Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

    Harga di Malaysia ke-2 termahal

    KUALA LUMPUR 13 Feb. - Harga kereta di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Singapura.

    Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI) di sini.

    ''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari, harga Honda City dan Toyota Vios bagi segmen 1500 cc di Thailand adalah termurah di kalangan negara ASEAN iaitu 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.

    Secara kasarnya, perbezaan harga jualan Honda City model 1.5S i-Vtec di Thailand adalah kira-kira RM34,192 lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.


    Beliau berkata, kereta Honda City dan Toyota Vios juga dijual rendah di Filipina, Indonesia dan Vietnam berbanding Malaysia iaitu masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus.

    ''Tidak dinafikan bahawa jika diteliti harga jualan kenderaan bagi model-model popular adalah lebih tinggi di negara ini, tetapi ia berbeza jika dibandingkan dengan Singapura,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

    Bagi segmen 1800 cc, harga Honda Civic di Filipina adalah 43 peratus lebih murah berbanding di Malaysia manakala Thailand dan Vietnam, masing-masing lebih rendah sebanyak 35 peratus dan lima peratus berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.

    Bagaimanapun, harga Honda Civic yang dijual di Indonesia tiga peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di negara ini.

    Harga Toyota Altis di Thailand terus kekal sebagai termurah di ASEAN dengan 44 peratus lebih rendah dari Malaysia, manakala Filipina (38 peratus), Indonesia (29 peratus) dan Vietnam sebanyak tujuh peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.


    Bagi segmen 2,000 cc dan ke atas, harga Toyota Camry yang dijual di Filipina dan Thailand adalah termurah di ASEAN dengan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus lebih murah berbanding harga jualan di negara ini.

    Bagaimanapun harga jualan bagi model itu di Indonesia dan Vietnam adalah 11 peratus dan lima peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di sini.

    Madani menambah, setiap model yang dinyatakan adalah lebih mahal di Singapura.

    Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia.

    ''Bagi perspektif di luar negara, secara realitinya seseorang individu ingin membeli kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

    ''Pengangkutan awam merupakan pilihan tetapi memiliki kenderaan sendiri adalah lebih selesa,'' ujarnya.

    Walaupun begitu, MAI telah melakukan analisis mendalam bagi menilai kos penyelenggaraan kenderaan berbanding kos kenderaan baharu.

    Kos-kos tersebut meliputi yuran pendaftaran, bayaran premium insurans, cukai jalan dan bahan bakar.

    Setiap kos tersebut dipanggil sebagai Kos Pemilikan Kenderaan (CVO).

    Madani berkata, kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam.

    Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.

    Kata Madani, bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan di Malaysia, Filipina dan Vietnam adalah terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.

    ''Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,'' ujarnya.

    Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.




    SUMBER













    (Disclaimer: All the information above are for information/knowledge sharing purpose. Taken from the original article site. Not related neither thread starter nor this forum)

  • #2
    Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

    singapore of kos la
    tanah kecit
    depa nak galakkan rakyat nek pablik transpot pasal tu kete mahal

    sini pablik tranpot kelamkelibut
    pastu kete mahal
    tapi org tade choice

    Comment


    • #3
      Utuseks dah mula publish news yg hentam Tun M punya policy dulu ?

      Adakah Najib nak dekat PRU akan buat drastik 360 change kepada policy yg dah lebih 25 tahun utk menggembirakan rakyat ... ultimately kasi BN menang or at least maintain 1/3 parliment sbb isu kereta mahal ni adalah isu yg semua kaum ... melayu cina india etc memang x puas hati terhadap BN terutamanya UMNO ...

      Maybe McKinsey ke APCO ke etc yg feed intel to BN bagitau... dah bagi BR1M rakyat tetap marah...still takmo BN...dah bagi gula2 $$$ pun rakyat marah...ni the last trick up thier sleeve, kill this Tun M punya policy...rakyat akan return undi BN ?

      it could work...

      Comment


      • #4
        Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

        Tipu lah..! yang di bandingkan kt singapore tu.. kalau nak beli kereta dgn number plat yg boleh guna utk masuk CDB at anytime of the day..

