Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Hukuman Rotan Kepada Pelajar

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hukuman Rotan Kepada Pelajar

    Memang aku setuju dengan hukuman rotan ini dikenakan kepada para pelajar yang melanggar displin..

    Tapi kalu korang alert masa baca berita dua tiga hari ini korang akan dapat mengesan kecelaruan orang-orang atas dlm melaksanakan hukuman rotan ini..Dan mereka ini cam tunduk kepada desakan sesetengah pihak dan kurang memikirkan nasib guru..

    Aku nak bagi komen sikit pasal pelajar hari ni..

    Pada mulanya perlaksanaan rotan ini telah dipersetujui akan memberikan kuasa kepada semua guru untuk melaksanakan.. Tapi tiada hitam putih lagi..hanya ada dalam surat khabar je.. Tanpa hitam putih ini..guru masih takut untuk melaksanakan hukuman rotan ini kerana takut kepada gangguan pihak luar terutamanya pihak IBU BAPA

    Sesetengah ibu bapa boleh dikatakan menyerahkan bulat-bulat kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka menjadi pelajar yg cemerlang. Displin belakang kira..asalkan anak mereka cemerlang.. Lepas tu..kalu cikgu baru je hukum sikit..mula lah ibu bapa datang ke sekolah dan mengamuk.. marah kerana anak mereka dihukum.. tapi tidak menanya kepada guru kenapa anak mereka dihukum..Mereka hanya mendengar rungutan anak mereka je.. Kira anak mereka je yang baik.. padahal kat sekolah anak dia la kepala samseng.. Kalu hukum lebih skit.. mulalah report polis dan panggil surat khabar..

    Kalu jadi camni.. biasanya la.. cikgu yang akan dipersalahkan..kerana Jabatan Pendidikan biasanya akan memenangkan pihak ibu bapa… Tu yang jadi guru takut untuk mengambil apa-apa tindakan kepada para pelajar ari ni..

    Banya guru sudah setkan dalam minda mereka..Apa guna mendidik para pelajar ini menjadi orang yg berguna kalu setelah itu..kereta mereka akan dicalarkan, kereta mereka dipancitkan, menerima ugutan melalui sms, mereka dipukul oleh pelajar, ibu bapa datang marah mereka, dan pelbagai karenah lagi..Sebab itu kalu kita tgk byk guru skrg hanya datang ke sekolah..just mengajar subjek.. lepas tu ikut pandai koranglah nak jadi apa.. yang penting aku dah ajar matapelajaran tu.. Sebab kalu aku marah kan..aku jugak yang susah..

    Dan baru ini..dua hari lepas kalu tak silap.. sorang guru telah ditahan dan digari kerana menampar sorang budak dan memukulnya dgn pembaris kalu tak silap..Berdasarkan paper.. dia kata gru itu bertindak demikian kerana sebelum itu..sekumpulan pelajar telah melontar batu dan mercun ke arah guru ini. Pelajar itu melontar dari kawasan luar sekolah (sah ponteng kelas ni) .. Kemudian cikgu ini pergi ke satu kelas yg bising tak salah aku.. dan nampak pelajar yg melakukan hal demikian ada dlm kelas tu.. Guru itu terus menampar pelajar itu.. Dan pelajar itu.. kira samseng kat luar je.. ceh.. samseng apa.. kena sikit dah mengadu kat polis dan paper..

    Ok..back o the topic..

    Kemudian bila kesatuan guru minta kerajaan kuarkan kebenaran kepada pihak sekolah untuk membenarkan semua guru merotan pelajar.. Kuar statement dari Pak Lah.. guru-guru tak perlu takut untuk melaksanakan hukuman rotan kerana mereka dilindungi oleh peraturan sekolah.. Jadi semua guru boleh melaksanakan hukuman rotan ini…

    Kemudian esokkan..kuar statement dari org lain lak.. Tidak semua guru akan dibenarkan merotan..hanya mereka yang berkeluarga akan dibenarkan merotan.kerana mereka yg bekerluarga mempunyai sifat keibubapaan dan tidak akan melakukan hukuma rotan sewenang-wenangnya..

