Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Lada paling pedas

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Lada paling pedas

    Lada paling pedas

    ALBUQUERQUE 16 Feb. - Satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Institut Chile Pepper di New Mexico State University (NMSU) mendapati, Trinidad Moruga Scorpion merupakan lada paling pedas di dunia ini.

    Pengarah Institut Chile Pepper, Paul Bosland berkata, kajian itu turut dijalankan terhadap beberapa jenis baka lada yang dikatakan mempunyai reputasi paling pedas di dunia termasuk Trinidad Scorpion, 7-pot, Chocolate 7-pot dan Bhut Jolokia.

    Bhut Jolokia merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007.

    Lada Trinidad Moruga Scorpion mencatat jumlah keputusan tertinggi dengan memperoleh lebih 1.2 juta Unit Haba Scoville (SHU) dan lada Chocolate 7-pot pula merekodkan hampir 1.17 juta SHU.

    Lada 7-pot berada pada tempat ketiga dengan memperoleh lebih 1.06 juta SHU manakala Trinidad Scorpion dan Bhut Joloki masing-masing mencatat 1.03 juta SHU dan 1.02 juta SHU. - AGENSI


    Sumber










    (Disclaimer: All the information above are for information/knowledge sharing purpose. Taken from the original article site. Not related neither thread starter nor this forum)

  • #2
    Re: Lada paling pedas

    wah!.. kalau cili api yg kita makan tu kira dah berasap telinga, bayangkann yg ni.. ni ada vid info pasal cili terpedas ni, ada sapa kaki makan pedas mau test?

    Comment


    • #3
      Re: Lada paling pedas

      tak silap aku cili api yang kita makan kat msia ni berada pada kepedasan level 4, ikut rank 1 - rank 10 cili2 terpedas di dunia.

      Comment


      • #4
        Re: Lada paling pedas

        yg sos peri2 tu pedas gak
        ada satu kes kat india tu budak kena sumbat dgn lada ni sebab nak bg hukuman ape tah.
        tak tau la pedas dia mcm mana.

        sambal ayam penyet wong solo pun pedas gak, tp sedap la. cuma lepas tu kerap ke jamban

        Comment


        • #5
          Re: Lada paling pedas

          kalau cili padi, dia punya rating dalam 100,000 SHU.

          means Trinidad Scorpion ni lebih kurang 10 kali ganda lebih pedas dari cili padi.

          Comment


          • #6
            Re: Lada paling pedas

            Suh dorg terai sambal belacan arwah nenek wa.

            Comment


            • #7
              Re: Lada paling pedas

              mahal tak ?

              Comment


              • #8
                Re: Lada paling pedas

                salam

                dulu masa kat london ada satu restoran india nie dia tulis ada 8 bintang kat dinding dia. Saya tanya apa tujuan bintang tu dia kata utk mengindikasikan kepedasan. So lagi banyak bintang lagi pedas. Saya try 3 bintang mmg pedasnya rasa macam pedas yang tersangat pedas. I wonder macam mana la pedas 8 bintang...

                tj

                Comment


                • #9
                  Re: Lada paling pedas



                  apa ke gila diaorang try cili ni???

                  siap boleh buat prank ni! .

                  Last edited by morpheuzneo; 17-02-12, 05:19 PM.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Lada paling pedas

                    takde la teruk sgt....

                    Comment


                    • #11
                      Re: Lada paling pedas

                      makan cili terpedas di dunia ni mau lidah melecur kottt...cili api biasa mmg menjejeh la air liur.. haha..
                      masa zaman mak aku beniaga nasik lemak.. ada sekali mak aku tersilap beli cili kering..
                      dia kecik berkilat..
                      pedas dia..
                      mmg tak rasa dah sambal nye.. makan nasi lemak pun tak nikmat..
                      so drpd buang.. terpaksa mak aku campur ngan cili kering yg tak brape pedas

                      ok sambil taip tetibe aku nak kecur air liur pehal tah.. hahaha..

                      Comment


                      • #12
                        Re: Lada paling pedas

                        diorang ni buat test kt mat salleh yg memang tak berapa makan pedas ni, takde buat test kt org2 asia cam kita ni ke?

                        mrk ni makan lada benggala pun dah kata pedas. Capsaicin dlm cili ni ada org mix dlm ramuan utk buat krim pecah lemak,

                        lepas ni boleh la try guna capsaicin dlm Trinidad & TobaccoScopion tu

                        Comment


                        • #13
                          Re: Lada paling pedas

                          cili padi 50,000 - 100,000

                          Comment


                          • #14
                            Re: Lada paling pedas

                            teringat aku rancangan feveret aku, Man vs Food

                            ada 1 ep tu, makan Atomic Chicken Wing... ramuan dia ntah ape cili dia letak, tapi aku ingat sekali ada 10 biji cili Jalapeno for a set of 5 wings.

                            tukang masak tu kata, bekas gaul cikenwing tu takleh basuh dengan air panas, nanti jadi senjata kimia

                            Comment


                            • #15
                              Re: Lada paling pedas

                              cara terbaik nak hilang kan dengan minum yogurt... tu pon aku tgk rancangan clever!!

                              Comment

                              Working...
                              X