        Yang itu hanya kompeni atau yg betul2 kaya aje beli kereta dgn plat tu.

        rakyat marhaen s'pore beli kereta best.. tapi pakai plat merah.. orang sana panggil kereta drakula.. dia boleh keluar waktu malam dan hujung minggu aje.

        nanti kita tanya totti's.. ada betul ke kereta s'pore lagi mahal dari malaysia?

        Comment


        • #5
          Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

          ''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI
          i sense troll....

          Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.
          i need proof....
          not just by words...
          aku tau road tax sume diaorg lagi mahal (singapore)
          but betolka beza sampai lebey 500%??

          Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
          okeh yg neh ultimate troll...
          Last edited by DarkEmperor; 14-02-12, 09:07 AM.

          Comment


          • #6
            Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

            Originally posted by DarkEmperor View Post
            i sense troll....

            i need proof....
            not just by words...
            aku tau road tax sume diaorg lagi mahal (singapore)
            but betolka beza sampai lebey 500%??


            okeh yg neh ultimate troll...
            sepatutnya kita di bandingkan dgn Cuba dan Zimbabwe.! baru lah betul2 nampak .. sebenarnya.. rakyat malaysia sangat bertuah..dapt memiliki kereta2 yg best2.. pada harga yang lebih murah berbanding 2 negara ni! di sana.. anda takkan nampak kereta2 model terbaru di jalanraya! kos utk memilikinya begitu melampau.. hingga tiada dealer yg sanggup bawa masuk!

            yeah.. baru troll!

            Comment


            • #7
              Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

              so bila Skim Kereta Satu Malaysia nak launch?














              Comment


              • #8
                Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

                ^




                kaaahhhhhh !

                Comment


                • #9
                  Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

                  Originally posted by gbum View Post
                  so bila Skim Kereta Satu Malaysia nak launch?
                  ahah.. tunggu gak nih, tp mcm takde pon.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

                    ''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI
                    Ala... kita kan taknak kalah dgn Singapore. Kita kan self-proclaimed negara maju... kete kena la harga negara maju .

                    Comment


                    • #11
                      Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

                      ngam la dgn status malaysia negara kedua termaju di asean...

                      Comment


                      • #12
                        Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

                        alah...kete mahal pun korang beli jugak...

                        Comment


                        • #13
                          Originally posted by gbum View Post
                          so bila Skim Kereta Satu Malaysia nak launch?














                          taktik baik, mula2 start dgn problem statement then attack Tun M policy. Offer Skim 1M troll

                          Comment


                          • #14
                            Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

                            adekah ini mungkin....

                            1;

                            Pemilikan sesebuah kereta minimum 10 tahun.. selepas itu kereta ini boleh discrapkan di syarikat yg dilantik kerajaan, dimana, syarikat itu akan memberikan voucher pelepasan cukai berdasarkan kelas kenderaan yg dilupus...

                            dimana, utk kenderaan 2000cc ke bawah, pelepasan adelah 200% manakala utk 2000cc dan keatas adelah 300%. (hanya sah utk kenderaan 2000 cc ke atas juga, voucher hanya sah pada tahap 200% jika digunakan utk pemilikan baru kenderaan bawah 2000CC.

                            nota, tiada pengembalian wang tunai atas kenderaan yg dilupuskan, semua yg ada pada kenderaan itu milik syarikat pelupus, pemilik dinasihatkan mengantikan @ menangallkan aksesori pada kenderaan milik mereka sebelum dinilai utk dilupuskan.

                            2,

                            Pemilik baru masih perlu membayar pada harga pasaran semasa, dan haruslah menunggu sehingga 10 tahun pemilikan kenderaan tersebut utk layak menikmati voucher pelepasan cukai.

                            3,

                            Tiada halangan atau sebarang charge tambahan dikenakan ke atas pemilik yg masih ingin memiliki kenderaan mereka selepas 10 tahun.


                            amacam?? cara tak???

                            Comment


                            • #15
                              Re: Harga kereta di Malaysia ke-2 termahal

                              itu hari nak hapuskan kedai potong, last2 tak jadi pulak bila org cina dan pengusaha kedai potong semalaysia bantah.. hehehehe

                              erk mcm ada pattern tertentu je..

                              Comment

                              Working...
                              X