    Kemudian kuar lak statement, hanya guru yang berkeluarga dan ada pengalaman lebih 5 tahun akan dibenarkan merotan..

    Dan ari ni kuar lak statement, Guru besar dan pengetua yang akan menentukan kuasa merotan ini sama ada menurunkan kepada semua guru atau sesetengah guru je disekolah mereka..

    Tapi patutnya mereka kuarkan statement..ibu bapa yang tanpa usul periksa datang ke sekolah marah kepada guru yang merotan anak mereka akan dikenakan tindakan.. baru pihak guru berani ambik tindakan..

    Ini aku tanya bebudak yang bersekolah kat situ ngan cikgu kat sana
    Dekat sekolah aku mengajar dulu..kalu nak kira teruk jugak displin bebudak kat situ.. Kemudian masuk pengetua baru..kalu tak silap thn 99, kemudian dia buat tindakan drastik dengan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan displin..Sapa buat salah akan dihukum dan diberi kaunseling. Dan hasilnya displin sekolah itu terkwal..dan mendapat pujian dari sekolah lain.. Cikgu displin pun berusaha keras utk memastikan displin pelajar terkawal..Dan boleh dikatakan masalah pelajar bergaduh dalam kawasan sekolah langsung tiada.. kerana sekolah pernah memanggil polis dan menangkap mereka yg terlibat dlm pergaduhan dan naik Black Maria polis. Masa polis tangkap mereka ini..semua murid dpt tgk..sbb black maria polis ini masuk ke kawasan sekolah.. Dan hasilnya lepas tu..takde pelajar berani bergaduh dlm sekolah.. Kemudian.. tuk memastikan pelajar yg menghisap rokok dlm kawasan sekolah diminimumkan.. sekolah tu pernah panggil Jabatan Kesihatan dan menyaman mereka yang merokok kerana merokok di dalam kawasan larangan. Dan siapa yang tak bayar saman ini kaan dikenakan tindakan mahkamah atau Keputusan peperiksaan mereka digantung.. Walaupuns nilai saman tu kecil je.. tp ia berjaya menakutkan pelajar utk merokok dlm kawasan sekolah..

    Dan ada satu buah sekolah kat Melaka (nama sekolah dirahsiakan ) yang pernah melawat sekolah aku msa aku ngajar dulu. Dan aku pernah tanay diorang..camne tahap displin kat sekolah tu pada pemangku Pengetua dia.. dia cakap.. sebelum dia masuk sekolah tu..mmg teruk gila tahap displin kat sekolah tu..sbb lebih 90% cikgu disitu muda-muda semuanya dan hanya beberapa org yg berumur atas 40 tahun ..Jadi para pelajar tak takut kepada cikgu-cikgu muda ni.. kemudian bila dia masuk.. dia wak keras sikit hukuman kepada para pelajar.. pernah dia kata.. kasut dia terbang kepada pelajar.. perkara dia menampar pelajar jadi biasa..kalu pelajar wak silap.. dan alhamdulliah lepas tu tahap displin pelajar baru ok sikit..Dan memang para pelajar takut gila ngan dia..

    Jadi bagi aku… hukuman rotan kepada pelajar yang mempunyai kesalahan displin patut diperluasakan kepada semua guru.. kerana.. dgn hanya tindakan memberi kaunseling tanpa hukuman .mereka ini tidak takut.. kalu tak percaya.. cuba tanya mana-mana guru..

    Itulah pendapat aku.. sorry panjang sikit.. dan cam tak relevan…


    //tai sepanjang aku ngajar kat situ.. aku baik gila.. tak pernah hukum mana-mana pelajar.. .. tp ada sekali tu..aku halau smeua budak lelaki dari kelas.. dan suruh dia beratur kat luar.. dan aku kunci pintu kelas dan ajar budak pompuan je satu ari tu..

