Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Jalan Gua Musang-Lojing diancam tanah runtuh

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Jalan Gua Musang-Lojing diancam tanah runtuh

    Jalan Gua Musang-Lojing diancam tanah runtuh
    Oleh Mona Ahmad


    GUA MUSANG: Beberapa kejadian tanah runtuh termasuk tiga yang besar dikesan sepanjang jalan Gua Musang-Lojing yang menghubungkan Lebuh Raya Simpang Pulai, Perak, sejak seminggu lalu.



    Faktor cuaca yang tidak menentu khususnya hujan sejak beberapa hari kebelakangan ini, dipercayai punca utama kejadian tanah runtuh itu.

    Beberapa kawasan lain sepanjang laluan 87 kilometer dari sini ke Lojing turut mengalami pergerakan tanah yang dijangka boleh menyebabkan tanah runtuh jika hujan berterusan bagi tempoh lama.

    Selain itu, jambatan yang menyeberangi Sungai Belatak, turut diturap semula selepas dipercayai mengalami kerosakan.

    Bagaimanapun, tiada sebarang papan tanda jarak di sepanjang jalan berkenaan kerana ia masih belum diwartakan.

    Malah, tinjauan Berita Harian turut mendapati sebuah laluan konkrit di jalan itu mengalami keretakan yang teruk, selain beberapa kawasan yang ditanam dengan rumput juga dikesan mengalami pergerakan tanah.

    Jalan itu yang mula digunakan pengguna sejak awal tahun ini adalah laluan kedua menghubungkan Kelantan dan Perak selepas Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Jeli dan Grik.

    Difahamkan, pengguna yang mahu pulang berhari raya ke negeri ini dengan menggunakan jalan berkenaan dijangka meningkat kerana ia lebih dekat iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua jam dari sini ke Tanah Rata, Cameron Highlands, sekali gus menjimatkan masa perjalanan ke Pantai Barat dan sebaliknya.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sofian Md Yassin, menasihatkan orang ramai supaya menggunakan laluan yang lebih selamat berikutan pergerakan tanah mungkin berlaku bila-bila masa jika hujan berterusan.

    “Polis sentiasa mengadakan rondaan dan pemantauan bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

    “Selain itu, kita juga menghantar orang kita untuk meninjau sebarang pergerakan atau runtuhan tanah di sepanjang jalan berkenaan setiap hari dan mendapatkan maklumat terkini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Sabtu lalu, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, dilaporkan berkata pihaknya mengesan pergerakan tanah di laluan Simpang Pulai-Lojing.

    Katanya, kawasan yang dikesan mengalami pergerakan tanah itu ialah di Kilometer (km ) 23.8, Km24 dan Km24.3 di laluan Pos Slim-Lojing.

    Sofian turut menasihatkan orang ramai yang masih menggunakan jalan berkenaan supaya berhari-hati dan tidak menggunakannya pada waktu malam atau ketika hujan lebat. -Berita Harian

  • #2
    Re: Jalan Gua Musang-Lojing diancam tanah runtuh

    macam baca kat paper jer... ni

    Comment


    • #3
      Re: Jalan Gua Musang-Lojing diancam tanah runtuh

      Kiriman Asal
      dari simpang Pulai Perak ke Blue Valley C.Highlands 56KM + 25 Km boleh sampai Tanah Rata.....jln dah siap cuma di KM 48 ada tanah runtuh so sebab itu jln tak dibuka lagi..tapi kalau curi2 jln no hal..

      dari Blue Valley ker Post sempadan Kelantan Perak 8 KM...jln dah siap.........lepas tu dari sempadan Kelantan ke salah sebuah perkampunaan asli lebih kurang 21 KM ..masih jln tanah merah..projek tergendala tak tahu pasal apa...

      dari KG asli tu ke Gua Musang lebih kuarng 43KM jln dah ada cuma sekarang diperbesarkan......so dari Gua Musang akan disambungkan ke Lebuh Raya tepi Pantai iaitu penghabisan di Kuala Berang...projerk ni tak tahu bila nak siap....

      Sekarang ni boleh ke aku nak balik raya ikut jalan ni dengan kereta

      Comment

      Working...
      X