Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kita lebih suka hiburan drpd membaca?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kita lebih suka hiburan drpd membaca?



    Mungkin boleh kiter perbincangkan mengenai permasalahan ini... Acik bersetuju dlm 80% kenyataan ini.


    Oleh RAMLI ABDUL KARIM

    DALAM kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 oleh Perpustakaan
    Negara Malaysia (PNM) mendapati setiap orang secara purata hanya
    membaca dua buku setahun. Kajian sama yang dijalankan oleh Frank
    Small & Associates bagi pihak PNM itu juga menemukan perangkaan cuma
    29 peratus yang menggunakan perpustakaan.

    Pun begitu, hasil kajian PNM lapan tahun lalu itu sebenarnya sedikit
    memberangsangkan berbanding penemuan Profesor Atan Long dari
    Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1983. Ketika itu beliau
    mengetuai sekumpulan ahli akademik UPM untuk menjalankan kajian umum
    mengenai minat masyarakat membaca buku.

    Penemuan kajian 21 tahun lalu itu ialah rakyat Malaysia ketika itu
    secara purata hanya membaca dua halaman buku dalam setahun. Walaupun
    mungkin kajian oleh PNM pada 1996 itu lebih terkini sebagai rujukan
    semasa namun satu lagi penemuan Profesor Atan ini mungkin masih
    relevan.

    Kajian beliau itu mendapati 59 peratus rakyat Malaysia memberi
    alasan tidak ada masa apabila ditanya kenapa tidak membaca buku.
    Sebanyak 11 peratus responden pula memberitahu kerja lain lebih
    penting daripada membaca buku.

    Hasil kajian PNM dan Profesor Atan memang memeranjatkan, namun
    itulah realitinya. Masyarakat di Malaysia masih belum melihat
    kepentingan buku sebagai sumber ilmu untuk memajukan diri dan juga
    menambahkan pengetahuan.

    Sama ada sedar atau tidak, ia juga menjadi petunjuk bahawa
    masyarakat kita sebenarnya tidak gemar belajar daripada pengalaman
    orang lain menerusi pembacaan buku. Sebaliknya mereka gemar menjadi
    lebih selesa dengan pengalaman jatuh bangun sendiri daripada
    meluangkan sedikit masa untuk mengutip pengajaran daripada kegagalan
    atau meneladani kejayaan orang lain yang tertulis dalam buku-buku.

    Walaupun buku tidak menjadi pilihan utama dan rakan hidup, namun
    tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya membaca pada
    setiap hari.

    Ada yang tidak ketinggalan membaca akhbar, tabloid, majalah hiburan,
    novel cinta, buku kecil rahsia `kebahagiaan' suami isteri atau
    cerita polong serta hantu raya dan juga buku-buku picisan termasuk
    yang mengadu-domba pihak-pihak tertentu.

    Ramai juga daripada kita berminat membaca `prospektus' untuk menjadi
    cepat kaya ataupun membaca surat-surat layang bercorak politik.
    Tanpa perlu disembunyikan, orang kita gemar membaca buku atau
    tulisan-tulisan yang berunsurkan seks atau keghairahan naluri. Kalau
    membaca sumber begitu, nampak tinggi peningkatannya.

    Itulah wajah sebenar kita. Ia cerminan sikap dan penghargaan kita
    terhadap ilmu. Majalah dan buku-buku ilmiah tidak mendapat tempat di
    kalangan masyarakat, lebih ketara berlaku terhadap penerbitan
    berbahasa Melayu.

    Terbaru, percubaan Kumpulan Utusan untuk memupuk budaya membaca
    bahan-bahan ilmiah menerusi majalah berita mingguan MASSA sembilan
    tahun lalu berakhir dengan kematiannya, dua minggu lalu.