  • #2
    aku memang setuju..... zaman aku sekolah dulu..... setakat rotan ni tak payah cakap la..... memang semua takut, lebih2 lagi kalau rotan khalayak ramai.....

    zaman dulu kalau kena apa2 tindakan memang takut nak bagitau mak bapak.... silap2 tambah lagi.... tapi zaman skang ni lain.... anak kena rotan sikit, mak bapak dah kecoh....

    teringat aku masa kat asrama.... hari ahad, tak pergi surau masa waktu subuh.... kena sebat.... memang kadang sembahyang kat surau kecik kat blok asrama.... rotan bukan kecik2 punya.... hampir sama dengan rotan kat penjara.... cikgu tu hanyun pun macam kat penjara....

    tu citer zaman2 aku sekolah dulu. budak2 dulu tak banyak yg kurang ajar.... sebab semuanya dah di ajar.....

    budak skang ni kurang ajar, sebab kurang di ajar.

    Comment


    • #3
      malaysia kejap boleh ....kejap tak boleh ....pastu boleh balik .... macam biscuit chipsmore

      Comment


      • #4
        Kiriman asal oleh azmin
        malaysia kejap boleh ....kejap tak boleh ....pastu boleh balik .... macam biscuit chipsmore
        kadang2 peraturan baru dibuat bila satu2 kes or peristiwa baru tu muncul.
        cam polis gak..klu xda org jahat,balai polis takkan wujud.

        klu xda pekerja, kompeni xkan ada....danmacam2 lgi.cam tu gak dgn kes2 jenayah n sosial ni....

        Comment


        • #5
          Assalamualaikum ..

          aku sokong pelajar sekolah menengah dirotan ..
          tapi berpada²lah jangan sampai cedera dikerjakan ..
          tapi pada yang sekolah rendah slow² cukuplah ..
          tapi biasanya ibu bapa mereka yang lebih² ..
          marahkan cikgu @ pihak sekolah bila anak mereka ..
          yang disayangi tu buat kesalahan sehingga dirotan ..
          jadi ibu bapa dengan guru sebenarnya harus adakan ..
          perjumpaan dan ibu bapa arus setuju rotan ini dijalankan ..

          Comment


          • #6
            .......rotan bagus cuma kita kena ingat menghukum memang mudah yang sukarnya ialah mcam mana proses menjatuhkan hukuman tu di jalankan? Bagaimana mengenal pasti murid2 yang bersalah atau bermasaalah.

            Macam mana pun aku sokong hukuman rotan.........

            Comment


            • #7
              aku rasa dia orang patut kaji masalah sebenar ...... bukan hanya cari penyelesaian yang bersifat sementara ...... kalau just ambil sikap tuduh menuduh maka problem tak kan selesai .......

              Comment


              • #8
                kita dengar lak apa kata nik aziz nik mat

                Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
                Saya amat mempercayai kepada segala hikmah yang datang daripada Allah
                S.W.T. Cara saya beriman dengan hukum hudud sama kuat dengan keimanan
                saya kepada solat, zakat, puasa, haji atau apa sahaja cara hidup
                bersumberkan al-Quran. Orang mukmin wajib mempercayai dan melaksanakan
                Islam sepenuh, serentak dengan segala keseluruhannya.

                Islam datang dengan segala hikmah dan penyelesaian. Ia wajib beroperasi
                selengkapnya.

                Keyakinan orang ramai terhadap arahan membolehkan guru merotan murid
                oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada Hari Jumaat lalu di
                kebanyakan akhbar sangat menarik. Dengan tiba-tiba saja, rotan dilihat
                sebagai alternatif? Tidakkah ini menyerlahkan semula akan kemampuan
                hukum sebat sebagai cara mendidik akhlak. Demikianlah nasib Islam
                diakhir zaman.

                Apabila kemusnahan hampir tidak terkawal dan melata di permukaan bumi,
                barulah para pemimpin mula menjenguk ke dalam Islam. Itupun, tidak mahu
                berbunyi Islam. Bunyi benda lain tidak apa asalkan jangan berbunyi
                Islam.

