Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

    baru lepas feri karam (di Indonesia gak) yg membawa 1000 org ... ni kapal terbang pulak ...


    http://english.aljazeera.net/NR/exer...CC78E73238.htm
    Many dead in Indonesia air crash


    Rescue workers have found the smouldering wreckage of an Indonesian passenger jet that went missing during a storm, and officials say at least 90 people were killed.

    The Boeing 737-400 Adam Air jet crashed in a mountainous region of Sulawesi island in the northeast of the country, Colonel Genot Hariyanto, the local police chief, said.

    sesaper yg rajin g indon & fly low cost carrier kat sana ... be extra carefull

    http://www.jeffooi.com/2007/01/does_...wmaintenan.php
    Here's a rating by pilots, take note if you are flying domestic in Indonesia frequently:

    - Safe: Garuda, Merpati (Jet), Sriwijaya, Express, Batavia (A319 only)
    - Safe-ish: Mandala, Indonesia Air Asia, Kartika
    - Mild Risk: Merpati (prop), Batavia (A319 excluded), Lion Air (MD90 and 734)
    - Big Risk: Adam Air, Wings Air, Lion Air (non 734)

    AIR ASIA?? any comment?? so far ok kot ... tapi kita kena bagi feedback from time to time to operator & media .... bahaya sbb mende ni melibatkan nyawa manusia ... aduhhh ...

  • #2
    Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

    Naik la MAS...insya-Allah selamat....

    Domestic flight kat Indon...Naik la Garuda ka...sebab depa hantaq ke MAS utk heavy maintenance...
    Last edited by Max737; 02-01-07, 07:49 PM.

    Comment


    • #3
      Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

      Originally posted by Max737
      Naik la MAS...insya-Allah selamat....

      Domestic flight kat Indon...Naik la Garuda ka...sebab depa hantaq ke MAS utk heavy maintenance...
      tau la ko yg mengembala jet2 MAS....

      p/s.. gaji dah masuk?

      Comment


      • #4
        Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

        macam2 cara Allah SWT nak kurangkan manusia.....

        Comment


        • #5
          Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

          ada rakyat msia terbunuh tak?

          Comment


          • #6
            Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

            Itu lah kuasa Tuhan...
            tak kira dilaut, udara maupun darat
            kita tak dapat lari dari kehendaknya...
            aku pernah naik flight pegi kuching,
            15 minit lagi nak sampai tetiba ribut...
            apalagi bergoyang plane....
            Pramugari yg selalu naik flight pun pucat..
            aku tah aku ni....alhamdullilah...selamat..
            Bila landing rasa macam nak buat sujud shukur kat situ jugak...
            Tapi pasal segan buat kat bilik hotel je...

            Comment


            • #7
              Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

              oohhh taktahu lagi berapa org mati
              paper arini

              POLEWALI MANDAR, Sulawesi 2 Jan. – Misteri menyelubungi kerja-kerja mencari dan menyelamat pesawat Boeing 737-400 Adam Air Indonesia selepas ia terhempas di kawasan pergunungan di pulau Sulawesi, semalam.

              Setakat malam ini, bangkai pesawat yang membawa 102 penumpang dan anak kapal itu masih belum ditemui oleh pasukan penyelamat.

              Ganjilnya, sejak pagi ini stesen radio, televisyen dan agensi berita telah melaporkan 90 orang penumpang terbunuh manakala 12 lagi terselamat apabila bangkai pesawat itu ditemui di sebuah pergunungan dekat sini, tetapi lewat petang ini berita itu dinafikan oleh Menteri Pengangkutan Indonesia, Hatta Radjasa.

              Kenyataan Hatta itu bercanggah dengan laporan awal pegawai-pegawai syarikat penerbangan yang mendakwa kira-kira 90 mayat ditemui bertaburan di tapak nahas manakala 12 penumpang lain terselamat.

              Ketiadaan maklumat yang tepat lagi sahih ini membingungkan semua pihak terutama keluarga dan saudara-mara mangsa yang ternanti-nanti khabar berita mengenai nahas itu.

              Sebelum ini anggota penyelamat dengan bantuan penduduk tempatan dikatakan mengesan bangkai pesawat itu kira-kira 90 kilometer dari bandar Polewali di Sulawesi beberapa jam selepas menyusuri kawasan pergunungan itu.

              Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Indonesia hari ini memberitahu, pasukan penyelamat masih belum menemui bangkai pesawat yang terhempas lebih 24 jam lalu selepas ia hilang semalam ketika cuaca buruk.

              Pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan tambang murah tempatan, Adam Air, terhempas di pulau Sulawesi di timur laut Indonesia malam tadi.

