Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

    -Al-Fatihah untuk arwah Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Salam takziah untuk keluarga Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani.

    KUANTAN 19 Feb. – Penderitaan pesakit barah tulang, Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.55 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.





    Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu meninggal dunia di sisi semua ahli keluarganya selepas dua minggu mendapatkan rawatan di HTAA.

    Menurut bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba-tiba sahaja pecah dengan mengeluarkan darah dan cecair.

    “Kira-kira segayung cecair yang keluar dari ketumbuhan tersebut dengan meninggalkan lubang sebesar bola ping pong.

    “Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut semakin mengecil.



    “Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua,” katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini.

    Jenazah dikebumikan pada pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham dengan dihadiri kira-kira 100 orang.

    Penderitaan Mohd. Zulhafiz sejak enam bulan lalu mendapat perhatian ramai apabila kisahnya mula disiarkan Utusan Malaysia pada 31 Januari lalu.

    Susulan itu, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan antaranya Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, Majlis Belia Pahang dan Yayasan Felda.

    Ketumbuhan misteri seberat kira-kira 20 kilogram itu mula dikesan pada Jun tahun lalu dan ia semakin membesar di bahagian bahu kirinya sehingga menyebabkan dia hanya mampu terlantar kesakitan.


    =============================================================



    Kes-kes penyakit kritikal seperti ini tidak bolehkah kerajaan melalui agensi-agensi tertentu dan peruntukan seperti zakat untuk menghantar si pesakit ke luar negaranya untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dari apa yang ada di Malaysia?

    I mean, come on, kalau PM dan Menteri2, Ahli Parlimen, ADUN etc even Raja boleh dapat rawatan di luar negara takkan untuk rakyat tak boleh dipertimbangkan? After all, duit yang kerajaan ada adalah duit rakyat.




  • #2
    Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

    ehh.. ini yang masuk buletin utama minggu lepas..
    dah meninggal dah.. Al-fatihah.

    Comment


    • #3
      Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

      takziah kepada keluarga arwah...alfatihah kepada arwah...

      p/s: pemimpin adelah pemimpin...rakyat adelah rakyat...

      Comment


      • #4
        Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

        salam takziah..

        Comment


        • #5
          Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

          Al-Fatihah.

          Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
          Moga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

          Comment


          • #6
            Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

            baru tgk kat berite aritu..
            oo..ketumbuhan tu da pecah..
            tapi umo die xpanjang pulak..

            dari Allah kite dtg..kepada Allah juge kite kembali..
            takziah dan alfatihah kepada arwah..

            Comment


            • #7
              Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

              Kes-kes penyakit kritikal seperti ini tidak bolehkah kerajaan melalui agensi-agensi tertentu dan peruntukan seperti zakat untuk menghantar si pesakit ke luar negaranya untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dari apa yang ada di Malaysia?
              duit zakat tu kena simpan. kalau digunakan nanti habis pulak. rugi la.

              Comment


              • #8
                Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

                Al-Fatihah untuk arwah. Semoga dia lebih tenang di sana...

                Cadangan bagus untuk gunakan duit zakat, tapi realiti yang pemimpin adalah pemimpin dan rakyat marhaen tetap rakyat marhaen itu ada benarnya.

                Distribution bagi duit zakat kat keluarga miskin pun susah sangat, sampai ada yang gi ambik pertolongan dari missionary, ni plak nak cover kes-kes perubatan yang ntah lagi complex dan lagi besar belanjanya...

                Akhir zaman, alim ulamak pun ada tempah tiket neraka; dengan cara berdiam diri bila berdepan dengan kezaliman.

                Remember who is your paymaster


                2009

                Comment


                • #9
                  Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

                  Alfatihah..
                  semoga penderitaan di dunia mendapat balasan kebahagiaan di sana..
                  Amin..

                  Comment


                  • #10
                    Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia



                    Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah pemuda ini... Acik yakin & percaya kes˛ sebegini jika diperhalusi akan terserlah hikmah disebalik apa yg dilalui... Mudah-mudahan kiter semua sedar bahawa dunia ini sementara... yg kekal abadi hanyalah diakhirat nanti..

                    Wassalam.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

                      masha Allah.

                      innalillahiwainna ilaihirajiun.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Pemuda derita kanser tulang meninggal dunia

                        Salam takziah pada keluarga terbabit

                        Comment

                        Working...
                        X