                Sebenarnya, Allah S.W.T. telah lama menyebutkan kepentingan pendidikan.
                Murid-murid sekolah adalah anak-anak kita. Islam misalnya, telah
                menetapkan kaedah menggalak dan melatih anak-anak agar mulai belajar
                sembahyang sejak berusia 7 tahun. Mereka boleh dirotan mulai umur 10
                tahun, jika masih enggan bersembahyang. Mulai umur 10 tahun juga anak
                lelaki dan anak perempuan perlu dipisahkan tempat tidurnya. Ilmu tentang
                baligh, haidh dan nifas, nafsu dan akal, pengaruh syaitan dan malaikat,
                dosa dan pahala, wajib dan sunat, haram dan halal, sunat dan makruh;
                semuanya adalah peraturan-peraturan yang saling melengkapi kehidupan
                anak-anak orang mukmin.

                Mereka lalu hidup dalam satu sistem disiplin yang teratur, syumul dan
                lengkap. Dalam sembahyang misalnya, mereka diperkenalkan dengan lafaz
                Allahuakbar yang 'hanya membesarkan Allah' dan menentang syirik.

                Di sana pula ada Al Faatihah yang sarat dengan maksud-maksud mendalam
                mengenai pengertian Islam sebagai satu cara hidup dan tatasusila. Adab
                dan akhlak berkomunikasi dengan ayah, ibu, guru, jiran, sahabat,
                meliputi batas-batas lelaki dan perempuan amat sinonim dengan Islam.

                Disiplin luaran dalam batas berpakaian dan berhiasan pula turut
                ditentukan dalam melengkapkan lagi sistem sosial Islam yang murni dan
                harmoni. Segala sesuatu dihubungkan dengan pengabdian kepada Allah
                S.W.T. Lihatlah Surah Luqman dari Ayat 12 hingga Ayat 19 untuk
                mengesahkan asas-asas ta'dib seperti yang disebutkan ini.

                Soalnya sekarang, atas logik apakah Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR)
                itu disekat bantuan perkapitanya? Kata nak sekat sementaralah. Kata nak
                kaji dan buat laporanlah. Kata akan beri baliklah. Sudahnya, apa jadi?
                Mana keputusannya? Semuanya pembohongan dan penganiayaan!

                Tidakkah SARlah yang menyuburkan adab dan akhlak? Di Sekolah-sekolah
                Agamalah, penekanan rohani seperti yang disebutkan tadi dititik
                beratkan. Saya tidak terkejut jika dengan tidak semena-mena, negara kita
                meletup dengan insiden adanya kongsi gelap di sebuah sekolah di Johor
                Bahru, "high council" di MCKK, budaya "bully" yang berleluasa, "gang
                fight" yang mencemaskan; peras ugut, tikam, rogol, khalwat, patah sana
                dan patah sini di sekolah-sekolah kebangsaan di serata pelusuk negara.

                Walau apapun yang cuba dipertahankan nanti, kenyataan adalah kenyataan.
                Kurikulum pendidikan kita nak kata berjaya macam mana kalau sudah gagal.


                Tekanan mengenai ajaran tauhid kepada Allah, dosa, pahala, syurga,
                neraka, walaupun ada di sekolah kebangsaan tetapi saya percaya ia masih
                terlalu kekurangan dan sangat tidak mencukupi. Kalau sekadar tidak
                sampai 2 jam seminggu, nak kemana? Sedangkan berpuluh-puluh siaran dan
                saluran televisyen dihidangkan 24 jam.

