Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

    Berita ni mmg panas.! Mahfuz omar dedahkan.! dah 2-3 minggu dah dedahkan.. tapi takde satu pun dari nama2 ni yg tampil buat kenyataan balas.. atau menafikan! kalau tak betul.. silalah saman balik kan?

    jadi.. kata orang.. diam tanda nya? benar ? atau takut? atau tgh cari jalan keluar (negara?)
    ~~
    sumber : siasahkini
    Ni Dia Tujuh Wajah Pengkhianat Negara, Bangsa & Agama




    Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen Pokok Sena YB Haji Mahfuz Omar mengenai task force yang diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak dalam misi mereka memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.


    Disini aku senaraikan nama-nama wanted yang turut sama dalam GERAKAN KHAS untuk menjahanamkan negara ni :


    1. DATUK OSMAN RAZAK -Ketua, Penasihat Khas Perdana Menteri(Gambar dalam proses)

    2. DATUK MOHAMED THAJUDEEN ABD WAHAB - Setiausaha MKN (gambar bawah)

    3. DATUK WAN AHMAD WAN OMAR - Timbalan Pengerusi SPR (gambar bawah)

    4. DATUK JARIAH - Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (gambar bawah)

    5. NIK NORASHIKIN NIK MANSUR - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara

    6. RASHID BASIRON - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara

    7. SHAHRUL ANWAR AHMAD ZAHIDI - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara



    Sebenarnya mereka ini lah pengkhianat negara, agama dan bangsa. Sebagai salah seorang penduduk negara bertuah ini rasa terhina dan tercabar menyelebungi jiwa dengan perbuatan dan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh mereka-mereka ini. Sekiranya pendedahan YB Pokok Sena ini salah, mereka ini patut tampil ke hadapan bagi menafikan pendedahan tersebut dan tindakan sewajarnya patut di ambil bagi membersih nama yang tercalar, tetapi sekiranya tiada sebarang penafian dan tindakan dibuat, seruan dan cadangan agar mereka-mereka ini diajar dengan secukupnya.


    Mereka-mereka inilah kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan tidak bermaruah, menjual dan menggadai maruah hanya dengan sedikit habuan dunia.

    ~~~

    Korang fikir2kan lah.. apa yg patut kita lakukan masa pilihanraya nanti!

    antara yg aku boleh fikir.. >

    1. setiap orang yg beratur utk mengundi.. kita sama2 peka utk lihat.. , nampak muka pelik aje bukan warga tempatan.., kita pegang dan check IC dia.. tgk bila tarikh keluar IC.. dan letak tepi.! jangan bagi can! kalau tak buat macam ni.. mmg kita rakyat takde can langsung nak ada suara! sebab suara kita dah tenggelam dek pengundi import jahanam ni!

    2. bahaya betul apa yg kerajaan cuba buat ni! ini soal kedaulatan..., soal keselamatan negara.. soal hala tuju masa depan kita!!

    3. memang kecoh laa pilihanraya kali ni.! kalau semua yg nepal.. myanmar.. bangla.. indon ni boleh mengundi!

    4. lagi aku risau.. kalau pengundi ni..tak turun pun mengundi.. tapi kertas undi sampai jugak di pusat pengiraaan undi..!

    lahanat betul laa sapa yang terlibat ni! tak boleh ke kita rakyat mintak mereka ni di seret ke muka pengadilan.. dan kalau betul bersalah bagi hukuman paling berat atas dasar keselamatan negara!!

    ~~~

    mod - kalau akhirnya berita ni adalah fitnah.. deletelah thread ini.. tapi setakat ni berita ni dha keluar di harakah daily.., malaysiakini.. dan banyak media alternatif..! malah mahfuz dah tanya kat parlimen.. tapi soalan tak di layan.. , setakat ni takde pun sebarang penafian dari jabatan2 yg terlibat..

    ~~

    sementara itu.. kita bincanglah bersama isu bahaya ni.! sebelum ni.. mmg PAS dah follow dah ber bas-bas.. yg di bawa terus dari merata kawasan utk projek IC ni.! malah projek 6p tu sebenarnya.. front utk bagi IC..,, tapi tak dapat di buktikan..! tapi ada yg tunjuk surat aku janji kan? mesti undi BN bila dapat IC..




