Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah



    JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora milik ibunya selepas ditinggalkan dalam kenderaan itu selama lebih enam jam.

    Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin dan kenderaan itu diletak berhampiran kantin di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Tampoi, di sini.

    Mangsa, Sharnaath Kumar disahkan mati di sebuah pusat perubatan swasta di bandar raya ini selepas dihantar untuk rawatan.

    Difahamkan, mangsa dikatakan tidur dalam kenderaan itu sebelum ibunya, guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan masuk ke kawasan sekolah kira-kira jam 6.50 pagi untuk melakukan beberapa tugasan





    -----------------------------------------------------------------







    tak kusangka insan yg kukagumi
    yang terkenal di daerah dan di negeri ini...
    telah melakukan satu kecuaian yg tidak dapat diterima akal
    hingga mengakibatkan kematian anak kecil....aduh....it's so embarassing....

  • #2
    Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

    adakah ni berpunca daripada sikap tak ambil tahu atau tidak mahu tahu tentang kejadian2 yang sama sebelum ini?

    Comment


    • #3
      Masih ada lagi kes macam ni ingatkan semua dah sedar dah..dah byk kali berlaku pun ada lagi yang buat

      Sent from my GT-N7000 using Xparent Blue Rimautalk 2

      Comment


      • #4
        Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

        kalau kat US mak ayah yg cuai bole disaman.. kat sini takde orang nak saman ke? huhu sesuka hati nak saman orang...

        dah ajal dah terpaksa terima maybe terlupa tu..

        Comment


        • #5
          Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

          kalalepek kenal ke mak dia?

          Comment


          • #6
            Originally posted by fizah_tinggi View Post
            adakah ni berpunca daripada sikap tak ambil tahu atau tidak mahu tahu tentang kejadian2 yang sama sebelum ini?
            Terlupa ni bukan Boleh dibuat2. Rasanya pre cautious act yg kena buat, never leave our kids alone in the car. X jadi mcm ni jadi kes culik ke kereta kena bwk Lari ke

            Sent from my Galaxy Nexus using Tapatalk 2

            Comment


            • #7
              Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

              mungkin pada dia.. takpe la anak tido dalam kereta pasang aircond sejuk sket.. kalau bukak tingkap nanti panas pulak..

              Comment


              • #8
                Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

                xlarat nak komen lg dah
                mcm baru je lagi tred sebelom ni tu tak silap acik kot bukak

                geram pon ada

                harap2 kta amek iktibar

                Originally posted by cannondale View Post
                mungkin pada dia.. takpe la anak tido dalam kereta pasang aircond sejuk sket.. kalau bukak tingkap nanti panas pulak..
                tak silap aku kete tu enjin mati
                tingkap tutop
                panas

                mak eh g punch card dulu
                pastu lupe anak eh dlm kete sambong keje mcm bese
                huhu

                kalo ekon idop aku rase no hal pon



                pasal saman cuai tu aku rasa dalam law kta mmg ada pon
                tp xde org sampai hati nak amek tindakan kot
                in the end makin berleluasa
                Last edited by DatukM; 22-06-12, 08:49 AM.

                Comment


                • #9
                  Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

                  mula2 igt kejap je pastu jumpe cikgu lain sembang2 terlupa...mungkin anak dia jarang ikut so bila jadi lupa anak dia ade dalam kereta

                  Comment


                  • #10
                    Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

                    semoga dijauhkan aku dan keluarga aku dengan kecuaian yang macam ni

                    Comment


                    • #11
                      Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

                      tapayah saman la... anak mati dah cukup sedey gilak.. silap silap bley minum racun wo ittew cheguuu... ammaa....

                      Comment


                      • #12
                        Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

                        saman?
                        rasanya amma tu da dihantui kesebersalah sampai mati kot... tayah dah la nak saman2...

                        Comment


                        • #13
                          Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

                          macamana la anak sendiri pun boleh lupa.tak paham betul aku!menyesal tak sudah la jawabnya

                          Comment


                          • #14
                            Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

                            Originally posted by gen_gurl View Post
                            saman?
                            rasanya amma tu da dihantui kesebersalah sampai mati kot... tayah dah la nak saman2...
                            ini bukan utk dia

                            tp pengajaran utk orang lain




                            rule of thumb:
                            never leave ur child alone
                            tak kira dimana2 esp dalam kete

                            dah usaha
                            jadi jugak
                            tu lain cite

                            Comment


                            • #15
                              Re: budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah

                              macam ulang balik berita

                              aku rasa cam baru je lagi kes tinggal anak dalam kereta, pastu mak/pak pi ngajar dalam kelas
                              didik anak orang, anak sendiri dah putus nafas dalam kereta

                              terlupa kah?

                              kalau pasang ekon pun, just bukak sket tingkap bagi angin keluar masuk.

                              hmm...takziah pada famili ni...

                              parent lain, please lah....jangan lupa kat anak2... sesibuk mana sekalipun, jgn la lupa kat mana anak2 kita berada...
                              peringatan utk diri sendiri jugak...

                              Comment

                              Working...
                              X