    Ramai yang terkejut dengan kematiannya walaupun tiada apa yang
    menggemparkan atas pemberhentian penerbitan MASSA. Ini kerana kita
    semua dari dulu bersetuju bahawa sumber-sumber ilmiah kurang
    diminati di Malaysia. Dan yang penting, sekali lagi diulangi,
    fenomena itu hanya berlaku kepada sumber berbahasa Melayu.

    Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Aziz Deraman
    adalah antara orang yang tidak terkejut dengan berkuburnya majalah
    MASSA.

    Katanya, bahan bacaan berbahasa Melayu sejak sekian lama dicicirkan
    oleh bangsanya sendiri dan itu adalah manifestasi daripada jiwa
    kecil orang Melayu sehingga membiarkan kematian MASSA.

    ``Bagaimana hendak mengatakan kita berjiwa besar kerana ketika orang
    lain membaca empat buku seminggu, kita hanya dua naskhah setahun.
    Itu termasuk novel atau buku picisan dan majalah hiburan.

    ``Tidak hairanlah kenapa MASSA kena tutup, jurnal Pemikir pula jadi
    tanda tanya. Anak kita tidak dididik mencari sumber ilmu sedangkan
    kita mahu membina tamadun yang mana ia mestilah berteraskan ilmu,''
    katanya. (Wawancara Di Sebalik Nama di muka 35)

    Ketua Pengarah PNM, Datuk Zawiyah Baba yang ditemui penulis baru-
    baru ini pula terkejut kerana tiba-tiba langganan majalah MASSA ke
    rumahnya terhenti.

    ``Saya ingat ada masalah lambat sampai tetapi kemudian barulah tahu
    ia diberhentikan. Saya sedih sebab banyak yang menarik untuk dibaca
    di dalam MASSA, saya enjoy baca MASSA, ia banyak maklumat.

    ``Saya sebenarnya boleh membaca MASSA di pejabat (perpustakaan)
    tetapi kerana kandungannya yang menarik saya langgan sendiri di
    rumah supaya lebih puas membacanya,'' katanya.

    Tentang kurangnya minat masyarakat membaca sumber ilmiah sama ada
    buku, majalah atau jurnal, Zawiyah memberitahu puncanya adalah
    kerana tabiat yang lebih sukakan hiburan daripada ilmu.

    ``Ada yang membaca buku pun sekadar mencari hiburan, sama ada ia
    bahan bacaan hiburan seperti majalah-majalah atau mungkin buku
    rancangan televisyen.

    ``Buku-buku dan sumber bacaan ilmiah sebenarnya berhadapan dengan
    saingan hebat daripada apa saja yang menjadi medium hiburan kerana
    ia lebih mudah dan murah didapati malah dengan pelbagai cara,''
    katanya.

    Menyedari bahawa masyarakat masih tiada kesanggupan untuk
    mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membeli buku-buku ilmiah,
    Zawiyah menyarankan supaya orang ramai menggunakan perpustakaan
    untuk mendapatkan pinjaman buku.

    Menyertai 620,000 orang ahli PNM sehingga kini, tentu banyak
    kemudahannya. Namun sejarah rakyat Malaysia ialah mereka juga selalu
    tidak menghargai sumber pinjaman atau pemberian percuma terutama
    daripada kerajaan.
    p/s: Raser2nyer ada tak yg baca sampai habis artikel nie?… Dah tau dah kat situ..
    Last edited by fosilmitra; 01-07-04, 09:17 AM.

  • #2
    mereka lebih suke ketinggalan berita daripada
    ketinggalan hiburan......................no komen....

    Comment


    • #3
      kalau baca e-book ...termasuk dalam golongan membaca ker ??

      p/s macam soalan bodoh jer

      Comment


      • #4
        aku rasa MASSA ditutup sebab ramai pembaca yg muak dan loya dgn kandungan one-sided. too much! lainlah kalau baca majalah TIME, walaupun kekadang sakitkan hati jugak. kandungannya diverse gak...

        apa salah kalau baca majalah MINDA dan yg seumpamanya. informatif dan sedikit bebas!

        majalah hiburan amatlah berlambak!!!!...inilah pemusnah pemikiran remaja. dibacanya majalah spt ini melampaui majalah/buku ilmiah. lesen sape kasi??? ntahlah.....

        padahal baca adalah sumber ilmu.