              Kejadian itu merupakan nahas pengangkutan kedua dalam tempoh empat hari semasa musim hujan di Indonesia. Malam Sabtu lalu, sebuah feri karam di Laut Jawa mengakibatkan sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh dan masih hilang.

              Dalam temu bual dengan stesen radio el-Shinta di sini, Hatta berkata, pasukan penyelamat dan mencari masih mencari lokasi sebenar pesawat Adam Air yang terhempas itu.

              Menurutnya, laporan awal yang diterima pegawai syarikat penerbangan hanyalah berdasarkan kepada khabar angin sebelum berita tersebut disebarkan kepada pegawai tempatan.

              “Sehingga kini, bangkai pesawat Adam Air masih belum ditemui,’’ tegas beliau.

              Pasukan penyelamat menangguhkan operasi mencari mangsa apabila senja menjelma dan operasi tersebut akan diteruskan pada subuh esok dan mereka bercadang untuk memperluaskan operasi mencari ke kawasan laut.

              Nahas pesawat Adam Air berlaku ekoran hujan dan angin kencang selama beberapa minggu di Indonesia yang mencetuskan masalah banjir, tanah runtuh dan nahas maritim. Ratusan penduduk berhimpun di Lapangan Terbang Manado di sini untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai status mangsa-mangsa.

              Nahas terbaru itu kini menimbulkan persoalan terhadap komitmen pihak berkuasa dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan secara serius.

              Nahas pesawat bukanlah satu fenomena asing di Indonesia yang mana syarikat penerbangan awam dan swasta dikritik berulang kali berhubung rekod buruk keselamatan mereka, masalah penangguhan penerbangan dan pengurusan yang buruk.

              Rekod keselamatan udara di Indonesia turut berpunca daripada tindakan kebanyakan syarikat penerbangan menggunakan pesawat terpakai.

              Adam Air adalah antara sekurang-kurangnya 12 syarikat penerbangan tambang murah yang muncul di Indonesia sejak 1999 apabila kawal selia terhadap industri itu dimansuhkan.

              Syarikat itu yang memulakan operasi pada 2003 ditubuhkan oleh Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Agung Laksono yang juga pengerusi syarikat itu.

              – Agensi

              Comment


              • #8
                Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

                Originally posted by Max737
                Naik la MAS...insya-Allah selamat....

                Domestic flight kat Indon...Naik la Garuda ka...sebab depa hantaq ke MAS utk heavy maintenance...
                ko pilot apa...737,747,777?..

                Comment


                • #9
                  Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

                  sakit kepala menteri pengangkutan nak menjawab

                  Comment


                  • #10
                    Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

                    Originally posted by serra
                    tau la ko yg mengembala jet2 MAS....

                    p/s.. gaji dah masuk?
                    Salah soalan ko tu...patutnya "Gaji dah abis?"...Tapi bulan ni gaji masuk lambat la....tapi yg herannya,cepat gak abis....

                    Comment


                    • #11
                      Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

                      Originally posted by nura
                      ko pilot apa...737,747,777?..
                      Aku mekanik je....B737

                      Comment


                      • #12
                        Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

                        Originally posted by Max737
                        Aku mekanik je....B737
                        Kes2 crash camni...mungkin technical,cuaca,atau Human Factor....

                        Comment


                        • #13
                          Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

                          Originally posted by Max737
                          Kes2 crash camni...mungkin technical,cuaca,atau Human Factor....
                          bro Max737 ... Air Asia ko tgk gak ke maintainance?? ke air asia anto kompeni manere service?? (tuko minyak itam? hehe) ....

                          Comment


                          • #14
                            Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

                            MaX737..kalo nak keja mekanik tuh kena ade kelulusan ape hah?
                            kalo dip dlm mekanikal aerospace tuh cukup tak..agak2 ada x lagi keja kosong kat tempat ko tuh...

                            Comment


                            • #15
                              Re: Kapal terbang terhempas - ADAM AIR Indonesia

                              Originally posted by mmi_088
                              bro Max737 ... Air Asia ko tgk gak ke maintainance?? ke air asia anto kompeni manere service?? (tuko minyak itam? hehe) ....
                              Aku no comment la pasal company lain......tapi paham2 le kalu budget airline tu....everything on budget..tapi safety still nombor 1...pada aku standard aircraft maintenance kat Malaysia ni kira best jugak le.....So far takde la berlaku aircraft crash ke kat Malaysia ni kan...

                              AirAsia dulu ada gak antar servis kat MAS....sekarang depa buat sendiri....Tukar minyak hitam?Biasak la tu...kerja saya la tu....

                              Comment

                              Working...
                              X