat sana..

                Comment


                • #9
                  Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

                  member aku pun duk update kat FB, mmg teruk, kelas semua cancel dan dia sendiri takleh balik rumah untuk bersama wife ngan anak.

                  ---------- kemaskini 30-10-12 04:48 PM ----------

                  Ni gambar yg diambil.



                  ---------- kemaskini 30-10-12 04:50 PM ----------

                  Harem gambar tu fake rupanya

                  Comment


                  • #10
                    Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

                    http://www.dailymail.co.uk/news/arti...r-14-dead.html

                    Sebelum ribut hentam air laut hentam new york dulu

                    Banjir wo~

                    Comment


                    • #11
                      Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

                      Originally posted by Lang View Post
                      http://www.dailymail.co.uk/news/arti...r-14-dead.html

                      Sebelum ribut hentam air laut hentam new york dulu

                      Banjir wo~
                      sebijik cam dalam filem hollywood...omai

                      Comment


                      • #12
                        Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

                        terus depa duk pikir pasal citer 2012

                        Comment


                        • #13
                          Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

                          Dem

                          Besi kren tu bengkok longlai cenggitu je
                          Mcm garpu

                          Comment


                          • #14
                            Re: Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

                            memang patut amerika patut kena semua ni sebab diorang nilah pembawa maksiat hingga seluruh dunia ikut gaya hidup diorang..

                            Comment


                            • #15
                              Taufan Sandy mungkin ribut yang paling dahsyat...

                              Originally posted by Fedatyu View Post
                              memang patut amerika patut kena semua ni sebab diorang nilah pembawa maksiat hingga seluruh dunia ikut gaya hidup diorang..
                              and kalau negara macam
                              Saudi pulak kena or bumi Ambia kena ?

                              jgn cepat sangat melatah saudara, bala Allah hanya Allah yg tau sebab dan puncanya...jgn kita amik position - "on behalf of Allah".

                              Comment

                              Working...
                              X