                Kandungannya? Saksikan sendiri gangguan rohaninya. Mendidik atau
                memusnah? Jika Kementerian Pendidikan ada Menterinya, Kementerian
                Penerangan ada Menterinya. Semuanya dari UMNO! Jika dalam soal nyamuk
                dan lalat kita boleh faham akan bahaya penyakit-penyakit bawaannya,
                kenapa boleh kita keliru malah buat tidak tahu untuk menggubal kurikulum
                yang benar-benar berorientasikan pembangunan keinsanan. Pemimpin kita
                terlalu sibuk dengan aedes, malaria dan bahaya cirit birit tetapi soal
                bahaya mengabaikan pendidikan nampaknya setakat ini sangat
                "insignificant".

                Lompangnya sangat terasa. Kita cuma mahu lahirkan manusia yang
                profesional. Lawyer, engineer, saintis, banker, doktor, penyelidik,
                pengurus dan berbagai-bagai walaupun kita tidak kisahpun sama ada mereka
                akan menjadi mukmin yang berakhlak atau sebaliknya. Pokoknya, kita tidak
                jujur untuk melahirkan generasi yang bertaqwa.

                Kerja pengklonan cek kerajaan terkini adalah kerja lepasan universiti
                yang kira-kiranya profesional. Apa sudah jadi? Inilah teguran yang saya
                majukan semasa membentang "keynote address" mengenai Universiti Kelantan
                pada 7 September 2003.

                Pukul dan rotan hanyalah alat mendidik sahaja. Yang lebih penting ialah
                bahan didikan itu sendiri. Sudahkah kita mendidik mengenai Allah dengan
                segala kekuasaanNya atau tidak? Adakah aspek Syurga Neraka telah
                ditekankan sebaik-baiknya? Sudahkah Sembahyang lima waktu diberikan
                tempat yang sentral dalam sistem pembelajaran? Dimana ilmu tafsir Al
                Quran? Wajarkah seluruh mata pelajaran akademik dicabut dari akar ilmu
                akhlak yang sangat menjadi asas dalam ajaran agama kita? Saya tidak
                mengharapkan jawapan tetapi cukuplah kita membuat renungan. Mustahil
                kegawatan ini tidak ada kena mengena dengan UMNO atau BN.

                Melihat kesediaan rakyat yang menyambut baik hukuman rotan ke atas
                anak-anak di sekolah, saya percaya hududpun akan mempunyai masa depan
                penerimaannya yang cerah. Salah satu elemen hudud ialah sebat. Di sini,
                sekali lagi, UMNO/BN perlu bersifat ikhlas untuk mendidik. Jika
                kegawatan sudah begitu serius dalam pagar sekolah, maka keadaan di luar
                pintu sekolah lagi mendesak. Ketagihan dadah, penularan wabak aids,
                zina, rogol, khalwat, sumbang mahram, anak luar nikah, pecah amanah,
                pengklonan cek, rasuah, penipuan, ISA, mengkhianati PPRT; dan
                bermacam-macam.

                Jika merotan sudah boleh diterima sebagai alternatif terbaik dalam
                merawat penyakit akhlak dalam pagar sekolah, tidakkah mungkin hukum
                hudud dan qisas adalah jawapan terbaik untuk menangani pelbagai salah
                laku di luar. Peranan UMNO sepatutnya bukan mengeliru dan
                menakut-nakutkan rakyat kepada hudud tetapi menjelaskan hikmat dan
                rahsia kebaikannya. Draf undang-undangnya dan atur fasa pelaksanaannya.


                Kita sesungguhnya berdepan dengan kejujuran. Sama ada kita mahu kembali
                kepada hukum Allah S.W.T. kerana 'Dialah' yang Maha Mengetahui apa yang
                terbaik bagi kita atau UMNO/BN memang degil. Jika berkesanlah cara
                penyelesaian sekular terkini, tentu sudah lahir generasi Malaysia yang
                semakin bertaqwa. Lingkaran kemusnahan yang ditaja oleh UMNO
                sesungguhnya telah membawa kita ke gaung kehancuran ummah.

                Tangan pemimpin UMNOlah yang tidak mahu kembali kepada paksi peraturan
                Allah S.W.T. Dia sedang memimpin rakyat ke daerah kemakmuran dunia yang
                penuh was-was. Dan, malangnya mereka tidak pernah mengaku berbuat
                kesilapan. Inilah bahayanya UMNO yang pragmatis.

