Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Tiada lagi subsidi minyak

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Tiada lagi subsidi minyak

    Tiada lagi subsidi minyak - Diberi terus kepada pembeli layak - Mekanisme belum diumum

    Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
    dan Oleh JAMDI NASIR

    KOTA KINABALU 31 Mei – Tiada lagi subsidi akan diberikan kepada diesel dan petrol yang dijual di negara ini apabila satu mekanisme baru diperkenalkan oleh kerajaan Ogos ini bagi menangani beban kewangan kerajaan yang semakin meningkat.

    Sebaliknya subsidi itu akan diberikan terus kepada pengguna yang layak apabila mereka mengisi bahan api itu di stesen-stesen minyak di seluruh negara.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, melalui mekanisme itu subsidi diubah daripada di peringkat pengeluaran sekarang ini ke peringkat jualan.

    “Jadi minyak yang dibekalkan dan dibawa dari depot ke stesen-stesen minyak bukan minyak yang bersubsidi.

    “Maknanya harga minyak di pam ialah harga tanpa subsidi. Apabila pengguna beli baru dia dapat subsidi. Itupun kalau dia layak terima subsidi,” jelasnya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi taklimat program dan aktiviti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (KPDNHEP) di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini hari ini.

    Ketika ini kerajaan membayar subsidi minyak kira-kira RM45 bilion setahun dan angka itu akan terus meningkat ekoran peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia.

    Melalui mekanisme itu kata Shahrir, hanya pengguna yang layak sahaja akan diberikan subsidi ketika membeli minyak.

    Bagaimanapun katanya, kriteria dan kaedah pemberian subsidi secara terus itu masih belum boleh diumumkan.

    Sebelum ini, Shahrir berkata, diesel subsidi kemungkinan besar tidak lagi dijual di stesen minyak apabila penstrukturan semula subsidi bahan bakar negara dilaksanakan tidak lama lagi.

    Langkah tersebut merupakan salah satu kaedah untuk memastikan golongan yang berhak sahaja menikmati subsidi diesel.

    Menurut Shahrir, mekanisme baru itu juga secara tidak langsung akan dapat mengatasi masalah penyelewengan minyak bersubsidi.

    “Sekarang minyak yang dibawa dari depot ke stesen minyak telah disubsidi,” katanya.

    Akibatnya, kata beliau, jika lori tangki yang membawa minyak itu diseleweng sudah pasti ia menguntungkan pihak terbabit.

    Dengan itu, katanya, mekanisme baru itu pasti dapat mengatasi masalah penyelewengan tersebut kerana subsidi hanya diberi ketika pengguna yang layak membeli bahan bakar terbabit.

    Turut hadir pada sesi taklimat program dan aktiviti KPDNHEP Sabah itu ialah Pengarah KPDNHEP Sabah, Jaafar Walad; Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh.
    yehah ... cayalah oleh kerana beban kewangan Gomen bertambah, maka
    tambah beban kewangan rakyatla plak...

    berapa harga pasnie? Rm2.XX kan?

  • #2
    Re: Tiada lagi subsidi minyak

    tak leh nk cakap pe lagi sebab kerajaan tak umum betul2 lagi. cuma harapnya subsidi d peringkat jualan tu menguntungkan rakyat yg berpendapatan rendah.

    yg pakai kereta mewah tu tak yah la nk ambik gak subsidi tu. duit byk beli kete mahal, bayar minyak mahal skit tak yah la nk kecoh2.

    jagalah kebajikan orang yg kurang mampu....
    Last edited by sp3d2; 01-06-08, 02:38 PM.

    Comment


    • #3
      Re: Tiada lagi subsidi minyak

      http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=bt_11.htm

      xtau la nape makin lame makin serabut...tibe2 langkah sementara la plaks isu sekatan kat sempadan sementara.

      motor dibenarkan sbb mengambil kira yg berpendapatan rendah...>>> mengong tu kan rakyat negara lain

      Comment


      • #4
        Re: Tiada lagi subsidi minyak

        adeh ... harap2 aku tak termasuk kategori yg tak layak subsidi ...

        Comment


        • #5
          Re: Tiada lagi subsidi minyak

          Lepas ni kena la jimat belanja..tak pun tukar jer pakai kereta yang save minyak..tak pun hadkan perjalanan..
          memang membebankan...lagi-lagi kalau tempat kerja jauh..penat ulang alik...duit abis kat situ je

          Comment


          • #6
            Re: Tiada lagi subsidi minyak

            Originally posted by spider View Post
            yehah ... cayalah oleh kerana beban kewangan Gomen bertambah, maka
            tambah beban kewangan rakyatla plak...

            berapa harga pasnie? Rm2.XX kan?
            bukan RM2+ tapi RM4+..
            abis laa naik 2 kali ganda..

            Comment


            • #7
              Re: Tiada lagi subsidi minyak

              Tony blair pun naik ketapi jer pi office..

              Comment


              • #8
                Re: Tiada lagi subsidi minyak

                kenape tak kurang kan lg subsidi...tp sebalik nyer terus tarik subsidi minyak ?

                Comment


                • #9
                  Re: Tiada lagi subsidi minyak

                  Originally posted by Chinozie View Post
                  kenape tak kurang kan lg subsidi...tp sebalik nyer terus tarik subsidi minyak ?

                  butui2..
                  kurangkan subsidi...
                  jangan tarik turus..

                  Comment


                  • #10
                    Re: Tiada lagi subsidi minyak

                    aku rasa sebab nak bagi "pengajaran" kepada rakyat yang sokong PR kot... tuh sebab depa buat macam nih... hehhee

                    kira macam balas dendam la....

                    Comment


                    • #11
                      Re: Tiada lagi subsidi minyak

                      petronas untung ratus2 billion dengan kenaikan harga minyak ni...takkan xleh tolong lagi kot...apelah nasib NMalaysia dpt PM otak tak tajam ni

                      Comment


                      • #12
                        Re: Tiada lagi subsidi minyak

                        public transport lak tak berapa bagus.. dengan teksi tak guna meter lagi.
                        tu belum yang kerap eksiden...

                        sigh.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Tiada lagi subsidi minyak

                          pakat2 naik beskal balik la......not relevan not relevan ....nak buat macamana...pangkah lagi

                          Comment


                          • #14
                            Re: Tiada lagi subsidi minyak

                            hmmmm..aku tgh memikirkan utk menjual keta aku.........



                            Comment


                            • #15
                              Re: Tiada lagi subsidi minyak

                              aku sedih melihat kerajaan ku yang tiada ber'telor'.. utk menguatkuasakan sekatan pembelian petrol oleh kenderaan asing di johor..

                              dan boleh pulak bagi beli utk motor saja!

                              ini semua akan jadi penyelewengan juga nanti! percayalah..

                              motor datang bawak tong..! (ni kat sempadan malaysia - thai sana)

                              yang kat johor tu., motor berpendapatan rendah?

                              kalau berpendapatan rendah mereka tak keje s'pore..! keje s'pore gaji 2-3 kali ganda dari sini!! lagi berpendapatan rendah?

                              mereka naik motor tu.. sebab nak elak kan segala cukai2 Zon Ekslusif kat CBD sana..

                              isshk.. geram.. geram .. geram.. ! kita laa yang menanggung beban subsidi murah yg mereka beli tu..!

                              Comment

                              Working...
                              X