Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

SPNB senarai hitam 140 kontraktor

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • SPNB senarai hitam 140 kontraktor

    SPNB senarai hitam 140 kontraktor

    17/02/2011 6:05pm

    ALOR SETAR 17 Feb. - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengambil tindakan menyenarai hitam 140 kontraktor yang gagal menyiapkan projek skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara sejak lima tahun lepas.

    Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, pihaknya tetap serius dalam mengenakan tindakan terhadap kontraktor walaupun hanya lima peratus daripada keseluruhan projek pembinaan RMR terbengkalai sejak skim itu diperkenalkan pada tahun 2000.

    Katanya, SPNB telah menerima 43,000 permohonan untuk membina rumah di bawah program RMR sejak tahun 2000 dan telah meluluskan sebanyak 18,249 permohonan di mana 15,079 unit rumah telah disiapkan melibatkan kos kira-kira RM1 bilion.


    "Berikutan banyak masalah termasuk rumah tidak siap dan masalah kualiti rumah, pada 2010 kita tidak laksanakan pembinaan RMR. Kita selesaikan dulu masalah yang bukan disebabkan oleh kami,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Inden Kerja Program RMR Peringkat Zon Utara, di sini, hari ini. - Bernama


    Sumber


    (Note: All the information above are for info sharing purpose taken from the original article site. Not related neither thread starter nor this forum)

  • #2
    Re: SPNB senarai hitam 140 kontraktor

    bagus...mana-mana kontraktor yang tak perform tu, eloklah ditolak keluar.
    nanti rumah lewat siap...pompang2 pemerintah juga yang kena.

    Comment


    • #3
      Re: SPNB senarai hitam 140 kontraktor

      Wayang.
      Tindakan apa diambil keatas Europlus/Talam?
      Setakat blacklist, kemudia syarikat beroperasi dengan nama lain, pengarah pun tukar via proxy.

      Wayang,wayang,wayang.

      Comment


      • #4
        Re: SPNB senarai hitam 140 kontraktor

        blacklist syarikat atau blacklist individu
        klaau gov btul ikhlas, blacklist trus individu2 yg terlibat ...company blh scrap register baru

        Comment


        • #5
          Re: SPNB senarai hitam 140 kontraktor

          Originally posted by Gripen View Post
          Wayang.
          Tindakan apa diambil keatas Europlus/Talam?
          Setakat blacklist, kemudia syarikat beroperasi dengan nama lain, pengarah pun tukar via proxy.

          Wayang,wayang,wayang.
          ada betul juga..! 2 syarikat ni masih lagi gah berdiri di Bursa KL.!

          siap boleh buat syarikat lain lagi! di kala pembeli2 rumah dari 2 syarikat ni masih membayar loan mereka untuk rumah yang tak siap.!

          memang buat naya orang betul laa! tapi boleh dapat projek2 kerajaan lagi!

          Comment


          • #6
            Re: SPNB senarai hitam 140 kontraktor

            Originally posted by Gripen View Post
            Wayang.
            Tindakan apa diambil keatas Europlus/Talam?
            Setakat blacklist, kemudia syarikat beroperasi dengan nama lain, pengarah pun tukar via proxy.

            Wayang,wayang,wayang.
            talam ni yg buat rumah kat area equine tu ke.. kualiti teruk.. ingat dah blacklist/bankrap lama dah.. tgk2 apartment diorang buat baru siap dekat2 area puncak jalil..

            Comment


            • #7
              blacklist hari ni, next week setup another company. selesai, buat lg projek. then failure lagi. cycle yg tk kan stop.

              Comment


              • #8
                Re: SPNB senarai hitam 140 kontraktor

                Senarai hitam jer?

                Masuk court la kasi saman. Baru best. Dapat la cover duit yang ilang buat projek baru.

                Comment

                Working...
                X