                "Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di
                muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang
                mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang
                yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
                (Ayat 11 dan 12 : Surah Al Baqarah)



                Penulis adalah Menteri Besar Kelantan, Kota Bharu.
                Bertarikh : 11 Syaaban 1424/7 Oktober 2003

                Comment


                • #9
                  ......ringkasnya hidupkan semula SAR, kerana SAR yang akan mampu menghasilkan warga berakhlak yang beriman berilmu dan beramal.......................

                  Comment


                  • #10
                    ringkasnye pemimpin tau bagi sumber

                    "Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di
                    muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang
                    mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang
                    yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
                    (Ayat 11 dan 12 : Surah Al Baqarah)
                    tapi penyokong/ rakyat besa still tak reti2 nak kasitau sumber dapat dari mane

                    walau dah kene pujuk rayu ngan moderator

                    Comment


                    • #11
                      mungkin ker hukuman rotan yg pd zamn dulu boleh menakutkan pelajar tapi pd zmn sekarang rotan tuh hanya menjadi mainan pd pelajar kini...

                      mungkin juga hukuman rotan bukanlah satu hukuman yang setimpal dgn kesalahan yg terjadi pd masa kini..

                      mungkin juga kite perlu mencari satu alternatif lain yg dpt mengantikan hukuman rotan tuh..ade cadangan?

                      *dan ape yg sy rase...hukuman rotan dah tak releven utk diguna pd zmn sekrg unless sikap / perangai pelajar dulu dan sekarang sama..

                      Comment


                      • #12
                        hayun cukup2 rotan tu...biar tinggai bekas...cam jenayah kat jel kena pukul tu...baru terasa kesakitannya.

                        Comment


                        • #13

                          bagus kalu hukuman ni dilaksanakan tp mestilah mengikut peraturan yg ditetapkan. Jgn main bantai je, tanpa usul periksa.

                          kalu camni barulah masalah dis. dpt diatasi.

                          ingatlah kpd siapa yg kene rotan tue, ini bkn mendera tp ingin membentuk anak bangsa yg berguna utk agama, bangsa & negara.
                          *beez pun penah kene rotan gak tp kat skolah ren.

                          Comment


                          • #14
                            rotan.......aku setuju, tp bebudak zaman skrang ni kene rotan pun msih buat salah, ape mereka mahu??????

                            Comment


                            • #15
                              satu lagi undi untuk rotan. seksa je budak tu asal jangan mati dah. aku masa sekolah ntah bape kali kena rotan dek guru besar. buat bising dalam kelas pun kena rotan. sekarang budak mencuri takat gantung sekolah je apahalnya!

                              ROTANNNNNNNNN!!! Kasi darah banyak2.

                              Aku cadang kita rotan di tempat2 berikut (ikut turutan kesalahan ):

                              1. ******.
                              2. Tapak tangan.
                              3. Betis.
                              4. Lengan.
                              5. Tapak kaki.

                              Seronoknya tengok budak2 samseng zaman sekarang ni nangis kena rotan. apa taknya, semua tu naik lemak pasal kalau cikgu tinggi suara sikit terus nangis bawah ketiak mak. budak2 sekarang berlagak je lebih... samseng zama sms apa class?? Rotan pun takut!

                              Lepas tu buat undang2 baru- mak ayah tak leh campur tangan apa yang cikgu buat kat anak dia dalam sekolah. kalau tak puas hati, ajar sendiri anak kat rumah. datang sekolah ambik spm je. bila aku cakap cam ni orang kata la ,"elehh serra tak de anak lagi cakap besar ... blablabla." memang la pun. tapi ayah aku dulu rotan aku sampai 1/2 mati aku tak marah atau menyesal pun. aku terima kasih kat dia sebab sanggup tabahkan diri nak rotan aku bila buat salah.

                              Comment

                              Working...
                              X