Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

    uish...
    camna leh dorg campurkan racun tikus dlm pil nih...
    kenapa timbul idea nak buat cam nih ek?
    then dorg x tau ke betapa bahaya nya pd diri...

    KUALA LUMPUR: Kesan pengambilan berlebihan pil Ecstasy yang dipercayai mengandungi racun tikus, boleh menyebabkan penggunanya koma selain berisiko menghadapi kematian hanya dalam tempoh 20 jam selepas mengambilnya.



    Penagih dadah jenis itu juga terdedah kepada risiko kematian berikutan pendarahan berterusan di beberapa organ penting dalam tubuh terutama pada otak.

    Ketua Koordinator dan Klinikal Pusat Kecemasan dan Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Abdul Ali Raja Mohamed, berkata antara kesan lain yang bakal menimpa pengguna ialah batuk berdarah, rosak paru-paru dan muntah.

    Selain itu, katanya, ia juga kesan boleh menyebabkan seseorang mengalami kencing berdarah berikutan kerosakan pada buah pinggang serta bagi yang mengalami luka ringan pada tubuh akan meninggalkan darah dalam kulit.

    “Racun tikus perlu dihuraikan dengan lebih teliti menerusi jenis dan jenamanya, tetapi kesan mudarat itu akibat umum kepada mereka yang mengambil bahan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Kelmarin, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk pil psikotripik berbentuk tiga segi berwarna kuning dan biru dipercayai Ecstasy yang mengandungi racun tikus melalui serbuan di beberapa pusat hiburan sekitar ibu kota, minggu lalu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata pil itu pertama kali ditemui dipercayai dihasilkan di negara ini menggunakan campuran dadah jenis ketamin, kafien serta racun tikus.

    Katanya, polis sudah menghantar pil berkenaan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengetahui kandungan serta kesan sampingan pengambilannya.

    Sementara itu, sumber di Jabatan Kimia ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan sudah menerima sampel pil berkenaan untuk dianalisis tetapi hasil siasatan bagi mengetahui keputusannya tidak boleh didedahkan.

    “Analisis itu membabitkan kami dan polis saja. Namun, secara rambang, kesan sampingan terhadap pengambilan pil Ecstasy antaranya boleh menyebabkan manusia mengalami rencatan otak, kerosakan buah pinggang dan masalah pernafasan,” katanya.

    Beliau berkata, semua jenis pil Ecstacy sama ada mengandungi racun tikus atau tidak memang mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya.

    http://www.bharian.com.my/m/BHarian/...94257/Article/

  • #2
    Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

    hmm, nape those yg biasa amik ni kata x ada side effect pon..
    syok ada lor...
    b4 gi clubbing, telan dulu...

    maybe long term kot baru nampak side effect nya ekk...

    Comment


    • #3
      Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

      mmg leh bw maut pil ni...air kencing tikus plak bleh bw maut....takde keje nak binasakan diri sendiri......

      Comment


      • #4
        Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

        its like you see the music move within the cabel on the walls from 1 woofer to another with your ears.... the melody then explode and hit your body gently which later make it move.. the movement was soo smooth, it could (most of the time) remove the dress you're wearing from your body.. death could come later.... but.. its a girls' thing....
        Last edited by SixShot; 31-01-07, 02:47 PM.

        Comment


        • #5
          Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

          ok jer aku telan... idop lagi neh... err... br jer telan lg sejibik neh...:kening:

          Comment


          • #6
            Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

            Originally posted by ncik mat
            ok jer aku telan... idop lagi neh... err... br jer telan lg sejibik neh...:kening:

            ko bior betoi cik mat oiii?ko telan menatang tu buat pe?ectasy ni bkn khayal ke?laloq kan?

            Comment


            • #7
              Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

              kawan aku telan banyak2 tak mati pun....
              tak tau la kalau dia tipu aku... maybe dia cuma telan pil pandol jer kot.

              Comment


              • #8
                Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

                Originally posted by amieshoro
                kawan aku telan banyak2 tak mati pun....
                tak tau la kalau dia tipu aku... maybe dia cuma telan pil pandol jer kot.

                bahaya ko bg cth cmni...eh yg lelain gaks...
                bole mggalakkan nih


                nak tnya korang mkn pil tu tuk apa?
                awet muda ke?

                Comment


                • #9
                  Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

                  aku penah tengok ahahah
                  ada apek tu dok dekat speker yg besar gilerrrrr tu padahal muzik bapak punye kuat aku yg dok jauh pun mcm nak pecah gendang tinger aku
                  dia buleh slamba lepak situ geleng2 pala dia mcm apa je wahahaha
                  member aku ckp dia amek E
                  otak aku yg suci murni ni lambat nak proses pekejadah tu
                  oh lama2 baru aku tau dia tgh high

                  Comment


                  • #10
                    Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

                    Originally posted by nikita133
                    hmm, nape those yg biasa amik ni kata x ada side effect pon..
                    syok ada lor...
                    b4 gi clubbing, telan dulu...

                    maybe long term kot baru nampak side effect nya ekk...
                    awak lak rase camne? ..ehehe

                    Best ke natang ni ?

                    Comment


                    • #11
                      Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

                      Orang kalau dah amik bendaalah ni....
                      korang cakaplah maut ka, koma ka, lumpuh ka,
                      diorang buat de je....buat penat mulut...
                      sama la dgn orang hisap rokok...cakap apa pun tak jalan....
                      lagi tu hidu gam...macam2 side effect....tak mau dia....

                      Comment


                      • #12
                        Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

                        janji syok....ahakahak.......

                        Comment


                        • #13
                          Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

                          alah derang tak buat buat apa2 pun pasal bende ni... dah lama dah... makin lama makin ramai yg amek bende ni... setakat ckp kesan2 buruk dia tu tak jalan la... yg dah tau pun amek jugak...

                          Comment


                          • #14
                            Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

                            huhuh makan nie diorang nak menari jer .... dah tak ingat penat dah.... menari.... menari... menari.... menari.... menari.... tapi kalau music tu berhenti.... orang tu akan menari lagi menari lagi menari lagi.... tanpa berhenti.....

                            ubat tu efek kat saraf otak... bahgian otak yang kawal "penat" tu tak berfungsi utk seketika..

                            Comment


                            • #15
                              Re: Pil Ecstasy boleh bawa maut, koma

                              Originally posted by asura
                              awak lak rase camne? ..ehehe

                              Best ke natang ni ?
                              u did ask for my personal opinion ekk???
                              hmm, niki rasa those yg amik ni mmg stupid ja...
                              nak having fun pon, fine...
                              tp, x perlu sampai nak telan benda2 ni...
                              gosh!!!

                              as usual... "say NO to alcohol, drug n free sex..."


                              p/s
                              alcohol tu any social drinks yg blh memabukkan..

                              drug tu yg blh wat hilang kewarasan even sekejap n boleh wat kita ketagih...

                              free sex tu bukan "seks secara percuma" ya, encik Morph which i think u got confused with the term yg menyebabkan u misunderstood...
                              i never support any kind of sexual activities whether free or kena bayar ekk di luar marriage context ya...
                              actually, free sex is seks bebas tanpa ikatan perkahwinan yg sah lor....
                              Last edited by nikita133; 08-02-07, 03:49 PM.

                              Comment

                              Working...
                              X