  • #2
    Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

    first
    bos2 tu naseb dorang la
    tp aku kesian kat kakitangan bawahan yg terima arahan
    agak melampau la kan nak release nama dorang kat public
    tolong pikir jugak naseb dorang
    kalo bukan dorang, pasti akan ada yg lain

    sedikit habuan dunia
    gaji dibayar bulanan, bukan ada habuan khas utk 'ini'
    kalo dorang hilang pekerjaan o diganggu keselamatan - anak bini
    PAS nak bantu?

    memang senang cakap la kan tp kene batang idong sendiri ..

    naseb aku tak keje JPN
    kalo tak aku yg x ketan pon terpalit

    tu je lah aku nak cakap
    Last edited by DatukM; 16-04-12, 08:17 PM.

    Comment


    • #3
      Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

      salam

      Ini jawapan2 balas UMNO/spr mengenai Isu di atas:

      KUALA LUMPUR 5 April - Tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkaitan penglibatan 'pasukan petugas' memberi kerakyatan kepada warga asing bagi tujuan mengundi merupakan satu pertuduhan jahat.

      Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, tindakan Mahfuz yang menamakan beliau sebagai individu yang terlibat tidak benar sama sekali malah disifatkannya sebagai cerita karut.

      Naib Presiden PAS itu juga dakwa beliau sengaja melemparkan satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

      "Dia sengaja mengaitkan nama saya ,timbalan pengerusi SPR, dalam cerita rekaannya itu untuk modal politik bertujuan untuk mengaitkan SPR dalam aktiviti sedemikian. Objektifnya untuk merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan," kata Wan Omar.

      Beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan atas tuduhan Mahfuz terhadapnya.

      http://www.klpos.com/politik/3517-pa...an-mahfuz-omar
      kita tunggu dia org nak saman ke tak

      Comment


      • #4
        Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

        bagi IC kat sape...? kalau bg ic kat orang semenanjung aku x tau.. tapi kalau bagi IC kat org di sabah untuk dapat info situasi dan latarbelakang yang sebenar aku nasihat sila beli dan baca dulu buku ini iaitu Tausuq & kesultanan sulu.



        http://tausug-global.blogspot.com/20...la-lumpur.html

        Comment


        • #5
          Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

          tambah sikit bahan2 rujukan yg berkaitan dgn isu ni..



          Ini juga berita yg berkaitan dgn topik ini..

          Wujud task force, PRU13 ‘ibu segala penipuan’

          Harakahdaily, 15 Apr 2012 KUALA LUMPUR, 15 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut supaya siasatan dilakukan segera ke atas dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahwa wujud sebuah task force mengenai pemberi kad pengenalan kepada warga asing yang didalangi oleh pejabat Perdana Menteri.



          “Pendedahan ini amat serius dan melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

          Katanya, dakwaan Mahfuz yang sangat berat itu melibatkan pendedahan nama-nama orang tertentu yang dikatakan terbabit.


          Beliau berkata, walaupun mereka telah mengumumkan penafian bahawa mereka tidak terlibat, namun isu utama yang dibangkitkan ialah wujudnya task force untuk tujuan memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk tujuan pilhanraya.

          “Isu inilah yang perlu mendapat reaksi jelas dari pihak kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.


          Menurutnya, jika benar wujud task force tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Mahfuz, maka Mapim menggesa sebuah Suruhanjaya Diraja diwujudkan untuk menyiasat secara terperinci aktor-aktor utama dalam operasi pemberiaan kerakyatan tersebut.


          “Kami mendapati sejak pendedahan diumumkan oleh Mahfuz ternyata tidak ada reaksi dari pihak PM mahupun Menteri Dalam Negeri,” ujarnya.


          Jika demikian, ujarnya rakyat tidak ada pilihan lain selain menyangsi kejujuran pihak kerajaan yang telah menggadai kedaulatan negara ini kepada pihak asing hanya kerana mahu memenangi pilihan raya.

          Justeru, katanya Mapim merumuskan operasi task force yang didakwa wujud itu boleh menyebabkan Pilihan raya Umum ke-13 yang bakal berlaku akan dicemari oleh pengundi yang didatangkan dari warga asing tetapi mempunyai kad pengenalan.

          Tambahnya, jika mereka dilibatkan dalam pendaftaran pengundi, bermakna PRU13 nanti akan merupakan ‘ibu segala penipuan’ yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk meraih kemenangan paling kotor dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.

          “Mapim menyokong penuh tuntutan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat secara mendalam mengenai operasi di belakang tadbir ini supaya PRU13 yang akan datang tidak akan dipersoalkan oleh rakyat nanti.