        Comment


        • #5
          tak salah membaca majalah yg one-sided, majalah MASSA majalah yg berilmiah, ambikla yg perlu sahaja, yg ragu2 tu fikir sendirila...

          MASSA berhenti sebab rakyat Malaysia terutama sekali kaum Melayu, kurang membaca, kalau dekat kedai buku, orang Melayu kita banyak terdapat di bahagian majalah hiburan, sukan dsb....

          sekarang ni ada TIMES warehouse sale kat PJ, aku tengok tak ramai orang Melayu kita yg datang membeli buku walaupun harga agak murah disitu...

          kajian menunjukkan, secara purata rakyat Malaysia membaca hanya 10 mukasurat setahun....

          Comment


          • #6
            amat setuju..MASSA tutup..magazine hiburan berlambak..
            kenapa rakyat kita begitu..amat sedih...bukan lah seronok mana ketahui kehidupan artis..

            amat sedih...anak-anak kita macam mana nanti...amat risau

            Comment


            • #7
              sayang betul massa dah tader..
              tolak topik politik dalam tu, aku suka artikel yang lain..
              skang tatau nak beli apa..
              majalah times citer international jer, tader langsung in depth coverage isu local mcm massa..

              apsal ler majalah mangga tu tak diharamkan..
              benci betul aku tengok..

              Comment


              • #8
                Kiriman asal oleh Adreen

                apsal ler majalah mangga tu tak diharamkan..
                benci betul aku tengok..


                Jawapannyer boleh dilihat kat sini jer... cth yg cukup tepat mengambarkan pe sebab hal ini berlaku... Kenapa Bincang Hiburan tak dimansuhkan tapi Bincang Karya ke hapa ntah aritu dimansuhkan?...

                p/s: Maaf, jgn mare... bukan nak perli tetapi mohon kiter semua berfikir sendiri...

                Comment


                • #9
                  Saya suka baca bincang semasa...menambahkan pengetahuan saya...

                  Comment


                  • #10


                    tak sempat abeh baca artikel fosil.. panjang sangat.. kol 2.30 ade kelas... nanti balek bilik baru baca.. heh

                    **********************
                    kak kuding.. me pon selalu baca pasal politik dalam Majalah Massa.. selain drpd tu.. banyak informasi pasal isu semasa dalam majalah tu.. rugi kan dah takder

                    Comment


                    • #11
                      mungkin sbb buku2 ilmiah nie tak murah harganya...
                      sbb tue x ramai yg nak beli...

                      mmm..tp x lah mahal sgt kalau nak bandingkan ngan knowledge yg kite dpt...betul tak?

                      mmm...belilah buku Nak Ke Tak Nak by dr.tuah...rm 10 jer...

                      Comment


                      • #12
                        baca buku playboy ngan penthouse..ok gak kan.....

                        Comment


                        • #13
                          rasanya nak ikutkan harga..memang lah yang berilmiah tu mahal sebab berisi..isi yang berguna..

                          rasanya memang dah sifat alam..hiburan tu lebih best..kita bagi contoh paling senang..erra dan yusry kawin..buat cd n magazine gambar kahwin..pergh habis...sold out..

                          cuba buat etika pelajar untuk capai kecemerlangan akademik mesti yang beli...sekerat-kerat jer...

                          pelik kan...kenapa?

                          Comment


                          • #14



                            hmm bukan aper maleh nak baca2 ni.. tak sampai 1/2 jam ngantuk

                            Comment


                            • #15
                              Kiriman asal oleh hanamichi



                              hmm bukan aper maleh nak baca2 ni.. tak sampai 1/2 jam ngantuk

                              lepas tu pening kepaler...berpinor2 biji mater....

                              Comment

                              Working...
                              X