Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Lynas PRO & CON

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Lynas PRO & CON

    Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikatLynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh

    Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impakyang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

    Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

    Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

    Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

    TETAPI

    Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

    ■ Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

    ■ Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

    ■ Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?

    ■ Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

    ■ Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

    ■ Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

    Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

    ■ Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

    ■ Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

    ■ Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

    ■ Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.


    Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

    Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

    1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

    2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

    3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

    Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

    Sumber:
    1.Apa itu Lynas?
    2.National Geographic: Rare Earth Elements

    http://smilemyfta.blogspot.com/

    Info Tambahan
    http://en.wikipedia.org/wiki/Rare_earth_element
    http://en.wikipedia.org/wiki/Radioactive_decay

    The Bukit Merah mine in Malaysia has been the focus of a US$100 million cleanup which is proceeding in 2011. "Residents blamed a rare earth refinery for birth defects and eight leukemia cases within five years in a community of 11,000 — after many years with no leukemia cases." Seven of the leukemia victims died. After having accomplished the hilltop entombment of 11,000 truckloads of radioactively contaminated material, the project is expected to entail in summer, 2011, the removal of "more than 80,000 steel barrels of radioactive waste to the hilltop repository." One of Mitsubishi's contractors for the cleanup is GeoSyntec, an Atlanta-based firm.[37] Osamu Shimizu, a director of Asian Rare Earth, "said the company might have sold a few bags of calcium phosphate fertilizer on a trial basis as it sought to market byproducts" in reply to a former resident of Bukit Merah who said, "The cows that ate the grass [grown with the fertilizer] all died."[48]
    Last edited by miebegoga; 27-02-12, 11:30 PM.

  • #2
    Re: Lynas PRO & CON

    PRO :

    aku dgr fresh grad lynas bayar RM3000+
    jumlah yang agak tggi utk fresh grad.

    kahkah.
    kelakar kan??

    Comment


    • #3
      bagi aku, padan la muka orang pahang teruramanya orang Pekan. You just voted for your own coffin.

      ROI - zero, zero sum game.

      Comment


      • #4
        Re: Lynas PRO & CON

        Originally posted by totti 10 View Post
        PRO :

        aku dgr fresh grad lynas bayar RM3000+
        jumlah yang agak tggi utk fresh grad.

        kahkah.
        kelakar kan??
        Nanti dia kasi kad radioaktif

        Tapi patut lagi tinggi, sbb high risk ... paling koman 20k keatas, sbb jangka hayat tu semakin berkurang bila duk terdedah kat kilang beradioaktif nih.

        Comment


        • #5
          Re: Lynas PRO & CON

          :idon'twantoliveonthisplanetanymore:

          byk keburukan dari kebaikan
          tambah pulak menguntungkan pihak tertentu
          nak banding dengan china walopon negara komunis depa amek berat kebajikan rakyat depa
          negara pon luas
          boleh letak kilang kat ulu banat mana2
          why tamau letak kilang ni kat sarawak ke ulu banat sabah ke
          why semenanjung
          jadi letopan bom pape ke tenggelam satu semenanjung

          Comment


          • #6
            Re: Lynas PRO & CON

            dah ada topik seperti ni sebelum ni -

            soalan aku simple aje - kilang asal utk concentration nya adalah di Australia.. , tapi kenapa bab nak proses bahan rare-earth ni kene buat kat malaysia? itu saja.

            pada aku - kalau lah bahan rare earth tu dari sumber alam kita.., mmg kita patut cuba membangunkan industri ini dgn menggunakan teknologi pemprosesan terkini yg lebih selamat.. berbanding China.. yg buaat cincai aje.

            tapi .. ini ambik tanah dari australia.., bawak masuk sini.. then sisa buangannya.. australia pun tak mau terima balik. abis tu nak campak ke mana?

            ahad lepas - iklan satu muka besar Mosti mengatakan -antara syarat kelulusan lesen TOL (temporary operating license) adalah - sisa buangan akan di hantar keluar negara.
            Pagi ni .. aku dengar berita - kerajaan sedang mengenalpasti 2-3 site utk tujuan penyimpan sisa buangan rare earth ni..!

            apa ke longkang?

            sebenarnya - the real deal adlah -

            - duit kerajaan pusat dah amik... termasuk laa kerajaan pahang!
            - kilang dah buat..! complete dah pun... siap test run dah.
            - korang kona ikut mana pun - kilang tetap akan beroperasi. .

            so.. kesimpulannya.. penduduk2 balok.. sg.ular.. (yg jaraknya tak sampai 1-2 km pun dari tapak kilang) .. dah confirm bakal jadi mutasi..!



            welcome to balok.. ladies and gentelman - itu gambar bakal menteri besar pahang nanti!