          Mohd Azmi menambah, adalah tidak mustahil jika isu pembersihan daftar pengundi tidak benar-benar ditangani dengan jujur secara tuntas oleh SPR, memboikot PRU13 mungkin menjadi pilihan rakyat.
          Last edited by morpheuzneo; 16-04-12, 08:25 PM.

          Comment


          • #6
            Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

            Originally posted by DatukM View Post
            first
            bos2 tu naseb dorang la
            tp aku kesian kat kakitangan bawahan yg terima arahan
            agak melampau la kan nak release nama dorang kat public
            tolong pikir jugak naseb dorang
            kalo bukan dorang, pasti akan ada yg lain

            sedikit habuan dunia
            gaji dibayar bulanan, bukan ada habuan khas utk 'ini'
            kalo dorang hilang pekerjaan o diganggu keselamatan - anak bini
            PAS nak bantu?

            memang senang cakap la kan tp kene batang idong sendiri ..

            naseb aku tak keje JPN
            kalo tak aku yg x ketan pon terpalit

            tu je lah aku nak cakap
            salam

            With great power, comes great responsibility and accountability.

            Kalau tak reveal skrg, tak ada siapa akan ambil tindakan apa-apa dan akhirnya ia akan jadi gone with the wind..

            Kalau betul tak buat, clear your name up. Saman Mahfuz dalam saman malu. That shouldn't be difficult.

            Kalau tak nak jadi macam nie, then jgn buat hal dalam isu kenegaraan dan rasuah.

            tj

            Comment


            • #7
              Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

              bila isu-isu lain smua pakai serban cakap fitnah la, x bersalah selagi belum dihukum bersalah di mahkamah la, photoshop la, surat rekaan la, itu la ini la.. tp bila pasal nih cepat jer korang percaya dan jatuhkan hukuman

              Comment


              • #8
                Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

                Originally posted by anaktimur84 View Post
                bila isu-isu lain smua pakai serban cakap fitnah la, x bersalah selagi belum dihukum bersalah di mahkamah la, photoshop la, surat rekaan la, itu la ini la.. tp bila pasal nih cepat jer korang percaya dan jatuhkan hukuman
                salam

                They are all innocent until proven guilty. Beserban atau bertali tie. That is why they must shut this Mahfuz up by suing him now! and make him regret his actions.

                tj

                Comment


                • #9
                  Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

                  Originally posted by anaktimur84 View Post
                  bila isu-isu lain smua pakai serban cakap fitnah la, x bersalah selagi belum dihukum bersalah di mahkamah la, photoshop la, surat rekaan la, itu la ini la.. tp bila pasal nih cepat jer korang percaya dan jatuhkan hukuman
                  aku tak jatuhkan hukuman..! dan aku sangat berharap isu ni tak benar..! aku berdoa - Ya Allah.. lindungilah negara ini dari penipuan yg melampau sebegini!! ...

                  isu ni sangat sensitif..! membabitkan keselamatan negara.. kedaulatan negara.. berkait rapat dgn agama dan bangsa skali.! so., mmg tepat langkah pas keluarkan isu ni!

                  kalau isu ni tak betul., maka aku dah letak disclaimer kt bawah topik aku tu - mintak mod delete kan..!

                  tapi tgk dari gayanya.. tak apa2 tindakan pun dari pihak kerajaan! malah mereka berdolak dalik.. dan tidak buat apa pun tindakan yg patutnya!

                  biasa nya.. kalau isu membabitkan pembangkang! begitu cepat mereka kelam-kabut hanyar polis dan segala aparat utk tangkap individu terbabit..! tgk isu yg mengatakan pemimpin pembangkang tak hormat pertabalan agung baru ni tu! itu baru 'hearsay'..dengar dari mulut orang lain.. terus nak di buat suruhanjaya di raja!!

                  isu ni? sepenting ini? kenapa tak tubuhan suruhanjaya di raja?

                  nota tambahan : sebetulnya.. aku tak nak letak maklumat tambahan.., tapi kebetulan minggu lepas aku ada menghadiri pertemuan dgn orang2 kanan sebuah parti politik .. utk membincangkan hal lain.. dan isu ni di bincangkan., dari perbincangan itu.. aku yakin.. kalau tak cukup bukti... mahfuz takkan begitu bodoh nak memusnahkan karier politik beliau..! tapi .. still aku harap benda ni tak betul.!

                  ~~~

                  ulasan dari satu blog greenboc - aku suka nk highlight tulisan dia ni..


                  Ulasan GB

                  Sudah dijangka, Timbalan Pengerusi SPR menafikan. Begitu juga dengan nama-nama lain yang disebutkan oleh mahfuz. Malah pagi ini GB kata, Najib pun akan menafikan.