            Comment


            • #7
              Re: Lynas PRO & CON

              the exact location kilang lynas ni kat mana?
              kat balok ke? dekat2 ngan pantai teluk cempedak?

              ensem la Mop gambar future menteri besar P@h@ng.

              ngehngeh

              Comment


              • #8
                Re: Lynas PRO & CON

                Biasanya buat dulu kesan tu pikir kemudian.

                Comment


                • #9
                  Re: Lynas PRO & CON

                  Originally posted by morpheuzneo View Post
                  sebenarnya - the real deal adlah -

                  - duit kerajaan pusat dah amik... termasuk laa kerajaan pahang!
                  - kilang dah buat..! complete dah pun... siap test run dah.
                  - korang kona ikut mana pun - kilang tetap akan beroperasi. .

                  so.. kesimpulannya.. penduduk2 balok.. sg.ular.. (yg jaraknya tak sampai 1-2 km pun dari tapak kilang) .. dah confirm bakal jadi mutasi..!



                  welcome to balok.. ladies and gentelman - itu gambar bakal menteri besar pahang nanti!
                  apa blh buat...nak tak nak kena buat...downpayment dah amik...nak lari kang hilang plak 1% dari rm8billion tu... ok ni andaian aku sahaja...

                  Comment


                  • #10
                    Re: Lynas PRO & CON

                    depa main redah je
                    mcm ni ke kata insaf dari kesilapan.
                    so much a bs.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Lynas PRO & CON

                      Originally posted by xevolution View Post
                      the exact location kilang lynas ni kat mana?
                      kat balok ke? dekat2 ngan pantai teluk cempedak?

                      ensem la Mop gambar future menteri besar P@h@ng.

                      ngehngeh
                      exact location.. tgk link >> http://superpages.com.my/listings/my128296



                      ni gambar sipi-sipi lah..

                      kalau tgk location tu.. mmg dekat sangat dgn kampung tradisi penduduk2 belah balok.. balok makmur.. balok pine.., dan seterusnya taman balok navy (ni dah dekat sangat).. dan taman gebeng .. ! pergh ini direct impact.. seberang jalan aje.. lebih kurang 500meter.

                      Manakala di belakang kilang ini - penduduk2 kampung sg.ular.. mmg dekat gilah.. dalam 800,1k.. hingga 2km.

                      dan yg paling menerima kesan - pastinya kedai nasi ayam favourite aku - tepi gebeng highway tu..! abis laa ayam2nya dah tak rupa ayam!.. dan anak pakcik nasi ayam tu yg lawa pun pasti akan bertukar rupa..

                      Comment


                      • #12
                        Re: Lynas PRO & CON

                        org2 yg tinggal area tu patut pindah
                        bahaya sampai ke anak cucu cicit etc
                        pegi duduk australia
                        mintak pampasan dari company tu
                        and mintak PR terus

                        Comment


                        • #13
                          Re: Lynas PRO & CON

                          duit govt dah sebat...
                          nak tak nak projek kene jalan,
                          ape yg rakyat dpt, penyakit n mutasi je la.....

                          layan dulu short film nie...

                          Comment


                          • #14
                            Re: Lynas PRO & CON

                            bagi aku ni benda tersangat serius. kesannye bukan orang sekitar balok tu aje.
                            mungkin satu negara.
                            berharap PR menang dan projek - projek gile ni akan distopkan.
                            kena bayar pampasan pun bayar la.
                            kalau nak buat jugak buat kat pulau spratly sana. mujintou.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Lynas PRO & CON



                              Biarkanlah... rakyat Pahang mmg org kuat BN... kiter lihat apa keputusan PRU-13 kelak... Kalau masih bertahan maka itulah kehendak rakyat mereka...

                              Comment

                              Working...
                              X