                  Tetapi mengikut hukum kebenaran dan keadilan, penafian seseorang tidak semestinya tertegaknya sebuah kebenaran.

                  Sama seperti kes Teoh Beng Hock dahulu. SPRM yang terlibat secara terus di dalam kes berkenaan menafikan anggotanya bertindak kasar sehingga menyebabkan Teoh terbunuh. Malah sejak hari kejadian, belum sebarang siasatan dimulakan, direka cerita Teoh terjun bunuh diri dari bangunan! Sehinggalah Suruhanjaya Diraja dibentuk akhirnya pekung SPRM sendiri terdedah satu demi satu.

                  Dalam kes lembu NFC pula. Suami Sharizat panggil sidang media menafikan. Pada peringkat awalnya, semua pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri menafikan. NFC pula mengugut membawa pihak yang mendedahkan kes itu disaman di mahkamah. Namun apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Shahrizat letak jawatan dan suaminya diheret ke muka pengadilan.

                  Kini di dalam kes Unit Tindakan Khas pemberian IC kepada warga asing. Wan Ahmad menafikannya. Sama macam Sahahrizat, apabila pekung kes lembu terdedah, dihelahkan dengan berkata Pakatan hendak menyerang Wanita UMNO. Di dalam kes pemberian IC ini, Wan Ahmad berhelah dengan menyatakan ia hendak merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan.

                  Kita yakin jika Wan Ahmad berani untuk membawa kes ini ke mahkamah, lagi banyak salahlaku dan penyelewengannya di dalam SPR bakal terdedah. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

                  Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan!

                  اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
                  Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

                  Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

                  رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

                  Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

                  Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
                  Last edited by morpheuzneo; 16-04-12, 08:41 PM.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

                    bab bagi kerakyatan di sabah tu memang betul.. tp kena tengok pada siapa kerakyatan tu diberi... semua ada di tulis dalam buku tu.. juga ditulis bagaimana kerajaan malaysia era Tun M "menolong" orang sulu berperang kerajaan filipina..

                    kalau bab beri kerakyatan di semenanjung aku x tau melainkan melalui daftar lewat kelahiran kepada orang asli, atau anak luar nikah..

                    Comment


                    • #11
                      Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

                      i do not condone this

                      like u said
                      innocent until proven guilty

                      tp nama dah terpampang seantero alam

                      perhatian aku hanya pada kakitangan bawahan tu saja

                      :l
                      Last edited by DatukM; 16-04-12, 09:01 PM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

                        Originally posted by anaktimur84 View Post
                        bab bagi kerakyatan di sabah tu memang betul.. tp kena tengok pada siapa kerakyatan tu diberi... semua ada di tulis dalam buku tu.. juga ditulis bagaimana kerajaan malaysia era Tun M "menolong" orang sulu berperang kerajaan filipina..

                        kalau bab beri kerakyatan di semenanjung aku x tau melainkan melalui daftar lewat kelahiran kepada orang asli, atau anak luar nikah..
                        takyah pusing2 dan pening2 sangat, kalau tak betul SAMAN jer Mahfuz tu, buat cam Anwar pi SAMAN orang yg kata dia bisek. So lepas ni apa2pun akan terserlah kat mahkamah

                        Kalau betulla benda ni mmg haramjadahla mereka2 yang terlibat dalam hal nih ...

                        Comment


                        • #13
                          Kes anwar yg xsaman2 org yg fitnah dia mcm mana pulak ye? Sori sekadar btanye..dah alang topik pn ckp saman utk buktikan sape yg benarkan


                          Sent from my iPhone using Tapatalk

                          Comment


                          • #14
                            Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

                            Originally posted by se7en View Post
                            Kes anwar yg xsaman2 org yg fitnah dia mcm mana pulak ye? Sori sekadar btanye..dah alang topik pn ckp saman utk buktikan sape yg benarkan


                            Sent from my iPhone using Tapatalk
                            salam

                            Siapa yang dia tak saman? Ummi hafilda? 3 trio?

                            malas nak sebut ttg whistle blower act sebenarnya. tapi kalau dah ada whistle berbunyi, patut SPRM take over

                            tj
                            Last edited by Tok Janggut; 16-04-12, 09:34 PM.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Wajah pengkhianat negara - projek task force bagi kerakyatan utk undi..

                              aku mengharapkan PRu kali ni kita semua dapat menilai mana kerajaan yg patut di pangkah......

                              Comment

                              Working...
                              X